"Tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah "mengubati hati" orang Melayu agar kepercayaan mereka terhadap parti itu kembali pulih. Jika ia tidak terubat, Umno tidak mungkin boleh kembali kepada keadaan asal dan disokong orang Melayu, malah untuk kekal di tahap sekarang mungkin menjadi lebih sukar. Umno hari ini dilihat melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu. Hakikatnya bila Umno kuat dengan sokongan orang Melayu, orang bukan Melayu akan sokong kita. " - A.Kadir Jasin, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=411420Saturday, May 16, 2009
UMNO PARTI HAMPAS TANPA ORANG MELAYU!
"Tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah "mengubati hati" orang Melayu agar kepercayaan mereka terhadap parti itu kembali pulih. Jika ia tidak terubat, Umno tidak mungkin boleh kembali kepada keadaan asal dan disokong orang Melayu, malah untuk kekal di tahap sekarang mungkin menjadi lebih sukar. Umno hari ini dilihat melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu. Hakikatnya bila Umno kuat dengan sokongan orang Melayu, orang bukan Melayu akan sokong kita. " - A.Kadir Jasin, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=411420Friday, May 15, 2009
AHMAD MASLAN: PENYAPU BARU UMNO
Sekarang kita tahu kenapa Umno kalah teruk di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan.Jawapannya datangnya dari Ketua Penerangan Umno yang baru, orang Pontian, Ahmad Maslan.
Ini kata Ahmad Maslan hari ini:
"Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti.Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu. Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=411263
Atau dengan kata lain keputusan Najib Razak meletakkan Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan yang baru amatlah tepat atau ianya juga bermaksud Ketua Penerangan yang lalu Muhammad Muhammad Taib tak buat kerja atau tak tahu buat kerja.
Ianya juga bermaksud Umno akan bertambah kuat di masa akan datang dengan adanya Ahmad Maslan kerana mulai hari ini kesemua 60,000 anggota penerangan Umno akan mula memahami tentang peranan mereka sebagai jentera penerangan.
Dengan kata lain, Umno akan kembali kuat dengan adanya Ahmad Maslan kerana jentera penerangan akan beliau perkasakan sepanjang beliau memegang takhta sebagai Ketua Penerangan.
Bagaimanapun, kalau Umno kalah dan tak kemana keputusannya dalam PRU 13 nanti, kita tahulah siapa yang kita nak godam.
Tuesday, May 12, 2009
ZAMBRY SETARAF MANDELA, GHANDI & MARTIN LUTHER KING?
"Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama." - Petikan dari nukilan Zambry Kadir dalam blog beliau - http://www.zambry.com/2009/05/permulaan-sebuah-lagi-perjuangan.htmlAdakah Zambry setarah tokoh terkemuka ini?
Aisehman berpendapat Zambry sedang melalui krisis identiti. http://aisehman.org/
ANTARA ZAMBRY & NIZAR
Zambry Kadir kembali menjadi Menteri Besar Perak sebentar tadi, tidak sampai 24 jam Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Nizar Jamaluddin Menteri Besar yang sah. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=410496Pelbagai tafsiran dibuat mengenai keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Blogger Loyar Buruk menyenaraikan beberapa asas yang telah dikemukakan oleh Hakim Abdul Aziz Abd Rahim dalam membuat keputusan yang menyebelahi Nizar. Kini keputusan tersebut menjadi topik perdebatan. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=410310
Asas-asas keputusan hakim boleh dibaca disini: http://www.loyarburok.com/selected-judgments/notes-of-grounds-of-judgment-in-nizar-v-zambry-case/
Saturday, May 9, 2009
CORAT-CORET: TONGKAT ALI BAHAYA?
Kepada peminat "XP Tongkat Ali Supreme", eloklah baca berita berikut:Singapura Haramkan Tongkat Ali Mengandungi Bahan Bahaya
-->
SINGAPURA, 8 Mei (Bernama) - Pihak berkuasa kesihatan Singapura melarang jualan produk suplemen herba Tongkat Ali dari pasaran tempatan selepas kelongsong kapsulnya didapati mengandungi bahan berbahaya yang tidak diisytiharkan.
Menurut Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA), ia telah mengesan bahan "Tadalafil" dalam produk "XP Tongkat Ali Supreme", yang diedar dan dijual di kedai-kedai runcit di Singapura dan juga menerusi internet.
Dalam satu kenyataan Jumaat, HSA berkata ini kes pertama ia dapat mengesan bahan kimia yang mempunyai kesan kuat diselitkan dalam kelongsong kapsul produk berkenaan dalam percubaan untuk mengelakkan bahan itu dari dikesan.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai jangan membeli atau memakan produk berkenaan, walaupun setakat ini ia belum menerima sebarang laporan mengenai reaksi buruk akibat memakan produk berkenaan.
"XP Tongkat Ali Supreme" yang boleh didapatkan dalam bentuk kapsul dipasarkan sebagai "suplemen herba tradisional untuk lelaki" dan mendakwa 100 peratus asli.Labelnya menyatakan mengandungi Tongkat Ali, kandungan herba asli.
HSA berkata berdasarkan ia mengandungi hanya kandungan herba sebagaimana diisytihar pada labelnya, produk itu dianggap sebagai sejenis perubatan tradisonal dan dijual di Singapura tanpa sebarang pendaftaran atau kelulsan pra-pasaran dari badan itu.Ia menyatakan "Tadalafil", ingredien aktif dalam ubat Cialis, yang digunakan untuk merawat mati pucuk, dan ia dadah kuat yang hanya boleh digunakan bila dibenarkan oleh doktor.
Pengambilan "Tadalafil" boleh menyebabkan reaksi buruk yang serius seperti serangan jantung, strok dan darah tinggi, terutama di kalangan mereka yang mempunyai masalah jantung atau yang mengambil ubat nitrate, ujar HSA.-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=409879
Friday, May 8, 2009
AHMAD SAID LETAK JAWATAN 12 MEI?
Berita ni disiarkan di mukasurat 2 Utusan Malaysia hari ini. Tetapi ia cukup untuk menggamatkan suasana di Terengganu.Laporannya berbunyi:
PUTRAJAYA 7 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini bagi berbincang mengenai situasi politik di Terengganu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm
Dek berita ini, rata-rata di kalangan orang Umno membuat pelbagai spekulasi. Ada mengatakan pertemuan tersebut membincangkan kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan ada mengatakan ianya perjumpaan biasa.
Ada mengatakan perubahan akan berlaku di Terengganu minggu hadapan. Blogger "Perundingperiuknasi" menyiarkan satu spekulasi yang ditulis oleh seorang blogger bernama Hambali kononnya perubahan pucuk pimpinan akan berlaku minggu hadapan. Wallahualam.
http://perundingperiuknasi.blogspot.com/2009/05/cerita-orang-umno.html
RINTIHAN RAKYAT
Satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin negara pernah melontarkan kata-kata "tanyalah diri kita, apakah sumbangan kita kepada negara."Maka rakyat diminta supaya jangan hanya bergantung kepada kerajaan sebaliknya menanyakan diri sendiri apakah sumbangan mereka kepada negara.
Inilah yang menjadi falsafah pemimpin-pemimpin ketika itu sehingga rakyat kurang diutamakan.
Kini Najib Razak ingin mengakhiri falsafah "Government knows best". http://www.kwp.gov.my/cmskwp/docs/Teks%20Ucapan%20YB%20Menteri/2009/Ucapan_Najib_Mengenai_Pembentukan_Kabinet_Baru.pdf
Tahniah kepada Najib. Sekurang-kurangnya beliau tahu di mana salah silapnya pemimpin terdahulu. Bagi para ahli Kabinet dan pemimpin yang masih belum memahami kehendak rakyat, adalah baik sekiranya mereka menghayati berita muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai cerita Halimah Hussein, ibu kepada wanita hamil, Allahyarhamah Saripah Mohd Noor, yang mati digilis kereta apabila tercampak ke tengah jalan selepas diragut beg tangan beliau.
Kata Halimah: “Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal. Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Negara merdeka sejak 52 tahun lalu dan Umno akan berusia 63 tahun Isnin ini. Dan kita masih ada rakyat yang terpaksa pinjam RM5 untuk isi minyak motor dan beli jajan untuk anak. Renungilah.
Tuesday, May 5, 2009
1MALAYSIA: NAJIB TERTEKAN?
Rakyat hari ini telah berubah. Rakyat hari ini tidak lagi boleh disogok dengan kata-kata manis. Sebenarnya tiada lagi yang manis buat kerajaan dan BN era ini. Tidak pernah dalam sejarah politik negara Umno enggan menyertai pilihanraya kecil. Dahulu, pilihanraya kecil merupakan medan Umno mempamirkan kegagahan and keperkasaannya. Hari ini, pilihanraya kecil digeruni. Ia adalah petanda rakyat sudah berubah dan semakin matang.
Terbaca Jelapang sebuah artikel yang di tulis oleh Tunku Abdul Aziz dari Transparency International di dalam blog beliau.
http://tunku-aziz.org/
Antaranya: "Najib is being watched carefully by the people of this country to see whether he has the stomach for meaningful reform, the sort of reform that will thrust Malaysia into the ranks of respected democratic nations, fully observing the central tenet of justice, fair play and equity in the governance of a multi-racial people. His credibility, both as a person as well as prime minister, will suffer irreparably if he does not deliver the promised package of goodies as understood by the people of this country. He is under considerable pressure to explain in clear, simple terms, what he means by 1 Malaysia. We wait with bated breath for the ceremonial rolling out of Najib’s great vision for Malaysia. He will have our support in this magnificent endeavour if his version coincides with justice and equity for all Malaysians." - Tunku Aziz
Terjemahan: "Najib diperhatikan oleh rakyat samada beliau benar-benar berani memperkenalkan reform yang benar-benar bermakna, satu pembaharuan yang akan meletakkan Malaysia di persada yang dihormati di kalangan negara demokrasi, negara yang benar-benar mematuhi asas keadilan dan kesaksamaan dalam mentadbir negara pelbagai kaum. Kredibiliti Najib, sebagai seorang Perdana Menteri, akan musnah sekiranya beliau gagal memenuhi janji beliau kepada rakyat negara ini. Najib kini tertekan untuk menerangkan dengan jelas dan dalam bahasa yang mudah, apa yang beliau maksudkan dengan 1 Malaysia. Kita sedang menanti akan pembentangan visi Najib yang terbilang ini untuk Malaysia. Najib akan dijulang sekiranya janji indah ini memenuhi aspirasi keadilan dan kesaksamaan yang dijanjikan untuk semua rakyat Malaysia." - Tunku Aziz. http://tunku-aziz.org/2009/05/02/1-malaysia-a-blurred-vision/ http://www.mysinchew.com/node/23921
Barangkali mesej Tunku Aziz ini jelas kepada Najib.
(Tunku Aziz telah menyertai DAP tidak lama dahulu. Biodata Tunku Aziz: http://dapmalaysia.org/newenglish/biodata_tunku_aziz.htm) 80k
Monday, May 4, 2009
JOHARI BAHAROM & SELESEMA BABI
Orang Kedah terutamanya orang Kubang Pasu pasti hiba melihat nasib Ketua Bahagian mereka, Johari Baharom. Semalam Abang Jo membuat kenyataan berikut:"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak lagi mengeluarkan permit baru bagi mengimport daging babi berikutan wabak Influenza A (H1N1) di beberapa negara. Kajian klinikal ke atas sampel hingus, air liur dan najis haiwan itu yang disyaki mengidap H1N1 yang diambil dari 14 ladang di Selangor dan lima di Melaka mendapati ia negatif." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=408455
Dulu Abang Jo ada kelas sikit kerana diberi tanggungjawab menguruskan isu-isu berkaitan tahanan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad semasa menjawat jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Malangnya dek satu kontroversi (http://www.freewebs.com/southeast-wind/), Abang Jo kini di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan semalam terpaksa mengendali isu pengimportan daging babi.
Kalau mengikut rasa hati Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak membimbing Abang Jo, bekas Setiausaha Politik Tun satu ketika dulu, Najib Razak seharusnya menggugurkan Abang Jo kerana dituduh terlibat dengan rasuah berjumlah RM5 juta pada 2007. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/24126-dr-m-says-nazri-and-johari-are-among-those-najib-should-not-have-appointed
Seorang lagi yang Dr Mahathir merasakan tidak layak untuk dikekalkan di dalam Kabinet ialah Nazri Aziz.
Lumrah orang politik, jawatan apa pun tidak mengapa. Asalkan ada jawatan. Tak kira lah kena jaga banduan ataupun isu selesema babi.
Sunday, May 3, 2009
ERA BARU DALAM NEW STRAITS TIMES
84 JALAN TANGSI: Selepas menempa nama sebagai salah seorang blogger terkemuka dan telah mencapai jumlah layaran melebihi 10 juta, Rocky, Jumaat lepas mencipta satu lagi blog baru - 84 Jalan Tangsi.Mungkin blog ini dicipta Rocky sempena bermulanya era baru dalam dunia kewartawanan selepas era Kalimullah Hassan di NSTP.
Rakan-rakan media yang Jelapang kenali pernah menggambarkan betapa rakusnya Kalimullah selepas beliau menjejakkan kaki di NSTP.
Jelapang bukan orang media tetapi dari cerita-cerita rakan-rakan media, perkara pertama yang dilakukan Kalimullah ketika di NSTP ialah menyingkirkan kesemua editor-editor Melayu yang pro-Mahathir dan Najib. Antaranya Datuk Ahmad Talib, Rocky dan Nuraina Samad. Ketiga-tiga mereka ini meninggalkan dunia kewartawanan dan menjejak kaki ke dunia "blogging". Sebahagian menyertai Tun Dr Mahathir di Yayasan Perdana, sebahagian menjadi Setiausaha Akhbar Menteri dan sebahagian merana entah ke mana. Hampir kesemua yang disingkir Kalimulah menjadi blogger samada secara rahsia atau terang-terang seperti Ahmad, Rocky dan Nuraina.
Malang buat Kalimullah, mereka-mereka ini menjadi, meminjam kata-kata Tun Musa, duri dalam dalam daging buat Tun Abdullah Ahmad Badawi. Blogger bekas wartawan NSTP ini mengkritik hebat Tun Abdullah bukan kerana benci akan bekas Perdana Menteri itu tetapi kerana marah pada Kalimullah. Itulah antara kesilapan Tun Abdullah sehinggakan beliau terpaksa mengundur diri sebagai Perdana Menteri Malaysia paling singkat dalam sejarah politik negara kita.
Ahmad Talib disingkirkan untuk memberi ruang kepada Brendan Pereira (http://www.jeffooi.com/2006/10/how_we_miss_brendan_by_50_albo.php) untuk di bawa masuk oleh Kalimullah ke New Straits Times. Pereira ialah seorang penulis anti-Mahathir, anti-Najib dan pro-Singapura dan bekerja untuk akhbar kepunyaan Kerajaan Lee Kwan Yew dan Singapura - Straits Times.
Sepanjang karier Pereira, Singapura kiblatnya dan Singapura kepentingannya. Mengikut rakan-rakan media, Kalimullah menyakinkan Tun Abdullah, Pereira lah orangnya yang bakal memastikan Tun Abdullah kekal di tampuk pemerintahan.
Sebaliknya, Pereira dan Kalimullah dikatakan menjadi punca kejatuhan. NSTP diserang hebat kerana terpesong dari landasan sebenar. Editor-editor Melayu dipinggirkan, wartawan-wartawan Melayu diketepikan, agenda Melayu disisihkan. Yang lebih kritikal, apabila agenda Islam dipersendakan dan Rasullulah diperhinakan dan kesannya Umno kecundang politiknya.
Semalam, Edge Financial Daily, melaporkan kembalinya Ahmad Talib ke New Straits Times. http://www.theedgemalaysia.com/business-news/13221-flashnstp-gets-new-editorial-advisor.html
Dan seperti yang dijangkakan, Malaysian Insider, mengikut orang media, dikendalikan oleh Kalimullah dan Brendan Pereira, menyerang hebat Ahmad Talib dengan menyifatkan beliau sebagai penyokong setia Tun Dr Mahathir. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/25259-umno-reins-in-its-media
Tidak menghairankan kalau Kalimullah dan Pereira tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk diperkatakan mengenai saudara Ahmad. Ia kerana NSTP pernah menjadi tempat kedua-dua mereka bermaharajalela sehinggakan yang tinggal hanya beberapa wartawan Melayu yang hanya boleh dikira dengan jari.
Apapun yang akan diperkatakan oleh Kalimullah dan tulisan Pereira, menurut ramalan Saudara Rocky samada ditulis oleh Pereira atau Kalimullah dalam Malaysian Insider semalam, mengenai blogger Ahmad Talib, yang pasti kumpulan NSTP dan dunia kewartawan akan menempuh lebaran baru. Tidak mengapa sekiranya Malaysian Insider terus menyerang dan irihati kepada blogger Ahmad Talib kerana selama ini tidak ada apa pun yang baik ditulis oleh Malaysian Insider kecuali memburuk-burukkan sesiapa saja yang tidak disukai mereka.
Perubahan dalam dunia kewartawan ini yang juga menyaksikan kembalinya Johan Jaafar sudah pasti akan memastikan agenda Melayu dan Islam tidak terpinggir lagi.
Saturday, May 2, 2009
CORAT-CORET: PENANGAN ISTERI BERGELAR ARTIS!
Norish: "... kembalikan dengan kadar segera Nissan Murano yang saya gunakan untuk membawa anak-anak saya." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm
Hashimuddin: "Saya izinkan dia menggunakan kereta itu dengan syarat ia tidak boleh digunakan oleh mana-mana lelaki. Saya tengok kereta ini sering diguna dan disimpan di rumah Mohd Luqman seolah-olah keretanya sendiri." http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/1/mstar_hiburan/20090430215202&sec=mstar_hiburan
Norish: "Bayar nafkah saya RM1,500 seorang bagi ketiga-tiga anak saya, bayaran sewa rumah RM5,000 serta upah pembantu rumah sebanyak RM900." http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
Hashimuddin: "Saya beri (Norish) RM5,000 sebulan dalam tempoh edah selama tiga bulan 10 hari, membayar sewa rumah RM15,000, wang pendahuluan rumah RM9,000 dan kos berpindah RM3,000." http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/BeritaUtama/20090429060419/Article/index_html
Norish: “Salah ke saya bawa anak-anak jumpa Luqman (Mohd Luqman Mohd Amin), sekurang-kurangnya mereka (anak-anak) tahu dengan siapa saya keluar.” http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090428075841/Article/index_html
Hishamuddin: “Perceraian kami berpunca daripada cinta rahsia dia (Norish Karman) dengan seseorang. Saya tidak cemburu langsung, apabila dia bebas membawa teman lelakinya ke rumah dengan anak saya ada di sana, malah membawa mereka bercuti sekali di Pulau Tioman, Pahang, Mac lalu. Saya pernah bersemuka dengan lelaki itu dan meminta dia sedar perbuatannya itu melanggar hukum agama. Tetapi mereka teruskan juga hingga Norish meminta saya menceraikannya." http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/BeritaUtama/20090429060419/Article/index_html
Friday, May 1, 2009
KSU RASUAH?
OH KSU? Ada cakap-cakap di kedai kopi mengatakan kakitangan perkhidmatan awam lebih tidak bermoral dari ahli politik.Cakap-cakap seumpama ini tidak adil kepada lebih 800,000 kakitangan awam. Apalah kuasa yang ada pada seorang pegawai tadbir biasa dan pembantu pejabat untuk mereka menyalahgunakan kuasa mereka?
Yang peliknya, ketua-ketua jabatan dan Biro Pencegah Rasuah dulunya lebih menumpukan kepada perkara remeh-temeh seperti menghalang penghantaran kurma ke pejabat apabila tiba Ramadan dan hamper hariraya kepada kakitangan awam.
Padahal ada bos-bos mereka yang "hamper dan kurmanya" dihantar terus ke rumah mereka dan tiada siapa peduli.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat seorang bekas Ketua Setiausaha sebuah Kementerian atas tuduhan menerima sogokan lebih RM50,000 dari sebuah syarikat. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm&arc=hive
Kita tunggu hasil siasatan SPRM untuk mengetahui siapa bekas KSU tersebut.
21 April lalu Ketua Setiausaha Negara membuat pertukaran di peringkat KSU untuk memastikan setiap Kementerian dan Jabatan Kerajaan dapat memenuhi slogan Perdana Menteri Najib Razak, "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Ini termasuk usaha untuk memperkukuhkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan meletakkan bekas KSU Kementerian Kerja Raya Abdul Munit Kasmin dan KSU Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Abdul Hanan Alang Endut di JPA. http://www.jpa.gov.my/2009/04/1048/
Semuga kita akan menyaksikan satu sinar baru di dalam JPA.
Wednesday, April 29, 2009
ROMBAK SAJA PERKHIDMATAN AWAM!
"Kita tidak boleh lagi terlalu dogmatik, kita perlu mendapatkan bakat yang terpilih, terbaik dan tersaring demi kepentingan rakyat.” - Najib Razak.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Apa yang Najib maksudkan ialah "pembaharuan struktural perkhidmatan awam" dan membenarkan orang di luar perkhidmatan awam menerajui perkhidmatan awam.
Atau dengan kata lain sampai masanya jawatan-jawatan penting di dalam perkhidmatan awam seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah juga boleh disandang oleh "orang luar" yang lebih berkemampuan.
Ramai "orang luar" di sektor swasta yang layak untuk memimpin perkhidmatan awam malahan lebih efisyen dari Ketua-Ketua Setiausaha yang kini menerajui Kementerian-Kementerian Kerajaan.
Persoalannya, apakah saranan Najib ini diterima oleh anggota-anggota perkhidmatan awam? Yang pasti ramai anggota perkhidmatan awam akan merasa tidak senang dengan saranan Najib ini. Lihatlah apa reaksi kakitangan RTM apabila "orang luar" dilantik Ketua Pengarah Penyiaran. http://cuepacs.blogspot.com/2009/03/rtm-staff-protest-against-new-d-g.html
http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2009/03/rtm-staff-protest-against-new-d-g.html
Yang pasti, saranan Najib ini akan mendapat tentangan hebat dari anggota perkhidmatan awam. Najib perlu berani merubah demi masa depan negara.
Najib perlu mereformasi perkhidmatan-perkhidmatan awam negeri yang masih mengamalkan "perkhidmatan tertutup". Perkhidmatan awam di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor masih mengamalkan sistem perkhidmatan tertutup.
Ini adalah antara beberapa sebab mengapa perkhidmatan di peringkat negeri seperti Pejabat Tanah, Jabatan Agama Islam, Pejabat-Pejabat Daerah masih ditakuk lama dalam menyediakan perkhidmatan.
Perkhidmatan awam di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor harus diterajui oleh pegawai-pegawai yang lebih efisyen. Malangnya di negeri-negeri ini, pegawai-pegawai ketandusan idea masih dibenarkan menerajui jabatan-jabatan negeri. Ada di kalangan mereka menjadi "ketua perang" dan "ditakuti" di daerah masing-masing.
Kelantan jatuh ke tangan pembangkang pada 1990 dek protes anggota perkhidmatan awam negeri terhadap kerajaan Tan Sri Mohamad Yaakob pada ketika itu dan Tan Sri Sanusi Junid menerima penangannya di Kedah dalam pilihanraya 1999 kerana "sikap biadap" beliau terhadap kakitangan awam. Begitu juga dengan kejatuhan Terengganu pada 1999 ke tangan Pas.
Begitulah "berkuasa" anggota perkhidmatan awam negeri. Kalau bertukar pun, setakat dalam negeri sahaja padahal anggota perkhidmatan persekutuan terpaksa berpindah randah sepanjang kerjaya mereka.
Sudah sampai masanya anggota perkhidmatan awam ditadbir dengan lebih profesional demi masa depan negara.
Tuesday, April 28, 2009
SYED SOBRI TAK AKAN LETAK JAWATAN!
"Memang Syed Sobri menemui saya di Kuala Lumpur pada Ahad lepas dan kami telah berbincang beberapa perkara yang dihadapinya. Selaku ketua perhubungan yang baru, saya memberi nasihat dan beliau menerimanya dengan baik dan berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat." - Shafie Apdal. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=407506Kenyataan ini pasti cukup bermakna buat Adun Kuala Nerang Syed Sobri Syed Hashim kerana ia bermaksud beliau tidak perlu lagi bimbang mengenai hutang piutang beliau dengan bank.
Maka berakhirlah spekulasi akan adanya plihanraya kecil di Kuala Nerang. http://thenutgraph.com/article-3415.html
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/NewsBreak/20090428103436/Article/index_html
JOHAN JAAFAR TERAJU MEDIA PRIMA, TV3
Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Johan Jaafar hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad.http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=895&IID=
Johan disifatkan oleh Malaysian Insider tidak lama dulu sebagai media czar di bawah kepimpinan Najib Razak. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/18963-johan-jaafar-ex-utusan-man-to-be-najibs-new-media-czar
Pengumuman perlantikan Johan boleh dibaca disini: http://www.adoimagazine.com/newhome/index.php?option=com_content&view=article&id=4168&catid=1&Itemid=5
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=407418
http://www.klse.com.my/website/bm/listed_companies/company_announcements/announcements/index.jsp
Monday, April 27, 2009
UMNO HARUS PEDULIKAN SYED SOBRI!
"Tidak benar saya lemas dek hutang." Itulah kata-kata Adun Kuala Nerang Syed Sobri Syed Hashim (gambar - kiri sekali) November tahun lalu apabila tersebar khabar angin beliau bakal bankrup kerana berhutang hampir RM10 juta.Ketika itu beliau berkata: "Ramai orang meminjam dari bank untuk membeli rumah, kereta, menjalankan perniagaan dan membuat pinjaman peribadi. Jadi kenapa saya dijadikan sasaran? Saya seorang ahli perniagaan sebelum menjejak dunia politik."
Sehari sebelum Syed Sobri membuat kenyataan itu, Syed Sobri dilaporkan berjaya mengenepikan perintah muflis berjaya melangsaikan hutangnya sebanyak RM150,000.
Hari ini akhbar The Star sekali lagi melaporkan kebimbangan Umno akan Syed Sobri diistiharkan muflis.
Katanya, Syed Sobri telah menulis sepucuk warkah kepada Muhyiddin Yassin mencurahkan segala masalah beliau Timbalan Presiden parti.
Kalau bankrup Syed Sobri, maka kenalah Umno Kedah menghadapi satu lagi pilihanraya kecil selepas kekalahan di Bukit Selambau.
Kalau benarlah laporan ini, jelas Syed Sobri sudah kehilangan punca untuk menyelesaikan masalah hutang beliau yang dilaporkan The Star hampir RM10 juta.
Atau dengan kata lain, Syed Sobri mengharapkan Muhyiddin dan Umno untuk membantu beliau menyelesaikan masalah hutangnya.
Sanggupkah Umno menambahkan beban politiknya dengan membantu Syed Sobri menyelesaikan hutangnya?
Dalam suasana politik sekarang, adalah lebih baik Umno menghadapi pilihanraya kecil dari menyelesaikan masalah pinjaman ahli politik macam Syed Sobri. Kalau Umno sanggup berkorban untuk Syed Sobri, tidak menghairankan sekiranya ahli-ahli Umno lain akan berpusu-pusu mengadu hal mereka kepada pemimpin Umno untuk membantu masalah kewangan mereka.
Adalah lebih baik Umno membelanjakan RM10 juta untuk pilihanraya kecil dan membantu penduduk Kuala Nerang dari memberi mesej yang salah kepada ahli-ahli Umno yang lain.
Tuesday, April 21, 2009
AHMAD SAID LANTIK DREBER AMBULANS JADI PENGARAH
Kita semua tahu Rosol Wahid adalah orang kuat Idris Jusoh dan pernah berkhidmat sebagai Exco di bawah pentadbiran Idris semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu.Kita juga tahu bahawa Rosol adalah antara Adun yang menentang perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar apabila Sultan Terengganu mahukan Ahmad menerajui Terengganu.
Oleh itu, sekiranya Rosol terus mengkritik pentadbiran Ahmad, ianya bukan perkara luarbiasa. Ianya luarbiasa sekiranya Rosol tiba-tiba menjadi penyokong kuat Ahmad Said.
Hari ini di dalam akhbar The Star, Ahmad sekali lagi dijadikan bahan kritikan oleh Rosol. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/21/nation/3736902&sec=nation
Antaranya Ahmad melantik dreber ambulans menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat milik kerajaan Terengganu dan dua bekas guru sekolah rendah menjadi pengarah di sebuah hospital dan anak syarikat kerajaan terengganu.
Menurut Ahmad, perlantikan ini menimbulkan kemarahan Adun-Adun Terengganu. Rosol menganggap tindakan ini adalah bertujuan untuk meng"kijal"kan pentadbiran negeri (jawatan diberikan kepada penyokong-penyokong Ahmad dari kawasannya Kijal) dan mereka ini tidak layak menjadi ahli lembaga pengarah.
Ada dua isu di sini. Satu samada mereka ini layak menjadi pengarah dan kedua perasaan kebencian Rosol kepada Ahmad Said kerana kesetiaan beliau kepada Idris.
Isu samada mereka ini layak atau tidak perlu diperjelaskan oleh Ahmad. Sekiranya dreber ambulans dan bekas guru ini tidak layak, maka Ahmad perlu memperbetulkan keadaan.
Masalahnya dengan orang politik dan Umno, hanya mereka yang layak menjadi Adun, mereka saja yang patut dilantik pengarah dan mereka sajalah yang harus dilantik pengerusi syarikat. Orang lain tak layak. Kalau bukan mereka, maka timbul lah isu sepertimana di Terengganu bila Rosol mempertikaikan bekas guru dan dreber ambulans dilantik Pengarah.
Ada sesetengah Wakil Rakyat, dah lebih empat lima penggal atau hampir 20 tahun menjadi Ahli Parlimen dan Adun kerana bagi mereka, hanya mereka saja di kalangan 26 juta rakyat Malaysia yang layak di pilih sebagai Ahli Parlimen atau Adun. Ada yang menjadi Menteri di bawah empat Perdana Menteri kerana menganggap hanya mereka yang terbijak di kalangan 26 juta rakyat.
Bila tak terpilih, mereka sabotaj parti seperti mana yang berlaku di pilihanraya-pilihanraya kecil selepas Mac 8, 2008.
Inilah penyakit dalam Umno.
Monday, April 20, 2009
SKANDAL PEMPENA
> mengaut komisen dengan cara membuat pembiayaan semula kereta mewah untuk perkhidmatan limosin untuk pelancong.> meluluskan kontrak kepada syarikat bermodalkan RM2 untuk projek berkaitan pelancongan.
> meletakkan harga melampau untuk projek mengadakan laman web e-pelancongan sebanyak RM5 juta.
> mengenepikan ahli lembaga pengarah Pempena dalam membuat keputusan melabur di dalam projek restauran di Melbourne.
Ini adalah antara tuduhan yang dibuat terhadap dua eksekutif Pempena, anak syarikat Tourism Malaysia. Isu ini menarik perhatian ramai ketika Azalina Othman Said menjadi Menteri Pelancongan.
Untuk laporan penuh, layari: http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=32454
Kita tunggu apa tindakan SPRM dalam kes ini.
Sunday, April 19, 2009
KHIR TOYO DENGAN DUNIA DISNEYNYA!
Wartawan The Star, Shahanaaz Habib, semalam mewawancara Khir Toyo mengenai beberapa isu kontroversi yang menghantui bekas Menteri Besar Selangor itu.Antara soalannya:
Apakah tujuan lawatan ke DisneyWorld, Miami Beach and Honolulu trip pada 17 Dis-24 Dis 2007?
Antara jawapan Khir Toyo ialah ianya satu lawatan teknikal untuk menarik pelaburan, mempelajari pengurusan sungai, bandar terusan dan taman tema. Katanya beliau berhasrat membina sebuah lagi Lembah Klang di Selangor dan membina sebuah bandar terusan bernilai RM1 bilion antara Sungai Kuala Langat dan Sungai Klang.
Soalan Shahanaaz seterusnya: Bagaimana PNSB boleh membayar RM110,000 untuk "presidential suite" beliau di Honolulu?
Jawap Khir Toyo: Saya tidak pasti. Semuanya diuruskan oleh mereka (PNSB). Dan saya tidak meminta pun. Saya tidak sempat pun menikmati suite atau kemudahannya. Saya hanya menggunakan untuk tidur sahaja.
Untuk artikel penuh tulisan Shahanaaz, sila layari: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/19/focus/20090419074711&sec=focus
Saturday, April 18, 2009
TIDAK SALAH BUAT PILIHANRAYA KECIL
"Terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya yang tidak perlu sebenarnya, melainkan seseorang itu meninggal dunia maka ia perlu diganti tetapi peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik." - Najib Tun Razak. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2009&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htmWednesday, April 15, 2009
BANGKITLAH MELAYU
BANGKITLAH MELAYU: Itulah tajuk muka hadapan Utusan Malaysia. Kita tunggu reaksi pemimpin negara kepada seruan seumpama ini.Bangkitlah Melayu
KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.
Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.
Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.
Laporan penuh Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Tuesday, April 14, 2009
RAMPASAN KUASA DI TERENGGANU?
"baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?"http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=403955&cat=et
Inilah sms yang menyebabkan 10 Adun Terengganu -Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera) - mengambil keputusan untuk tidak menghadiri sidang Dewan Undang Negeri hari ini kerana mereka "sayangkan nyawa'.
Maka hari ini ke 10 mereka ini termasuk Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, menjadi bahan berita utama.
Stesen-stesen TV menyiarkan visual mereka "melepak" di sebuah bilik di sebuah hotel di Kuala Terengganu kerana mereka "sayangkan nyawa" mereka.
Terengganu tidak lagi selamat. Itulah yang hendak disampaikan oleh ke sepuluh Adun ini termasuk bekas Menteri Besarnya. Ia juga bermaksud bahawa hari ini di bawah pentadbiran Ahmad Said, nyawa ke sepuluh Adun ini tidak selamat.
Rasanya, tak payahlah Adun-Adun ini mengunakan sms ancaman ini sebagai alasan untuk tidak menghadiri sidang Dewan.
Berterus-terang sahajalah bahawa tindakan mereka ini bertujuan untuk menggulingkan Menteri Besar Umno dan Ketua Perhubungan Umno.
Ahmad Said kena belajar dan mempunyai semangat juang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun menang dengan hanya 43 undi ketika ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan Umno 1987.
Bagi Tun Dr Mahathir, satu undi pun beliau tetap menang. Sekiranya Ahmad Said mempunyai semangat juang ini, beliau akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.
Sekiranya tidak, era Ahmad Said akan berakhir paling lama hujung bulan ini.
*** Pemimpin pembangkang tersenyum lebar melihat tingkah laku pemimpin Umno.
Monday, April 13, 2009
PERANG SAUDARA DI PERLIS!
Kata Menteri Besar Perlis Isa Sabu:"Menteri Besar dan Ketua Menteri lebih sesuai dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno di negeri-negeri.Jika menteri besar atau ketua menteri tidak dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan Umno sudah pasti penyelarasan sukar dilakukan dalam hal-hal pentadbiran berkaitan politik."
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=403631
Ini pula kata Shahidan Kassim, Pengerusi Perhubungan Umno Perlis:
"Kalau dia (Isa Sabu) kata semua menteri besar dan ketua menteri layak jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, saya pula beranggapan bahawa semua Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri layak jadi menteri besar." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=403837
Kata penyokong Shahidan, Hashim Subuh yang juga Ketua Penerangan Umno Perlis:
"Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri (Shahidan Kassim). (Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana? Beliau (Isa Sabu) jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti. Md Isa tak ada merit untuk cakap (soal ini) kerana dia langgar sistem dan peraturan parti."
http://www.malaysiakini.com/news/102192
SELAMAT BERJUANG SHAHIDAN DAN MAT ISA!
Sunday, April 12, 2009
UNDI TAK PERCAYA KE ATAS MB TERENGGANU?
"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah." - Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.Riuh-rendah di Terengganu, Adun BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said esok.
Ada yang mengatakan undi tidak percaya ini dirancang oleh seorang bekas pemimpin Terengganu.
Ketika pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, terdengar desas-desus ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin Umno Terengganu akan corak kepimpinan Ahmad Said. Menteri Besar itu dikatakan mengenepikan penyokong bekas Menteri Besar Idris Jusoh dalam sebarang urusan parti dan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Malah, ada yang berpendapat Ahmad Said akan diketepikan sebagai Menteri Besar apabila Najib Razak mengambil alih tampuk pentadbiran negara. Sekiranya Ahmad kekal sebagai Menteri Besar, Terengganu, kononnya, akan jatuh ke tangan Pas dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Kini kendengaran Adun BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ahmad. Hari ini Ahmad memberi amaran, "jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat." http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/11/mstar_berita/20090411162801&sec=mstar_berita
Di Kuala Lumpur khabarnya, beberapa Adun menemui pemimpin parti untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan Ahmad Said dan mereka mahukan Idris kembali sebagai Menteri Besar.
AMY BAWA "WOW" KEPADA PAS?

WOW!!! Ketika Umno dan Muhyiddin Yassin tercari-cari faktor WOW untuk menghidupkan semula roh Umno, Nik Aziz Nik Mat nampaknya telah mendahului Muhyiddin.
Mengikut akhbar Kosmo, Amy Search membuat persembahan semasa majlis sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan dan Nik Aziz menitiskan air mata selepas mendengar lagu Rock persembahan Amy. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Umno pasti menarik nafas lega pabila Amy berkata: ""Saya masih bersifat neutral tidak sertai mana-mana parti. Kehadiran saya ke sini sekadar memenuhi undangan untuk mengadakan persembahan. Apa yang berlaku selepas ini adakah ketentuan-Nya namun saya perlu berfikir lagi semasak-masaknya kerana ia akan mempengaruhi peminat setia saya. Bagaimanapun saya akui, memang peminat tok guru (Nik Aziz) namun belum lagi memutuskan menyertai Pas"
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm
Kehadiran Amy di Kota Bahru sudah cukup untuk meng"wow"kan penyokong pembangkang sementara penyokong Umno masih menanti apakah "wow" yang akan Muhyiddin bawa untuk memperkasakan Umno. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm
SENJATA MAKAN TUAN, KHAIRY?
Salah satu peninggalan yang menjadi kebanggaan Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Antara yang menyanjung tinggi penubuhan ini ialah menantu Tun Abdullah sendiri, Khairy Jamaluddin, yang kini Ketua Pemuda Umno Malaysia and Ahli Parlimen Rembau.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM pada Disember 2008, Khairy berkata: "Rang Undang-Undang ini adalah Rang Undang-Undang bersejarah dalam usaha kerajaan menghapuskan rasuah."
Tambah Khairy lagi: "Ianya lebih baik dari ICAC Hong Kong kerana SPRM mempunyai kuasa eksekutif berbanding ICAC".
http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/anti_corruption_bill_gets_support_from_all_sides.html
Kenyataan ini dibuat Khairy ketika bapa mertuanya masih lagi Perdana Menteri dan mempunyai kuasa eksekutif. Tetapi kini bapa mertuanya sudah bersara.
Malam tadi, Malaysiakini menyiarkan sebuah berita menarik. Antara kandungannya:
"Berikutan penahanan tersebut, difahamkan SPRM turut meneliti kes ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh lembaga disiplin berhubung politik wang.
"Japlin dikenali sebagai penyokong kuat Khairy.
"Pada 17 Mac, Khairy didapati bersalah oleh lembaga tersebut selepas ejennya terbabit dalam politik wang, tetapi hanya diberi amaran kerana tidak cukup bukti.Beliau juga dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno, yang dimenanginya selepas menewaskan dua lagi calon - bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir." Laporan Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/102165
Laporan Malaysiakini ini adalah berkaitan dengan penahanan Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu dan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.
Japlin ditahan bersama seorang kontraktor tempatan, Limus Jury, yang juga dibebaskan dengan ikat jamin hari ini. Japlin dikenakan ikatjamin RM100,000 manakala Jury dibebaskan dengan ikatjamin RM300,000. Kedua-duanya dibebaskan dari balai polis Karamusing pada kira-kira jam 6.15 petang.
Ikat jamin RM100,000 dan RM300,000 adalah satu jumlah yang cukup besar dan menggambarkan bahawa tuduhan yang dikenakan keatas Japlin dan Jury cukup serius.
Yang pasti, hari-hari mendatang cukup menarik. Apakah akan ada kejutan besar dalam beberapa hari ini? Apakah SPRM akan menggunakan kuasa eksekutifnya yang menjadi kebanggaan Khairy dan bapa mertuanya?
Saturday, April 11, 2009
HENTIKAN BUDAYA NEGARA DUNIA KEDUA


Thursday, April 9, 2009
KABINET: 7 MENTERI GUGUR?
Pelbagai sms disebarkan mengenai senarai Kabinet yang akan di umumkan oleh DS Najib Razak jam 3petang ini.Antara yang tersenarai enam yang bakal dilantik Senator.
Menurut SMS khabar angin ini, antara yang digugurkan ialah: Amirsham Abdul Aziz, Syed Hamid Syed Albar, Ong Ka Chuan, Zain Mohamed, Azalina Othman Said, Muhammad Taib dan Zulhasnan Rafique.
Bakal senator: Shahrizat Jalil, Chew Mei Fun, Awang Adek, Koh Tsu Koon, Raja Nong Chik dan Brig Gen Jamil Khan.
Nama-nama Menteri yang tidak disenaraikan di atas, mengikut SMS berkenaan, kekal. Mungkin portfolio saja berubah.
Menteri baru: Husni Hadnazlah dan Anifah Aman.
Tahniah kepada yang akan di lantik dan kepada yang akan digugurkan, terima kasih atas sumbangan selama ini.
Tuesday, April 7, 2009
BERUBAHLAH UMNO!!!
BERUBAH. Hanya satu jalan untuk Umno dan Barisan Nasional untuk terus kekal mentadbir negara selepas pilihanraya umum yang akan datang iaitu BERUBAH.Keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau mempunyai mesej yang jelas kepada Umno dan BN iaitu BERUBAH atau rakyat tidak takut untuk membuat PERUBAHAN kalau Umno dan BN keras kepala dan tidak mahu BERUBAH.
Rakyat termasuk orang Melayu tidak lagi boleh diugut, diancam, diperbodohkan dan diperkotak-katikkan dengan retorika Umno. Mesejnya, orang Melayu tidak lagi boleh diperbodohkan dengan slogan-slogan hilangnya Ketuanan Melayu dan penderhakaan kepada Raja.
Apa yang berlaku di Bukit Gantang pasti menakutkan dan membuntukan pemimpin Umno. Sebelum ini orang Melayu diingatkan jangan derhaka kepada Raja, orang Melayu ditakutkan akan kehilangnya ketuanan Melayu. Malang buat Umno, pengundi Bukit Gantang tidak termakan retorika sedemikian.
Apa maknanya Ketuanan Melayu sekiranya orang di desa kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang, ketika pemimpin Umno hidup selesa, kaya raya. Orang Melayu tidak pernah derhaka kepada Raja. Kalau nak menderhaka pun, kita memohon untuk derhaka. Itulah sopan santun orang Melayu.
Umno dilamun kejayaan zaman silam. Di zaman silam, bila berlaku perubahan pucuk pimpinan, BN akan menang besar. Bila Tun Mahathir Mohamad bersara, Tun Abdullah Ahmad Badawi menang besar. KIta war-warkan pada orang Melayu. Ingatlah perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. Begitulah dengan sejarah Umno. Kami rakyat juga dah lama berjuang untuk agama, bangsa dan negara tetapi tidaklah sekaya pemimpin Umno. Malangnya perjuangan kami hanya setakat boleh hidup untuk mati.
Perletakan jawatan Tun Abdullah baru-baru ini kononnya mampu meniup semangat baru kepada Umno. Umno menjangkakan akan menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Hari ini adalah satu tragedi buat Umno dan BN.
Separuh dari orang Melayu menolak Umno dan orang bukan Melayu terus mengenepikan BN. Apa jalan penyelesaiannya. Jawapannya mudah. BERUBAH.
Esok, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan barisan Kabinet beliau. Siapa yang hendak dipilih Najib?
Apakah mereka-mereka ini anggota barisan yang sanggup berubah? Pemilihan baru-baru ini memberi gambaran bahawa Umno tidak akan berubah. Siapakah pemimpin-pemimpin Umno yang terpilih baru-baru ini?
Siapa mereka? Mereka adalah anak-anak dan menantu bekas Perdana Menteri. Anak-anak orang politik berada. Hidup senang lenang dengan kebangsawanannya. Tiada seorang pun di atas pentas Umno baru-baru ini yang hidup papa kedana macam kita, rakyat jelata. Ada yang pakai Porsche, ada yang memandu Hummer, ada yang ke sana-sini menggunakan jet peribadi, ada yang pernah berkahwin anak raja, ada yang pernah dituduh melakukan gangguan seksual terhadap wanita, ada yang dituduh berniaga sambil menikmati hidup selesa sebagai Menteri, ada pernah "menarah bukit" sehingga Kementeriannya menjadi "padang jarak padang terkukur" dan ada di kalangan Menteri yang begitu angkuh sehingga nak menjalankan tugas-tugas rasmi pun kena naik kapalterbang kelas satu bukan ekonomi.
Siapakah yang di atas pentas Umno tempoh hari yang tidak mempunyai mahligai indah? Siapa yang di atas pentas Umno tempoh hari yang kais pagi makan pagi?
Di mana guru-guru yang dahulunya memperjuangkan Umno dan orang Melayu? Di mana pemimpin Umno yang sanggup bergadai golok demi kepentingan orang bawahan?
Esok, hanya satu harapan kita apabila Najib mengumumkan barisan Kabinet. Kita mahu melihat Najib tidak pilih kawan untuk berada dalam Kabinetnya. Kita tidak mahu Najib memilih pemimpin yang mengharap untuk menongkat langit untuk membarisi Kabinetnya. Kita tidak mahu orang yang sudah diselaputi lumpur dipilihnya sebagai Menterinya.
Kita mahu kualiti. Kita mahu keikhlasan. Kita mahu melihat pembersihan dalam Umno. Kita tidak mahu melihat separuh dari khazanah negara digunakan untuk memberi kemewahan kepada pemimpin-pemimpin Umno dan anak-anak mereka. Kita tidak mahu perasuah menjadi pemimpin kita.
Kita nak lihat ini semua, Datuk Seri Najib. Dengarlah rintihan kami. Kalau rintihan ini dihindari, bukan salah kami, rakyat papa kedana ini akan pastikan perubahan cara kami. Oleh itu BERUBAH lah.
KEPUTUSAN BUKIT SELAMBAU
SAH UMNO KALAH DI BUKIT GANTANG
Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) 21,860 undi
Ismail Saffian (BN) 19,071
Kamarul Ramizu (Bebas) 61.
MAJORITI 2789 UNDI
PAS MENDAHULUI DI BUKIT GANTANG
07/04/2009 8:30pm
TAIPING 7 April – Pas terus mendahului Barisan Nasional (BN) di Bukit Gantang dengan memperoleh 18,881 undi berbanding BN, 15,859 undi dan bebas 51 undi. – Utusan
BN TEWAS DI BUKIT SELAMBAU
KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUA BUKIT
UMNO & BN TEWAS DI DUA BUKIT?
PAKATAN Rakyat tewas di Batang Ai memang dijangkakan. Umno dan Barisan tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau juga dijangkakan.Bagaimanapun BN yang pada ketika ini ketinggalan di kedua-dua bukit masih mempunyai harapan untuk menang sekiranya berlaku sebarang keajaiban ketika pengiraan sedang dilakukan.
Hanya Raja-Raja Lawak Umno sahaja yang selama ini mengembar-gemburkan bahawa orang Perak khususnya pengundi Bukit Gantang akan menghukum Pas dan Pakatan Rakyat kerana mohon derhaka dan abai ketuanan Melayu.
Ketika ini, Pas dikatakan mendahului dengan kelebihan 2,900 undi di Bukit Gantang dan Pakatan Rakyat 1,200 undi di Bukit Selambau.
Kita tunggu apa pula kata Raja-Raja Lawak ini selepas kekalahan ini.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/22581-tear-gas-sun-rain-but-voters-carry-on
http://www.malaysiakini.com/
Wednesday, April 1, 2009
TERGAMAKNYA KHIR TOYO
Kenapa rakyat muak dengan Umno dan pemimpinnya? Inilah jawapannya.Agensi k'jaan S'gor biayai lawatan Khir ke Disney
Apr 1, 09 8:33pm
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.
Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.
Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.
Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah: Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.
Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut. Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000. Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.
http://www.malaysiakini.com/news/101480
http://www.nst.com.my/Wednesday/Frontpage/20090401195556

