Sunday, August 31, 2008

ADUN BN DITAHAN BPR!

TAHNIAH KEPAFA BPR. Mengikut laporan akhbar sebentar tadi seorang lagi Adun ditangkap Badan Pencegah Rasuah Negeri Sembilan.

Tidak seperti mana di Perak, akhbar tidak menamakan Adun berkenaan. Jelapang difahamkan Adun berkenaan dari kawasan Parlimen Seremban dan wakil rakyat Barisan Nasional.

Adun berkenaan adalah ahli politik kedua dari kawasan Parlimen Seremban yang ditangkap BPR atas tuduhan rasuah.

Kes pertama melibatkan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang, yang disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli UMNO untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan. Mohd. Nor ditahan ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada pukul 4 petang ini.

Hari ini, Adun pula di tahan. Laporan Bernama:

Adun Negeri Sembilan Ditahan BPR
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Sembilan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.


Menurut sumber, Adun berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai BPR ketika menerima suapan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Adalah difahamkan, ketika kejadian itu, Adun berkenaan cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya ditahan oleh anggota BPR yang bertindak pantas mengejarnya.

Ahli politik berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat BPR Negeri di Jalan Dato Kelana Maamor, Seremban, bagi membantu siasatan.

Sehingga pukul 8.30 malam ini, beliau masih lagi disoal siasat di BPR Seremban.Pengarah Siasatan BPR Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.-- BERNAMA

INDAHNYA RAMADHAN: SELAMAT BERPUASA

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.' (HR Bukhari)

Saturday, August 30, 2008

TELITILAH SEJARAH: SELAMAT HARI KEBANGSAAN!

“Jika kita meneliti sejarah, kita akan dapati banyak tamadun manusia muncul, mencapai kecemerlangan buat beberapa lama tetapi akhirnya merosot dan kadang-kadang terus luput dan hilang. Hampir semua tamadun termasuk tamadun Islam telah melalui proses ini. Tetapi ada juga yang merosot dan kemudian dipulih semula.

"Sebabnya ini berlaku ialah kerana perubahan budaya di antara mereka yang mendiri dan memajukan tamadun dengan mereka yang hanya mewarisi hasil tamadun yang telah didirikan. Mereka yang mendiri dan memajukan tamadun sanggup menghadapi cabaran, berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mementingkan diri.

"Mereka mengutamakan perjuangan. Ramai yang sanggup mengorbankan nyawa sekalipun untuk kepentingan perjuangan. Dengan kesanggupan ini maka terdiri dan majulah tamadun berkenaan."Dr Mahathir Mohamad (Persidangan Khas Agong Umno – 18 November 2001) -
http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PastPM.nsf/a310590c7cafaaae48256db4001773ea/b84f06210f3d6b354825699d00254811?OpenDocument

SKETSA PARLIMEN 17 (OGOS 19/08): KES RABA PUTERI, MAKI ORANG & GURU BESAR BUAT PROJEK!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“Amerika Syarikat bukanlah ‘mata-mata’ ataupun ‘polis dunia’ yang berhak campur tangan dalaman hal ehwal negara asing. Pintu belakang dan juga halaman rumah mereka sendiri dinodai dengan diskriminasi.” - Menteri Luar Negeri Rais Yatim menjawab soalan Bung Moktar Radin (Kinabatangan) mengenai langkah-langkah tegas dalam menangani campur tangan kuasa asing
dalam hal ehwal kedaulatan undang-undang negara.

PERIHAL PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

“Kadang-kadang kita nampak penguat kuasa di negara kita menjalankan tugas yang keras. Kadang-kadang kita lembut, kadang-kadang nampak kita langsung tiada penguat kuasa. Contoh, macam Permatang Pauh, apa berlaku baru-baru ini, ada orang pukul orang, orang pukul jurugambar dan wartawan, pecah kereta, maki orang, raba Puteri, kereta timbalan menteri kena goncang.” - Tiong King Sing (Bintulu).

Mahfuz Omar (Pokok Sena): Minta Puteri tunjuk macam mana kena raba.

Mohd. Hayati Othman (Pendang): Jurugambar pukul diri sendiri.

“Saya difahamkan bahawa di negara kita hanya ada 100,000 anggota polis dan jumlah itu hanya 6,661 anggota ditugaskan untuk siasatan kes jenayah di negara kita.”Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

“Mengenai insiden-insiden yang berlaku di Permatang Pauh ini, pihak polis telah pun menerima laporan-laporan dan siasatan akan diambil kononnya mengikut orang yang membuat aduan itu, memang mereka ini dipukul oleh anggota dan penyokong PKR atau pembangkang, tetapi saya tak kata mereka ini yang melakukan perkara itu.” – Timbalan Menteri Dalam Negeri Chor Chee Heung.

PERIHAL WANG KERTAS RM500 & RM1,000

“Kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula edaran dominasi wang kertas RM500 dan RM1,000. Walau bagaimanapun, mereka yang masih ada wang kertas dominasi RM500 dan RM1,000 boleh ditukarkan di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia.” - Timbalan Menteri Kewangan II Kong Cho Ha.

“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk wang kertas didominasi RM500, masih ada 151,482 keping lagi masih belum dipulangkan kepada Bank Negara Malaysia dan nilainya ialah RM75.741 juta. Untuk wang kertas didominasi RM1,000, sebanyak RM28,315 kepingan yang masih belum dikembalikan kepada Bank Negara Malaysia dengan nilainya RM28.315 juta.”Kong Cho Ha.

Ibrahim Ali (Pasir Mas): Saya sebelum ini ada pernah membawa usul di bawah 18(1) bersabit dengan wang kertas didominasi harga RM500 dan RM1,000 ini. Kalau tidak silap saya Tuan Yang di-Pertua, wang nilai RM500 dan RM1,000 ini sah lakunya dahulu ialah sehingga 1 Julai 1999 kalau tidak silap saya. Tiba-tiba pihak kerajaan Bank Negara membuat keputusan bermula pada Jun 2007 kalau tidak silap saya, wang ini boleh ditukar balik. Saya hendak tanya apakah rasionalnya sehingga sesudah beberapa tahun wang didominasi RM500 dan RM1,000 ini sudah diisytiharkan tidak laku lagi, kenapa sekarang ini boleh ditukar balik.

Ibrahim Ali: Tadi Yang Berhormat menyebut masih ada lagi RM75 juta untuk harga RM500 dan RM28 juta untuk harga RM1,000, apakah ini sebagai satu dasar terbuka hendak menghalalkan yang sebelum ini dapat ditukar balik. Saya hendak tahu berapa jumlah wang yang didominasi RM500 ini yang ditukar selepas 2007.

Ibrahim Ali: Saya difahamkan mungkin ada pihak-pihak yang tertentu, individu-individu tertentu seorang, dua orang tiga orang menyimpan wang ini di luar negara kemudian membawa balik menggunakan kaedah melalui bank untuk menukar. Sekarang ini oleh sebab wang itu jumlah yang banyak, jumlah keseluruhan RM5 bilion. Kemungkinan pihak ini sudah menukar beberapa ratus juta saya tidak tahu dan siapakah mereka ini atau satu dua individu dan berapa jumlahnya?

PERIHAL GURU BERPOLITIK

“Tidak cukup jawatan, wujud macam-macam jawatan lagi hendak bagi pengarah itulah, timbalan pengarah itulah, penolong itulah, penolong kanan inilah, itulah, inilah kerana hendak naik pangkat mesti dapat sokongan orang politik. Jadi guru tidak hendak pindah, tidak ditukar ke Sabah ke Sarawak maka wujudlah budaya bodek.” Ibrahim Ali ketika membahas pindaan Akta Pendidikan 1986

“Orang lain kena tukar dua tiga kali. Ada sesetengah sekolah dia depan rumah saja sebab apa dia orang kuat politik, dia orang kuat ketua bahagian, dia setiausaha bahagian.” - Ibrahim Ali.

“Saya ingin mencadangkan supaya kalau boleh diwujudkan dasar di mana guru-guru sekolah rendah termasuk terutamanya guru-guru besar tidak dibenarkan memegang jawatan parti politik. Sama ada menjadi setiausaha UMNO bahagian ataupun ketua UMNO bahagian ataupun setiausaha kawasan PAS, ketua kawasan PAS tak kira apa parti sekali pun, mereka tidak boleh memegang jawatan. Termasuk BEBAS. Tak boleh. Tapi BEBAS dia tak ada parti dia tak ada masalah.” Ibrahim Ali.

“Seorang guru besar, bernama Encik Mohd Nor bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim IV, dilantik menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Mas. Pada waktu saya igugurkan menjadi ketua bahagian dulu, dilantiknya Dato’ Rahim Abdul Rahman, orang yang baru dilantik melantik orang yang menjadi setiausaha bahagian, guru besar. Selepas jadi setiausaha bahagian, hasil tindak tanduk seorang guru besar campur politik terdengarlah dalam kawasan, guru besar ini buat projek kecil bagi pihak ketua bahagian, mengagih-agihkan projek.” Ibrahim Ali.

“Contohnya kalau dia pegang jawatan setiausaha bahagian atau ketua bahagian pagi-pagi hendak pergi sekolah - guru besar, pukul tiga pagi tidak tidur lagi duduk layan menteri dekat hotel contohnya ataupun pergi mesyuarat, balik lewat contohnya. Maka kemudian ada pula mesyuarat cawangan.” Ibrahim Ali
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-19082008.pdf

PESANAN RAJA PETRA

"This is the article, published on 16 January 2008, that resulted in Malaysia Today getting blocked. However, it seems it is not the article but the 172 comments from readers below that article that was the brunt of the government action. Maybe now you readers will be careful with what you post lest, again, we suffer the same fate. You readers will have to be more responsible with what you post to avoid future action by the government." - Raja Petra Kamaruddin.
(http://mt.m2day.org/2008/content/view/11952/84/)

Berhati-hati dalam memberi komen. Itu lah nasihat yang diberikan Raja Petra dalam website beliau setelah di sekat.

Seperti yang disiarkan Jelapang sebelum ini, komen-komen di dalam Malaysia Today pasti menyentuh perasaan umat Islam di negara kita.

Lihat lah komen ini yang di tulis oleh Anti-Jihadist di dalam Malaysia Today.

If God's greatest prophet is free to take part in murder, robbery, genocide, and slave-trading, can we really point a finger at people like Osama bin Laden and Saddam Hussein and say that they are evil? They killed many innocents, but so did Mohammad. Saddam tortured countless people, but so did Mohammad. In fact, one could make a case that Osama bin Laden is morally superior to Mohammad, for, while bin Laden killed thousands of people, he didn't sell their wives and children into slavery, or have sex with a little girl, or marry more than a dozen women.

Terjemahan (setepat mungkin)

Sekiranya Rasul yang terunggul bebas untuk membunuh, merompak, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan memperdagangkan hamba abdi, bolehkah kita menunding jari kepada mereka seperti Osama bin Laden dan Saddan Hussein dan menuduh mereka sebagai syaitan? Mereka membunuh orang-orang yang tidak berdosa, begitu juga (Nabi) Muhammad, Saddam menyeksa beribu-ribu rakyatnya, begitu juga (Nabi) Muhammad. Malahan kita boleh berpendapat bahawa Osama bin Laden lebih baik moralnya dari (Nabi) Muhammad kerana ketika bin Laden membunuh beribu-ribu manusia, beliau tidak memperdagang isteri-isterinya dan anak-anaknya untuk penghambaan, atau melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak kecil atau berkahwin dengan lebih sedozen wanita.

* Jelapang memohon maaf sekiranya terjemahan ini menguris perasaan umat Islam. Tetapi inilah antara komen yang disiarkan di dalam website Raja Petra.

MALAYSIA TODAY MENGHINA NABI?

"...artikel tersebut didapati cuba membandingkan Nabi Muhammad dengan perlakuan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan pemimpin Al Qaida, Osama Bin Laden. Kita telah memantau laman web tersebut sejak beberapa bulan lalu dan dapati tulisan pembacanya berterusan menghina Nabi Muhammad. - Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi.

Kenyataan Shahril semalam menerusi Utusan Malaysia jelaskan kenapa website Malaysia Today di sekat oleh Suruhanjaya tersebut.
Laporan Utusan Malaysia:

Malaysia Today disekat kerana menghina nabi
Oleh NIZAM HAMID
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak menyekat laman web Malaysia Today kerana artikel penulis blog itu dan tulisan-tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad.

Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, artikel tersebut didapati cuba membandingkan Nabi Muhammad dengan perlakuan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan pemimpin Al Qaida, Osama Bin Laden.

‘‘Kita telah memantau laman web tersebut sejak beberapa bulan lalu dan dapati tulisan pembacanya berterusan menghina Nabi Muhammad,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Mengulas sekatan terhadap laman web tersebut sejak beberapa hari lalu, beliau berkata, kes itu akan dirujuk kepada agensi kerajaan yang lain termasuk Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, laman web Malaysia Today bukan yang pertama disekat kerana sejak Januari lalu sebanyak 126 laman web telah disekat kerana melanggar pelbagai peraturan termasuk cubaan menipu pengguna Internet.

‘‘Dalam bulan Ogos sahaja, sebanyak 24 laman web telah disekat termasuk Malaysia Today,” ujarnya.

Mohamed Shahril juga menolak dakwaan pihak tertentu kononnya sekatan terhadap Malaysia Today bermotifkan politik terutama apabila melibatkan tulisan mengenai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Sudah lama Malaysia Today menulis mengenai Najib dan pelbagai isu politik lain tetapi kami tidak pernah menyekat laman web itu,” katanya.

RAJA PETRA, TIADA SIMPATI BUAT MU!

BERTANGGUNG JAWABLAH DAN PELIHARALAH ISLAM!

Rocky’s Bru dan beberapa blogger lain menghentam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atas tindakan menghalang website Raja Petra Kamaruddin dari dilayari oleh pelayar-pelayar internet. (http://www.malaysiakini.com/news/88715)

Seorang blogger menggunakan perkataan “idiot” (tolol atau dungu) dalam mengkritik tindakan SKMM itu.


Rocky’s Bru pula memilih tajuk “Google, Go Away” seolah-olah meminta Google membatalkan cadangannya untuk membuka pengkalan datanya di Malaysia semata-mata kerana website Raja Petra dihalang dari dilayari pelayar-pelayar internet.

Apakah “dosa” Raja Petra sehingga beliau perlu di perjuangkan oleh blogger lain?

Setelah melayari website Malaysia Today, agak memeranjatkan pabila mendapati Raja Petra membenarkan komen-komen pelayar yang berunsur fitnah dan menghina agama Islam disiarkan di website beliau.

Persoalannya, bukankah tanggungjawab Raja Petra memelihara kesucian agama Islam dan mengelakkan unsur-unsur fitnah dan isu menyentuh perasaan orang Islam tidak disiarkan?

Di dalam satu artikel bertajuk “Not all Arabs are descendants of the Prophet", perasaan Jelapang terguris pabila membaca komen-komen di dalam website Malaysia Today.

KEPADA RAJA PETRA, TIADA SIMPATI DARI KU BUAT MU.

Berikut ialah komen-komen pembaca yang dipetik dari article “Not all Arabs are descendants of the Prophet. (http://mt.m2day.org/2008/content/view/11707/84/

Komen 1: written by HARIMAU BIN ABDULLAH, August 24, 2008 12:53:40
Arabs are descendants of PIGS. That is why they do not eat pork, although many of the new generation eat pork, and drink pig's urine. Some even **** and sodomise pig. They are all faked mulims, and now yet the people of bolehland blindly follow them.

Komen 2: written by Anti Jihadist, August 26, 2008 11:02:44
RPK's title of the piece, "Not all Arabs are descendants of the Prophet", of course assumes that his prophet, Mohammed, is a moral person. I suppose that depends on what your definition of 'moral' is. If 'moral' means supporting a religion by robbing others, consummating a marriage with a nine-year old girl, having critics and apostates executed, having a contemptible opinion of women, and raking in huge profits from the slave trade, then yes, Mohammed was a very 'moral' person. It appears, then, that Muslims like RPK are using the term "moral" in a very unique way. In this uniquely Muslim sense of the term, the word "moral" is defined as "whatever Mohammad does." Thus, if Mohammad were to chop off the heads of hundreds of people (which he did), this act would still be defined as a moral act, since Mohammad did it, and anything Mohammad does is, by definition, "moral".

If God's greatest prophet is free to take part in murder, robbery, genocide, and slave-trading, can we really point a finger at people like Osama bin Laden and Saddam Hussein and say that they are evil? They killed many innocents, but so did Mohammad. Saddam tortured countless people, but so did Mohammad. In fact, one could make a case that Osama bin Laden is morally superior to Mohammad, for, while bin Laden killed thousands of people, he didn't sell their wives and children into slavery, or have sex with a little girl, or marry more than a dozen women. The truth about Mohammad has been one of the world's best-kept secrets. For centuries, it has been virtually impossible to raise objections about the character of Mohammad in Muslim countries, for anyone who raised such objections would (following the example set by Mohammad himself) immediately be killed. Outside the Muslim world, there has been little interest in Islam, and those who have been interested have typically relied on modern Muslim reports about Mohammad. But things have changed. Now many people are interested in Islam, and Muslims aren't able to silence everyone. Moreover, with the advent of the Internet, it is now impossible to keep Mohammad's life a secret. The facts about the founder of Islam are spreading very rapidly, and Muslims are frantically scurrying to defend their faith. But the information superhighway is paving over the ignorance that has for centuries been the stronghold of Islamic dogma. In the end, Islam will fall, for the entire structure is built upon the belief that Mohammad was the greatest moral example in history, and this belief is demonstrably false.

Komen 3: written by Lembing, August 27, 2008 06:23:07
ANTI JIHADIST Obviously you have chosen to ignore the various claims that :- 1. Mary was not a virgin 2. Jesus did not died on the cross, instead he migrated to somewhere in Europe and that his remains was found buried. That means he did not resurrect. What have to say to all these ridiculous and preposterous claims???

Komen 4: written by HARIMAU BIN ABDULLAH, August 27, 2008 13:13:17
Prophet committed a lot of sins, including forcing an underage girl to be his wife. The Arabs are worst, and committed even worst kind of sins. Needless to say those who ape the Arabs, including people from Swearland, are unfit to be human.

Friday, August 29, 2008

ANWAR TUNJUK TARING?

Anwar Ibrahim tunjuk taring di Parlimen? Itulah persepsi Bernama pabila Anwar membangkitkan isu DNA.
Laporan Bernama

General
August 29, 2008 10:43 AM

Anwar Already Showing His 'Fangs' On First Day In Parliament
KUALA LUMPUR, Aug 29 (Bernama) -- Just after being sworn in as the MP for Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim showed his 'fangs' in the Lower House by interjecting the debate on the Deoxyribonucleic Acid (DNA) Identification Bill 2008.


Anwar who was also just appointed opposition leader in the House, stood up after a Member of Parliament had interrupted a debate on whether the Bar Council still had the credibility to give its views on the Bill after the controversies involving the organisation.

In support of an opinion that the Bar Council needed to be referred to in drawing up the Bill, Anwar sarcastically asked the members of the House whether a corrupt government was less credible compared to the legal body.

"The government had tabled this Bill on Monday without giving the opportunity to the members of parliament, including our friends who are still on the other side (BN), to study it. And it was tabled in haste.

"This Bill is agreed upon by rapacious politicians but opposed by all experts and non-governmental and human rights organisations, not just the Bar Council....it is clear that the current government and cabinet are afraid of the people's voice," he said.

The Bill which was tabled for the second reading and debated on since Tuesday, was objected to by opposition Pakatan Rakyat MPs who questioned the hasty manner in which the Bill was tabled, which they claimed was politically motivated and had to do with the sodomy allegation against Anwar.

Following what Anwar said, several members wanted to interject, resulting in a war of words on the issue.-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=355929

Tuesday, August 26, 2008

ANWAR KEMBALI SEBAGAI AHLI PARLIMEN!


KEPUTUSAN RASMI
Keadilan (Anwar) : 31,195
BN (Arif Shah) : 15,524
Akim (Hanafi Mamat): 92
Majoriti: 15,671
Undi Rosak: 447
Jumlah keluar mengundi: 46,811 (65.2%)

TERKINI

Anwar kembali wakil rakyat Permatang Pauh, dahului majoriti lebih 16,000
26-08-2008 09:45:21 PM

(Dikemas kini, pukul 2130) PERMATANG PAUH: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mendahului majoriti lebih 16,500 undi - keputusan tidak rasmi - dalam pengiraan undi pilihan raya kecil Permatang Pauh yang diadakan hari ini.

Setakat pukul 9.20 malam, Anwar diumumkan oleh PKR bahawa telah memperoleh 31,579 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 15,045 undi manakala AKIM menerima 89 undi.

Proses pengiraan di 28 pusat mengundi telah siap dikira. Undi-undi yang telah dikira di pusat mengundi sedang dibawa ke pusat penjumlahan undi.


Keputusan tidak rasmi menunjukkan Anwar mendahului di kesemua 20 daerah mengundi yang telah dikira. Anwar kalah di beberapa saluran mengundi.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f9da3cec-c0a85062-16ab2e80-bd927068

ANWAR MENANG BESAR?


JELAPANG menerima satu sms sebentar tadi. Ia berbunyi:
Keputusan tidak rasmi: Anwar menang majoriti 17,652.
Keputusan penuh: Anwar 31,949; BN 14,297, Bebas 74

KEADILAN MENDAHULUI

TERKINI - 7.47pm
KEADILAN: 5219
BN: 1796
AKIM: 9
KEADILAN MENDAHULUI: Ini menurut blogger EDYES
Tuesday, August 26, 2008
KEPUTUSAN TERKINI
PKR 6115
BN 2209

6.33pm - Keputusan 4 kawasan mengundi
Jam 6.33 pm. Setakat ini keputusan empat kawasan mengundi sudah diperolehi. Dan PKR mendahului dengan 3377 undi berbanding BN 911 undi.
JUMLAH KAWASAN = 4
PKR = 3377
BN = 911

ANWAR MENANG, MAJORITI KURANG!

ANWAR MENANG?

Itulah kenyataan pemimpin Keadilan beberapa jam sebelum pengiraan undi dibuat.

“Berdasarkan pada bancian di pondok panas, Anwar sedang mendahului dalam jumlah undi. Saya jangkakan dalam lingkungan 61 peratus (pengundi menyokong Anwar).” – Naib Presiden Keadilan Sivarasa Rasiah.

http://sg.news.yahoo.com/afp/20080826/twl-malaysia-politics-vote-anwar-results-3848675.html

MAJORITI KEADILAN BERKURANG?
63.75% keluar mengundi sehingga 4 petang
26/08/2008 5:44pm

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos – Sebanyak 63.75 peratus pengundi telah keluar untuk menunaikan tanggungjawab bagi memilih Ahli Parlimen Permatang Pauh di 25 pusat pengundian yang disediakan di sini.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, peratusan itu diperolehi setakat pukul 4 petang ini. – Utusan.

JELAPANG: Sekiranya jumlah peratusan keluar mengundi pada tahap kurang 70 peratus, sekiranya Anwar menang, majoriti pasti kurang dari 10,000 undi.

Pusat mengundi ditutup 5 petang
26/08/2008 5:58pm

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos – Semua 25 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditutup pada pukul 5 petang ini.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, sepanjang tempoh mengundi dari 8 pagi hingga 4 petang tadi, sebanyak 63.75 peratus atau 37,035 daripada 58,459 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

“Jumlah yang keluar mengundi sehingga pukul 5 petang ini sedang dikira,” katanya kepada Bernama.

Kamaruzaman berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian.

Katanya, semua kertas undi sedang dikira di 110 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun di Mengkuang.


Keputusan dijangka diketahui di antara 9.30 malam dan 10.30 malam ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, 82.06 peratus daripada 58,449 pengundi keluar mengundi.

Pilihan raya kecil itu melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat, Datuk Arif Shah Omar Shah daripada Barisan Nasional dan Hanafi Mamat daripada Akim. — BERNAMA.

Monday, August 25, 2008

SKETSA PARLIMEN 16 (OGOS 18/08) : RAIS YATIM: KALAH, KALAH, KALAH!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
Rais Yatim: Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita kecewa dengan penghakiman ICJ atau Mahkamah Antarabangsa pada 23 Mei 2008 yang menyebelahi Singapura berhubung Batu Puteh, kita bersyukur kerana telah diputuskan oleh mahkamah tersebut sebagai mengekalkan hak milik dan kedaulatan ke atas Batuan Tengah.

M. Kula Segaran (Ipoh Barat): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, semasa ICJ membuat satu keputusan memberi sovereignty Pulau Batu Puteh yang telah mendukacitakan semua rakyat Malaysia, hanya ada seorang sahaja dalam Malaysia ini yang
menyatakan win-win iaitu Yang Berhormat Menteri sendiri. Kita semua sangat hairan dengan kenyataan tersebut. Apakah asas di mana boleh dikatakan ‘win-win’?

Rais: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, apabila selesai
keputusan Mahkamah Antarabangsa di Hague pada 23 Mei itu, saya yang mewakili negara di hadapan media dunia dengan pelbagai cengkerama dan juga pelbagai dugaan. Terfikir oleh saya perkataan ‘menang-menang’ itulah yang paling tepat bagi negara kita. Kalau Yang Berhormat Ipoh Barat berada di Hague pada masa itu, mungkin Yang Berhormat sahajalah manusia yang akan kata, ‘kalah, kalah, kalah, kalah, kalah’. Jadi, pandangan yang seperti ini, saya menyampaikan secara lunak dan secara yang boleh tersisip di dalam jiwa Yang Berhormat Ipoh Barat. Kalau kita kalah Batuan Tengah, kalau kalah Tubir Selatan, baru saya akur kepada ‘kalah, kalah, kalah’. Akan tetapi oleh sebab penghakiman itu menyatakan dengan jelas bahawa kita dapat Batuan Tengah dan Tubir Selatan, takkan saya kata, ‘kalah, kalah, kalah’?

Rais: Oleh sebab itulah, saya sebut ‘menang-menang’ situasinya. Tinggal lagi, ‘lain padang, lain belalang’, ‘lain lubuk, lain ikannya’. Mungkin rambut sama yang hitam, tetapi pandangan juga tidak sama tekanannya.

“Kos perkhidmatan SPANCO kepada kerajaan bagi tempoh 2004 hingga 2007 adalah seperti berikut; Untuk tahun 2004, kos sewaan 4,951 buah kereta adalah RM89.6 juta dan kos selenggaraan adalah RM25.8 juta. Untuk tahun 2005, sebanyak 5,089 buah kereta disewa atas kos RM77.5 juta dan kos selenggaraan adalah RM24.4 juta. Untuk tahun 2006, sebanyak 5,591 buah kereta disewa atas kos.” - Timbalan Menteri Kewangan II Kong Cho Ha

“Selenggaraan untuk tahun 2006 adalah RM20.9 juta dan untuk
tahun 2007 sebanyak 5,890 buah kereta disewa atas kos RM87.3 juta dan selenggaraan RM24.5 juta.”
Kong.

“Kos purata penyelenggaraan berkala tahunan yang dikenakan bagi kereta Proton Perdana V6 adalah sebanyak RM2,373 iaitu 55% lebih rendah daripada kos penyelenggaraan standard bagi kereta Mercedes Benz sebanyak RM3.693.” - Kong.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18082008.pdf

PERMATANG PAUH PENENTU MASA DEPAN PAK LAH!

ITULAH spekulasi portal berita pro-Pak Lah, The Malaysian Insider, hari ini. Portal tersebut dalam satu analisa menulis:

“A big victory for Datuk Seri Anwar Ibrahim in Permatang Pauh tomorrow could spoil Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi"s two-year succession plan, and force an earlier handover of power.

Even his loyalists in Umno concede that the mutterings about the sense of drift in the country and the lack of strong leadership in Barisan Nasional have grown louder in the last few weeks, and they expect party officials to call for a quicker transfer of power to Datuk Seri Najib Abdul Razak if Anwar wins the by-election by a larger majority than the 13,000 margin his wife managed on March 8.”

TERJEMAHAN
“Kemenangan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh esok akan menjejaskan pelan peralihan kuasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memaksa beliau menyerahkan tampuk kepimpinan kepada penggantinya secepat mungkin.

Malahan pengikut-pengikut setia beliau di dalam Umno menerima hakikat bahawa kegelisahan semakin ketara akhir-akhir ini kesan dari ketidakpuasan hati dengan arah tuju negara dan kepimpinan yang lemah di dalam Barisan Nasional dan mereka menjangkakan kepimpinan parti akan mendesak Abdullah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak sekiranya majoriti Anwar melebihi 13,000 undi yang diperolehi isteri beliau pada Mac 8 yang lalu.”
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=8140-bn-loss-could-hasten-pak-lahs-exit

Mengenali Abdullah, mustahil beliau akan menyerahkan kuasa semudah itu semata-mata kerana Umno tewas di Permatang Pauh dengan majoriti 13,000 lebih.

Selepas mengumumkan peralihan kuasa, Abdullah membuat kenyataan bahawa beliau mahu melangsaikan lima perkara yang dirancang beliau.

Dua hari lalu Abdullah membuat kenyataan lagi bahawa beliau tidak memperdulikan kritikan bahawa beliau “flip flop” dalam keputusan beliau dan akan terus bekerja.

Adakah spekulasi The Malaysian Insider menjadi kenyataan? MUSTAHIL.

SYED HAMID: PERMATANG PAUH GANAS

“Saya tidak pernah melihat satu pilihan raya kecil yang ganas seperti ini.” – Syed Hamid Albar

Jelapang pernah menulis mengenai pilihanraya kecil Lunas dan Anak Bukit di mana berlaku insiden-insiden ganas ketika tempoh berkempen dan pada hari pengundian.

Di kedua-dua pilihanraya kecil ini, Umno tumpas kepada Keadilan dan Pas.


Mengikut Menteri Dalam Negeri, pilihan raya kecil Permatang Pauh mencatatkan laporan polis paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

“Kira-kira 70 laporan polis telah dibuat di Permatang Pauh. Ini satu jumlah yang besar dan ia merupakan satu perkara yang mengejutkan. Ini suatu yang luar biasa dan tidak pernah terjadi dalam sejarah pilihanraya di Malaysia,” kata Syed Hamid.

Kalau itulah situasinya di Permatang Pauh, keputusan esok akan menyebelahi Anwar Ibrahim dan Keadilan.

Jelapang meramalkan Anwar akan menang dengan majoriti 12,000 undi ++.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f92fadda-c0a85062-16ab2e80-abce3fb2
Sejarah Permatang Pauh:


(Rujukan:www.malaysiakini.com)

Thursday, August 21, 2008

ZETI MASIH GABENOR BANK NEGARA!

Itulah yang dimaksudkan oleh jurucakap Bank Negara hari ini apabila menafikan desas desus Gabenor Bank Negara Wanita yang pertama, Zeti Akhtar Aziz, telah meletakkan jawatan.

Mengikut agensi berita antarabangsa, Reuters, spekulasi di pasaran saham bertiup kencang bahawa Zeti tidak sehaluan dengan kerajaan mengenai isu penetapan kadar faedah.

Ada spekulasi mengatakan Zeti dan Bank Negara didesak kerajaan untuk mengekalkan kadar faedah ketika inflasi meningkat ke tahap paling tinggi sejak 27 tahun yang lalu.

Sebenarnya, khabar angin Zeti akan meletakkan jawatan sudah lama disebarkan. Malah spekulasi pertelagahan ini digembar-gemburkan sebagai lebih serius dari yang dipaparkan oleh agensi-agensi berita antarabangsa.

Laporan Reuters: http://www.forbes.com/afxnewslimited/feeds/afx/2008/08/21/afx5343967.html

UNGKU AZIZ: UITM UNTUK BUKAN BUMI CADANGAN GILA!

"Cadangan untuk membuka kuota 10 peratus kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera sebagai satu cadangan gila dan tidak masuk akal."

Itu lah pandangan cediakawan dihormati Prof Ungku Aziz.

Laporan penuh Utusan Malaysia:

'Tidak masuk akal'
Oleh Rajmah Hasan
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Cendekiawan negara, Prof. Diraja Ungku Aziz menyifatkan cadangan untuk membuka kuota 10 peratus kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera sebagai satu cadangan gila dan tidak masuk akal.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) selama 20 tahun sejak 1968 itu menganggap cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai lari daripada matlamat asal penubuhan institusi itu untuk membela orang Melayu dalam bidang pendidikan.

"Walaupun UiTM pada masa kini tidak dibuka kepada kaum lain, namun kita nampak ia telah terbukti mampu melahirkan ramai tokoh dan intelektual Melayu dalam pelbagai bidang.

"Malah siswazah UiTM juga mempunyai pasaran kerja yang tinggi di syarikat-syarikat terkemuka dan mampu bersaing dengan kaum lain," katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Abdul Khalid yang mahukan UiTM membuka 10 peratus kuota kemasukan ke universiti itu kepada bukan bumiputera dengan alasan untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti pendidikan tinggi di UiTM.

Walaupun pelbagai pihak mahu beliau menarik balik cadangan itu, Abdul Khalid tetap dengan pendiriannya serta enggan memohon maaf kerana berpendapat pelajar UiTM perlu lebih terbuka dan berani untuk bersaing dengan pelajar asing.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempertahankan kenyataan Abdul Khalid itu dan menyifatkan angka itu kecil sahaja.

Menurutnya, syor yang dibangkitkan oleh Abdul Khalid itu tepat dan kena pada masanya.

Ungku Aziz yang banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan di negara ini termasuk mencetuskan penubuhan Pusat Asasi Sains dan Akademi Islam UM secara sinis berkata:
"Untuk membina ketahanan dan kecergasan diri, seseorang itu tidak perlu melakukan 'senaman' dengan kaum lain kerana yang penting ialah kekuatan minda dan keazaman individu itu sendiri."

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

SKANDAL SEKS, RASUAH DI PERAK: SALAH SIAPA?

"Kerajaan Pakatan Rakyat menafikan ada meluluskan mana-mana projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Projek tak wujud jadi mustahil kedua-dua Exco boleh membantu meluluskan projek. Kami yakin kedua-dua exco dan rakan-rakan telah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus tadbir dan urus negeri seperti biasa." - Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.
“Tiga daripada saspek termasuk Exco Kerajaan Negeri itu ditangkap sejurus selepas mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta itu. Mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.” – Kenyataan BPR.

SUAPAN DAN RASUAH SEKS. Dua tuduhan yang amat serius.

Kalau diimbas kembali keputusan pilihanraya Mac 18, rata-rata penganalisa politik membuat kesimpulan kekalahan BN dan Umno di enam negeri adalah berpunca dari keangkuhan dan amalan rasuah sesetengah pemimpinnya.

Musibahnya, Umno tewas dengan teruk di Kelantan, Kedah jatuh ke tangan Pas, Pulau Pinang ke tangan DAP, Selangor diperintah Keadilan, Kuala Lumpur ke tangan DAP dan Perak diperintah Pakatan Rakyat.

Itulah akibatnya dan kesannya amat serius. Kerajaan Pakatan Rakyat baru berusia lima bulan atau kata orang Melayu setahun jagung.

Masalah di dalam BN menyebabkan orang Melayu tercari-cari wakil baru mereka Mac lalu. Suatu perkara yang perlu diakui kepimpinan Pakatan Rakyat bahawa sudah wujud sentimen di kalangan segelintir rakyat sekarang bahawa tidak ada perbezaan antara Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin lain yang angkuh dan mengamalkan rasuah.

Insiden yang melibatkan Exco Perak pasti akan menimbulkan krisis keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat terutamanya Keadilan.

Kepimpinan Keadilan pasti tidak tidur malam memikirkan hari demi hari keyakinan rakyat terhakis dek kecurangan sesetengah pemimpinnya.

Tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua Exco Perak, tetapi kesan politik kepada Pakatan Rakyat amat serius.

Tidak memeranjatkan sekiranya seperti yang diramalkan bekas Menteri Besar Perak Tajol Rosli Ghazali bahawa kerajaan campuran Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang akhir bulan ini.

Kenyataan Mohammad Nizar bahawa kedua-dua ahli Exco tersebut mungkin teraniaya adalah kenyataan politik untuk menyelamatkan cebisan maruah Pakatan Rakyat.

Tetapi salah siapa?

Tuesday, August 19, 2008

KENYATAAN JEFFREY KITINGAN MAINAN POLITIK SABAH?

PENGLIPURLARA: Hikayat Ahli Parlimen Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat bukan cerita baru.

Tarikh demi tarikh diwarwarkan tetapi sehingga kini ianya hanya semata-mata khayalan.

Semalam giliran Jeffrey Kitingan, Naib Presiden Keadilan, mengucapkan kalimah yang serupa. Kata beliau:

"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihan raya kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja."


(http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=353692)

Sejak Mac 8, ahli politik Sabah, samada pembangkang atau Barisan Nasional, asyik bermain politik ugutan kerana kenyataan yang dikeluarkan berbau ugutan.

Ianya seolah-olah satu pakatan konspirasi untuk mengugut pimpinan di peringkat persekutuan. Sehingga ini pakatan ini berjaya kalau dilihat berbillion ringgit peruntukan diturunkan ke negeri Sabah sehingga menimbulkan rasa irihati orang di Semenanjung.

Adakah ugutan ini akan berterusan? Adakah Jeffrey dan pemimpin lain di Sabah bersekongkol untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan pimpinan Persekutuan? Adakah kenyataan ini mempunyai udang disebalik batu?

Kepada ahli Parlimen Sabah, ambil lah ikhtibar dari hikayat gembala biri-biri.

CORAT-CORET: AVRIL LAVIGNE TERLALU SEKSI!

TERLALU SEKSI: Itulah pandangan sesetengah pihak mengenai persembahan penyanyi Kanada yang menjadi pujaan remaja, Avril Lavigne.

Mungkin atas pandangan itu, Kerajaan hari ini mengambil keputusan tidak membenarkan konsert Avril diadakan pada 29 Ogos nanti, dua hari sebelum negara merayakan Hari Kebangsaan.

“Ianya tidak kena pada masanya. Ianya tidak sesuai dengan semangat kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan. Jika konsert ini diteruskan, ianya bercanggah dengan persiapan (menyambut Hari Kebangsaan) yang sedang kita lakukan. ” – kenyataan Shukran Ibrahim, pegawai kanan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Keputusan ini pasti mengundang kritikan dari golongan liberal dan peminat-peminat Avril.

http://ukpress.google.com/article/ALeqM5isYgzigjBEERkFoJvLqo0IRXS1LQ
http://ap.google.com/article/ALeqM5iHEwkv0TqtCh5_clKFvCZjP5Ik_wD92LB8O00


Monday, August 18, 2008

PERMATANG PAUH: LALUAN BERONAK UNTUK UMNO?

MAMPUKAH jentera Barisan Nasional dan Umno menawan Permatang Pauh?
SUKAR sekiranya kehadiran penyokong kedua-dua belah pihak dianggap sebagai petanda. Bagi penganalisa politik, kehadiran penyokong Sabtu lalu menggambarkan bahawa Anwar Ibrahim tidak menghadapi masalah untuk kembali sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Persoalannya kini apakah undi majoriti Keadilan akan bertambah atau merosot kali ini? Jika merosot, ianya kemenangan moral buat Umno. Jika meningkat, ia petanda krisis keyakinan rakyat kepada Umno.

Kemungkinan besar jumlah keluar mengundi akan berkurangan kerana hari pengundian diadakan pada hari bekerja. Pengundi luar mungkin mengambil keputusan tidak mengundi kali ini kerana kenaikan harga petrol menyebabkan kos untuk pulang mengundi kini lebih tinggi berbanding semasa pilihanraya umum Mac lepas.
Kehadiran penyokong pembangkang yang dikatakan empat kali ganda penyokong BN di hari penamaan calon pasti meresahkan Umno.

Lebih meresahkan ialah wajah-wajah golongan muda di kalangan penyokong pembangkang mengibarkan wang kertas sebagai protes terhadap gejala rasuah di dalam kerajaan. Suasana ganas penyokong pembangkang juga petanda tidak baik buat Umno. Setiap kali penyokong pembangkang bertindak ganas, BN dan Umno tewas.
Ketika pilihanraya kecil di Lunas, Kedah, pada Disember, 2000, 12 buah bas yang membawa penyokong-penyokong BN dihalang oleh penyokong-penyokong pembangkang. BN tewas.

Ketika pilihanraya kecil Anak Bukit, Kedah, pada Jun 2002, enam penyokong BN membuat laporan polis selepas mendakwa ditahan penyokong pembangkang, BN juga tewas.

Semalam akhbar-akhbar arus perdana menyiarkan gambar-gambar jurukamera diserang penyokong pembangkang. Adakah ianya juga petanda Umno akan tewas?

Kesimpulannya, Anwar bukan lawan yang mudah. Hanya keajaiban yang dapat memberikan kemenangan kepada Umno sekiranya sentimen orang Permatang Pauh, suasana politik dan ekonomi negara dan sejarah Permatang Pauh diambil kira.
KEPUTUSAN PILIHANRAYA YANG LALU
1982: Anwar Ibrahim – majoriti: 14,352
1986: Anwar Ibrahim – majoriti: 10,479
1990: Anwar Ibrahim – majoriti: 16,150
1995: Anwar Ibrahim – majoriti: 23,515
1999: Wan Azizah ­­ -- majoriti: 9,077
2004: Wan Azizah ­­ -- majoriti: 590
2008: Wan Azizah ­ ­-- majoriti: 13,398

Saturday, August 16, 2008

MUKTAMAR PAS: HADI AWANG: TIDAK ADA LOVE TO YOU!

PETIKAN UCAPAN DI MUKTAMAR PAS DI IPOH
"Kita ada prinsip. Sudah dibuat keputusan, PAS sekali-kali tidak akan menyertai BN. Kalau hendak bincang perkara lainlah termasuk Akta ISA, OSA, sekat royalti Terengganu.” – Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

"Mereka hendak peluk PAS, sedangkan kita kata tidak ada love to you."Abdul Hadi Awang menyentuh minat parti politik lain untuk “memeluk” Pas selepas kejayaan memberangsangkan dalam pilihanraya Mac lalu.

Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh." - Timbalan Mursyidul Am PAS Haron Din.

"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?" Haron Din.

"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan. Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak. Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?" Haron Din.

“Biar pun ada sedikit masalah tidak puas hati, namun PAS Pulau Pinang akan tetap membantu kempen pilihan raya terbabit (Permatang Pauh). Tetapi atas arahan pimpinan PAS Pusat, kami tetap sabar dan meneruskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.” - Perwakilan Pulau Pinang Mohd Fahmi Abdul Wahab.

"PAS Pulau Pinang juga menyokong cadangan supaya diwujudkan jawatankuasa bagi menyiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada 16 September depan."Mohd Fahmi.

"Pulau Pinang kini masih lagi mencari makna sebenar Pakatan Rakyat, mungkin sekarang masih belum boleh lagi dipanggil pakatan. PAS di Pulau Pinang seolah-olah tidur di beranda sahaja dan rasa terkilan kerana masih lagi terkapai-kapai."Mohd Fahmi.

Friday, August 15, 2008

MUKTAMAR PAS: PEMUDA PAS SEKADAR PENJAGA PARKING, PENGUTIP SAMPAH & PENAMPAL POSTER!

“Biar pun kita sudah sambut 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, pemuda PAS hanya sekadar menjaga parking, mengutip sampah dan menampal poster ceramah.
“Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran.
“Ada di kalangan pemimpin KeADILan mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.
“Belum pilihan raya baik sahaja...bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.
"Masa sambutan 100 hari di Selangor tak ada satu pun bendera PAS digantung. Malah lebih mengecewakan lagi Dewan Pemuda nak jumpa Menteri Besar pun tak dapat.
"Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan. "
- Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan ketika meluahkan rasa kecewa terhadap ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

"Masalah kita tidak besar seperti dalam Umno. Bahkan hari demi hari kita bertambah kasih. Kami, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bercerai kasih, talak tiada. Bagaikan rambut tersimpul mati. Inginku mati di hujung kuku, inginku berkubur di tapak tangan. Begitulah kasih sayang dalam Pakatan Rakyat."Mohamad Sabu ketika menjelaskan masalah dalaman yang dihadapi dalam Pakatan Rakyat.

"Saya setuju jika pelajar ini diberikan kebebasan untuk menentukan pemikiran mereka dan meluahkan perasaan. Ini satu amalan yang sihat, malangnya selama ini mereka tidak boleh berbuat begitu kerana dikongkong oleh parti pemerintah." - Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Sallehen Mokyi berhubung 5,000 pelajar yang menyertai demonstrasi mengutuk kenyataan Khalid Ibrahim baru-baru ini.

"Siapa sahaja boleh dicadangkan menjadi Perdana Menteri tetapi hakikatnya sekarang KeADILan mendahului jumlah wakil rakyat di Dewan Rakyat." - Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub merujuk kepada isu siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

“PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak dan menegaskan tidak sekali-kali mengadakan kerjasama politik dengan Umno. Malang sekali mereka yang mendedahkan pertemuan biasa pemimpin PAS dan Umno ialah Perdana Menteri. Jadi siapa sebenarnya yang tidak jujur dalam isu ini kalau tidak lain daripada Presiden Umno yang membocorkan maklumat lebih awal." - Salahuddin Ayub (gambar) mengenai isu muzakarah Pas-Umno.

"Beliau tidak pernah menyebut akan menjadi perdana menteri."Salahuddin Ayub ketika menjelaskan berita yang mengatakan Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

“Pemimpin PAS bertemu dengan pimpinan Umno adalah restu daripada Majlis Syura Ulama. Dan rundingan yang diadakan bukan untuk mendapatkan kerusi atau jawatan.
Tetapi apa yang kita lakukan adalah untuk memastikan mereka menerima Islam."
- Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengenai perjumpaan pemimpin PAS dan Umno.

"Pada kali ini, tanggapan negatif terhadap PAS telah dikikis apatah lagi terhadap muslimat kerana tidak pernah kita bermimpi calon muslimat kita menang di kawasan majoriti bukan Islam. Malah, pada pilihanraya umum yang lalu, muslimat kita yang bertudung labuh menang majoriti yang besar tanpa mengubah identiti. Hanya ubah minda dan fikiran. "Naib Presiden Pas Mohamad Sabu ketika merasmikan muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke-48.

Thursday, August 14, 2008

PAS KINI "KING MAKER" POLITIK NEGARA!

Muktamar Pas kali ini menarik perhatian setiap pelusuk masyarakat tanpa mengira kaum. Ini adalah hasil kejayaan besar Pas dalam Pilihanraya Ke 12 pada 8 Mac yang lalu.

Tiga pemimpin Pas kini menerajui kepimpinanan negeri – Kedah, Kelantan dan Selangor.

Perkembangan menarik di dalam Pas sejak akhir-akhir ini mengundang pendebatan. Muzakarah Pas-Umno, kritikan keras pemimpin Pas terhadap sekutunya PKR dan DAP menggambarkan bahawa Pas ketika adalah “king maker” politik negara.

Perkembangan menarik ini mengundang Jelapang untuk memaparkan ungkapan-ungkapan menarik dari muktamar untuk renungan dan analisa bersama mulai hari ini.

Untuk mengelakkan dituduh berat sebelah seperti mana dilemparkan terhadap akhbar media perdana, Ungkapan-ungkapan ini akan dipetik hanya dari Harakah Daily untuk tujuan tersebut. Sama-samalah kita renungkan perkembangan dalam Pas.

Wednesday, August 13, 2008

ARIF SHAH OMAR SHAH LAWAN ANWAR IBRAHIM!

BUKAN Ustaz Samsuri Ahmad, bukan Pirdaus Ismail dan bukan juga Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh Abdul Jalil Abdul Majid.

Lawan Anwar Ibrahim ialah Ahli Dewan Undangan Seberang Jaya Arif Shah Omar Shah. Itulah agaknya kenapa Jalil murung ketika duduk bersebelahan Najib Razak semasa pertemuan dengan wartawan petang tadi di Permatang Pauh.

Latarbelakang Arif Shah, sila layari: http://arifshah.com/about.aspx

Tuesday, August 12, 2008

UiTM HAK ORANG MELAYU, KHALID!

Selepas membuat cadangan agar 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing, Khalid Ibrahim cuba “membetulkan keadaan” dengan menyatakan hasrat untuk bertemu wakil pelajar untuk menjelaskan “hasrat” sebenarnya beliau.

Hanya satu kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan kenyataan Menteri Besar Selangor itu iaitu beliau buta sejarah dan jahil mengenai matlamat dan sejarah penubuhan ITM.

Alasan beliau bahawa syornya itu hanya satu usaha untuk melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing amat cetek dan mengambarkan bahawa sebagai pemimpin, Khalid, tidak ubah seperti pemimpin-pemimpin Melayu lain yang lupa asal usul mereka setelah berada diatas takhta semata-mata ingin “popular”.

Sekiranya Khalid di kalangan graduan hasil didikan ITM, beliau tidak mungkin mengeluarkan padangan yang boleh menyentuh perasaan orang Melayu.

Beliau harus mempelajari sejarah dan menghayati matlamat penubuhan Maktab Mara dahulu.

Khalid adalah lulusan Universiti Malaya yang selama ini memang mengamalkan pengambilan pelajar secara terbuka. Tetapi di tahap mana kah keunggulan Universiti Malaya hari ini dengan pengambilan terbukanya?

Adakah kualiti pelajar Universiti Malaya hari ini lebih baik dari pelajar Universiti Malaya di zaman Khalid? Kejayaan sesebuah universiti bukan bergantung kepada perlunya ada kouta untuk kaum tertentu.

Kejayaan sesebuah universiti bergantung kepada pentadbiran universiti itu sendiri. Universiti Cambridge terkenal bukan kerana kouta sesuatu kaum, tetapi disebabkan kualiti pentadbiran dan tahap pembelajaran universiti itu.

Tidak perlulah kita berterus terang kenapa kita perlu mempertahankan ITM. Sebagai orang Melayu, tepuk dada tanya selera mengapa ITM harus dikekalkan identitinya.

Khalid bernasib baik dapat meneruskan pelajaran di Universiti Malaya ketika ramai anak-anak Melayu yang seusianya tinggal di desa, yang ibubapa mereka hanya berkelulusan Darjah Enam dan Empat Senawi, yang ibubapanya membanting tulang menanam padi dan dilambung gelora hanya untuk berkais pagi makan pagi, yang anak-anaknya menimba ilmu bercahayakan pelita minyak gas.

Ketika itu ITM lah menjadi harapan ibubapa ini yang saban hari berharap agar masadepan anak-anak mereka tidak sepahit yang mereka lalui.

Ketika itu ITM lah satu-satunya harapan anak Melayu yang dahagakan ilmu. Apa salahnya kita kekalkan UiTM hak Melayu dan sama-sama memajukannya seunggul Universiti Nanyang di Singapura?

Sunday, August 10, 2008

TERIMA KASIH, JEANNE

"Pada mulanya saya mengaji seperti seekor burung kakak tua, hanya untuk khatam sahaja, tetapi satu hari apabila saya baca surah Al-Fatihah, dan tahu maknanya, akhirnya saya menangis...kerana saya sedar bahawa (apa yang ada pada ayat Al-Fatihah) ialah apa yang saya hajatkan (iaitu) untuk Allah membawa saya ke jalan yang betul."

"Sehingga saya faham maknanya, barulah saya sedar betapa indahnya (Al-Quran) dan dengan mengaji setiap hari, saya temui sesuatu yang baru dalamnya."

"Apabila saya beritahu emak saya bahawa saya mahu memeluk agama Islam, beliau menasihatkan saya supaya jangan berbuat sesuatu perkara yang saya tidak pasti, tetapi (jika saya pasti) beliau menasihatkan saya supaya menjadi seorang yang baik dan bercakap kepada seseorang yang boleh membantu saya (menjadi seorang umat Islam yang baik)."

"Ibubapa saya gembira apabila mereka tahu apa yang sebenarnya saya mahu dan selepas saya memeluk agama Islam pada usia 23 tahun, kita mengunjungi antara satu sama lain dan hubungan kekeluargaan tidak pernah putus hanya kerana berlainan agama dan kepercayaan."

"Emak saya beritahu saya supaya saya mesti solat dan memohon kepada Allah supaya membimbing saya dan membawa saya ke jalan betul dan menjadi seorang umat Islam yang baik."

P/S: Ungkapan-ungkapan ini dibuat oleh Jeanne Abdullah, isteri Abdullah Ahmad Badawi, pada perasmian Konvensyen Islam Peringkat Nasional. Kepada mereka terutamanya Majlis Peguam yang tidak mengenali dan memahami Islam, kenal lah Islam. Seperti kata Jeanne, Islam itu indah. Terima kasih Jeanne.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=351776

PERMATANG PAUH: SUKAR BUAT BN, SUKAR BUAT ANWAR!




"Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang. (Tapi) apa yang menarik ialah margin. Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lalu." Tun Dr Mahathir Mohamad.

Barisan Nasional tidak mempunyai calon istimewa untuk menewaskan Anwar Ibrahim. Itulah pandangan mantan Perdana Menteri yang dilaporkan Malaysiakini.

Sememangnya rata-rata di kalangan pemimpin Umno dan BN kurang yakin dapat menewaskan Anwar di kubu kuatnya, Permatang Pauh. Itulah sebabnya apabila Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk suaminya, Anwar Musa berpendapat BN harus boikot pilihanraya kecil Permatang Pauh sementara Dr Latiff Ahmad mencadangkan BN meletakkan pemeriksa kira-kira sebagai calon.

“Secara realistik, ia sukar. Kita akan berusaha sebaiknya," kata Najib Razak yang akan mengetuai “pasukan gempur” BN di Permatang Pauh.

Secara realistiknya, memang sukar buat BN. Permatang Pauh adalah kubu Anwar sejak 1982. Orang Permatang Pauh hanya mengenali hanya satu nama besar, Anwar Ibrahim, orang Ceruk Tok Kun.

Bagaimanapun ianya pasti bukan laluan mudah buat Anwar. Pilihanraya tahun 2004, Wan Azizah hanya menang dengan majoriti kurang 1,000 undi.

Bagi Umno dan BN, awal-awal lagi pemimpinnya mahu dilihat sebagai parti “underdog” di Permatang Pauh. Sukar untuk menang tetapi bukan mustahil buat Umno.

Mungkin ramai beranggapan Anwar has “nothing to lose”. Sebenar ianya juga “nothing to lose” untuk Umno. “Hadiah” di Permatang Pauh amat berharga buat BN jika menang.

Tewasnya Anwar bermakna ikatan kuat Pakatan Rakyat yang ditunjangi Anwar telah berjaya dirongkai. Tewasnya Anwar bermakna kemenangan moral buat Umno dan BN selepas ditewas teruk di enam negeri. Tewasnya Anwar juga bermakna punah harapan Anwar, walaupun buat seketika, untuk mendabit dada bahawa beliau lah bakal Perdana Menteri yang akan datang dan punahlah harapan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara.
Harapan Pakatan Rakyat agar Ahli Parlimen BN akan menyertai mereka akan tinggal impian.

Maka, pilihanraya Permatang Pauh akan jadi medan pertempuran besar buat Pakatan Rakyat dan BN kerana hadiahnya tidak ternilai buat masadepan politik mereka.

Mampukah BN menang? Pada pandangan Jelapang amat sukar. Pembangkang hari ini bukannya pembangkang seperti tahun-tahun dahulu.

Pulau Pinang dikuasai Pakatan Rakyat. Pendirian pengundi pada 8 Mac masih lagi tidak berubah dan ini jelas dari bancian yang dibuat oleh Merdeka Center Jun lepas.

Ditambah lagi dengan tiadanya calon istimewa yang dapat mengubah suasana politik di Permatang Pauh.

Dua nama menjadi bahan spekulasi dikalangan ahli-ahli Umno Permatang Pauh. Mereka ialah Pirdaus Ismail dan ketua bahagian Abdul Jalil Abdul Majid.

Peluang untuk Pirdaus menjadi calon BN untuk kali ketiga sebenarnya amat tipis. Imej beliau tercalar di pandangan mata pengundi Permatang Pauh dek insiden ketika pengiraan undi pada pilihanraya 2004.

Sementara Jalil tidak dilihat mempunyai cukup “charisma” untuk menghadapi Anwar.

Ketika ini nama ketiga timbul. Ustaz Shamsuri Ahmad. Beliau orang Kepala Batas dan bukan orang Permatang Pauh. Di kalangan pengundi Permatang Pauh, nama Ustaz Shamsuri dikenali ramai.

Ustaz Shamsuri memang dikenali umum melalui ceramah agamanya, kaset-kaset dan kuliah. Orang utara, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak amat mengenali beliau.

Malangnya, populariti Ustaz Shamsuri menurun apabila beliau mengambil keputusan untuk menerima pelawaan Pelita Nasi Kandar untuk menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

Ceramah dan kuliah Ustaz Shamsuri tidak lagi mendapat sambutan seperti duhulu.

Apapun, pengundi Permatang Pauh mengakui Ustaz Shamsuri mungkin calon terbaik untuk menentang Anwar. Jelapang berpendapat amat sukar untuk Umno menewaskan Anwar di kubunya dan menghalang beliau ke Parlimen tetapi tiada perkara yang mustahil di dunia ini.

Rujukan:
Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/87537
Pelita Nasi Kandar: http://www.mymasjid.net.my/forum/display/357203/pelita-nasi-kandar--ustaz-samsuri/
Ketua Bahagian Permatang Pauh: http://www.bharian.com.my/Thursday/Nasional/20080807002705/Article/index_html
Bancian Merdeka Center: http://www.merdeka.org/pages/Natl%20Poll%20July%202008%20-%20Release%20to%20Press.pdf

Ustaz Shamsuri Ahmad



Friday, August 8, 2008

CORAT-CORET: KEPUTUSAN MAHKAMAH: MARIA TUNKU SABRI TELAH BERSUAMI JADI TIDAK BOLEH BERKAHWIN LAGI!

"Maria tidak boleh menuntut perjanjian itu dilaksanakan kerana mengikut Akta Kontrak, perjanjian bagi mendapatkan ganti rugi akibat melanggar janji untuk berkahwin itu ditegah undang-undang, memandangkan sebagai wanita yang bersuami, Maria tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain."

Itulah keputusan Mahkamah Rayuan hari ini apabila menolak rayuan Maria Tunku Sabri, 38, pengacara TV3 "Jalan-jalan cari makan" bagi mengemukakan semula saman terhadap ahli perniagaan, Wan Johani Wan Hussin, 55, yang didakwanya melanggar perjanjian penyelesaian berkaitan perkahwinan membabitkan RM5.5 juta.

Mengikut laporan Bernama, Hakim James Foong, Hakim Abdull Hamid Embong dan Hakim Sulaiman Daud mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman dan rayuan Maria berhubung perkara itu.

“Kami berpendapat wujud kes yang jelas dan nyata bagi tuntutan ini ditolak atas alasan perjanjian penyelesaian yang ingin dituntut oleh Maria melalui tindakannya ini adalah tidak sah.”
Pada 2004, Maria menuntut agar persetujuan berkenaan ditunaikan. Dalam persetujuan itu, Wan Johani berjanji akan membayar kepada Maria RM5.5 juta sebagai ganjaran tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana enggan berkahwin dengannya seperti yang dijanjikan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20080808193052/Article/index_html

P/S: Tiada komen dari Jelapang, takut kena saman!

BERMULANYA OLIMPIK!

OLIMPIK ke 29 bermula malam ini. Kepada yang muak dengan haru-biru politik, Olimpik lah pengubat jiwa. Semuga Malaysia Boleh di China.
http://en.beijing2008.cn/

Thursday, August 7, 2008

ANWAR IBRAHIM DITUDUH MELIWAT SAIFUL BUKHARI

TERKINI
Laporan akhbar The Star (terjemahan)
Anwar mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen atas tuduhan meliwat bekas pembantu khasnya Saiful Bukhari Azlan, 23.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 377B Kanun Jenayah di antara jam 3.01pm dan 4.30pm di 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium at 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara pada 26 Jun 26 2008.

Penasihat PKR tersebut tiba ke mahkamah diiringi isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak perempuannya Nurul Izzah and penguambela Sankara Nair salah seorang dari 9 peguambela Anwar.

Pendakwaan diketuai Peguamcara Datuk Idrus Harun.

Mahkamah dikawal ketat dengan kehadiran unit FRU dan anggota polis lain sejak 6.30am.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang turut hadir.

Wednesday, August 6, 2008

HARGA PETROL AKAN DITURUNKAN?


BILA kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 74 sen, 4 Jun yang lalu, harga pasaran minyak mentah dunia ketika itu ialah USD122.
Malam ini harga minyak dunia berkisar di paras USD166. Persoalannya, adakah kerajaan akan menurunkan harga petrol ke paras sebelum ianya dinaikkan iaitu RM1.92?

Tuesday, August 5, 2008

TERPULANGLAH KEPADA BPR!

LAPORAN MALAYSIAKINI

Abdullah, Najib didakwa 'salah guna kuasa'
Muda Mohd Noor Aug 5, 08 3:17pm

Antara 50 hingga 60 ketua cawangan Umno di bahagian Petaling Jaya Selatan sedia tampil memberikan keterangan berhubung dakwaan presiden parti itu dan timbalannya "menyalahgunakan kuasa" awal bulan lalu.Ketua bahagian berkenaan Datuk Abu Zahar Hashim mendakwa pengumuman peralihan kuasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak di depan semua pemimpin Umno "memberi kesan yang menguntungkan" dua pemimpin tertinggi itu.

Ucapan itu dibuat di depan ketua bahagian, cawangan dan tiga sayap Umno dari seluruh negara di ibu pejabat parti itu 10 Julai lalu.

Di majlis tersebut, Abdullah menyatakan kesediaannya menyerahkan tugasnya kepada Najib pada pertengahan 2010.Abu Zahar Hashim berkata pemimpin-pemimpin di bahagiannya sanggup menjadi saksi berhubung dakwaannya jika ada siasatan pada bila-bila masa.

"Sebenarnya 103 ketua cawangan Umno dalam bahagia Petaling Jaya Selatan menghadiri taklimat tersebut termasuk saya sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengesahkan suratnya bertarikh 11hb Julai lalu yang dihantar kepada kepada setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Berdasarkan surat terbuka itu yang kini beredar luas di internet, bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Laporan tersebut dibuat oleh Mazlan di pejabat BPR Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi tadi.Dalam suratnya, Zahar berkata, tawaran jawatan Abdullah kepada timbalannya dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang merupakan sejenis "rasuah politik peringkat tertinggi."

"Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," katanya.

Terdahulu dari pertemuan itu, kata Zahar lagi, Abdullah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.

"Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.

"Isu ini telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya dalam surat tersebut.Sementara itu, seorang pemimpin Umno berkata, tindakan melaporkan kepada BPR itu dibuat setelah Lembaga Displin Umno tidak mengambil sebarang tindakan termasuk menyiasat dakwaan tersebut.

Seorang pemimpin akar umbi Umno dari Muar, Datuk Kadar Ninam Shah yang hadir sama di BPR berkata, jika BPR masih tidak mengambil tindakan sepatutnya dalam tempoh tertentu, tindakan susulan akan dibuat.

"Bagaimanapun, saya tidak menjangka BPR akan menyiasat perdana menteri atau timbalan perdana menteri," katanya.

P/S: Jelapang? Tiada komen.
http://www.malaysiakini.com/news/87289

Monday, August 4, 2008

UMNO KINI

KOTA TINGGI
Lima laporan polis dibuat berikutan pergaduhan dalam mesyuarat agung beberapa cawangan Umno. Satu daripada laporan berkaitan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

IPOH
Seorang AJK UMNO Cawangan Pernas Charter Management Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu. Mangsa, Abdullah Abdul Hamid, 44, menerima rawatan sebagai pesakit luar Hospital Permaisuri Bainun selepas dipukul dengan kayu golf.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8dfc1c3a-c0a85062-19a18430-27f8acf5

SYED HAMID ALBAR
Malah, apa yang membimbangkan saya ialah wujud unsur-unsur ugutan dan ancaman di samping kehadiran anasir luar yang dibawa masuk dalam politik UMNO Bahagian Kota Tinggi. Saya cukup takut dan bimbang... selepas pemilihan parti macam mana kita hendak pulihkan keadaan yang berkecamuk ini memandangkan ahli-ahli UMNO telah berpecah-belah.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

RAFIDAH AZIZ
“Saya sedih, sudah 42 tahun menjadi ahli UMNO dan sehingga akhir-akhir ini tidak pernah ada etika UMNO. Budaya UMNO dulu baik, tidak perlu ajar dan larang apa yang tidak boleh dibuat. Jika UMNO ada etika, menetapkan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh, seolah-olah ahli tidak dapat mendisiplinkan diri lagi.”
http://wanitaumno2u.com/2008/08/01/rafidah-dakwa-politik-wang-berlaku-di-cawangan/

ROCKY’S BRU
Umno against money politics. At 9.30 tomorrow morning, Mazlan Harun is expected to lodge a report with the Anti-Corruption Agency…
http://rockybru.blogspot.com/2008/08/aca-report-against-pm-on-money-politics.html

Sunday, August 3, 2008

SAIFUL BUKHARI: MANGSA ATAU BERMAIN POLITIK?

Friday, August 1, 2008

Tugas-tugas seorang BEKAS "Coffee Boy" kepada DSAI

Assalammulaikum dan salam sejahtera,
Di sini, ingin saya terangkan tugas-tugas saya sebagai seorang "Coffee Boy":
1) Membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staff menguruskan jadual DSAI.
2) Mengatur pertemuan sulit. (e.g ahli parlimen yang hendak lompat parti , mesyuarat di Kondo Desa Damansara milik teman rapat DSAI)
3) Mengiringi DSAI ke :
a) Hong Kong- Awal Mei 2008
b) Bangkok - Hujung Mei 2008
c) Singapore- 16 dan 18 Jun 20084)

Selanjutnya saya akan BONGKAR di mahkamah nanti. Diharap bersabar.Terpulang kepada anda untuk mempercayai atau tidak. Atau cuba minta DSAI jelaskan sendiri samaada benar atau tidak.

Kepada DSAI, saya mengucapkan selamat bertanding.Buat saudara saudari sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan melakukan SUMPAH dalam masa terdekat memandangkan siasatan kes saya ini seperti yang dimaklumkan telah pun selesai.

Saya berdoa agar pihak Pejabat Peguam Negara dapat mengambil kes ini kerana saya mahu mendapatkan KEADILAN.

SAIFUL BUKHARI
http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2008/08/tugas-tugas-seorang-coffee-boy.html


Petikan di atas adalah dari blog Saiful Bukhari. Agak janggal bagi seorang mangsa yang diliwat membuat kenyataan yang boleh menjejaskan perbicaraan mahkamah.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya adakah Saiful pun mahu menjadi ahli politik!

SYED HAMID: MAKI HAMUN DALAM UMNO

"Pertandingan kali ini sengit, nampak bersungguh-sungguh ada kemaruk. Kita hendak berperang sesama sendiri, bukan sahaja politik wang tetapi ada juga yang menggunakan pengaruh luar dan ancaman. Kita sama kita tak betul, maki-hamun dan jemput orang luar untuk maki-hamun. Tak pernah saya lihat (sebelum ini)." - Syed Hamid Albar

Jika boleh, kita ingin menyelami perasaan Syed Hamid di saat-saat ini terutamanya ketika beliau menghadapi tentangan hebat dari bekas Naib Ketua Bahagiannya Daeng Malik di Kota Tinggi.

Minggu lepas, Ketua Wanita Rafidah Aziz turut merungut pabila mendapati Pergerakan Wanita juga diresapi politik wang.

Politik wang bukan baru dalam Umno terutamanya menjelang pemilihan Umno. Juga bukan perkara baru orang yang ditentang merungut lawannya menggunakan wang untuk meraih simpati dan undi.

Yang menghairankan, kenapa bila ditentang baru nak bergendang? Rafidah dan Syed Hamid dah lama dalam Majlis Tertinggi Umno dan kenapa baru sekarang nak bercakap mengenai "penyakit barah" yang akan menghancurkan Umno?

Rasa-rasanya, tidak ada satu pemilihan pun dalam abad ini yang bersih dari politik wang. Yang berjawatan menggunakan wang untuk kekal berkuasa, yang belum juga menggunakan wang untuk mendapatkan kuasa.

Hanya yang tidak bernasib baik "tertangkap" dek politik wang. Mohd Nor Awang, Naib Ketua Bahagian Seremban, yang ditangkap BPR semalam kerana menyogok RM500 kepada ahli Umno untuk menyokongnya bertanding menentang Ketua Bahagian Ishak Ismail adalah orang yang tergolong dalam kumpulan tidak bernasib baik ini.

Tanyalah ahli-ahli Umno. Tanyalah mereka siapa yang keluarkan wang untuk bertanding dan siapa yang menyogok untuk kekal berkuasa. Ianya bukan rahsia lagi. Ahli-ahli Umno, pak cik, mak cik, orang kampung tahu siapa yang berleluasa membeli jawatan. Tanyalah mereka.

Kita setuju Umno akan hancur dengan politik wang tetapi Umno juga akan hancur bila pemimpinnya menentang politik wang hanya apabila dia ditentang. Tepuk dada tanyalah selera.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_88389ac2-c0a85062-19a18430-5d6de964