Saturday, June 14, 2008

REDAKAH UMNO DI AKAR UMBI?


"Saya dan Datuk Seri Najib dah tentukan bila masanya yang sesuai bagi saya menyerahkan jawatan kepada beliau."

Adakah kata-kata ini yang dibuat di Kota Bharu semalam akan meredakan sentimen di akar umbi menjelang mesyuarat cawangan Umno bulan hadapan?

Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Amat jelas suasana di akar umbi terumbang-ambing. Malah ada ketua-ketua bahagian berjawatan Menteri akan dicabar dalam pemilihan bahagian nanti. Syed Hamid Albar dan Rais Yatim hampir pasti dicabar.

Pengerusi perhubungan di Kedah dan Perak jelas sudah hilang kawalan keatas cawangan dan bahagian. Di Terenganu, Idris Jusoh sudah meletakkan jawatan. Di Perlis, Shahidan Kassim masih bergayut kepada jawatan.

Pokoknya adakah pengumuman Abdullah Ahmad Badawi di Kota Baru semalam mampu meyakinkan akar umbi bahawa refomasi akan berlaku di dalam Umno?

Selagi Abdullah tidak menyatakan bila peralihan kuasa akan berlaku atau dengan kata lain bila beliau akan menyerahkan kuasa kepada Najib Razak, suasana politik akar umbi tidak akan berubah.

Jangan terperanjat sekiranya banyak bahagian menamakan calon untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Sudah ada ketua-ketua bahagian yang tanpa segan silu menyatakan hasrat untuk menamakan calon untuk kedua-dua jawatan tersebut.

No comments: