Monday, June 16, 2008

HOTEL BAJET DI LANGKAWI TAK LAKU?


TAK LAKU: Pengusaha hotel bajet di Langkawi terjejas kerana kurang menerima tempahan pakej kursus dan seminar berikutan arahan kerajaan kepada jabatan serta agensi kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan.
Begitulah kata Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Kedah dan Perlis, Aziz Ahmad.
Kebanyakan pengusahanya ialah Bumiputera.
Katanya harga pakej kursus dan seminar yang dikenakan masih kekal iaitu RM55 untuk empat orang sebilik hingga RM95 seorang mengikut tempahan. Terdapat 400 hotel bajet di Langkawi.

1 comment:

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Bukan setakat hotel budget yang menerima tempias, tetapi hotel-hotel lain yang tidak mempunyai rangkaian antarabangsa.

Malah hotel 5 bintang telah sanggup menurunkan harga pakej mesyuarat sama seperti harga pakej di hotel 3 - 4 bintang.

Service point yang rendah akan menyebabkan take-home-pay kakitangan menjadi kurang yang rata-rata basic pay hanya sekitar $450 - $650 + service point.

Lepas ini, banyaklah kereta persendirian akan ditarik oleh bank.