"Tidak benar saya lemas dek hutang." Itulah kata-kata Adun Kuala Nerang Syed Sobri Syed Hashim (gambar - kiri sekali) November tahun lalu apabila tersebar khabar angin beliau bakal bankrup kerana berhutang hampir RM10 juta.
Ketika itu beliau berkata: "Ramai orang meminjam dari bank untuk membeli rumah, kereta, menjalankan perniagaan dan membuat pinjaman peribadi. Jadi kenapa saya dijadikan sasaran? Saya seorang ahli perniagaan sebelum menjejak dunia politik."
Sehari sebelum Syed Sobri membuat kenyataan itu, Syed Sobri dilaporkan berjaya mengenepikan perintah muflis berjaya melangsaikan hutangnya sebanyak RM150,000.
Hari ini akhbar The Star sekali lagi melaporkan kebimbangan Umno akan Syed Sobri diistiharkan muflis.
Katanya, Syed Sobri telah menulis sepucuk warkah kepada Muhyiddin Yassin mencurahkan segala masalah beliau Timbalan Presiden parti.
Kalau bankrup Syed Sobri, maka kenalah Umno Kedah menghadapi satu lagi pilihanraya kecil selepas kekalahan di Bukit Selambau.
Kalau benarlah laporan ini, jelas Syed Sobri sudah kehilangan punca untuk menyelesaikan masalah hutang beliau yang dilaporkan The Star hampir RM10 juta.
Atau dengan kata lain, Syed Sobri mengharapkan Muhyiddin dan Umno untuk membantu beliau menyelesaikan masalah hutangnya.
Sanggupkah Umno menambahkan beban politiknya dengan membantu Syed Sobri menyelesaikan hutangnya?
Dalam suasana politik sekarang, adalah lebih baik Umno menghadapi pilihanraya kecil dari menyelesaikan masalah pinjaman ahli politik macam Syed Sobri. Kalau Umno sanggup berkorban untuk Syed Sobri, tidak menghairankan sekiranya ahli-ahli Umno lain akan berpusu-pusu mengadu hal mereka kepada pemimpin Umno untuk membantu masalah kewangan mereka.
Adalah lebih baik Umno membelanjakan RM10 juta untuk pilihanraya kecil dan membantu penduduk Kuala Nerang dari memberi mesej yang salah kepada ahli-ahli Umno yang lain.
Monday, April 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mungkin ini peluang untuk UMNO untuk mendapatkan semangat semula. Oleh kerana kawasan itu kawasan UMNO, peluang untuk menang di situ memang cerah kalau diadakan pilihanraya kecil.
Jadi bolehlah TV3 dapat modal untuk cerita pasal kemenangan UMNO di kawasan itu selama 3 bulan tak henti-henti.
ini macam info dari dato' ghazali jer?
Macamana boleh berlaku? Setiap calon BN sebelum dipilih untuk bertanding mesti melalui tapiasan yang ketat. Macamana arab celub ni terlepas? Mesti Tok Dek main wayang kulit kerana ADUN Kuala Nerang ni cukup rapat dengan Tok Dek, banyak projek negeri diberikan kepada budak arab ni.Sudah tentu buka beri kosongkan kan kan?
Budak arab ni sanggup pula beri jawatan timbalan ketua bahagian kepada Tok Dek, ingatkan.
Tu pasal Datuk Seri Najib, ketepikan Tok Dek sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah diganti dengan orang Sabah, Datuk Shafie Abdal.
Orang muflis mana boleh jadi ADUN, nanti kita tunggu pilihanraya kecil ke dua di Kedah.
Dato Ghazali mana pula ni
Post a Comment