Sunday, January 18, 2009

MESEJ BUAT NAJIB: SINGKIR PEMIMPIN KORUP SEKARANG!

"Saya fikir Najib tidak harus dipersalahkan terhadap (kekalahan BN di Kuala Terengganu) tetapi jika beliau terus memilih atau menyokong pemimpin yang korup, maka saya fikir beliau akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang." - Tun Dr Mahathir Mohamad.

Inilah kata mantan Perdana Menteri pabila memberi pandangan beliau mengenai kekalahan BN dan Umno di Kuala Terengganu yang dilaporkan oleh Malaysiakini sebentar tadi. http://www.malaysiakini.com/news/96709

Hanya Malaysiakini akan menyiarkan laporan sebegini. Jangan harap akhbar-akhbar arus perdana akan memberi ruang secukupnya kepada Tun Dr Mahathir sekiranya Pak Lah dikritik. Dalam laporan awal Bernama hanya dilaporkan Tun sebagai berkata “sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

Kita harap Najib mendengar nasihat Tun ini. Kalau tidak, terimalah musibahnya.

Pemimpin korup jangan diberi peluang langsung menganggotai kabinet kita. Najib lebih tahu siapa mereka.

Malahan Najib perlu dari sekarang menyatakan siapa pilihan beliau dalam pemilihan Majlis Tertinggi akan datang. Najib perlu ketepikan sikap "terlalu bermain politik selamat" jika beliau mahu menyelamatkan Umno.

Nyatakan siapa yang beliau mahu dipilih perwakilan dan bukannya membiarkan perwakilan memilih mereka kerana kebanyakan dari lebih 3,000 perwakilan yang akan ke PWTC Mac nanti telah dibeli oleh pemimpin-pemimpin yang korup ini yang telah lama mengumpul dan merompak khazanah negara semasa berkuasa.

Kalau Najib enggan, kita tidak ada masalah. Pilihanraya nanti Umno akan berkubur dan Najib bolehlah jadi Ketua Pembangkang Umno kerana parti-parti komponen BN yang lain tidak perlukan BN lagi. Tiada masalah bagi MCA, Gerakan, MIC, PBS dan sebagainya untuk menyertai Pakatan Rakyat bila tiba masanya nanti.

Malahan pada masa itu, orang Umno sendiri pun mungkin tidak memerlukan Umno lagi. - 50k

5 comments:

Anonymous said...

Kalu nak singkir yang korup, kosong le UMNO

Anonymous said...

Ramai yang nak kena singkir. Kita orang biasa hanya cuti setakat pi lumut, langkawi dan penang saja. tapi orang macam sorang calun naib presiden tu boleh bercuti sampai ke london dan bahamas.

lepas pilihanraya kt ni ramailah orang umno pi cuti. mana dapaat duit tu?

Anonymous said...

Melihat tajuknya sahaja membuat saya terus bersemangat- SINGKIR PEMIMPIN KORUP

Percayalah rasuah dan salah guna kuasa ialah punca utama umno ditolak oleh orang Melayu hari ini terutama golongan muda. Pemimpin umno yang pernah terdakwa rasuah, politik wang, sex, tidak bermoral, berskandal- sangat perlu mengundur diri daripada umno dengan hormat dan segera sebelum umno dimasukkan ke muzium satu masa nanti.

Anonymous said...

Kalau Najib nak karam senang saja. Masukkan mereka ini dalam kabinet

1. Rahim Thamby Chik
2. Mat Taib
3. Jamaluddin Jarjis
4. Zain Badak
5. Khir Toyo
6. KJ
7. Azalina
8. Ismail sabri
9. Shabery chik
10. Wam Farid
11. Che Alwi
12. Nazri Aziz
13. Syed Hamid


pasti umno karam

Anonymous said...

Najib tidak akan buat apa2. Yang penting buat Najib politiknya selamat. Sejarah politik Najib hanya play safe. Jadi janganlah kita mengharap sangat. Orang2 yang sokong dia pasti akan dapat tempat dalam kabinet. Antaranya JJ yang banyak merompak projek2 kerajaan. Termasuk projek angkasawan.