Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Wednesday, June 10, 2015

STRATEGI SIAPA PERLEKEHKAN PROTON? PADAN MUKA MELAYU JIKA PROTON BANKRAP

Image result for proton+dr mahathir
DUA malam berturut-turut stesen TV milik Umno, TV3, MEMPERLEKEHKAN kereta Proton.

32 tahun kereta Proton menjadi KEBANGGAAN bangsa Melayu walaupun adakalanya kita kurang berpuashati dengan kualitinya, malam tadi dan malam ini, PROTON MERUPAKAN KERETA PALING TERUK di Malaysia seperti digambarkan oleh TV3. 

Kata TV3, tempat simpan barang sempit, bumbung rendah boleh terkena kepala penumpang. Ditemuramahnya dan dimintanya pemandu teksi untuk memperlekehnya kereta Proton.

MULAI malam Selasa, kesimpulannya, kereta PROTON yang direka dan dibina orang anak-anak Melayu di kilang Proton di Shah Alam dan Tanjung Malim adalah kereta PALING BURUK DAN TERUK KUALITINYA. 

Tertanya-tanya juga kita apa perasaan anak-anak Melayu yang berjumlah 12,000 yang mencari rezeki di kilang-kilang Proton apabila menonton Buletin Utama TV3 malam ini.

Lekehnya kerjatangan mereka dan hari ini TV3 merekodkan PANDANGAN mereka bahawa kereta Proton tidak ada kualiti, tidak selesa digunakan dan pelancong-pelancong dari merata dunia memperlekehkan kereta nasional ini.



Inilah PERANGAI MELAYU. MARAHKAN NYAMUK, BAKARKAN KELAMBU.

MARAHKAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KERANA MENGKRITIK NAJIB RAZAK, PUNAHKAH IMEJ PROTON.

Mungkin sekarang ini 6,000 pekerja MAS yang akan dibuang kerja Ogos nanti sedang memaki hamun kerajaan.

Jangan pula Najib Razak tiba-tiba merasa hairan dan terkejut apabila 12,000 keluarga pekerja Proton dan beribu ahli keluarga 200 vendor Proton MENGUCAPKAN terima kasih kepada 1MDB kerana 1MDB lah mereka hilang kerja.

Adakah 6,000 keluarga pekerja MAS ini akan mengundi BN dalam PRU-14 nanti? Adakah sekiranya Proton TUTUP KEDAI, 12,000 keluarga pekerja Proton akan mengundi BN di dalam pilihanraya umum 3 tahun dari sekarang?

Kalau TV3 dan Najib merasakan inilah strategi TERBAIK untuk "memadankan muka" Tun Dr Mahathir kerana mengkritik beliau, TERUSKAN.

Mungkin kita tak sepandai TV3 dan Najib.

Kalau strategi ini baik. OKlah. Teruskan. Tiap-tiap malam, PERLEKEHLAH Proton sehingga ianya BANKRAP dan TUTUP KEDAI.

Padan muka Tun Dr Mahathir.

Padan muka 12,000 pekerja Melayu Proton.

Petikan dari Facebook



SIAPA DALANG KEMPEN MEMBURUKKAN PROTON INI. Baca tulisan SUNGAI RAPAT ONLINE di link ini:  http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2015/06/agenda-jahat-serang-tun-habis-habisan.html

Friday, June 5, 2015

TAHNIAH NAJIB RAZAK & HADI AWANG KERANA "JASAMU" KEPADA MELAYU


NOTHING2HIDE




MUKTAMAR PAS KE-61


HARI ini kita ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada DUA PARTI MELAYU TERBESAR DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU - Pas dan Umno.

1) PAS - di atas KEJAYAAN presidennya Hadi Awang dalam mengepalai OPERASI MENYINGKIRKAN golongan bijak pandai profesional dari Parti Islam tersebut. Pada satu ketika, PAS begitu berbangga kerana berjaya menarik golongan profesional untuk menyertai Pas kerana sukar bagi golongan profesional Melayu ini untuk mendapat tempat di dalam Umno.

Tahun 2015, tercipta sejarah di mana Pas hari ini MENGNYAHKAN bijak pandai ini dari Pas.

Maka kembalilah Pas kepada geng-geng lebai pondok di mana dahulunya, kumpulan ini hanya tahu berceramah di waktu malam untuk mempengaruhi rakyat mengenai agama dan memfitnah pemimpin-pemimpin Umno.

Kejayaan Hadi Awang hari ini akan tercatit di dalam sejarah Pas termasuk SEJARAH di mana Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu hanya untuk 418 HARI dan di sumpah seranah oleh rakyat Terengganu.


2) Umno - TAHNIAH kepada kepimpinan Umno hari ini yang dipimpin oleh Najib Razak kerana MEROSAKKAN IMEJ MELAYU.

Hari ini kita bernasib baik kerana rakan-rakan bukan Islam kita di dalam BN - MIC, MCA, SUPP, Gerakan, PPP, IPF, LDP, PBRS, UPKO, PBS, SPDP dan PRS tidak mentertawakan kita dengan cara kita MENGURUSKAN NEGARA.

Malaysia Airlines yang rata-ratanya diuruskan oleh orang Melayu bangkrap. Felda, Tuhan saja yang tahu dan terkini 1MDB.

Sekali lagi kita ucapkan TAHNIAH kepada Najib Razak dan Hadi Awang,  DUA PEMIMPIN MELAYU yang amat BERJASA kepada Melayu.

Monday, August 5, 2013

KEGHAIRAHAN MELOBI UNTUK CHUA SOI LEK & AZIZ ZAINAL

 Bagi sesetengah orang terutamanya orang politik, jawatan adalah segala-galanya. Bagi orang politik, kalau boleh mereka mahu mati berjawatan. Kalau tidak dilantik Menteri, jadi Pengerusi GLC pun jadi lah. Kalau tidak Pengerusi GLC, jadi penasihat bertaraf Menteri pun OK. Kalau itu pun tak dapat, jadi Duta pun tidak mengapa. Rais Yatim sebagai buktinya - berjawatan Presiden UIA dan Penasihat Kebudayaan Kerajaan bertaraf Menteri.

Dipilih menjadi Duta tidak lah sehebat manapun. Agak kurang glamour sekiranya dipilih menjadi Duta ke Amerika Syarikat, Peranchis dan United Kingdom. Sebabnya - ketiga-tiga tempat ini menjadi destinasi popular orang politik terutamanya bapak-bapak Menteri bercuti.

Bila tiba musim cuti atau summer, Duta-Duta Malaysia di ketiga-tiga negara ini akan sibuk - sibuk memastikan percutian VIP Malaysia ke negara-negara ini berjalan lancar. Duta-Duta ini perlu memastikan kereta cukup, bilik dan laluan VIP tersedia di Lapangan Terbang dan jika diperlukan menemani VIP makan atau isteri VIP "shopping" di kedai-kedai tertentu.

Walaupun agak berat tanggungjawab sebagai Duta, yang penting mereka berjawatan.

Itulah sebabnya kita melihat trend baru dalam negara. Kalau semasa pilihanraya, ramai melobi untuk menjadi calon tetapi selepas pilihanraya, mereka melobi menjadi Pengerusi GLC.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan satu berita di mana 15 bahagian MCA melobi mahu Presiden MCA Chua Soi Lek dikekalkan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Sehari sebelum itu, MCA Kedah juga membuat ketetapan yang sama mahukan Soi Lek kekal Pengerusi PPC.
 http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/04/mca-chua-soi-lek.aspx
Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia dan NST digunakan oleh Presiden JMM Azwandin Hamzah untuk melobi jawatan Pengerusi MAS untuk bekas Panglima Angkatan Tentera dan Duta Malaysia ke Peranchis, Abdul Aziz Zainal.
http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130803/ko_02/Abdul-Aziz-layak-terajui-MAS---JMM

Begitulah pentingnya jawatan kepada seseorang.

Yang menariknya, kini di Malaysia sudah ADA trend melobi sehingga ke jawatan Pengerusi GLC.

Nampaknya, siang-siang tangan Najib Razak mahu diikat oleh pelobi-pelobi Soi Lek dan Aziz.