Showing posts with label pilihanraya kecil bukit gantang. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya kecil bukit gantang. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUA BUKIT

8.15pm Bukit Gantang Unofficial results PAS 16,316, BN 14,061, Independent 40. Majority 2,255. So far, 64 percent of the votes cast have been tallied.
8.10pm Bukit Selambau Unofficial Results PKR's Manikumar is headed for a big victory. With 17 polling stations counted, he has 2,311 votes. There are only five more centres to go.

UMNO & BN TEWAS DI DUA BUKIT?

PAKATAN Rakyat tewas di Batang Ai memang dijangkakan. Umno dan Barisan tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau juga dijangkakan.

Bagaimanapun BN yang pada ketika ini ketinggalan di kedua-dua bukit masih mempunyai harapan untuk menang sekiranya berlaku sebarang keajaiban ketika pengiraan sedang dilakukan.

Hanya Raja-Raja Lawak Umno sahaja yang selama ini mengembar-gemburkan bahawa orang Perak khususnya pengundi Bukit Gantang akan menghukum Pas dan Pakatan Rakyat kerana mohon derhaka dan abai ketuanan Melayu.

Ketika ini, Pas dikatakan mendahului dengan kelebihan 2,900 undi di Bukit Gantang dan Pakatan Rakyat 1,200 undi di Bukit Selambau.

Kita tunggu apa pula kata Raja-Raja Lawak ini selepas kekalahan ini.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/22581-tear-gas-sun-rain-but-voters-carry-on

http://www.malaysiakini.com/

Saturday, March 14, 2009

BUKIT GANTANG: ISMAIL SAFIAN?

ISMAIL SAFIAN. Inilah calon Barisan Nasional dari Umno yang akan cuba merampas semula kawasan Parlimen Bukit Gantang dari Pas dan Pakatan Rakyat April nanti.

Pemilihan Ismail adalah satu langkah yang cukup berani oleh kepimpinan Umno. Ismail merupakan bekas Ketua Penerangan dan bekas Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang.

Ismail tewas dalam pemilihan Ketua Bahagian Bukit Gantang November lalu dengan 30 undi kepada Ketua Bahagian sekarang. http://www.mmail.com.my/Split_over_personalities.aspx

Inilah saatnya untuk kita menyaksikan samada Umno sudah berubah atau masa ditakuk lama - menghadapi masalah memastikan calonnya menang.

Musuh utama Umno di Bukit Gantang pastinya bukan Pas, PKR atau DAP. Musuhnya ialah masalah dalaman. Apakah Ismail akan mendapat sokongan dari penyokong-penyokong Ketua Bahagian Rosli Husin dan Timbalan Ketua Bahagian Kamarulail Sulaiman yang juga antara yang tersenarai sebagai bakal calon? http://www.malaysiakini.com/news/98815

Atau masalah yang sama yang menghantui Umno Kuala Terengganu kini merebak ke Bukit Gantang? Semasa pilihanraya Kuala Terengganu, ramai di kalangan penyokong Umno kecewa dengan pemilihan Wan Ahmad Farid dan akibatnya, Umno tewas kali kedua dalam pilihanraya kecil selepas Pilihanraya Umum Mac 8, 2008.

Latarbelakang Ismail Safian: http://memobelakang.blogspot.com/2009/02/ismail-calon-favourite-di-bukit-gantang.html