Riuh-rendah di Terengganu, Adun BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said esok.
Ada yang mengatakan undi tidak percaya ini dirancang oleh seorang bekas pemimpin Terengganu.
Ketika pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, terdengar desas-desus ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin Umno Terengganu akan corak kepimpinan Ahmad Said. Menteri Besar itu dikatakan mengenepikan penyokong bekas Menteri Besar Idris Jusoh dalam sebarang urusan parti dan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Malah, ada yang berpendapat Ahmad Said akan diketepikan sebagai Menteri Besar apabila Najib Razak mengambil alih tampuk pentadbiran negara. Sekiranya Ahmad kekal sebagai Menteri Besar, Terengganu, kononnya, akan jatuh ke tangan Pas dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Kini kendengaran Adun BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ahmad. Hari ini Ahmad memberi amaran, "jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat." http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/11/mstar_berita/20090411162801&sec=mstar_berita
Di Kuala Lumpur khabarnya, beberapa Adun menemui pemimpin parti untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan Ahmad Said dan mereka mahukan Idris kembali sebagai Menteri Besar.
6 comments:
APE CERITE AYOH WANG. MAIN KEKOH TAK BERETI NI. nOK BERGOBENG SOKMO. RELIK AHHH
kita nak menentang pembangkang yg semakin kuat tetapi dalam masa sama banyak masa kita telah kita habiskan dalam menentang sesama sendiri. Kita juga membawa budaya cah keting dalam banyak PRU dan PRK. Mampukah kita berubah???
Ape kes la diorang ni..kan Sultan yang nak Ahmad Said..apsal sebuk2 nk jupe najib,pegi la jumpe sultan,sembah derhaka..ada berani???
sahih ke ni ? Mstar pun ada main juga isu ni.
Tunggu dan lihat...
Kita tunggu dan lihat sahaja…
X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI
aku rasa bukanlah masalah dendam ke apa.. masalah kalau pemimpin kita kurang cerdas dan rendah IQ nya, memanglah rakyat tak puas hati.. perintah negeri ikut suko hati omak dio jo.. sapo suko? memang patutlah rakyat mano pun bersatu menentang kalau pemimpin dio buek lobih kurang..
Post a Comment