Tuesday, June 24, 2008

SKETSA PARLIMEN 1 (JUN 23/08): TAHI MINYAK!

SEJARAH NEGARA: Mac 8, 2008, tarikh keramat dalam sejarah politik tanahair. Pada tarikh tersebut, kerajaan BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen. 82 dari 222 ahli parlimen adalah dari parti pembangkang. Parlimen kini gelanggang yang berbeza - lebih bermaya dan lebih terbuka. Setiap kali sesi berlangsung perdebatan menjadi panas. Bermula hari ini, Jelapang akan cuba menyenaraikan PETIKAN menarik di Parlimen yang dipetik dari Hansard untuk renungan bersama. Sama-samalah kita menghayatinya.

JUN 23/08: TAHI MINYAK
"Kerajaan Barisan Nasional sentiasa merayu kepada rakyat supaya berjimat "tighten the belt", so to speak tetapi kerajaan sendiri, menteri-menterinya sendiri hidup dalam mewah seperti Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa baru-baru ini bahawa 29 Mei, Menteri Wilayah Persekutuan Yang Berhormat Zulhasnan ada pergi ke London dengan lebih kurang 20 orang. Katanya untuk lawatan kerja tapi. Anak-anak dia j
uga pergi. Siti Nooriah Ab Razak iaitu bini dia, Muhammad Suhail, Syaira Leana Zulhasnan termasuk pembantu rumahnya Ms Cosmiano Enesacuadrasal, ini Filipina dan mereka duduk di London empat hari daripada 5 hingga 9 Jun 2008. Mereka ini semua membuat penerbangan business class dan first class."Wee Chee Keong (Wangsa Maju)
*"Petronas bukanlah milikan satu buah syarikat, bukanlah milikan Pengerusi Tan Sri Hassan Merican ini milikan 27 juta rakyat Malaysia." - Lim Guan Eng (Bagan)
* "Tadi Yang Berhormat Gombak cakap bahawa Petronas ini di bawah kerajaan tidak beramanah Barisan Nasional telah menyelamat Bank Bumiputera sebanyak tiga kali. Telah membina Putrajaya, telah membina KLCC, bukankah mentor Ahli Yang Berhormat Gombak iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebahagian daripada Kerajaan Barisan Nasional yang buat keputusan tersebut? Dulu dalam kerajaan tak berani cakap. Bila dah kena pecat daripada kerajaan baru nak cakap." - Khairy Jamaluddin (Rembau).
*"Hoi menantu Perdana Menteri. Kalau bukan menantu pun kamu tak sampai sini." - N. Gobalakrishnan (Padang Serai)
*"Kedudukan Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini, bergantung kepada sokongan
daripada Sabah dan Sarawak. Orang-orang Barisan Nasional daripada Sabah ini, Sarawak pun
satu hal juga. Saya tengok, sekejap-sekejap ugut kerajaan, sekejap-sekejap ugut kerajaan.
Sekali Perdana Menteri melawat ke Sabah, RM1 bilion. Dua kali melawat RM2 bilion, pergi
Sarawak RM1 bilion, takut mereka ini melompat. Yang ini pula ugut 24 jam. Saya hendak nasihatkan, kalau tak puas hati dengan Barisan Nasional, masuk pembangkang!"
Ibrahim Ali (Pasir Mas)
*"Persoalannya ialah bagaimana kerajaan menguruskan kekayaan dalam negara kita yang dapat dengan lumayan ini? Kita habis, baiki rumah Perdana Menteri RM15 juta! Baiki rumah Perdana Menteri baru duduk RM15 juta. Penyelenggaraan, penyelenggaraan rumah Perdana Menteri RM200,000 sebulan. Rumah Timbalan Perdana Menteri RM100,000 sebulan. Kita boleh habiskan untuk dua orang. Kenapa kita tidak boleh menghabiskan untuk rakyat? Sebab itu saya katakan inilah dia kerajaan tahi minyak." - Mahfuz Omar (Pokok Sena)
*" Tuan Yang di-Pertua, pada 1 Julai 2008 ini iaitu lapan hari lagi, tarif elektrik akan dinaikkan. Adalah dicadangkan agar kenaikan itu ditangguhkan pelaksanaannya ke suatu tarikh lain." - Ahmad Maslan (Pontian).
*"Akan tetapi hari ini setelah rakyat menderita menanggung segala penderitaan dan
kesusahan harga barangan naik di pasaran, barang-barang keperluan terpaksa ditagih oleh
rakyat dan pada minggu lepas Tuan Yang di-Pertua, seorang amah pekerja am di Hospital Besar
Kuala Lumpur yang makan beras hancur yang harganya dulu RM18 untuk sepuluh kilo hari ini
harga beras itu di pasaran adalah paling murah RM28.
" - Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
*"Saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua, kalau dah tak betul itu bukan sangkaan jahat. Memang sebahagian besar daripada mereka ini hari ini buat usul untuk tindas rakyat. Depa sokong. Kita tengok bilangan lagi, bilangan Ahli Parlimen tindas rakyat. " - Mahfuz Omar (Pokok Sena).

1 comment:

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

"Kita mesti la memastikan anak-anak muda kita tidak menghisap dada" - Samy No Value