Wednesday, July 23, 2008

OH FAUZI RAHMAN! PKR PILIHANNYA

KARIER politik bekas ahli Parlimen Kuantan, Adun Beserah, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fauzi Abdul Rahman (gambar), penuh warna-warni.

Pernah ketika menjadi Setiausaha Parlimen berita mengenai beliau dipaparkan di muka hadapan Utusan Malaysia bila ditewaskan sebagai ketua cawangan.

Bagi ahli politik, tewas pertandingan adalah perkara terakhir yang mahu diharungi mereka. Itulah sebabnya kenapa pemimpin Umno yang mempunyai jawatan di dalam Kabinet, ataupun berjawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen (jawatan ini tidak di isi selepas PRU12) melepaskan jawatan dalam cawangan untuk mengelakkan dari diaibkan.

Pertandingan dalam cawangan boleh menyayatkan hati sekiranya seorang Menteri dan Timbalan Menteri ditewaskan oleh seorang calon yang profesionnya hanya dreber bas, nelayan atau petani.


Tetapi Fauzi sanggup mengambil risiko tersebut dan berakhir dengan kesudahan memilukan buat karier politiknya.

Hari ini, Fauzi mewarnai lagi karier politiknya dengan menyertai sahabat lamanya Anwar Ibrahim dengan menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat.

Fauzi tetap Fauzi. Hidupnya penuh warna warni.

Bagi mereka yang tidak mengenali karier politik Fauzi, layari laman web berikut: http://www.geocities.com/drmahadzir/fauzi01.html

Fauzi sertai PKR: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=347952

No comments: