Wartawan The Star, Shahanaaz Habib, semalam mewawancara Khir Toyo mengenai beberapa isu kontroversi yang menghantui bekas Menteri Besar Selangor itu.
Antara soalannya:
Apakah tujuan lawatan ke DisneyWorld, Miami Beach and Honolulu trip pada 17 Dis-24 Dis 2007?
Antara jawapan Khir Toyo ialah ianya satu lawatan teknikal untuk menarik pelaburan, mempelajari pengurusan sungai, bandar terusan dan taman tema. Katanya beliau berhasrat membina sebuah lagi Lembah Klang di Selangor dan membina sebuah bandar terusan bernilai RM1 bilion antara Sungai Kuala Langat dan Sungai Klang.
Soalan Shahanaaz seterusnya: Bagaimana PNSB boleh membayar RM110,000 untuk "presidential suite" beliau di Honolulu?
Jawap Khir Toyo: Saya tidak pasti. Semuanya diuruskan oleh mereka (PNSB). Dan saya tidak meminta pun. Saya tidak sempat pun menikmati suite atau kemudahannya. Saya hanya menggunakan untuk tidur sahaja.
Untuk artikel penuh tulisan Shahanaaz, sila layari: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/19/focus/20090419074711&sec=focus
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Suruh si Toyo tu naik perahu tengok Sungai Kelang ajelah sekarang ni...bila ada jawatan semua boleh jadi. Sebagai Chairman kalau ada yang tak betul kita kena tegur bukan main ikut membabi buta...orang bodoh aje yang main pukul tak tahu apa yang diluluskan. Siakapa senohong gelama ikan duri...cakap bohong lama lama makan diri...
Post a Comment