Saturday, June 7, 2008

RINTIHAN DAN TANGISAN SEORANG AYAH

Saya siarkan satu email dari seorang yang tidak dikenali yang saya terima hari ini.

Saudara,

Adalah lebih baik saudara betulkan keadaan di dalam Umno sebelum bercakap mengenai perkara-perkara mengenai politik parti saudara.
Parti yang saudara wakili hanya tahu menyusahkan rakyat sejak Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Adakah saudara sebagai orang kuat Umno bahagian menyokong tindakan Perdana Menteri menaikkan harga minyak dan kos elektrik?
Berapa ramai anak-anak di kampung dan di bandar yang akan menangis menanti bapanya kembali membawa sesuap nasi dan di dalam hati bapanya betapa kecewanya beliau tidak dapat menyediakan keperluan seharian seperti hari-hari sebelum ini?
Saya titiskan air mata mengenangkan nasib petani yang hanya mengaut hasil enam bulan sekali, nelayan, kerani, peniaga kecil, pemandu, jaga, setinggan dan golongan berpendapatan rendah di bandar.
Yang menyedihkan, rintihan hanya lah di dengar dari parti-parti pembangkang. Pemimpin-pemimpin Umno yang dah menjadi Menteri, Ahli Parlimen, Adun, Senator, pemimpin-pemimpin bahagian dan cawangan yang telah mendapat habuan masing-masing sunyi sepi tanpa belas kasihan kepada kami golongan yang berpendapatan segenggam nasi sehari.
Saya faham, pemimpin-pemimpin Umno tidak terasa akan bahang kenaikan ini. Mereka berumah besar, berkereta besar,simpanan pun tinggi dan bercuti di luar negeri. Apalah kami anak kampung yang tidak berpelajaran tinggi ini.
Apapun sebagai bapa, tidak akan kami membiarkan anak kami menangis di siang hari. Biarlah kekecewaan ini kami tanggung sendiri dan pendam di hati.


Seorang bapa

1 comment:

PU3 KULIM said...

cek mmg org UMNO tapi cek tak setuju langsung dgn kenaikan harga petrol!
cek duk kulim tapi keje penang..walaupun naik motor,beza harga dulu dan lanie leh byr lunch cek..
ntah apa akan jadi selagi kita berPM kan AAB!