Saturday, June 7, 2008

KALAU NAK MAKAN SEDAP

MENJAMU SELERA: Bagi pengunjung ke bandar Alor Star, mungkin ramai tertanya di mana nak makan sedap. Beberapa tempat perlu menjadi pilihan anda. Antaranya:

* NASI AYAM ADY
(Stadium Darul Aman)

* PUTU BULUH DAN PUTU MAYAM (Gambar)
(Hotel Yuan Fang - Jalan Langgar (dahulunya rumah tumpangan) - depan Bank Rakyat dan Kamdar Stesen bas lama - hanya dibuka - jam 2pm keatas)

* CUCUR UDANG
(Gerai di hadapan Muzium Negeri - Lebuhraya Sultan Abdul Halim - berhampiran Stadium Darul Aman)

* NASI KAMPUNG
(Pumpong - Lebuhraya Sultan Abdul Halim - sebelah kiri selepas Wisma Darul Aman/Kedah Medical Center. Ada dua kedai. Satu bernama DEE. Mana-mana pun boleh. Kedua-duanya sedap)

* NASI PADANG
(Satu bertempat di hadapan Stesen Bas Baru (bukan Stesen bas Shahab Perdana). Stesen Bas Baru ini berhampiran Bulatan Teluk Wan Jah dan sebuah lagi di hadapan City Plaza atau pun Holiday Villa. Kedua-duanya tumpang kedai Cina. Tapi jangan risau, ini budaya Kedah dulu. Masakan disediakan oleh orang Islam, minuman oleh orang Tiongha)

* MEE ABU (famous)
(Dahulu di Jalan Teluk Wan Jah. Sekarang dah berpindah ke Jalan Sultanah).

* NASI LEMAK ROYALE (Nasi kandar)
(Pagi dan tengah hari - berhampiran Pekan Rabu. Seberang Sungai berhampiran kedai gambar. Malam di Simpang Kuala, Jalan Sultanah, Jalan Dato' Kumbar etc)

* GULAI IKAN TEMENUNG (KARI IKAN KEMBONG)
(Paling best di Kuala Sungai. Gunakan Jalan Putra dan menghala ke Perlis. Teruskan perjalanan sehingga bertemu stesen minyak Caltex di sebelah kiri. Sampai ke simpang jalan lampu trafik, masuk ke simpang kiri. Kedai makan 1 km ke hadapan. Ikan fresh. Sebuah kedai lagi di Jalan Kuala Kedah. Masuk kiri (menghala ke pekan Yan) bila sampai ke simpang trafik light Batas Paip. Hanya 100 meter dari trafik light. Kedudukan betul-betul di pintu masuk kilang Bernas).

* APOM BALIK - Tersedap di Malaysia.
(Di pekan Kuala Kedah. Depan Pejabat Pos Kuala Kedah).

* MEE ABBAS - MEE REBUS DAN MEE GORENG
(Pekan Kuala Kedah. Di pintu masuk Jeti Kargo).

* LAKSA
(Jalan Kuala Kedah - ada dua kedai. Kedua-duanya di miliki adik beradik. Zakaria dan seorang lagi saya tak ingat nama. Ataupun di Tingkat 4 City Plaza - sebelah popular book store)

* LAKSA, BUBUR KACANG, BUBUR PULUT HITAM - TARBUS
(Dah berpindah ke Hospital Alor Star yang baru di Jalan Langgar) - Kalau nak beli laksa berkilo-kilo, sila ke Jalan Hutan Kampung (gunakan Jalan Langgar menghala ke Hospital Alor Star yang baru atau ke Pokok Sena/Pedu - masuk kiri di trafik light. Dahulu RM6 sekilo, termasuk kuah dan ulam. Sekarang mungkin dah naik sebab harga beras dah naik. Laksa di sini di buat dari beras, bukannya glass mee macam di KL)

* KUIH MUIH
(Masih lagi 20 sen sebiji. Gerai di Jalan Langgar di hadapan mini market Pendang dan sebuah di sebelah Stesen Petronas Jalan Taman PKNK - berhampiran Giant - 2pm keatas)

* ABC
(Medan Selera Darul Aman - depan Giant Jalan Taman PKNK)

* CAPATI
(Belakang Pejabat Pos Besar lama/sebelah Masjid India/Sebelah Ibupejabat Polis Alor Star yang berhadapan Balai Bomba Alor Star)

* NASI LEMAK BUNGKUS
(masih lagi 50 sen sebungkus - malam sahaja. Kaki lima kedai berhampiran Pekan Rabu. Pilihlah mana-mana pun. Pembekal adalah orang yang sama).

* TOMYAM
(Restoran Pak Da. Gunakan Jalan Putra sehingga simpang Trafik light (simpang kanan ke
Stesen Bas Shahab Perdana - simpang kiri ke Tesco dan Kuala Kedah) teruskan perjalanan - hanya 50 meter dari trafik light. Dah terlajak kalau terjumpa Stesen Petronas di sebelah kanan. Tempatnya tersorok sikit).

7 comments:

tumpanglalu said...

sori mencelah. memang menarik btul kandungan post anda ni! even sy sendri asal kedah n dah 31 thn dok sana, tp still ada tmpt yg anda listkan, sy blom pnh pi. thx sbb kongsi info..

rzda84 said...

klu nk western bleh ke gerai sebelah petronas kuala kedah.. best..

Juadah said...

Salam.

Wah, banyak juga tempat makan2 sedap di negeri kedah ni. Sya dok alor setar hal kerja. skrg tengah cari tempat makan sedap. Harap jumpa.

pst: nasi kandar hj ramli pun sedap juga. Sya ada review kt blog sya di http://juadahmalaysia.com

crazybranded said...

crazybranded - Kuey Teow Iman 6ptg sampai awal kul 1.00pg mmg terbaik. tepi Jln manghala ke mergong.

crazybranded said...

Keow Teow Iman - 6ptg- 1.00 pg..
tepi jln menghala ke mergong..
mmg terbaik!!

Anonymous said...

Nasi Lemak Royal yang popular di sekitar Alor Setar, Kedah mempunyai cawangan di Ampang. Sesiapa orang Alor Setar yang mengidam boleh lah ke sana untuk melepas geram. Hehe :)

Lokasi: Club House, Tiara Duta Condominium (Taman Putra Sulaiman), Ampang, Selangor, Malaysia 68000

reen homestay sungai petani kedah said...

wahh sedapnhya.....
reenhomestay.blogspot.com
admin jom tukar link