Sunday, June 22, 2008

KENAIKAN GAJI CHE KHALEB DI TOLAK KERAJAAN!


KEPUTUSAN YANG BAIK: Akhirnya isu kenaikan 100 peratus gaji Che Khaleb Mohamad Noh (gambar), CEO Tenaga Nasional, berakhir dengan keputusan kerajaan untuk mengetepikan keputusan lembaga pengarah TNB untuk menaikkan gaji beliau dari RM50,000 ke RM100,000. Kerajaan juga menolak keputusan menaikkan gaji CFO TNB Izzadin Idris dari RM25,000 ke RM50,000. Jika diluluskan, Che Khaleb akan menerima gaji berjumlah RM1.2 juta setahun.
Ketika rakyat mengharungi kesukaran kenaikan harga petrol dan barang, keputusan ini menggambarkan sensitiviti kerajaan terhadap keperitan rakyat.

Laporan: www.agendadaily.com

Cadangan naik gaji 100 peratus CEO TNB dan semua CEO GLC ' bungkus'
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahkan kerajaan tolak cadangan naikkan gaji CEO Tenaga Nasional Berhad 100 peratus. Malah katanya bukan kenaikan di TNB sahaja tetapi tolak cadangan nak naikkan gaji semua CEO syarikat kaitan kerajaan (GLC). Beliau nyatakan demikian semasa menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar lepas majlis taklimat kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional dan ahli Dewan Negara mengenai kenaikan harga minyak di Kementerian Penerangan tengahari ini. Difahamkan cadangan itu dikemukakan oleh Khazanah Nasional Berhad. “Bagi GLC cadangan-cadangan untuk kenaikan itu dikemukakan kepada Perbendaharaan dan Perbendaharaan telah buat keputusan tidak meluluskan cadangan-cadangan itu,” katanya.
BERITA SEBELUM INI: Kerajaan telah menolak cadangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) naikan gaji CEOnya 100 peratus.Agendadaily difahamkan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yackop akan buat kenyataan rasmi mengenainya. Sebelum ini cadangan berkenaan telah mencetuskan ' hu ha' dalam sentimen kenaikan harga minyak sekarang- 22/6/2008

No comments: