04 Jun, 2008 18:23 PM
Petrol Dan Diesel Naik Mulai Tengah Malam Ini, Umum PM
PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Berkuatkuasa tengah malam Rabu harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
THE POOR WILL BE POORER, THE MIDDLE INCOME GROUP WILL BECOME POOR: I suspect that will be the case following Abdullah Ahmad Badawi's decision to hike up the petrol price.
Seluruh Kuala Lumpur sesak, stesen-stesen minyak di seluruh Alor Star pun sesak, malah seluruh negara rakyat berebut-rebut mengisi petrol walaupun penjimatannya hanya untuk seketika.
Adakah keputusan ini tergesa-gesa? Apakah rakyat akan menerima keputusan ini dengan hati terbuka?
Time will tell. In the mean time we should expect Shahrir Samad to explain whether he had misled us into believing that the hike would be in August or he deliberately wanted to lull the rakyat into believing that the hike would not be so soon.
This is what Shahrir said on 03 Jun, 2008 15:13 PM
Tiada Kawalan Harga Bahan Api Ogos Ini, Kata Shahrir
-->
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Tiada kawalan harga akan dikenakan ke atas petrol dan diesel dengan pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api itu Ogos ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini. Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dua mekanisme subsidi bahan api iaitu "pendapatan tunai" dan penetapan kuota. Menurutnya, dengan cara itu, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global."Ia bergantung kepada harga pasaran global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia Pertama 2008 di sini hari ini. "Kita sedang menuju ke arah inflasi yang memerlukan keseluruhan sistem subsidi diubah, dan ini akan dilakukan menjelang Ogos. Tetapi apa yang akan berlaku esok adalah suatu langkah ke arah itu. Kita akan melakukannya secara beransur-ansur kerana satu sistem subsidi sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan serta merta sekarang," tegas Shahrir.
Abdullah, at the Press conference, urged the rakyat to ubah gaya hidup (lifestyle).
Easier said than done. Tell that to a poor to ubah his gaya hidup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment