Wednesday, June 3, 2015
MAMPUKAH MUHYIDDIN MENCABAR NAJIB?
BEBERAPA hari lalu TERSEBAR satu sms yang berbunyi: "TSMY sampai kat KLIA kul 9 mlm esok. (2/6). Kita tunggu ramai ramai di pintu pelepasan 4 dan 5."
Seorang pegawai Muhyiddin Yassin dilaporkan MENAFIKAN Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyebarkan SMS tersebut dan Muhyiddin TIDAK MEMINTA mana-mana pihak menyambut kepulangan beliau dari bercuti di Australia.
Kalau BUKAN pejabat TPM yang sebarkan, siapa?
Politik umpama bermain catur. Politik penuh dengan percaturan.
Ada 2 kemungkinan. Kemungkinan pertama, ada PENYOKONG TPM yang menyebarkan SMS tersebut untuk memperlihatkan kehebatan Muhyiddin TETAPI GAGAL. Hanya 50 penyokong hadir untuk menyambut beliau malam tadi.
Kemungkinan KEDUA ialah musuh Muhyiddin yang MENYEBARKAN SMS tersebut bertujuan untuk "smoke out" atau mengenalpasti siapa MUSUH mereka yang berani tampil secara terang-terangan untuk menyokong Muhyiddin. Malangnya, mereka juga gagal kerana TIADA seorang Menteri atau Ketua Bahagian termakan dengan TAKTIK tersebut.
PERSOALAN SEKARANG, apakah Muhyiddin mempunyai kekuatan politik untuk MENGGANTIKAN Najib Razak?
Sejarah Umno memperlihatkan betapa HEBATNYA Timbalan-Timbalan Presiden Umno sebelum ini.
1. MUSA HITAM: Jun 1981: Menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden Umno. Musa mendapat 722 undi sementara Ku Li mendapat 517 undi. 1986: Musa berganding dengan Ku Li untuk menentang gadingan Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Ghafar Baba. Musa TEWAS jawatan Timbalan Presiden Umno kepada Allahyarham Ghafar dengan HANYA 40 undi. (Dr Mahathir MENEWASKAN Ku Li dengan 43 undi).
2. ALLAHYARHAM TUN GHAFAR BABA: Menewaskan Musa Hitam pada tahun 1986. DITEWASKAN Anwar Ibrahim pada 1993 apabila Allahyarham Ghafar GAGAL mendapatkan kuota yang mencukupi untuk MEMPERTAHANKAN jawatan Timbalan Presiden Umno. Anwar MEMPEROLEHI 95% pencalonan iaitu pencalonan dari 137 bahagian berbanding Ghafar HANYA TUJUH (terdapat 145 bahagian Umno semasa itu).
3. ANWAR IBRAHIM: Menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba dan disingkirkan dari Umno oleh Tun Dr Mahathir. Walaupun tersingkir, Anwar merupakan Timbalan Presiden paling berpengaruh di era Umno memasuki kurun ke 20an.
4. ABDULLAH AHMAD BADAWI: Ditabalkan sebagai Perdana Menteri pada 2003.
5. MUHYIDDIN YASSIN?
Kehadiran 50 penyokong semalam sudah pasti MENJEJASKAN imej beliau. Yang lebih MEMBIMBANGKAN Muhyiddin ialah kehadiran semalam pasti "MENAKUTKAN" ketua-ketua bahagian untuk "MENDAMPINGI" beliau. Pemimpin Umno SEKARANG, lebih mementingkan 'PERIUK NASI" dari perjuangan. Sokongan mereka BERGANTUNG kepada "PERIUK NASI". Tidak seperti di tahun-tahun 80an.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/02/Muhyi-welcome-home/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
aku nak sarankan muhyiddin pencen saja jadi pesara kalau takut nak lwn najib
Apa dah jadi pada UMNO - parti perjuangan orang Melayu.
Kini dah jadi parti cari makan - sesiapa yg paling kuat melaung ampu boss - dialah yg dapat jawatan.
Ataupun sesiapa yg kerap cium tangan bibi boss akan senang mendapat harta dunia.
Sedih satu pengkhianatan - hanya utk suntikan "botox" TIAP BULAN.
Yang pastinya Muhyiddin pun baru nak test market... takut jatuh kat perigi buta
Post a Comment