Wednesday, June 11, 2008

BERJIWA RAKYAT? TEPUK DADA TANYA SELERA

Kata-kata hikmat Shahrir Samad: (SHAH ALAM, 6 Jun - Bernama)

"Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan."


Di siarkan tajuk berita Utusan Malaysia hari ini (mukasurat 6 dan 7)

  • Harga daging segar dijangka cecah RM25 sekilogram. - Kuala Lumpur: Harga daging lembu, kambing dan ayam di semua negeri didapati meningkat tinggi sehingga berlaku perbezaan yang begitu ketara antara negeri-negeri terlibat iaitu daripada RM18 sehingga RM25 bagi sekilogram.
  • Restoran Tomyam jual nasi putih RM2 sepinggan. - Kuala Terengganu: Beberapa buah restoran tomyam di negeri ini mula menaikkan harga makanan jualan mereka dengan menjual nasi putih antara RM1 hingga RM2 sepinggan berbanding 80 sen sebelum ini.
  • Peniaga masakan panas mula naikkan harga. - Kuantan: Kebanyakan peniaga kedai masakan panas seperti nasi goreng dan mi goreng di sekitar bandar ini rata-rata mula menaikkan harga makanan mereka sebanyak 50 sen.
  • Sayur naik 20 hingga 62 peratus. - Kuantan: Cili merah dan beberapa jenis sayuran lain seperti kobis bulat, lobak, kacang panjang, bawang merah dan bawang putih mencatat kenaikan harga antara 20 hingga 62 peratus minggu ini berbanding minggu lalu.
  • Tiket feri ke Tioman meningkat RM15. - Rompin: Tambang feri yang menjadi pengangkutan utama ke Pulau Tioman dijangka meningkat antara RM10 dan RM15 dalam tempoh terdekat ini.
  • 30,000 ahli terjejas: Persatuan kereta sewa rayu tingkat kuota subsidi. - Kangar: Gabungan Persatuan Kereta Sewa Malaysia merayu kerajaan supaya meningkatkan kuota subsidi minyak diesel dan petrol bulanan daripada 750 liter kepada sekurang-kurangnya 1,000 liter.
  • Tambang bot Taman Negara naik RM50-RM200. - Jerantut: Pengusaha bot penambang di Sungai Tembeling, Taman Negara di sini mengenakan tambang baru bemula hari ini berikutan kenaikan harga petrol Rabu lalu.

No comments: