Friday, June 20, 2008

SYED ALI ALHABSHEE


SYED ALI ALHABSHEE: Ketua Umno Bahagian Cheras ini adalah antara segelintir pemimpin bahagian yang vokal dalam menyuarakan padangan terhadap parti. Sikapnya selari dengan pemimpin seperti Ketua Bahagian Seremban Ishak Ismail - berani menyuarakan pandangan.
Hari ini, suara Syed Ali berkumandang lagi. Beliau mahukan kerajaan mendedahkan jumlah amaun ex-gratia yang dibayar dan akan dibayar kepada hakim-hakim besar Salleh Abas, George Seah, Suleiman Pawanteh, Eusoffe Abdoolcader, Azmi Kamaruddin dan Wan Hamzah Mohamed Salleh. (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=340917)
Syed Ali seorang senator. Gelanggangnya adalah Dewan Negara. Adakah suaranya juga akan berkumandang di Dewan Negara? Khabarnya setiap hakim menerima habuan RM500,000 seorang.
Kata Syed Ali: "Persoalannya, wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia itu merupakan wang rakyat dan bukan wang individu tertentu yang tidak perlu didedahkan.Tidak dapat dinafikan keenam-enam bekas hakim berkenaan telah berjasa kepada negara namun rakyat berhak tahu dan tidak ada sebab kerajaan perlu merahsiakan amaunnya."

No comments: