Wednesday, June 18, 2008

SIAPA YANG LEBIH TERPALIT LUMPUR?


ABDULLAH AHMAD BADAWI ATAU YONG TECK LEE?
Yong Teck Lee (YTL) mungkin marah dan kecewa. Kenyataan beliau semalam umpama melepas geram.
Manakala reaksi Pengerusi BN terhadap kenyataan SAPP dan YTL mengambarkan suasana kekeruhan di dalam keluarga BN waktu ini.
"Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya" (I have not been able to satisfy his personal greed)**, kata Abdullah melalui rangkaian berita, Bernama.
Status emosi Abdullah ketika bercakap dengan Bernama, tidak diketahui kerana laporan tersebut tidak menyatakan bahawa reaksi tersebut dibuat melalui kenyataan akhbar atau perbualan telefon dengan orang besar di Bernama. Menurut Bernama Abdullah tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun, pembantunya memberitahu Bernama bahawa Perdana Menteri akan membuat huraian kemudian.
Pokoknya, Pengerusi BN itu telah melabelkan YTL sebagai seorang yang "tamak".
Kenyataan SAPP semalam pasti mengejutkan Pengerusi BN. Sebelum ini ramai menjangkakan bahawa YTL akan mengumumkan partinya keluar dari gabungan BN. Tetapi semalam lain ceritanya. Kenyataan yang dibuat oleh SAPP mencemarkan imej Pengerusi BN. Seperti dilaporkan akhbar The Star, SAPP berkata parti tersebut sudah hilang keyakinan kepada Abdullah dan mahukan beliau meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk memimpin BN dan SAPP akan menyokong undi tidak percaya kepada Abdullah di sidang Parlimen Isnin ini.
Kenyataan parti itu amat mengejutkan. Lumpur yang terpalit mungkin tebal dari yang dijangkakan dan sebab itu lah perkataan "tamak" digunakan dalam reaksi kepada tindakan SAPP itu. Apa yang nyata, SAPP akan disingkirkan dari BN selepas mesyuarat tergempar BN di PWTC jam 2.30 petang hari ini. Persoalannya, adakah krisis kepimpinan ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini? Atau adakah ianya akan lebih meruncing bila cawangan-cawangan dan bahagian Umno mula mengadakan pemilihan?

No comments: