AHLI Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman cukup popular orangnya di kalangan ahli-ahli Umno.
Lebih popular dari Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob dan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dalam pencalonan Umno bahagian yang berakhir November 9 yang lalu.
Malahan ada Menteri-Menteri yang tidak sepopular Tajuddin. Menteri Penerangan Shabeery Cheek, Menteri Pelancongan Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Samad berada di bawah Tajuddin dalam kedudukan jumlah pencalonan ke Majlis Tertinggi baru-baru ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=specialcoverage/umno2008/pemilihan.htm
Beberapa hari lepas, Tajuddin sekali lagi menimbulkan kontroversi di Parlimen dengan kata-kata kesat beliau. Kali ini beliau menggunakan perkataan "biul".
Sudah tak terhitung kita jumlah Ahli Parlimen pembangkang yang digantung atau dihalau keluar Parlimen oleh Speaker Parlimen. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pernah diarah keluar Dewan kerana mengingkari Speaker supaya berhenti menanyakan soalan.
Gobind Singh Deo, Karpal Singh, Fong Po Kuan adalah antara yang dinyahkan oleh Speaker atas kesalahan-kesalahan kecil.
Sejak Parlimen bermula selepas pilihanraya umum Mac lepas, Tajuddin "kebal" hingga ke hari ini. Ketika Ahli Parlimen pembangkang berhadapan dengan tindakan, Ahli Parlimen Pasir Salak ini menjadi kesayangan Barisan Nasional.
Mulutnya mungkin cabul, kata-katanya mungkin kesat dan dituduh kurang ajar di Parlimen, tetapi Tajuddin kebal. Tidak sekali pun beliau dihalau keluar dari Parlimen seperti Gobind, Pua, Karpal dan Fong.
Jelas sekali BN begitu toleransi terhadap tingkah laku Tajuddin. Kalau diambil kira kedudukan beliau dalam senarai pencalonan Umno (tangga ke9) beliau bakal dilantik Menteri atau bakal jadi pemimpin baru dalam BN dan Umno.
Sesi Parlimen akan berakhir Khamis ini. Tajuddin akan terus menggunakan perkataan-perkataan tidak manis di Dewan mulia itu. Tetapi percayalah, tiada tindakan akan dikenakan kepada beliau.
Umno tidak akan ambil peduli samada Tajuddin mewakili imej parti atau kerajaan. Mungkin pemimpin Umno berpendapat Tajuddin lebih penting dari Umno dan Kerajaan.
Berikut ialah antara video yang memaparkan tingkah laku dan bahasa "manis" Tajuddin di Parlimen.
The King and U
5 minutes ago
4 comments:
Umno patut lantik Tajuddin Pasir Salak sebagai Menteri Agama.
So orang pasiau salak aje bolih berdiri tegap walaupun ade 10 orang(termasuk pompuan 2 owang) sebelah sane meniup angin topan....
YB Taj, anda macam Batu Jabal Tarik di hujung sepanyol tuh.
Padat.
Teman ni dari cangkat lobak, dan peminat kome bername...
arjuna waspada
Tengok baik-baik wajah Bro Taj tersebut. Tengok dengan hati nurani anda. Ianya mengambarkan wajah melayu tulin, asli dan tidak bercampur dengan lain-lain darah selain darah Tok Maharajalela. Melihat wajahnya saja kita tahu beliau adalah seorang yang pantang undur jika diajak bersepak terajang. Beliau memang selalu dimata-mata ku ketika kami sama-sama bergelar Ketua Pemuda UMNU satu ketika dulu. Saya kenal kesengsaraan beliau melalui ranjau-ranjau tajam dan penuh duri sehingga tangga yang dicapainya kini. Sudah tentu sebagai pejuang bangsa, anak tangga kini masih jauh lagi untuk kememuncaknya. Nasihat ku sebagai kawan yang YB Taj tidak kenali, JANGAN LUPA DIRI.
TERUSNYA PERJUANGAN NADA. INGAT KITA BUKAN WARIS HIDUNG MANCUNG. wARIS HIDUNG MANCUNG BUKAN URUSAN PERJUNAGAN DIRI. JANGAN LARI DARI PRINSIP ASAL KENAPA ANDA BERJUANG, MELIHAT DUIT JANGAN MATI DIRI.
patut jd menteri yang berani menjaga hak melayu
Post a Comment