Tuesday, July 15, 2008

SHABERY vs ANWAR: SIAPA PEMENANGNYA?

“Datuk Seri Anwar sentiasa mengambil kesempatan dari kesempitan rakyat.” – Shabery.

“Kalau malam ini kita mengambil alih kerajaan, esok kita turunkan harga minyak 50 sen.” – Anwar

Itu adalah antara ungkapan kedua-dua pemimpin semasa debat tersebut.

Syabas kepada Shabery Cheek kerana berani tampil ke hadapan berdebat dengan Anwar Ibrahim. Anwar bukanlah calang-calang pemimpin. Kehebatannya memang diakui sejak zaman beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia sebelum dijemput Dr Mahathir Mohamad menyertai Umno.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, memang sukar menjadi kerajaan dan memang mudah menjadi pembangkang. Itulah realitinya.

Bagaimanapun, syabas sekali lagi kepada kerajaan dan pembangkang. Debat tersebut berlangsung dengan penuh tertib.

Yang pasti rakyat bukan lagi ditakuk lama dan malam ini jelas debat sedemikian adalah sesuatu yang sihat dalam negara demokrasi berperlembagaan.

Kali terakhir debat diadakan antara pembangkang ialah ketika Dr Mahathir berdepan dengan bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor. Seharusnya debat seumpama ini diteruskan.

Ikutilah laporan mStar mengenai debat tersebut.

Minyak: Pakatan janji turun 50 sen, Shabery anggap Anwar populis
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB, AFFIFUDDIN ISHAK, dan LEE YAN XIU

KUALA LUMPUR: Kemunculan sejam Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi debat malam ini menunjukkan kedua-dua personaliti ini 'menyerang' satu sama lain berhubung isu kenaikan harga minyak - dengan bekas Menteri Kewangan berjanji akan mengurangkan harga minyak 50 sen selitar manakala Menteri Penerangan pula mempersoal pembangkang tidak memegang pada kadar harga sebelum 5 Jun.

Laporan penuh: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_26b9e5f8-c0a85062-14c4ac90-3e96205b

No comments: