Tuesday, June 17, 2008

MUHYIDDIN GANDINGAN KU LI?



YANG TERSIRAT: Apakah mesej 25 cawangan Umno Bahagian Pagoh Ahad lalu kepada pimpinan Umno dan seluruh keluarga Umno dengan menamakan Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin sebagai calon presiden dan timbalan presiden Umno?
Muhyiddin merupakan ketua bahagian Umno Pagoh dan wakil rakyat mereka. Apakah keputusan tersebut mendapat restu Ketua Bahagian Pagoh?
Kenyataan Muhyiddin akhir-akhir ini banyak membuahkan perbualan dan debat di kedai-kedai kopi dan lobi-lobi hotel yang menjadi "stesen" untuk ahli-ahli Umno berkepentingan.
Keputusan 25 cawangan Pagoh pasti menimbulkan tandatanya ketika tidak sampai seminggu Najib Razak menyatakan beliau setia pada parti.
Sudikah Ku Li menerima Muhyiddin sebagai "running mate" setelah menyatakan dia mahu Najib kekal di kerusi nombor dua?
Keputusan 25 cawangan Umno Pagoh ini di laporkan oleh akhbar The Star semalam.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/17/nation/21567837&sec=nation

No comments: