BERAKHIRNYA SATU GENERASI: Seorang rakan berkunjung ke sebuah cineplex dan terus ke kaunter tiket untuk menonton "Indianna Jones: The Kingdom of the Crystal Skull."
"Tiket kelas satu...dua," ujarnya. "Tak ada kelas satu, kelas dua di sini bang. Semua tiket satu kelas," jawab penjual tiket.
Kali terakhir rakan Jelapang ke panggung wayang atau pawagam ialah 30 tahun yang lalu untuk menonton filem "Mat Sentul" di Panggung Rex yang terletak di Jalan Putera.
Ketika itu, pemegang tiket kelas satu akan diberi tempat duduk di tingkat atas. Harganya mahal sedikit dari tiket kelas dua. Termurah ialah tiket kelas tiga, tetapi terpaksalah mendongak sedikit kerana tempat duduknya betul-betul di hadapan skrin.
Rakan Jelapang tidak menyedari bahawa zaman tiket wayang "kelas satu, dua, tiga" sudah berakhir. Kini panggung wayang tidak lagi dikenali sebagai pawagam lagi. Kini ia dikenali sebagai cineplex.
Sabtu lepas Jelapang sempat bersiar-siar disepanjang Jalan Langgar. Maka terpandanglah ke arah Panggung Cathay di Jalan Limbong Kapal. Panggung tersebut kini diselimuti jaring plastik berwarna hijau. Perkataan CATHAY sudah tiada lagi. Pekerja yang kebanyakannya dari Indonesia sibuk memecah dinding panggung tersebut. Sebuah papan tanda terpampang di tepi jalan. Setelah diteliti, maka Jelapang sedari Panggung Cathay sudah tiada lagi. Berakhirlah satu generasi.
Dipanggung inilah Jelapang dibawa emak dan ayah menonton filem-filem Bruce Lee - Fist of Fury, Big Boss dan The Way of the Dragon. Di sini juga lah Jelapang menonton filem Indonesia Pendekar Sumur Tujuh yang mana heronya ialah Dicky Zulkarnian.

Separuh dari rakan Jelapang menjadi peminat Dicky dan Jelapang meminati Bruce Lee.
Ketika di kampung, rakan-rakan akan memotong batang pokok perupok untuk di jadikan senjata yang digunakan Dicky dalam filem tersebut.
Betapa taksubnya kami kepada hero-hero ini sehingga khabar palsu bahawa Bruce Lee mati dalam satu pertarungan dengan Dicky di anggap benar.Ketika di kampung, rakan-rakan akan memotong batang pokok perupok untuk di jadikan senjata yang digunakan Dicky dalam filem tersebut.
Kononnya Bruce Lee mati terkena sepakan maut Dicky sehingga mematahkan tulang rusuknya. Itu cerita lama - cerita zaman remaja Jelapang.Tidak lama lagi nama Panggung Cathay di Alor Setar akan hilang dek zaman.
Tempatnya akan diambil alih oleh Restoran KFC. Maka berakhir legenda Cathay - pawagam terakhir di Alor Setar.Panggung Rex dan Sky di Jalan Putera telah menjadi bangunan usang, Panggung Royal berhampiran Pekan Rabu telah lama pergi dan digantikan dengan bangunan berbelas tingkat untuk perniagaan. Panggung Deluxe yang hanya menayangkan filem Cina kini juga menjadi pusat jualan pakaian.
Panggung Seri Intan (gambar sebelah) kini menjadi Pusat Snooker.
Manakala di panggung Empire berhampiran Pekan Rabu, Jelapang pernah menangis semata-mata kerana seekor gajah di dalam filem Hindustan - Hathi Mere Saathi.Di situ jugalah Jelapang menonton Sangam, Bobby dan Yaadon Ki Baaraat.
Panggung Empire juga menjadi "mangsa" kepada industri video dan VCD.
Apapun, kehadiran pawagam-pawagam ini ketika itu telah mewarnai kehidupan orang Kedah.Pada ketika itu, pawagam-pawagam inilah yang menjadi tempat hiburan untuk masyarakat terdahulu.
Walaupun berakhirnya zaman pawagam, kenangan manis akan di bawa ke akhir hayat. Terima kasih Cathay, Empire, Rex, Sky, Seri Intan, Deluxe dan Royal.
4 comments:
Sayangnya.... Skarang nak tgk wayang pun kena travel sampai Jitra sbb kat situ panggung best. Kat Alor Star ada kat City Plaza tp dah makin buruk...
Dulu harap sangat Cathay Cineplex, yg skarang company dr Singapura take over bangunan tu dan buat Cathay Cineplex baru mcm di Mutiara Damansara tp dpt kat KFC.
la...sayangnya panggung cathay kat penang tu dah dirobohkan..rasanya umur panggung tu pun dah cecah ratusan tahun tu..kenapalah tak dak mana2 pihak yg mewartakan bangunan tu sbg warisan sejarah perfileman??
laa...siannya panggung tu dah dirobohkan..rasanya usia bangunan tu cecah ratusan tahun..kenapala tak da mana2 pihak mewartakan bangunan tu sbg warisan sejarah..?
Panggung Rex,, Sky Dan Penang dlm bangunan usang Great World Park Jln Putera ... tiada sspa peduli.
Post a Comment