Thursday, July 31, 2008

AL-FATIHAH: S. OTHMAN KELANTAN

S. OTHMAN KELANTAN (1939-2008)

Sasterawan Negara S. Othman Kelantan meninggal dunia
KUALA LUMPUR 31 Julai - Sasterawan Negara Dr. S. Othman Kelantan meninggal dunia tengah malam tadi akibat daripada sakit jantung.

Menurut anaknya, S. M. Zahid berkata, jenazah ayahnya akan dikebumikan pada pukul 11.30 pagi ini.

"Jenazah berkenaan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pangkas, Bangi, Selangor,'' katanya. - Utusan

Latarbelakang S.Othman Kelantan

Dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis pada tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen.

Antara novel beliau yang terkenal ialah Angin Timur Laut (1969), Juara (1976), Wajah Seorang Wanita (1990) dan Nagogho Astana (1997). Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana.

Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995.Dr. Syed Othman pernah menjadi guru (1952-1979).

Tutor Bahasa Melayu USM pada tahun 1980-1983, pensyarah di UKM (1983-1996) dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999).

Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor.

Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.

Rujukan: http://malay.rhythm.com.my/sOthman.asp

No comments: