Friday, June 27, 2008

SKETSA PARLIMEN 3 (JUN 25/08): GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI!


PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“Kita cukup bernasib baik negara kita ada minyak. Di negara Arab ada minyak, tidak ada kelapa sawit. Kita ada getah, kita ada bijih timah, kita ada emas. Negara kita pula rakyat hanya 27 juta. Bukan ramai. Kita ada bukit, kita ada sungai, kita ada paya. Kita ada cukup makanan-makanan pula. Macam-macam jenis makanan. Semua ada tetapi macam-macam masalah berlaku dalam negara kita ini. Lepas satu isu, satu isu. Bukankah ia berkaitan dengan persoalan kepimpinan yang harus diselesaikan sebab ibarat kata guru kencing berdiri, murid kencing berlari.” – Ibrahim Ali (Pasir Mas).

“Kita pergi minum todi, lebih baik.” - Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) apabila Gobalakrishnan enggan membenarkan beliau mencelah.

“…kawasan-kawasan pendalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masih seperti yang wujud pada 1800 tahun dahulu semasa zaman cowboy. Itu yang saya nampak bila saya pergi ke Sabah dan Sarawak kebelakangan ini.” - N. Gobalakrishnan (Padang Serai)

“Orang besar-besar atau orang-orang kaya mungkin banyak duit dalam bank tapi kita di kampung?” - Ismail Abd. Muttalib (Maran)

“Apabila mereka mendapat kelulusan seumpama ini daripada pihak atasan, mereka ini adalah merupakan tauke-tauke ataupun tokoh-tokoh ataupun orang-orang yang mempunyai kabel yang kuat. Maka apabila dilakukan penguatkuasaan, dengan wang yang banyak mereka boleh menyogok sana sini sehinggakan pihak penguatkuasaan pun boleh terpengaruh.” - Ibrahim Ali (Pasir Mas).

"Ahli geologi boleh disifatkan sebagai doktor bumi. Macam untuk kita manusia ini, doktor perubatan. Kalau untuk binatang, dia dipanggil doktor binatang, veterinary." - Ibrahim Ali (Pasir Mas)

No comments: