Showing posts with label umno kedah. Show all posts
Showing posts with label umno kedah. Show all posts

Thursday, February 4, 2016

RAFIDAH AZIZ: KEMELUT KEDAH CERMIN BUDAYA TAMAK KUASA DALAM UMNO

Image result for rafidah aziz

“Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita. Budaya politik untuk KEPENTINGAN DIRI. MENJATUHKAN orang lain untuk merebut kedudukan. Inilah yang dikatakan TAMAK.

Tamak terhadap KUASA untuk kekuasaan. Pemimpin Umno seharusnya bersatu dan bukannya mengamalkan budaya politik memecah belah. Biar menang sorak...kampung tergadai. Biar parti HANCUR, asal hasrat peribadi tercapai.

Ke mana nak dibawa jawatan, pangkat dan kuasa? Apa ertinya jawatan kalau tidak untuk bekerja dan menunaikan tanggungjawab? Kenapa tidak bekerjasama dalam pasukan dan melengkapi antara satu sama lain untuk mengumpul kekuatan bagi mencapai kejayaan dalam memberi perkhidmatan?

Kerajaan seharusnya lebih serius dalam menyelesaikan kemelut yang melanda negara dan bukannya berterusan mewujudkan lebih banyak penipuan dalam politik.

TOLONGLAH SERIUS. Negara ini tidak mahu lagi PENIPUAN POLITIK. Cukuplah dengan pelbagai isu sebelum ini. Baiki segala kerosakan yang telah berlaku.” - Bekas Ketua Wanita Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa RAFIDAH AZIZ.


Wednesday, May 26, 2010

SIAPA MENTERI BESAR KEDAH YANG BARU?

KEDAH GOYAH.

Itulah paparan di dada sebuah akhbar Melayu baru-baru. Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Pas digambarkan akan roboh pada bila-bila masa sahaja.

Persoalannya, sekiranya Umno kembali berkuasa di Kedah, siapakah Menteri Besarnya?

IR NAWAWI AHMAD

Adun Langkawi ini (berbaju belang biru bersama Najib Razak - gambar atas) dikatakan bakal Menteri Besar yang baru.

Nawawi berkelulusan B.Eng (Electrical) 1984-UTM merupakan bekas Exco Kesenian, Warisan dan Pelancongan. http://alumni.utm.my/alumninew3/documents/buletin/Alumni%20Apr-Jun09.pdf

Bekas Menteri Besar Mahdzir Khalid dikatakan tidak berminat untuk memimpin Kedah semula dan sebaliknya ingin menimba pengalaman di peringkat Kerajaan Persekutuan dan amat berharap dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri.

Sementara, orang paling kanan dalam hieraki Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah iaitu Timbalan Ketua Perhubungan Kedah, dikatakan tidak sesuai sebagai Menteri Besar disebabkan latarbelakang pendidikan beliau.

Friday, November 20, 2009

UMNO KEDAH SIHAT WALAFIAT!

TIDAK BENAR!

1) TIDAK BENAR wujudnya PUAK dalam Umno Kedah.

2) TIDAK BENAR wujud PERPECAHAN dalam Umno dan BN Kedah.

3) TIDAK BENAR ketua-ketua Umno di Kedah TIDAK MENYOKONG kepimpinan Shapie Apdal.

4) TIDAK BENAR ada Ketua-Ketua Bahagian TIDAK HADIR mesyuarat perhubungan dan majlis yang dihadiri dan dipengerusikan oleh Shapie Apdal.

5) TIDAK BENAR Umno Kedah BERPECAH-BELAH.

Inilah antara intipati kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga Ketua Bahagian Alor Setar.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Oleh itu Bashah menafikan apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia baru-baru ini tidak benar. Dengan kata lain, Umno Kedah sihat walafiat, kukuh dan bersatu padu.
Tulisan Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

Dan tulisan blogger Abdul Kadir Jasin mengenai Umno Kedah yang bertajuk Kemelut Politik Nasional: Dari ke Kota Mekah ke Kota Seputih dan Umno Kedah mamaikah?
http://kadirjasin.blogspot.com/2009/11/kemelut-politik-nasional-dari-kota.html

Saturday, November 7, 2009

BN KECUNDANG, HATI AKU SENANG!

BN MENANG, KEDAH SENANG.

Itulah bunyinya slogan terbaru Umno Kedah dengan harapan untuk menawan semula Kedah dari tangan Pas pada pilihanraya umum 2013 nanti.

Dalam apa jua perkara, tidak salah menyimpan impian dan tidak salah untuk Umno Kedah bermimpi untuk menawan semula Kedah dari tangan Pas.

Pas bertapak begitu lama di Kedah tetapi hanya pada Mac 2008, parti itu berjaya menawan Kedah. Pada satu ketika, Pas hampir menang apabila para petani menentang usaha Kerajaan untuk membangunkan industri padi melalui Mada.

Ketika itu Pas Kedah dipimpin oleh Abu Bakar Omar. Pas Kedah bertambah kuat semasa Fadzil Noor mentadbir Pas dan akhirnya Umno kecundang di Kedah gara-gara Abdullah Ahmad Badawi.

Pada April 2008, hampir kesemua 15 bahagian di Kedah mendesak Pak Lah disingkirkan dan mereka meletakkan harapan pada Najib Razak dan Muhyiddin Yassin untuk menghembus nafas baru kepada Umno Kedah.

Mampukah slogan terbaru ini menjatuhkan Pas di Kedah? Mampukan Najib dan Muhyiddin memastikan Umno menang di Kedah.

Ketua-ketua bahagian di Kedah semuanya kepala-kepala perang yang hebat. Bekas-bekas ketua-ketua bahagian juga hebat. Timbalan Ketua Bahagian, Naib-naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing merasakan diri mereka cukup hebat dan kuat.

Di kalangan pemimpin Umno di Kedah, bukan usaha Najib menjadi bualan. Bukan 1 Malaysia dan juga bukan usaha rakyat diutamakan menjadi topik perbualan.

Yang penting pada mereka ini ialah bagaimana nak menjatuhkan ketua bahagian itu dan ketua bahagian ini.

Pas Kedah aman damai. Yang kucar-kacir ialah Umno kerana masing-masing merasakan merekalah yang paling layak dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=453250

Tidak menghairankan sekiranya ada di antara pemimpin Umno ini sanggup berkata, BN KECUNDANG, HATI AKU SENANG.

Saturday, September 12, 2009

MENTERI BESAR KEDAH YANG BARU

KEDAH GOYAH.

Terpampang di dada sebuah akhbar baru-baru ini bahawa Kedah di bawah pimpinan Pas hanya menunggu masa ditumbangkan.

Sekiranya ia menjadi kenyataan, Kedah akan mendapat seorang Menteri Besar yang baru.

Orang yang paling kanan di dalam barisan perhubungan Umno Kedah ialah Ahmad Bashah Md Hanipah atau dengan kata lain, beliau lah Menteri Besar Kedah yang baru.

Tahniah untuk Ahmad Bashah.

Wednesday, August 19, 2009

PILIHANRAYA KECIL DI KOTA SIPUTEH?


Abu Hassan Shariff, Ketua Umno Bahagian Jerlun dan Ahli Dewan Undangan Kota Siputeh (Kedah) tidak menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri Kedah tanpa sebab selama dua kali - 19 April 2009 dan 9 Ogos yang lalu.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Kini Suruhanjaya Pilihanraya akan meniliti peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah untuk memastikan samada Abu Hassan telah melanggar peraturan tersebut.

Tidak memeranjatkan sekiranya kita diberitahu bahawa Abu Hassan sebenarnya telah mengepos surat cuti sakit kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan surat tersebut tidak diterima oleh pejabat Dewan.

Oleh itu kita tunggu keputusan SPR.

Monday, May 4, 2009

JOHARI BAHAROM & SELESEMA BABI

Orang Kedah terutamanya orang Kubang Pasu pasti hiba melihat nasib Ketua Bahagian mereka, Johari Baharom. Semalam Abang Jo membuat kenyataan berikut:

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak lagi mengeluarkan permit baru bagi mengimport daging babi berikutan wabak Influenza A (H1N1) di beberapa negara. Kajian klinikal ke atas sampel hingus, air liur dan najis haiwan itu yang disyaki mengidap H1N1 yang diambil dari 14 ladang di Selangor dan lima di Melaka mendapati ia negatif." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=408455

Dulu Abang Jo ada kelas sikit kerana diberi tanggungjawab menguruskan isu-isu berkaitan tahanan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad semasa menjawat jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Malangnya dek satu kontroversi (http://www.freewebs.com/southeast-wind/), Abang Jo kini di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan semalam terpaksa mengendali isu pengimportan daging babi.

Kalau mengikut rasa hati Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak membimbing Abang Jo, bekas Setiausaha Politik Tun satu ketika dulu, Najib Razak seharusnya menggugurkan Abang Jo kerana dituduh terlibat dengan rasuah berjumlah RM5 juta pada 2007. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/24126-dr-m-says-nazri-and-johari-are-among-those-najib-should-not-have-appointed

Seorang lagi yang Dr Mahathir merasakan tidak layak untuk dikekalkan di dalam Kabinet ialah Nazri Aziz.

Lumrah orang politik, jawatan apa pun tidak mengapa. Asalkan ada jawatan. Tak kira lah kena jaga banduan ataupun isu selesema babi.

Tuesday, April 28, 2009

SYED SOBRI TAK AKAN LETAK JAWATAN!

"Memang Syed Sobri menemui saya di Kuala Lumpur pada Ahad lepas dan kami telah berbincang beberapa perkara yang dihadapinya. Selaku ketua perhubungan yang baru, saya memberi nasihat dan beliau menerimanya dengan baik dan berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat." - Shafie Apdal. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=407506

Kenyataan ini pasti cukup bermakna buat Adun Kuala Nerang Syed Sobri Syed Hashim kerana ia bermaksud beliau tidak perlu lagi bimbang mengenai hutang piutang beliau dengan bank.

Maka berakhirlah spekulasi akan adanya plihanraya kecil di Kuala Nerang. http://thenutgraph.com/article-3415.html
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/NewsBreak/20090428103436/Article/index_html

Monday, April 27, 2009

UMNO HARUS PEDULIKAN SYED SOBRI!

"Tidak benar saya lemas dek hutang." Itulah kata-kata Adun Kuala Nerang Syed Sobri Syed Hashim (gambar - kiri sekali) November tahun lalu apabila tersebar khabar angin beliau bakal bankrup kerana berhutang hampir RM10 juta.

Ketika itu beliau berkata: "Ramai orang meminjam dari bank untuk membeli rumah, kereta, menjalankan perniagaan dan membuat pinjaman peribadi. Jadi kenapa saya dijadikan sasaran? Saya seorang ahli perniagaan sebelum menjejak dunia politik."

Sehari sebelum Syed Sobri membuat kenyataan itu, Syed Sobri dilaporkan berjaya mengenepikan perintah muflis berjaya melangsaikan hutangnya sebanyak RM150,000.

Hari ini akhbar The Star sekali lagi melaporkan kebimbangan Umno akan Syed Sobri diistiharkan muflis.

Katanya, Syed Sobri telah menulis sepucuk warkah kepada Muhyiddin Yassin mencurahkan segala masalah beliau Timbalan Presiden parti.

Kalau bankrup Syed Sobri, maka kenalah Umno Kedah menghadapi satu lagi pilihanraya kecil selepas kekalahan di Bukit Selambau.

Kalau benarlah laporan ini, jelas Syed Sobri sudah kehilangan punca untuk menyelesaikan masalah hutang beliau yang dilaporkan The Star hampir RM10 juta.

Atau dengan kata lain, Syed Sobri mengharapkan Muhyiddin dan Umno untuk membantu beliau menyelesaikan masalah hutangnya.

Sanggupkah Umno menambahkan beban politiknya dengan membantu Syed Sobri menyelesaikan hutangnya?

Dalam suasana politik sekarang, adalah lebih baik Umno menghadapi pilihanraya kecil dari menyelesaikan masalah pinjaman ahli politik macam Syed Sobri. Kalau Umno sanggup berkorban untuk Syed Sobri, tidak menghairankan sekiranya ahli-ahli Umno lain akan berpusu-pusu mengadu hal mereka kepada pemimpin Umno untuk membantu masalah kewangan mereka.

Adalah lebih baik Umno membelanjakan RM10 juta untuk pilihanraya kecil dan membantu penduduk Kuala Nerang dari memberi mesej yang salah kepada ahli-ahli Umno yang lain.