Tuesday, January 13, 2009

UMNO AKAN MENANG DI KUALA TERENGGANU & MENANG BESAR?


MERDEKA Center, agensi yang sering mengadakan bancian bebas mengenai pendapat masyarakat dan pengundi mengenai isu-isu politik, minggu lepas mengadakan satu lagi bancian. Kali ini ianya berfokus kepada pandangan dan persepsi pengundi-pengundi di Kuala Terengganu.
Antara hasil kajiselidik yang diperolehi Merdeka Center ialah seperti berikut:
62% berpendapat bahawa negara sekarang menuju landasan yang betul.
31% mempunyai persepsi bahawa negara di landasan yang salah.
67% berpendapat bahawa Kerajaan Terengganu kini berada di landasan yang betul.
28% berpendapat Kerajaan Terengganu kini di landasan yang salah.
68% berpuashati dengan pencapaian Kerajaan Negeri Terengganu ketika ini.
29% tidak berpuashati dengan pencapaian Kerajaan Negeri Terengganu ketika ini.
59% berpuashati dengan pencapaian Menteri Besar Ahmad Said.
23% tidak berpuashati dengan pencapaian Menteri Besar Ahmad Said.
41% tidak bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Wan Farid Wan Salleh, calon BN untuk Kuala Terengganu, adalah calon pilihan terburuk dan merupakan proksi kepada Perdana Menteri dan menantunya, Khairy Jamaluddin.
31% bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir.
Jelapang: Kalau benarlah kajiselidik yang telah dilakukan oleh Merdeka Center ini, maka kesimpulan yang dapat kita buat ialah:
1) BARISAN NASIONAL AKAN MENANG BESAR DI KUALA TERENGGANU dan PAS AKAN KALAH TERUK.
2) Rakyat Kuala Terengganu sudah memaafkan Wan Farid yang dikatakan sombong, bongkak dan menjalani kehidupan bangsawan.
3) Rakyat Kuala Terengganu tidak mengambil pusing siapa calon mereka. Letaklah sesiapa saja bertanding menggunakan simbol BN, maka itulah pilihan mereka.
4) Bahawa tuduhan berlaku perpecahan serius dalam Umno Terengganu adalah palsu. Tuduhan bahawa berlaku perbalahan besar antara pengikut-pengikut Menteri Besar Ahmad Said dan bekas Menteri Besar Datuk Idris Jusoh adalah tidak benar.
5) Rakyat menolak Pakatan Rakyat.
6) Rakyat Kuala Terengganu sudah memaafkan abang Wan Farid, Wan Hisham, yang sebelum ini dikaitkan dengan wang ehsan, Monsoon Cup dan berbagai skandal lain.
Oleh itu kita tunggu keputusan pilihanraya kecil ini Sabtu ini. Samada BN dan Umno kembali pulih atau akan terus merana.

2 comments:

Anonymous said...

KAMI TIDAK AKAN MENGUNDI UNTUK BN DALAM PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU SELAGI PROJEK LCCT DI LABU (KLIA@EAST) TIDAK DIBATALKAN!!!

UJANG.

bungaraya said...

Ini adalah kaji selidik yang betul dan berdasarkan fakta. Dari sikap pengundi kita boleh nampak apabila mereka merasakan satu keselesaan duduk dibawah kerajaan negeri. Menggambarkan bahawa mereka akan mengundi kerajaan BN/UMNO menjelang 17hb Jan 2009 akan datang ini.
Ramai Bloggers PAS cuba menyelewengkan fakta seperti ini.
Bagaimanapun kita sentyiasa berusaha dan berdoa agar kenyataan blogawan ini menjadi kenyataan dan realiti pada 17/1/2009 akan dtg ini. Amin..