TERIMA KASIH, TUN! Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menebus kesilapan beliau yang lalu.
Petang tadi, Tun hadir untuk menyaksikan satu lagi coretan sejarah dalam politik negara. Sejarah di mana era Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno berakhir.
Sepanjang era Pak Lah, Umno lemah dan Melayu dihina sehinggakan keris yang menjadi lambang bangsa Melayu tidak lagi boleh dihunus kerana takut menguris perasaan orang lain. Begitulah lemahnya orang Melayu.
Ini semua adalah musibah dari kesilapan Tun Dr Mahathir kerana memilih Pak Lah sebagai Perdana Menteri.
Tun sudah pasti tidak akan melupai bagaimana bapak-bapak Menteri dihalang oleh Pak Lah dari bertemu Tun selepas Tun bersara. Bagaimana bapak-bapak Menteri yang pernah menjadi ahli Kabinet di bawah Tun tidak memperdulikan Tun ketika Tun dimasukkan ke Institut Jantung Negara.
Petang tadi, bapak-bapak Menteri yang ketika itu menikam Tun dari belakang berebut-berebut di atas pentas Perhimpunan Umno untuk mencium tangan Tun.
Begitulah hipokritnya pemimpin Umno. Selepas ini, Pak Lah akan dicemuh. Najib Razak akan disanjung. Itulah lumrah Umno.
Kritikan-kritikan pedas Tun akhirnya memaksa Pak Lah berundur diri. Akhirnya Tun sendiri terpaksa menyelamatkan bangsa Melayu dari terus di rundung malang dek perbuatan seorang Melayu bernama Abdullah Ahmad Badawi.
Terima kasih Tun kerana menebus kesilapanmu yang lalu. - 70k
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Betul sekali benda yg hg kata tu.
Pasaipa Melayu jadi macam ni?
Kot-kot kita ni keturunan yg tak ketahuan! Wa na ngu zubillah.....
Bangsa yg lain selalunya akan menyokong bangsanya sendiri tetapi lain pula dgn Melayu jenis ni. Nak kata 'critical minded' semua ahli kabinet ni tak berapa cerdik kan.
Macam Det Khalid, Tun tak nak hulok tangan dia punya sakan nak cium tangan. Tak malu langsung. Ingat tak macamana dia dgn Johari B(eruk) buat kat Tun? Depa ingat org Kedah bodo mcm depa noooo?
Sy cadangkan kita kena buat hukuman yg perangai macam ni kena hukum DILUDAH DI KHALAYAK RAMAI baguiih masa perhimpunan UMNO.
Setuju?
Awat hg takut nak siar komen aku noooo.....
Pasai Det Khalid dgn Jo B(eruk).
Hidup TUN dan boleh belah Pak Lah dan menantu....
SALAM,
POSTING YANG MANTAP. SUNGGUH MENARIK UNTUK DIINGAT. TUN MEMANG TOKOH BESAR - NEGARAWAN ULUNG YANG TIADA DUANYA.
Saya setuju dengan tulisan.amat setuju...Semoga Allah memberkati kita semua
Aku rasa kau ni ada kat perhimpunan umno tu .. tapi tak apa.. apayang kau tulis betul belaka.. aku sokong..
Post a Comment