Friday, August 8, 2008

CORAT-CORET: KEPUTUSAN MAHKAMAH: MARIA TUNKU SABRI TELAH BERSUAMI JADI TIDAK BOLEH BERKAHWIN LAGI!

"Maria tidak boleh menuntut perjanjian itu dilaksanakan kerana mengikut Akta Kontrak, perjanjian bagi mendapatkan ganti rugi akibat melanggar janji untuk berkahwin itu ditegah undang-undang, memandangkan sebagai wanita yang bersuami, Maria tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain."

Itulah keputusan Mahkamah Rayuan hari ini apabila menolak rayuan Maria Tunku Sabri, 38, pengacara TV3 "Jalan-jalan cari makan" bagi mengemukakan semula saman terhadap ahli perniagaan, Wan Johani Wan Hussin, 55, yang didakwanya melanggar perjanjian penyelesaian berkaitan perkahwinan membabitkan RM5.5 juta.

Mengikut laporan Bernama, Hakim James Foong, Hakim Abdull Hamid Embong dan Hakim Sulaiman Daud mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman dan rayuan Maria berhubung perkara itu.

“Kami berpendapat wujud kes yang jelas dan nyata bagi tuntutan ini ditolak atas alasan perjanjian penyelesaian yang ingin dituntut oleh Maria melalui tindakannya ini adalah tidak sah.”
Pada 2004, Maria menuntut agar persetujuan berkenaan ditunaikan. Dalam persetujuan itu, Wan Johani berjanji akan membayar kepada Maria RM5.5 juta sebagai ganjaran tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana enggan berkahwin dengannya seperti yang dijanjikan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20080808193052/Article/index_html

P/S: Tiada komen dari Jelapang, takut kena saman!

7 comments:

alisa said...

keputusan mahkamah????mahkamah mana dunia ke akhirat?..Allah tak pernah membezakan balasan dosa antara lelaki dan perempuan kalau ko buat hal 'tu ' dua2 kena..sekarang ni yang kita duk menghukum Maria je kenapa ??Datok tu mana menghilang?...dah kantoi la kot....masa tengah syok ko lupa bini orang ke tidak?...datok2 ko ingat semua benda boleh di beli dgn duit ke?...dalam soal hukum mmg Maria bersalah kalau betul masa tu dia masih isteri orang..tetapi dalam soal moral Datok tu sendiri kenapa senang sangat berjanji ?..sbb ko ingat ko banyak duit kan..jangan cepat menghukum siasat dulu cerita sebenar.....kalau boleh sebagai orang islam huku dan menghukum la dengan hukum Allah...

paien said...

nak tanya la kan..kenapa kes maria tenku sabri ni dibicarakan di mahkamah tinggi..bkn sepatutnya kes ni dibicarakan di mahkamah syariah..

Anonymous said...

Ini kes sivil lah. bukan kes moral atau nikah cerai. ini kes maria saman bekas boyfriend dia.
sebab tu ke mahkamah tinggi

paien said...

owh..erm pape je la..hehe

Anonymous said...

alisa: lelaki dan wanita sama jer. cuma dalam kes ni..si Maria ni bengong gi bawak kat mahkamah. So....bukan jer akhirat ko dapat...kat dunia lagi dah kena. Si datok to kena gak kat dunia..tapi takder ar sekantoi Maria...

Anonymous said...

pastu kan alisa, si Maria ni dah tau orang tu tanak, dia dok tergila gilakan duit orang tu...so something wrong kat situ..kan?

Anonymous said...

uiks... gila la kes nih! dah tak nak kahwin, biar ajelah. bukannya kau tak ada rupa.

Cik Timah Kijal