Friday, June 12, 2015

FADILLAH, JAMIL KHIR, HASSAN MALEK, SHAHIDAN, NAZRI AZIZ, SHABEERY CHIK DIGUGURKAN DARI KABINET?

Image result for fadillah+bustary

SEBUAH akhbar berbahasa Inggeris hari ini mencetuskan spekulasi hangat mengenai ROMBAKAN KABINET oleh Najib Razak yang dikatakan akan berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri Julai ini.

Katanya Najib BERAZAM mahu MEMBERSIHKAN Kabinet beliau dari pelbagai isu sebagai PERSIAPAN menghadapi PRU-14.

Katanya juga Menteri-Menteri yang dibelenggu isu dan BERPRESTASI LEMAH akan digugurkan.

Ini antara nama-nama yang dispekulasikan di warung-warung kopi akan DIGUGURKAN oleh Najib.

1. FADILLAH YUSUF - dikatakan terlibat dengan isu KRONISME apabila Kementerian Kerja Raya memberi projek bernilai RM10 BILION kepada ABANG beliau Bustary. Najib dikatakan kononnya BIMBANG isu ini akan merebak dan sukar dipertahankan.
Borneo Highway's big winner Bustari Yusuf - businessman brother of Minister of Public Works Fadillah and good friend of new CM Adenan Satem
http://www.sarawakreport.org/2015/04/the-pwd-ministers-brothers-pan-borneo-highway-connection-expose/

2. JAMIL KHIR - PRESTASI KURANG MEMUASKAN sehinggakan Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim MBA lebih MENONJOL seolah-olah beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Islam.

3. NAZRI AZIZ - jarang berada di dalam negeri.

4. HASSAN MALEK - memalukan Kabinet dan Najib dengan kenyataan lucunya.

5. SHAHIDAN KASSIM - sudah tidak relevan sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen dan untuk memudahkan Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia mentransformasikan Parlimen. Kehadiran Shahidan dikatakan menimbulkan polemik yang TIDAK SIHAT di Parlimen.

6. SHABEERY CHIK - PRESTASI amat mengecewakan sebagai Menteri Penerangan. Sesetengah pihak merasakan Shabeery perlu BERTANGGUNGJAWAB di atas kelemahan sistem komunikasi kerajaan dengan rakyat. Kritikan bekas Menteri Penerangan Rais Yatim bahawa peranan pegawai penerangan sekarang terhad kepada membaca akhbar dikatakan ada kebenarannya dan ini mengecewakan Najib.

Bagaimana pun ini hanya pandangan kedai-kedai kopi. HANYA NAJIB YANG TENTUKAN NASIB MEREKA.


http://www.beritadaily.com/news/2015-06-12/14720/cabinet-reshuffle-after-hari-raya

7 comments:

Anonymous said...

setuju semua dibuang termasuk najib. bagi rosmah jadi PM

Anonymous said...



Amat bersetuju Hassan Malek dipencenkan. Ganti dengan ahmad maslan untuk lebih melucukan

Anonymous said...

Yg paling LEMAH prestasi adalah NAJIB. Sila undur kangkung.

Anonymous said...

Aku pun setuju..pm dgn menteri 2x5 ja

zgmail said...

bkn kabinet najib yg harus dirombak tp najib perlu letak jawatan

Anonymous said...

Yang ni paling betul .

Anonymous said...

aku rasa 3 sekawan tu lagi layak resign jib, sham, zahid.
dia boleh tukar org sesuka. kat dia semua lepas.
ini gabungan kuasa ajaib.