Saturday, November 7, 2009

BN KECUNDANG, HATI AKU SENANG!

BN MENANG, KEDAH SENANG.

Itulah bunyinya slogan terbaru Umno Kedah dengan harapan untuk menawan semula Kedah dari tangan Pas pada pilihanraya umum 2013 nanti.

Dalam apa jua perkara, tidak salah menyimpan impian dan tidak salah untuk Umno Kedah bermimpi untuk menawan semula Kedah dari tangan Pas.

Pas bertapak begitu lama di Kedah tetapi hanya pada Mac 2008, parti itu berjaya menawan Kedah. Pada satu ketika, Pas hampir menang apabila para petani menentang usaha Kerajaan untuk membangunkan industri padi melalui Mada.

Ketika itu Pas Kedah dipimpin oleh Abu Bakar Omar. Pas Kedah bertambah kuat semasa Fadzil Noor mentadbir Pas dan akhirnya Umno kecundang di Kedah gara-gara Abdullah Ahmad Badawi.

Pada April 2008, hampir kesemua 15 bahagian di Kedah mendesak Pak Lah disingkirkan dan mereka meletakkan harapan pada Najib Razak dan Muhyiddin Yassin untuk menghembus nafas baru kepada Umno Kedah.

Mampukah slogan terbaru ini menjatuhkan Pas di Kedah? Mampukan Najib dan Muhyiddin memastikan Umno menang di Kedah.

Ketua-ketua bahagian di Kedah semuanya kepala-kepala perang yang hebat. Bekas-bekas ketua-ketua bahagian juga hebat. Timbalan Ketua Bahagian, Naib-naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing merasakan diri mereka cukup hebat dan kuat.

Di kalangan pemimpin Umno di Kedah, bukan usaha Najib menjadi bualan. Bukan 1 Malaysia dan juga bukan usaha rakyat diutamakan menjadi topik perbualan.

Yang penting pada mereka ini ialah bagaimana nak menjatuhkan ketua bahagian itu dan ketua bahagian ini.

Pas Kedah aman damai. Yang kucar-kacir ialah Umno kerana masing-masing merasakan merekalah yang paling layak dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=453250

Tidak menghairankan sekiranya ada di antara pemimpin Umno ini sanggup berkata, BN KECUNDANG, HATI AKU SENANG.

5 comments:

Ryzal72 said...

Bro...
Itu tagline popular UMNO Kelate hehehhehe, tapi jika sudah meresap ke sanubari UMNO kedah pulak nampaknya.....ia satu perkembangan yang SEMAKIN BARU DALAM UMNO.Jadi daripada Tok Najib kita dok keriau tentang 1 Malaysia, baiklah 1 UMNO didahulukan, tak gitu!

Detguaq said...

Salam Jelapang,

Hang hilight sat nama-nama depa. Lepas tu kita desan najib dan UMNO pusat jgn pilih depa sbg calon PRU13 dan juga kita desak ahli-ahli cawangan-cawangan ditiap-tiap Bahagian yang KBnya bermasaalah supaya memilih KB yg baru semasa mesyuarat perwakilan! Tetapi boleh tak hang detailkan KB mana dan kesalahan besar depa. Yang kecil semua ada buat......akupun ada dan hang pun ada.

rantai besi said...

SALAM PAK JELAPANG..MIMPI TAK SALAH..DAN ITULAH YG PAS MIMPIKAN SEBELUM INI ,MALAH HARI INI PUN PAS MASIH BERMIMPI..MIMPI NAK TAWAN PUTRA JAYA..MIMPI HADI JADI PERDANA MENTERINYA..KALAULAH MIMPI HADI JADI NYATA,NESCAYA MALAYSIA PORAK PERANDA..APA BUKTI PAS PAS AMAN DAMAI?DEKAT BANDAR BARU SG.LALANG, AHLI PAS BERBALAH KERANA AGIHAN PERUNTUKAN TAK SAMA,KAT GURUN AHLI PAS BERBALAH KERANA PENYOKONG HINDRAF DAPAT APA SAJA YG DIMINTA..

YG NYATA..KEDAH MENJADI SEDIKIT SEJAHTERA KERANA BN TELAH MENYEDIAKAN SEGALA2NYA..

lagenda said...

Salam Ziarah.......

Bersetuju dengan saudara selagi ada sifat ingin menjatuhkan orang masih ada dalam UMNO dan BN selagi itu la BN tidak akan menang.Buat la apa-apa slogan pun jika keihlasan untuk berkhidmat untuk rakyat tiada maka PRU13 BN akan terus bungkus.Oleh itu pucuk pimpinan UMNO dan BN harus memastikan masalah dalam ini harus selesai sebelum PRU13 agar BN MENANG MALAYSIA terus senang ....

lagenda said...

Salam Ziarah.......

Buatlah apa-apa slogan pun jika pimpinan UMNO bahagian masih di takuk lama suka menikam dari belakang sampai bila-bila pun BN tak akan menang.