REKAAN SEMATA-MATA: Itulah reaksi Anwar Ibrahim terhadap tuduhan pembantu khasnya Shamsul Bahari bahawa beliau telah diliwat oleh bekas TPM itu Rabu lalu. Berikut ialah Kenyataan Media Anwar Ibrahim, 29 Jun 2008.
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99.
Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam. Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian. - ANWAR IBRAHIM (http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/628/1/)
Beberapa portal berita dan agensi berita antarabangsa turut menyiarkan berita ini.
AFP: http://afp.google.com/article/ALeqM5j795aew46fejmEbK3xSSDCY9X3xA
Agendadaily: http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp
AlJazeera: http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2008/06/2008628173045637105.html
Rueters/TVNZ: http://tvnz.co.nz/view/page/536641/1879510
AP: http://ap.google.com/article/ALeqM5gvk18e1IzUJ9V-VNzo1_wg-4mkWgD91J9N5G0
Rocky's bru: http://rockybru.blogspot.com/2008/06/sodomy-part-two.html#links
How car-centric planning is killing Malaysians
8 hours ago
1 comment:
Sukar dan rumit untuk mempercayai kepimpinan dewasa ini. Politik dan pentadbiran digauli dengan kerakusan kuasa dan kealpaan kepada Allah.
Apakah kesudahan nya cerita cerita begini. Penelanjangan sikap dan tabii manusia yang semakin memrisaukan.
Moga moga kesedaran terhadap keagongan Allah dapat diberkati bersama. Saya terlalu takut menyusur dan berdendang sama bersama didalam isu ini. Takut kepada Allah.
Post a Comment