Monday, July 21, 2008

HADI AWANG TIMBALAN PM KE2?

Tawaran Umno kepada Pas
a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke-13 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Adakah ini satu tohmahan? “Tawaran” ini terkandung dalam satu artikel yang ditulis oleh “Ahli Pas Dalaman” di dalam laman pro-Pas hari ini.

Adakah Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa tersilap langkah apabila beliau mengorak langkah pertama ke arah bermuzakarah dengan Umno ataupun adakah Nasharuddin tergelincir kedalam jerat Umno yang penuh onak?

Berdasarkan suasana politik hari ini, Pas adalah satu-satunya parti politik yang paling stabil sebelum Nasharuddin membuat perjumpaan dengan Najib Razak.

Tidak ada dalam sejarah politik mana-mana negara, sebuah parti seperti Pas mampu memerintah Kelantan dengan hanya majoriti satu kerusi tanpa sebarang pergolakan dalaman.
Pas adalah parti konservatif. Pemimpin-pemimpin terdahulunya dikenali konservatif. Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Fadzil Noor dan Allahyarham Burhanuddin Helmi dikenali konservatif pegangan mereka. Begitu juga Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Rata-rata perjuangan penyokongnya konservatif berlandaskan Islam. Demi perjuangan, penyokong-penyokongnya sanggup berkorban apa saja demi Pas. Malahan di abad inilah Pas berada di puncak kegemilangan. Tiada dalam sejarah politik negara sebuah parti pembangkang dapat memerintah sesebuah negeri (Kelantan) selama 18 tahun.

Kini, Pas di ambang krisis. Ahli-ahlinya yang konservatif mempersoalkan tindak-tanduk pemimpinnya yang mula berjinak dengan Umno. Malah ada yang mula dituduh gila kuasa dan jawatan. Suasana yang sama berlaku di zaman Allahyarham Asri Muda satu ketika dulu.

Kini Pas terbahagi dua. Nik Aziz dipihak yang lain kerana beliau melalui pahit maung Pas menjadi komponen BN di mana akhirnya parti Islam itu berpecah lima dan akibatnya Kelantan jatuh ke tangan Umno untuk sekian lama sehinggalah Nik Aziz merampasnya kembali pada tahun 1990.

Kini bermulalah zaman-zaman sukar Pas. Adakah parti itu akan bergolak dan berpecah seperti di zaman Asri atau presidennya Abdul Hadi Awang (gambar) ditabal Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang Kedua?

Bunga-bunga perpecahan telah kelihatan. Ini jelas dari tulisan “Ahli Pas Dalaman”: “Hujjah Ustaz Nik Aziz itu amat benar. PAS telah pun dikhianati sekali, tiada jaminan yang PAS tidak akan dikhianati sekali lagi. Marilah kita semua ahli PAS mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pimpinan kita tidak mengkhianati kepercayaan yang kelak akan merugikan PAS di masa hadapan. PAS harus disedarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpegang teguh dengan janji dan PAS tidak seharusnya memungkiri janji mereka. “
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_ahlipas_dalaman01.html

No comments: