Saturday, December 27, 2008

SHAHRIZAT SENADA!

‘‘Kita tidak mahu ahli-ahli UMNO pergi ke Kuala Terengganu sibuk berkempen untuk menang jawatan parti Mac depan, bukannya berkempen bagi bantu kemenangan calon BN.” - Abdullah Ahmad Badawi.

Amaran keras dari Presiden Umno. Itulah laporan Utusan Malaysia pada Hari Natal yang lepas.

Pak Lah "memberi amaran keras kepada semua calon yang bertanding pada pemilihan parti Mac ini supaya tidak sesekali menjadikan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan sebagai medan untuk berkempen jawatan parti."

Apakah nasihat Pak Lah didengari oleh ahli-ahli parti. Dah bermacam-macam nasihat dikeluarkan oleh Presiden parti, tiada siapa peduli.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Tiap-tiap hotel di Kuala Terengganu telahpun ditempah oleh calon-calon jawatan tertinggi parti dan MKT. Tujuannya - berkempen. Bukan berkempen untuk BN untuk kerusi Kuala Terengganu, tetapi untuk diri sendiri, untuk pastikan mereka dipilih Mac nanti.

Tiada siapa peduli samada Umno menang atau kalah di Kuala Terengganu. Yang penting Mac nanti, mereka dipilih oleh perwakilan ke MKT.

Juru-juru kempen yang telah menerima habuan mereka hanya perlu "check-in" di hotel-hotel yang telah ditempah oleh penaja-penaja masing-masing. Tanggungjawab mereka? Mudah saja.

Kumpulkan perwakilan dan uruskan makan besar yang akan dihadiri oleh calon-calon ini.

Ada yang lebih canggih dari itu. Di kalangan penyokong Rafidah Aziz, ramai yang bersunggut dan iri hati dengan kecangihan lawan Rafidah, Shahrizat Jalil.

Apa tidaknya. Shahrizat menggunakan badan NGO, Senada (Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam), yang ditubuhkan Jun lalu sebagai kuda tunggangan untuk berkempen. http://web7.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=358939

Senada bukan main aktif lagi sejak penubuhannya. http://www.malaysiakini.com/news/94319.
Shahrizat mengepalai Senada mengadakan pertemuan dengan Dewan Muslimat Pas Nov lepas. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Siang malam Shahrizat mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli Senada yang terdiri dari Ketua-ketua bahagian Wanita Umno dan AJK bahagian Wanita.

Dua minggu lepas orang Rafidah terkejut bila diberitahu Shahrizat berjaya menyakinkan seorang ahli kerabat DiRaja untuk menghadiri satu majlis di Dewan Felda. Namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan.

Minggu lepas, Senada buat seminar dua hari di Kuala Terengganu. Maka ramailah ahli-ahli dan perwakilan Wanita dapat bercuti di Kuala Terengganu. Bulan depan Shahrizat akan menjemput Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikan Senada.

Jelas sekali, Shahrizat lebih canggih dari Rafidah dan tiada siapa yang peduli nasihat Pak Lah.

2 comments:

Anonymous said...

ada calun exco pemuda melompat sakan bila dapat tahu dato'razali meninggal.boleh kempen free!!

Anonymous said...

Yankee

Biasalah orang Umno. Sekarang orang Umno tiap2 hari hentam Pas dalam paper.

Kalau Pas umum tak lawan atau bagi menang percuma pada Umno, masamlah muka ketua-ketua Umno sebab tak lah dapat duit. Kalau tak ada perlawanan maka tak lah turun duit.

jadi tak hairan lah orang Umno merayakan kematian dato razali.