Wednesday, June 10, 2015

STRATEGI SIAPA PERLEKEHKAN PROTON? PADAN MUKA MELAYU JIKA PROTON BANKRAP

Image result for proton+dr mahathir
DUA malam berturut-turut stesen TV milik Umno, TV3, MEMPERLEKEHKAN kereta Proton.

32 tahun kereta Proton menjadi KEBANGGAAN bangsa Melayu walaupun adakalanya kita kurang berpuashati dengan kualitinya, malam tadi dan malam ini, PROTON MERUPAKAN KERETA PALING TERUK di Malaysia seperti digambarkan oleh TV3. 

Kata TV3, tempat simpan barang sempit, bumbung rendah boleh terkena kepala penumpang. Ditemuramahnya dan dimintanya pemandu teksi untuk memperlekehnya kereta Proton.

MULAI malam Selasa, kesimpulannya, kereta PROTON yang direka dan dibina orang anak-anak Melayu di kilang Proton di Shah Alam dan Tanjung Malim adalah kereta PALING BURUK DAN TERUK KUALITINYA. 

Tertanya-tanya juga kita apa perasaan anak-anak Melayu yang berjumlah 12,000 yang mencari rezeki di kilang-kilang Proton apabila menonton Buletin Utama TV3 malam ini.

Lekehnya kerjatangan mereka dan hari ini TV3 merekodkan PANDANGAN mereka bahawa kereta Proton tidak ada kualiti, tidak selesa digunakan dan pelancong-pelancong dari merata dunia memperlekehkan kereta nasional ini.



Inilah PERANGAI MELAYU. MARAHKAN NYAMUK, BAKARKAN KELAMBU.

MARAHKAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KERANA MENGKRITIK NAJIB RAZAK, PUNAHKAH IMEJ PROTON.

Mungkin sekarang ini 6,000 pekerja MAS yang akan dibuang kerja Ogos nanti sedang memaki hamun kerajaan.

Jangan pula Najib Razak tiba-tiba merasa hairan dan terkejut apabila 12,000 keluarga pekerja Proton dan beribu ahli keluarga 200 vendor Proton MENGUCAPKAN terima kasih kepada 1MDB kerana 1MDB lah mereka hilang kerja.

Adakah 6,000 keluarga pekerja MAS ini akan mengundi BN dalam PRU-14 nanti? Adakah sekiranya Proton TUTUP KEDAI, 12,000 keluarga pekerja Proton akan mengundi BN di dalam pilihanraya umum 3 tahun dari sekarang?

Kalau TV3 dan Najib merasakan inilah strategi TERBAIK untuk "memadankan muka" Tun Dr Mahathir kerana mengkritik beliau, TERUSKAN.

Mungkin kita tak sepandai TV3 dan Najib.

Kalau strategi ini baik. OKlah. Teruskan. Tiap-tiap malam, PERLEKEHLAH Proton sehingga ianya BANKRAP dan TUTUP KEDAI.

Padan muka Tun Dr Mahathir.

Padan muka 12,000 pekerja Melayu Proton.

Petikan dari Facebook



SIAPA DALANG KEMPEN MEMBURUKKAN PROTON INI. Baca tulisan SUNGAI RAPAT ONLINE di link ini:  http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2015/06/agenda-jahat-serang-tun-habis-habisan.html

18 comments:

Anonymous said...

sy tidak akan salahkan sesiapa kerana burukkan Proton. sy salahkan PM.

mungkin ini idea PM utk burukkan proton.

tahniahlah kpd tv3. musnahlah satu lagi syarikat melayu

Anonymous said...

Org marah jarang guna akal. Oleh itu berhati2 dlm berkata dan menulis. Baij muda baik tua, nafsu amarah menutup pintu akal. Tun buat najib hilang akal, bila najib hilang akal, maka apa yg berkaitan tun akan dirosakkan. Betullah melayu, bangsa boleh digadai utk nafsu.

Anonymous said...

Jangan tak tahu farid ridzuan tv3 kan penasihat najib. Siap ada pejabat sendiri di pejabat perdana menteri. Baru2 ni pun najib luluskan budget 20 million untuk farid ridzuan buat projek go-asean. Korang tengok nanti apa akhirnya projek ni.

Anonymous said...

Isu burukkan proton akan menyebabkan rakyat bertambah benci dengan najib dan lanun lanun sekelian.

Anonymous said...

Itulah legasi Tun M yang akan hancur tu ..sanggup mereka korbankan ..kejam

Anonymous said...

Aku memang sudah menyampah dengan Najib. PRU 14 rasa macam nak undi PAS pulak.

Anonymous said...

kami semua tidak lagi menyokong kerajaan. tunggu PRU14.

Anonymous said...

ini bukan soalan kereta proton ker, najib ker apa ka.....tetapi pada hakikatnya memanglah keadaan teksi proton Nampak jer diluar cantik dan kalau kena langgar habis kemek rapat dan didalam sempit..kepala mat saleh kena pada bumbung laa. kalau tidak percaya pergi naik sendiri teksi dan cuba letak luggage anda didalam boot yea..jangan ikut hati kata orang itu, orang ini...

Anonymous said...

Semua orang tahu fasal kualiti kereta Proton, bagaimanapun banyak berbangga dgn kereta nasional, sekurang2 nya Msia ada kereta buatan sendiri walaupun belum lagi hebat seperti Toyota, Nissa, dll. Semua nampak mainan TV3 yg memburuk-kan Mahathir dan terbaru memperlekehkan kereta Nasional Proton. Nak hentam Mahathir agak2 lah tempias nya terkena beribu-ribu orang melayu juga. Apakah selepas ni nak burukkan KLIA, KLCC, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang circuit, Langkawi, dll.
Mahathir tidak keseorangan, nanti pahlawan bugis yg keseorangan.
Mahathir tak rugi, yg rugi besar Ahjib, orang naik meluat dah....

Anonymous said...

FMelayu yang burukkan PROTON NI BANGANG.
Yang rugi proton.
Yang hilang kerja Melayu.
Yang menderita Melayu.
Has il kerja orang Melayu DI TV 3.
PuAS HATI Melayu begini.
HATI MELAYU YANG BUSUK, LAGI MEMBUSUKKAN.
JAHANAMLAH MELAYU BERSIFAT BEGINI........ AMIIIIN.

Anonymous said...

Semakin lama samakin teruk Perdana Menteri sekarang,
Mungkin ini lah sikap Najib yang sebenar.

kiasfansuri said...

setiap tindakan ada tindak balas.

Anonymous said...

Hihihi....Kerana marahkan TDM....kondem Proton. Lepas ni cari la lagi apa2 yg dibangunka TDM. Saya bagi idea sket...Kondem la Jambatan Pulau Pinang, KLCC, Litar Sepang, KLIA1,dsbnya. Oh ya...jgn lupa noo salahkan TDM kerana x terima pekej IMF semasa gawat dulu ya... Katakan pada rakyat kerana tindakan TDM, abih rakyat merana, muflis dan kebuluran. Disamping itu ketakan juga pada rakyat, pemerintahan sekarang ini telah berjaya mengurangkan kedar kemiskinan sbb dengan adanya BRIM dan GST... Terima kasih NAJIB...dan selamat tinggal BN.

Anonymous said...

Saya pernah beli mcm kereta termasuk proron toyota renault ford suzuki rtc..bgbsaya semua kereta2 ni xde lah seperfect mana. So kalau tengok harga bagi saya saya masih lagi anggap proton bagus....

Anonymous said...

Hasil perbuatan Najib, hasil dari kehidupan lifestyle anggun Rosmah sudah pastilah Rakyat akan terjemahkan melalui peti undi PRU akan datang!

Teruskan , Syabas kepada Najib! Syabas juga kepada Rosmah!

Undurlah Najib jika kamu masih sayangkan alif ba ta!

Anonymous said...

"setiap tindakan ada tindak balas."

Kih kih kih, No hal bro kami rakyat marhaen berjuang menentang golongan mungkar lagi munafik yg diupah untuk mempertahankan bos bos dalam umno tu kami sedar bukan najib aje kat atas tu.kami sedar kami lakukan demi alif ba ta, kami tak di bayar, selepas habis bekerja baru boleh beri komen, tak seperti bloger upahan Ahjibgor dan saf pimpinan nya dibayar sepenuh masa hasil dari duit entah datang dari mana.

Jika Najib masih berdegil tidak mahu berundur, maka kami rakyat marhaen akan terjemahkan melalui PRU akan datang!

Anonymous said...

Harap pemimpin muasabah diri dengan bala yang bertimpa-timpa dok melanda Malaysia masa kini.TDM bukan hendak menjatuhkan DSN, hanya ingin mengetahui perjalanan 1MDB itu saja.Ceritalah dengan jelas tujuan penubuhaan dan berkenaan dengan pelaburan yang dilakukan,bukan payah/mungkin terdapat kecacataan yang teruk dalam perjalanaanya.Jalan cerita berpusing-pusing bagi mengilak/mengeliru pertanyaan yang diberi oleh TDM yang boleh dikatakan mewakili 3/4 rakyaat Malaysia.Janganlah marahkan naymuk kelambu dibakar.Ingatlah yang lepas-lepas kita telah londeh seluar untuk orang gasak belakang,katakan demokrasi konon.Tuan-tuan yang telah jadi pemimpin senang saja.bila jatuh boleh berhijra kenegara lain untuk hidup bersenang linang dengan keluarga,bagaimana dengan kami yang tinggal?.Cerminlah diri sikit/tanya apakah yang telah aku lakukan.adakah betul atau salah.

Anonymous said...

Saper tak tau tv3...bos2 dia semua kaki kipas kerajaan. Patut la program tv3 banyak hancur n membosankan...asik politik je