Sunday, June 8, 2008

MAHDZIR, JO @ KU RAHMAN?

APAKAH UMNO KEDAH DITERAJUI KETUA PERHUBUNGAN BARU UNTUK MENGHADAPI PRU 13?
MAHDZIR KHALID: Penyandang jawatan. Bekas guru. Umno Kedah mencatat sejarah politik negeri apabila Kedah dibawah pimpinan beliau jatuh ke tangan PAS 50 tahun selepas Merdeka. Para kritik dalam Umno mahukan Mahdzir dilucutkan jawatan dan bertanggungjawab terhadap kekalahan yang memalukan dalam PRU 12 Mac 8 yang lalu. Mahligai di Pedu dan dakwaan salahlaku beliau menjadi pokok perbualan secara meluas di seluruh pelusuk negeri.

JOHARI BAHARUM: Bekas penjual kereta Citroen. Bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sekarang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Memasang cita-cita memimpin negeri. Malangnya beliau lebih di kenali sebagai pagar memakan padi. Bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad inilah yang menjatuhkan maruah bosnya semasa mesyuarat bahagian Kubang Pasu tahun lalu. Rakyat Kedah lebih mengenalinya kerana skandal RM5 juta ringgit melibatkan 3 banduan Ordinan Darurat.


KU RAHMAN KU ISMAIL (kiri): Bekas setiausaha politik Syed Hamid Albar. Pernah menjadi Pengarah Urusan Bina Darul Aman dibawah kepimpinan Syed Razak Barakbah. Membawa diri ke Taiwan selepas Syed Razak dijatuhkan. Kini Adun Guar Chempedak. Bakal mencabar Badruldin Amiruldin sebagai ketua bahagian Yan. Di lihat calon yang layak dan berkaliber untuk memimpin Kedah memandangkan pengalamannya yang luas sebagai ahli korporat.

Bagaimanapun, siapa yang akan menerajui Kedah akan ditentukan oleh hanya satu orang - Presiden Umno. Sementara itu, sama-samalah kita menjadi penonton kepada satu lagi "intrigue" dalam politik Umno Kedah.

No comments: