KEJUTAN DALAM MEDIA: Spekulasi bertiup kencang rombakan besar-besaran akan berlaku dalam media arus perdana - New Straits Times, Berita Harian, Media Prima dan Utusan Malaysia.
Media perdana dilihat sebagai salah satu punca kekalahan Barisan Nasional dalam piliharanraya yang lepas.
Kalimullah dan Hishammuddin Aun dijangka akan dipecat manakala Khalid Mohamad akan bersara wajib pada umur 55 akhir bulan ini. Dibawah kepimpinan Kalimullah dan Hishamuddin, jualan New Straits Times merudum ke 125,000 naskah sehari manakala Berita Harian berada di tahap paling rendah iaitu 160,000 dalam sejarah akhbar tersebut. The Malay Mail semasa dibawah Kalimullah pernah digantung tiga bulan dan pengedarannya hanya pada tahap 19,000 naskah sehari. Antara yang diramalkan untuk mengambil alih di New Straits Times ialah Johan Jaafar, Ahmad A.Talib dan Anuar Zaini manakala Chamil Wariya, Aziz Ishak dan Zaini Hassan antara calon yang sedang dipertimbangkan untuk jawatan tertinggi di Utusan Malaysia. Blogger APANAMA menjadi orang pertama melaporkan pemecatan Kalimullah. http://www.apanama2020.blogspot.com/
How car-centric planning is killing Malaysians
8 hours ago
1 comment:
Please get back to be the real journalist, without fear or favour.
Forget about becoming a corporate man if you want to be called a journalist of the real kind.
Freedom of press has its limit, everybody know that. We are not asking for a total freedom of press. Just the `real kind' and you know what we meant. Never take us for a fool!!
Ramli Mohd Yunus
ramli-dap.blogspot.com
Post a Comment