Monday, June 1, 2015

HAK NAJIB LANTIK & PECAT MENTERI: PECATLAH MUHYIDDIN

Image result for najib+muhyiddin+khairy+shafie

UTUSAN Malaysia hari ini melaporkan Najib Razak sebagai berkata: "Mana-mana anggota Kabinet yang TIDAK BERSAMA DENGAN SAYA dalam usaha pemulihan 1MDB boleh MELETAKKAN JAWATAN".

http://www.utusan.com.my/berita/politik/letak-jawatan-jika-tidak-bersama-1.98002

PERTAMA sekali, berita-berita seperti ini TIDAK perlu memetik sumber Kabinet.

Najib kena BERANI. Dia Perdana Menteri. Sebut terang-terangan. Sebut "Najib Razak hari ini meminta anggota Kabinet yang tidak bersama beliau LETAK JAWATAN".

Tak usah bersembunyi di belakang sumber. Nak lontar batu pada Tun Mahathir Mohamad pun suruh orang. Menyorok belakang orang. Nak suruh Menteri Kabinet letak jawatan pun, suruh Shahrir Samad. Adalah sikit tanggungjawab. Tunjuk keberanian. Jangan suruh orang buat kerja kita.

Dulu, kita selalu guna ungkapan, hak perlantikan ke Kabinet adalah HAK MUTLAK Perdana Menteri. Atau pun "hire & fire" dalam bahasa Inggeris (lantik atau pecat) Menteri adalah hak Najib Razak.

Jadi apa masalahnya? Kenapa Najib nak meminta anggota Kabinet meletakkan jawatan jika tidak menyokong beliau?

PECATLAH MEREKA! Pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin. ITU HAK NAJIB.

Tak perlu MEMINTA. Perkataan MEMINTA menggambar Najib "penakut" dan "LEMAH."

Kerana lemah Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim (MBA) boleh menipu Ijazah dan sebagainya.

Image result for azeez+rahim+ijazah

16 comments:

Anonymous said...



aku nak bagi pandangan lain sikit.

aku nak minta semua menteri2 buat sidang akhbar minta najib letak jawatan.

apa macam?

Anonymous said...

aku setuju dengan admin. sepatutnya perkara ini tak payahlah nak dihebohkan. tak usahlah nak menggertak seolah olah penakut atau berani bila ramai. kuasa ditangan najib dan hanya buat kerja. ini tak, kerja tak nampak, hebohnya lebih. semua orang tau PM ada kuasa, gunakanlah dan biarkan rakyat yang mengadilinya samada kuasa yang digunakan itu adil atau benar.

Anonymous said...

perhhh lebih dasat dari diktator....

Anonymous said...

Komen paling bangang, suruh menteri2 buat sidang akhbar suruh najib letakkan jawatan..perlakitkkan ikut perlebagaan dol.. Mahyuddin...alaa. Bukan baik sangat pun ..tanya sharir samad ..mahyuddin tinggalkan tunggul sahaja sebaik sahaja mahathir selamatkan tengkok nya dijohor dahulu...

Anonymous said...

Najib dah goyang la tu..kah,kah..

Anonymous said...

Menteri kabinet yg masih berpegang pada amanah dan kejujuran harus letak jawatan.

Biar Najib sendiri menjadi ahli kabinet, menteri kewangan, Punahsihat 1MDB dan juaga perdan menteri,

Isteri, anak dan anak tiri boleh berebut jawatan.

Hancur Malaysia.

Bugis pengecut, takut minah minang ... ish ish ish

Anonymous said...

Saya sangat setuju. NAJIB sudah menjadi Liabiliti kepada agama, bangsa dan negara

Anonymous said...

anon June 1, 2015 at 7:21 AM..

adooooiii...
satu cadangan yang takleh blah...hahaha
bagus jgk tuu...

Anonymous said...

Bila 1MDB belanjer duit kerajaan sesuka hati, Najib lulus seorang diri... Tapi bila dah kemelut, duit dah habis disapu, minta yang tak sokong berambus pergi... Dia nak semua menteri accountable pada duit yang dia dan lanun2 dah sesah habis...
Jika kita renungkan semula peristiwa dua - tiga hari ini, jika benar 1MDB tidak ada masalah dan boleh jana keuntungan, kenapa perlu dibentangkan pelan jangkamasa untuk 1MDB? Ini adalah bukti bahawa syarikat 1MDB bermasalah atas tadbir urus. Seharusnya Najib selaku pemimpin, bertanggungjawab ke atas masalah yang diciptanya, bukan mengugut barisan kabinet yang nyata tidak banyak pengetahuan berkenaan 1MDB.

-Zack is back-

Groom said...

Anon 7.21. Hang ni bodoh kah? PM dilantik oleh ahli2 parlimen BN yg menang majoriti dlm pilihanraya..Jadi hanya ahli2 parlimen BN boleh jatuhkan Najib. Najib bukan dilantik oleh kabinet tapi kabinet tu dipilih dan dilantik oleh Najib sbg PM. Makan Najib berhak pecat kabinet yg dia lantik sendiri... apalah hang bagi cadangan bodoh ni...otak tak dak kah?

Anonymous said...

Jangan menang sorak hari ini tetapi masa hadapan kampong tergadai.jangan susah, banyak lagi ayam yang akan terlepas dan tangan akan berbau tahi.nampak-nampak yang bersuara terlalu angkoh. "Inikah sokong yang membawa rebah"?.

Anonymous said...

Dia rasa dia dah hebat sangat sampai suruh menteri yang tak sebulu dengannya meletak jawatan. Amboi, Najib lupa ke yang melantik beliau menjadi PM tu adalah pengundi2 pilihanraya? Sekarang ni bilangan pengundi yang mahukan beliau meletak jawatan PM semakin bertambah dari hari kehari dan dari masa kesemasa dia buat tak layan. Celupar sangat dah mulut dia ni, mentang2 pisau ada ditangan dia sekarang ni........Najib....Najib,...kau tunggulah nanti bila tiba masanya .

Anonymous said...

Dia ingat parti UMNO ni dia punya ke? Adoiii. Dah lupa daratankah? Kalau syarikat dia, dia punya pasal la nak telungkup ke apa ke.

Anonymous said...

sy tak nampak mcm mana najib boleh trus jadi PM. hampir keseluruhan batang tubuh najib diselaputi lumpur.

setakat nak tunggu audit, tak mungkin batang tubuh najib dibersihkan.

bagi sy, hanya masa saja utk najib meletakkan jawatan.

Umno akan hancur jika najib trus jadi PM.

Anonymous said...

Aku sokong najib..

LukmanHussain said...

Menteri2 yg sokong najib...tunggu ko semua ..tsmy menang...ko orang semua akan mkn nasi berlauk garam la nanti....bagi teuku nan ko boley balik acheh main air tsunami