- Saya dan Najib telah muafakat dan kita berdua telah sama-sama setuju bilakah masanya saya nak bersara dan bilakah masanya Najib akan ambil alih dan menjadi Perdana Menteri.
- Tiada masalah antara kami berdua, jadi tidak payahlah sesiapa pun nak timbulkan perkara ini kerana antara yang hendak menyerah dan menerima sudah ada persetujuan
- Yang penting semua pihak perlu melihat hubungan kami berdua adalah untuk menguatkan parti dan kerajaan serta program pembangunan yang telah dirancang selama ini.
- Saya amat menghargai sokongan terhadap saya. Kalau diberi sokongan kuat dan padu seperti ini, saya akan terus bekerja dengan lebih kuat untuk parti dan kerajaan
- Sebagai pejuang, jangan kita patah semangat demi untuk agama dan bangsa kita. Istilah kecewa sepatutnya tidak ada dalam kamus pejuang.
- Pantang undur sebelum menyerah dan pejuang perlu berjuang. Kalau patah hati, tidak payah berjuang, biarlah tunggu mati sahaja
- Majoriti rakyat mahukan kita terus berjuang. Dalam pilihan raya umum lalu kita tidak lemah dan kalah, cuma sokongan sedikit merosot
- Saya sama seperti Najib yang ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein telah bersama-sama menubuhkan parti, saya pun sama apabila ayah dan datuk telah berjuang menubuhkan parti ini di sebelah Utara. UMNO akan kembali bangkit semula dengan pencapaian lebih cemerlang
Saturday, June 14, 2008
PERALIHAN KUASA?
ANALISA LAH: Berikut ialah petikan kenyataan Abdullah Ahmad Badawi di Kota Baru (13 Jun 2008) mengenai peralihan kuasa di dalam Umno dan kerajaan. Petikan-petikan ini pasti menarik perhatian penganalisa politik negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment