Sunday, June 8, 2008

SANUSI JUNID DIPECAT?

BERAKHIRNYA KARIER SANUSI SEBAGAI PRESIDEN UIA?

CABARAN DI SAMBUT: Tiga hari selepas membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Presiden UIA, khabar angin bertiup kencang di Kuala Lumpur

bahawa Sanusi Junid telah di pecat.
Surat pemecatan dikatakan telah diserahkan kepada bekas Menteri Besar Kedah itu. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Umno, Menteri Pertanian, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan merupakan bekas Naib Presiden Umno.
Dalam perjumpaan bersama blogger dan wartawan Khamis lepas (Jun 5) Sanusi berkata antara lain:
"Tidak dinyatakan bahawa seseorang itu perlu menjadi ahli Umno untuk memegang jawatan dalam entiti Kerajaan. Idris Jala bukan ahli Umno, dia juga bukan seorang Melayu dan bukan juga seorang Islam. Tetapi mereka semakin berani dan saya percaya mereka akan mendesak Tun (Dr Mahathir) meletakkan jawatan (Presiden Petronas) sebab beliau bukan lagi ahli Umno.
Saya tidak akan merelakan diri untuk meletakkan jawatan. Saya melihat kerja saya sebagai presiden UIA sebagai fardhu kifayah. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Ketua Perlembagaan dan saya tidak percaya DYMM Sultan Pahang akan memecat saya kecuali dinasihati oleh Perdana Menteri."
Sama-samalah kita tunggu kebenaran khabar angin ini.

1 comment:

Anonymous said...

Salam akhi. Syukran atas ziarah. Teruskan menulis demi agama. Syabas-iskandar