New Straits Times/Mukasurat 19/Rabu/3 Disember
SHAH ALAM: Former menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, defending his action of giving a broom to an under-performing district council last year, said yesterday that the council's revenue collection had improved significantly.
Terjemahan: Shah Alam: Bekas Menteri Besar Datuk Seri Khir Toyo ketika mempertahankan tindakan beliau menghadiahkan penyapu kepada majlis daerah yang lemah pencapaiannya tahun lalu, semalam berkata tindakannya itu telah meningkatkan pendapatan majlis daerah berkenaan.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/National/2418529/Article/index_html
Ini bukan kali pertama Khir Toyo mempertahankan tindakan beliau. Sudah acap kali calon Ketua Pemuda Umno ini mengulangi kenyataan ini.
Jelas Khir Toyo kini bimbang insiden penyapu ini bakal menjejaskan peluangnya memenangi jawatan Ketua Pemuda.
Kadangkala ada ahli politik bila berada di atas, lupa akan daratan. Begitulah dengan Khir Toyo.
Laluan Khir Toyo untuk jawatan Ketua Pemuda penuh onak. Ini dek perbuatan Khir Toyo sendiri kerana pada masa itu beliau lupa daratan kerana terlalu tinggi di awangan.
Kini, tindak-tanduk dan perkataan beliau kembali menikam dirinya sendiri. Insiden penyapu tidak mudah dilupakan. Perwakilan Umno kini juga diingatkan akan kenyataan berikut yang dibuat oleh Khir Toyo.
Laporan Utusan Malaysia 4 Februari 2007
PETALING JAYA 3 Feb. – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan yang beliau mengambil suntikan botox atau melakukan sebarang pembedahan ke atas wajahnya.
Sebaliknya, beliau dalam nada berseloroh berkata, rahsia mukanya yang kini semakin tampak lebih muda dan berseri adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.
‘‘Tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi, ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediaannya yang melibatkan proses fermentasi.‘‘Itu sahaja petua saya. Ini pembangkang fitnah saya pakai suntikan botoxlah, pembedahanlah sedangkan saya tak buat pun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Mengecat Bangunan di Taman Desa Ria PJS 5 di sini hari ini.
http://jokiden6.blogspot.com/2008/02/dr-khir-toyo-makan-tempe.html
http://ashikinabdullah.com/blog/?p=31
Hari ini, muka Khir Toyo sudah kembali asal. Maka juru kempen anti-Khir Toyo mundar-mandir menjaja:
“Khir Toyo dah stop makan tempe sebab tu lah muka dia balik jadi muka Jawa.”
Kerana mulut, badan binasa. Itulah petua orang tua-tua. Ketika itu, Khir Toyo lupa akan petua orang tua-tua ini. Hari ini, Khir Toyo menerima akibatnya.
Musibahnya ke atas Khir Toyo mungkin lebih berat Mac nanti. Kesemuanya berpunya dek penyapu dan tempe.
Friday, December 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
It think the ruling government need to extend the same broom to Khir Toyo after his failure to retain thes state government after the March 8 election. What is his excuse now?
Bila kita berkunjung kerumah seseorang dia sambut dengan penyapu, haramlah kita menjejak kaki kerumahnya lagi.
Contoh menteri yg tak berbudaya.
Hadiah yang paling elok kepada PBT yang lesu ialah TELANJANG BOGEL DIHADAPAN PEJABAT MB SELANGOR. Barulah haru. Atau mungkin Jelapang ingin memberikan hadiah berbentuk wang ringgit. Mungkin 1 juta atau 2 juta?. Begitukah?
Sesorang yang tidak memiliki integriti yang tinggi sama ertinya seperti seorang pencuri. ATAU PEROGOL. Begitu jijiknya jika kita selalu menjadi penyebabkan kemunduran sesebuah birokrasi.
bro mau mukhriz ka atau kj
Inilah satu isu yang menyebabkan undi BN merosot. Nampak pemimpin yang angkuh. Saya setuju, patutnya PM hadiahkan penyapu pada Khir Toyo sebab Selangor jatuh ketangan PR. Tapi siapa pulak nak bagi penyapu kepada Pak Lah, sebab P. Pinang juga jatuh kepada DAP dan BN hilang majoriti 2/3?
mekacih letakkan link blog sy.
best baca blog Jelapang nie.
tempe punya pasal sampai muka putih berseri n kulit cekang. ~cam tak caya jak. ye kan jer
www.ashikinabdullah.com
dekat musim pemilihan umno ini, ramailah pecacai .. :) bro, berapa dapat imbuhan? dari mukhriz atau dari kj?
aku jawa juga, makan tempe juga. dia makan tempe dgn injection ke?
Nampaknya Manis diBibir sokong Khir Toyo. Sokong Khir Toyo bagi penyapu kepada kakitangan kerajaan.
Bro Manis diBibir. Saya dari pejabat yang Khir Toyo beri penyapu tu.
Datanglah ke pejabat kami dan fahamilah perasaan kami. Sampai mati kami akan menyampah tengok muka khir Toyo.
Semuga saudara Manis Di Bibir dapat memberi sedikit kesedaran akan kebesaran Allah kepada Khir Toyo.
Post a Comment