Thursday, August 26, 2010

KHAIRY TEGUR NAJIB

Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, semalam memberi peringatan berikut kepada Perdana Menteri Najib Razak mengenai cadangan kerajaan memajukan Pengkalan Tentera Udara dan Lapangan Terbang Sungai Besi.

"Sama ada penswastaan pangkalan udara (Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi) atau penswastaan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, kesemua pemberian projek tersebut mesti dibuat secara terbuka dan telus."
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=524053

Gesaan Khairy ini senada dengan gesaan Azmin Ali ketika mengasak Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi semasa sesi Parlimen yang lepas.

Atas nama ketelusan dan keterbukaan, Najib seharusnya akur kepada gesaan Khairy ini. Anggaplah gesaan Khairy ini sebagai aspirasi orang muda.

Oleh itu projek untuk pembangunan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi harus dibuat secara tender terbuka.

Monday, August 23, 2010

KES BUANG BAYI MALUKAN MELAYU

Apakah penyelesaian kepada kes buang bayi?

Tanggungjawab siapa untuk menyelesaikan masalah masyarakat ini?

Kita sudahpun mendengar pelbagai cadangan. Shahrizat Jalil yang seharusnya bertanggungjawab mencari penjelasan ini mencari jalan mudah dengan mengumumkan agar dikenakan hukuman mati kepada ibubapa yang membuang bayi.

Sementara Ketua Menteri Melaka Ali Rustam mengumumkan pembukaan sebuah sekolah bermula bulan depan yang akan dihuni oleh ibu-ibu yang mengandung anak di luar nikah.

Apakah jalan penyelesaiannya? Kita mengharapkan jalan penyelesaiannya datang dari Menteri-Menteri yang mempunyai kaitan mengenai masalah ini.

Di mana Rais Yatim yang bertanggungjawab terhadap stesen radio dan TV dan Jabatan Penerangan dan Komunikasi? Apa idea Jamil Khir sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama? Adakah Shahrizat hanya berharap kepada hukuman mati untuk menyelesaikan masalah ini? Di mana Shabeery Chik yang bertanggungjawab hal-ehwal belia memandangkan kebanyakan yang membuang bayi adalah golongan belia dan muda? Para mufti dan ulama pula lebih berpolitik daripada berdakwah. Kalau berdakwah pun hanya di masjid-masjid yang rata-rata jemaahnya sudah pun mendekati agama.

Bagaimana dengan mereka-mereka yang jarang ke masjid dan menjauhkan diri dari agama?

Kes membuang bayi ini memalukan agama dan Melayu. Malahan Malaysia pun kini menjadi perhatian dunia mengenai isu ini. Lihatlah bagaimana isu ini dilaporkan di seluruh dunia: http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-11050427

Tuesday, August 17, 2010

CHUA SOI LEK: MUHYIDDIN KETINGGALAN ZAMAN

"Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman. Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka." - kenyataan Chua Soi Lek dalam membalas kenyataan Muhyiddin Yassin semalam.
http://www.malaysiakini.com/news/140341

AMARAN MUHYIDDIN KEPADA MCA: JANGAN TIMBULKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU

"jangan menimbulkan keresahan dan kemarahan hanya kerana hendak mempertahankan resolusi dan sensitiviti dan hak kaum lain. Sasaran 30 peratus (penguasaan ekuiti Bumiputera) itu belum dicapai dan (sasaran itu) bukan tuntutan melampau di mana dalam keadaan yang sama, kaum Cina telah menguasai 40 peratus dalam ekonomi negara. Ini harus dilihat dalam konteks yang lebih besar. Tanpa pembahagian yang adil, kita lihat apa yang terjadi pada tahun 1969 (rusuhan perkauman)... saya berharap tidak akan berlaku lagi." - Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=521695

Kita masih belum mendengar sepatah komen pun dari Presiden Umno Najib Razak. Bagaimana pun sekurang-kurangnya, Muhyiddin melahirkan sedikit akan perasaan marah orang Melayu terhadap kenyataan Chua Soi Lek. http://www.jelapang2008.blogspot.com/

Sunday, August 15, 2010

DESAKAN KAUM CINA MCA

Semalam Presiden MCA Chua Soi Lek berucap di Kongres Ekonomi Cina yang turut dihadiri Perdana Menteri dan Presiden Umno Najib Razak.

Hari ini sebuah akhbar Inggeris menyiarkan teks ucapan penuh Chua Soi Lek itu.

Kalau diteliti teks ucapan tersebut, Chua Soi Lek terang-terangan menujukan ucapan tersebut kepada Najib. Ini kerana dua kali Chua Soi Lek menggunakan ungkapan "I urge you, sir (saya mendesak YAB) di dalam ucapan beliau.

Kandungan ucapan Chua Soi Lek penuh dengan desakan dan asakan terhadap Najib. Untuk penelitian orang-orang Melayu, Jelapang akan terjemahkan antara desakan-desakan Chua Soi Lek terhadap Najib di dalam ucapan beliau yang bertajuk: BERUBAH UNTUK KEBAIKAN

BERUBAH UNTUK KEBAIKAN (Chua Soi Lek)

Liberalisasi Ekonomi

Sektor minyak dan gas kita sudah mencapai tahap di mana kita kini dikenali di peringkat global. Malangnya peluang untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SMEs) masih lagi kecil kalau dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara bukan pengeluar minyak seperti Singapura.

Oleh itu, mengambil kira kematangan sektor ini, dengan MEMBUKA PELUANG DI DALAM SEKTOR INI akan mempertingkatkan berlipat ganda KDNK negara. OLEH ITU YAB, SAYA SECARA IKHLAS MENDESAK YAB (Najib) MEMPERTIMBANGKAN MELIBERALISASIKAN SEKTOR MINYAK DAN GAS NEGARA DAN MEMBENARKAN LEBIH BANYAK PELABUR BUKAN BUMIPUTERA MENJADI RAKAN KONGSI, KONTRAKTOR DAN SUB- KONTRAKTOR di dalam beberapa bidang seperti penggalian minyak, pembinaan pelantar, logistik, operasi laut dalam dan lain-lain. SATU LAGI SEKTOR YANG PERLU DILIBERALISASIKAN IALAH SEKTOR TELEKOMUNIKASI. Dengan pembukaan sepenuhnya sektor ini (kepada bukan bumiputera), ia akan meningkatkan pertandingan yang akan memberi manfaat kepada pengguna dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan.

Peranan GLC (syarikat Kerajaan) dan Model Ekonomi Baru

GLC (syarikat kerajaan seperti Tenaga, Sime Darby, Petronas dsb) telah berjaya membantu kaum bumiputera dalam menjayakan perniagaan mereka - dalam memberi bantuan permulaan untuk membentuk satu kelompok asas pengusaha-pengusaha bumiputera dengan membimbing mereka sehinggakan mereka berjaya di peringkat global. Tetapi di masa yang sama, kita mesti menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pasaran yang kecil dengan jumlah penduduknya hanya 26 juta orang. Oleh itu, GLC mesti berani untuk melebarkan sayap mereka ke rantau (Asia) dan secara global seperti mana yang dilakukan oleh bank CIMB (kepunyaan Nazir Razak, adik Najib). Bagaimanapun, untuk menjadi kompetitif, kita perlu pastikan mereka-mereka yang mempunyai bakat-bakat cemerlang (merujuk kepada cerdik pandai Cina) kekal di negara kita. SAYA MENGGALAKAN AGAR LEBIH BANYAK GLC MELANTIK LEBIH BANYAK BUKAN BUMIPUTERA DAN PAKAR-PAKAR ANTARABANGSA UNTUK MENDUDUKI LEMBAGA PENGARAH MEREKA. Tidak kurang penting sistem perolehan (pemberian kontrak) JUGA MELIBATKAN SME YANG KOMPETITIF BERDASARKAN KUALITI PERKHIDMATAN DAN PRODUK MEREKA DARIPADA MENGGUNAKAN ASAS BANGSA DAN MEMENUHI KEPERLUAN EKUITI.

Sistem Tender Terbuka

Kita juga mahukan lebih keterbukaan dalam proses tender. Sistem tender tertutup lazimnya dikaitkan dengan rasuah. Kualiti sesuatu projek juga bukan lagi keutamaan. Ini bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan keterbukaan dan kepimpinan yang cemerlang.

Kami (kaum Cina) berpendapat bahawa SEMUA PEROLEHAN AWAM (KONTRAK KERAJAAN) DIBUKA KEPADA SEMUA SME (termasuk bukan bumiputera) DAN DIBERI PELUANG SAMARATA.

Berikutan keputusan untuk melonggarkan syarat ekuiti 30 peratus untuk bumiputera untuk saham penerbitan awam dan juga pengliberalisasikan 27 sub-sektor perkhidmatan, SAYA MENDESAK YAB (Najib), untuk turut MEMPERTIMBANGKAN MELONGGARKAN SYARAK EKUITI 30 PERATUS BUMIPUTERA DALAM SEKTOR-SEKTOR LAIN.

Daripada menguatkuasakan peraturan ekuiti 30 peratus bumiputera, satu sistem yang lebih longgar dalam bentuk Sistem Ukuran Keutamaan perlu diperkenalkan berdasarkan pada sektor-sektor tertentu.

Sekiranya seorang pelabur itu mempunyai bakat, samada dia pelabur tempatan atau luar, dan mahukan memulakan perniagaan untuk mereka dan membuat produk berdasarkan innovasi beliau untuk generasi IT negara, kita tidak boleh memaksa beliau untuk berkongsi kreativiti beliau 30 peratus dengan kita (bumiputera).

Sistem Merit dan Keperluan

Model Ekonomi Baru negara telah menyatakan bahawa 40 peratus dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500. Oleh itu, ia jelas bahawa sebarang keutamaan mestilah diberi berdasarkan keperluan dan BUKAN BERDASARKAN BANGSA.

Mengekal dan Menarik Bakat (profesional)

Untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi, Model Ekonomi Baru negara telah menetapkan dua asas dan pelaksana untuk meningkatkan ekonomi dan memperbaiki ketidaksamarataan socio-ekonomi.

Oleh itu DENGAN ADANYA LEBIH BANYAK SEKOLAH, KITA BOLEH MELAHIRKAN LEBIH BANYAK PELAJAR DARI SEKOLAH-SEKOLAH BUKAN KEBANGSAAN (sekolah Cina).

HANYA DENGAN CARA INI DAPAT KITA MELAHIRKAN TENAGA KERJA YANG BERKEUPAYAAN BERCAKAP DALAM BAHASA MANDARIN UNTUK MEMBOLEHKAN KITA TURUT SERTA DALAM MENCURI PELUANG DI PERINGKAT GLOBAL.

BUKAN SAHAJA KITA PERLUKAN SEKOLAH-SEKOLAH TAMBAHAN UNTUK MEMENUHI PERTAMBAHAN PENDUDUK TETAPI LEBIH PENTING IALAH MENYELESAIKAN MASALAH KESESAKAN DI SEKOLAH.

Penutup ucapan Chua Soi Lek
(Semasa mengakhiri ucapan beliau, Chua Soi Lek membaca beberapa perumpamaan Cina (Confucius ) untuk Najib)

“better be a diamond with flaws rather than a pebble without”. Also “only the wisest and stupidest of men never change” and for one “to know what is right and not to do it, is the worst type of cowardice”.

"LEBIH BAIK MENJADI PERMATA YANG CACAT DARI SEBUAH BATU YANG SEMPURNA". Juga, "HANYA MEREKA YANG MERASAKAN MEREKA PALING BIJAK DAN MEREKA YANG PALING BODOH YANG TIDAK MAHU BERUBAH" dan untuk seseorang yang "MENGETAHUI SESUATU YANG BENAR DAN BETUL TETAPI ENGGAN MELAKUKANNYA, BELIAU ADALAH ORANG YANG PALING BACUL."

Apakah perasaan Najib semasa mengikuti ucapan Presiden MCA ini? Kita nak lihat apakah reaksi Ketua-ketua bahagian Umno, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Umno, Naib-Naib Presiden Umno, Timbalan Presiden Umno dan Najib sendiri terhadap ucapan Chua Soi Lek ini.

Atau mereka akan terus membisu kerana kenyataan ini datangnya dari parti komponen BN sendiri! http://jelapang2008.blogspot.com/2010/08/chua-soi-lek-changing-for-better.html

Saturday, August 14, 2010

ISMAIL SABRI MINTA RAKYAT KURANG MAKAN BAWANG PUTIH

Apabila kerajaan mahu mengurangkan subsidi gula dan menaikkan harga gula, alasan yang digunakan ialah untuk mengurangkan penyakit kencing manis di kalangan rakyat.

Apabila harga bawang putih naik sejak akhir-akhir ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaacob meminta rakyat "kurangkan makan bawang putih".
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/14/nation/6849216&sec=nation

Sekarang rakyat perlu kurangkan makan dua benda - gula dan bawang putih. Siapa kata kerja seorang Menteri suatu kerja yang sukar!

Tuesday, August 10, 2010

SENARAI AHLI PARLIMEN UNTUK NAJIB GUGURKAN

Sebuah akhbar pada hari Isnin menyiarkan sebuah artikel mengenai Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mengambil sikap membisu dalam setiap sesi Parlimen - samada jarang menanyakan soalan dan malas menyertai debat. Kesemua mereka ini pernah memegang jawatan-jawatan besar di dalam Kabinet.


Mereka ini terdiri dari 23 Ahli Parlimen kesemuanya. Mereka ialah:

1) Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas), bekas Perdana Menteri Malaysia.

2) Abdullah Mohd Zin (Besut), bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

3) Abu Bakar Taib (Langkawi), bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian.

4) Azalina Othman Said (Pengerang), bekas Menteri Pelancongan.

5) Azmi Khalid (Padang Besar), bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

6) Fong Chan Ong (Alor Gajah), bekas Menteri Sumber Manusia.

7) Idris Haron (Tangga Batu), bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

8) Jamaluddin Jarjis (Rompin), bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

9) Pairin Kitingan (Keningau), bekas Ketua Menteri Sabah.

10) Radzi Sheikh Ahmad (Kangar), bekas Menteri Dalam Negeri.

11) Mohamad Zin Mohamad (Sepang), bekas Menteri Kerja Raya.

12) Leo Michael Toyad Abdullah (Mukah), bekas Menteri Pelancongan.

13) Noraini Ahmad (Parit Sulong), bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia dan bekas Ketua Puteri Umno.

14) Ong Ka Ting (Kulai), bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

15) Rafidah Aziz (Kuala Kangsar), bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa.

16) Sulaiman Abdul Rahman Taib (Kota Samarahan), anak Taib Mahmud dan bekas Timbalan Menteri Pelancongan.

17) Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), bekas Menteri Luar dan Dalam Negeri.

18) Tengku Adnan Mansor (Putrajaya), bekas Menteri Pelancongan.

19) Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (Jerantut), bekas Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pengangkutan.
20) Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), bekas Menteri Kewangan.

21) Zulhasnan Rafique (Setiawangsa), bekas Menteri Wilayah Persekutuan.

22) Shahrir Samad (Johor Bahru), bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

23) Ong Tee Keat (Pandan), bekas Menteri Pengangkutan.

Sebenarnya inilah senarai Ahli Parlimen yang perlu digugurkan oleh Najib Razak di dalam PRU-13 nanti. Persoalannya, adakah Najib mempunyai kemampuan politik untuk menggugurkan nama-nama hebat ini? Dalam sejarah politik, Najib lebih kepada mengamalkan politik selamat. Kalau mereka-mereka ini masih kekal sebagai ahli Parlimen selepas PRU-13 nanti, kita tahu sebabnya.

Thursday, August 5, 2010

RAJA NONG CHIK IKLANKAN DIRI

Gambar ini diemailkan malam semalam oleh seorang pelayar blog ini.

Katanya billboard raksasa ini telah diletakkan berhampiran Mid Valley.

Seingat kita perkara pertama apabila Najib Razak mula-mula menjadi Perdana Menteri, beliau menyatakan rasa tidak puashati terhadap beberapa Menteri yang suka mempublisitikan diri sendiri serta menggunakan gambar beliau untuk mempromosi diri mereka sendiri.

Antara yang ketara mempromosikan diri sendiri semasa era Abdullah Ahmad Badawi ialah Azalina Othman Said dan Azalina pun telah di"pencenkan" Najib sebagai Menteri.

Kini Raja Nong Chik pun ingin mengikuti jejak Azalina.
http://kedahku.blogspot.com/2008/11/azalina-jangan-ingat-rakyat-bodoh.html

Wednesday, August 4, 2010

TOK PA PENTINGKAN JAWATAN DI JELI DARI FDI NEGARA

Laporan Pelaburan Dunia 2010 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan pelaburan asing (FDI) ke Malaysia bagi tahun 2009 menjunam 81 peratus, ke paras yang paling buruk sejak 15 tahun.

Prestasi Malaysia dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut meskipun turut menerima tempias krisis kewangan dunia.

Dari jumlah pelaburan RM23.47 bilion tahun sebelumnya, ekonomi negara dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak mencatatkan kehilangan RM19.04 bilion FDI kepada RM4.43 bilion tahun lepas.

Salah siapa? Bukanlah niat kita ingin menyalahkan sesiapa. Tetapi apabila menyorot kembali zaman-zaman Malaysia menjadi pilihan pelabur asing, terkenang kita kepada Tan Sri Rafidah Aziz.

Pada satu ketika Rafidah dikritik hebat oleh ahli-ahli Umno bahagian beliau di Kuala Kangsar. Adakalanya sampai 3 bulan mereka tidak nampak muka Rafidah di Kuala Kangsar.

Rafidah lebih banyak menumpukan masa beliau ke luar negara bertemu pelabur dan membiarkan kawasan Parlimen beliau terbiar.

Tetapi lain pula dengan Menteri Miti kita sekarang ini. Kalau diteliti liputan-liputan akhbar, Menteri Miti kita Mustapa Mohamed lebih mementingkan Jeli dari pelabur asing.

Minggu lepas, kalau tak silap, dua kali muka Tok Pa keluar di kaca TV kerana menghadiri majlis di Jeli.

Kalau Jeli lah menjadi keutamaan Tok Pa, tak terperanjatlah kita mengapa FDI kita merudum lebih 80 peratus.

Bagi Tok Pa, mungkin jawatan beliau di Jeli lebih penting dari masa depan negara. Sebenarnya kebanyakan Menteri Kabinet mempunyai pendirian yang sama.

Thursday, July 29, 2010

SIAPA SELEPAS LIONG SIK?

Tiada simpati buat Tun Ling Liong Sik. Jenayah tetap jenayah. Tidak ada pengecualian kepada sesiapa termasuk mereka yang bergelar Tun.

Ling Liong Sik mungkin merupakan bekas pemimpin yang bergelar Tun yang pertama yang didakwa di mahkamah atas jenayah penipuan di dalam skandal besar negara, PKFZ, tetapi keputusan untuk mendakwa beliau membuka satu era baru buat politik negara.

Tahniah buat kerajaan dan Najib Razak. Ianya satu langkah pertama yang berani.

Yang salah tetap salah. Tanpa mengira bulu, tanpa mengira latarbelakang dan tanpa mengira ideologi politik, yang didakwa melakukan jenayah perlu dibawa ke muka keadilan.

Imej Najib hari ini pasti meningkat. Tetapi ianya akan meningkat seketika sekira ianya hanya hangat-hangat tahi ayam.

Sudah kedengaran bisikan-bisikan adakah keberanian Najib ini setakat Ling Liong Sik sahaja. Ada nama-nama besar lain yang dikaitkan dengan jenayah terutamanya rasuah.

Adakah mereka juga akan dibawa ke muka keadilan?

Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah tidak sampai 24 jam Najib berlepas ke luarnegara untuk bercuti.

Najib akan bercuti sehingga 10 Ogos atau dengan kata lain ada lagi 11 hari untuk kita melihat samada nama-nama besar lain akan di bawa ke mahkamah.

Ada yang sedang menanti dan mahu melihat samada pihak berkuasa akan mendakwa Ahmad selepas Ah Chong dihadapkan ke mahkamah petang tadi kerana kita kini berada dalam semangat 1Malaysia.

Wednesday, July 28, 2010

FAZDIL (FATINE YOUNG) DAPAT SUAKA UNTUK BERSAMA SUAMI



MOHAMMED FAZDIL MIN BAHARI yang menukar namanya kepada Fatine Young selepas mengahwini lelaki Britain telah mendapat perlindungan suaka di Britain. Berita mengenai keputusan kerajaan Britain boleh dibaca di link ini: http://www.pinknews.co.uk/2010/07/28/malaysian-trans-woman-wins-asylum-in-uk/


Melalui facebook beliau, Fazdil menulis: "got a proper paperwork now... now i can go out and look for work..i know its's difficult to gain an employment but will try my best.."

Nampaknya rakyat Malaysia hari ini serba boleh. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Tuesday, July 27, 2010

HEBATNYA JHO LOW BERSAMA PARIS HILTON

Blogger Shih Huang Ti telah menyiarkan hampir sedozen gambar Jho Low bersama Paris Hilton dalam posting beliau - KEHEBATAN DAN KEJANTANAN JHO LOW DI SISI PARIS HILTON.
Link ke blog Shih Huang Ti: http://maharaja-kaiser.blogspot.com/

Shih Huang Ti juga pernah menulis mengenai Jho Low dan The Big Mama di sini: http://maharaja-kaiser.blogspot.com/2010/05/kisah-jho-low-dan-big-mama.html

Setelah melihat gambar-gambar ini, kita bersetuju dengan Shih Huang Ti bahawa Jho Low adalah lelaki Cina Malaysia yang hebat dan jantan.

Saturday, July 24, 2010

DUNIA KHAYALAN PEMIMPIN2 INDIA

"Penyertaan saya dalam MIC akan turut menyaksikan lebih 200,000 bekas ahli PPP mengikut saya." - bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) T Murugiah.

Kerap kali pemimpin-pemimpin politik kaum India membuat kenyataan, ianya mengelikan hati, termasuklah kenyataan yang dibuat oleh Murugiah.

Kita lihat fakta berikut.

Jumlah keseluruhan kaum India yang menyertai MIC/PPP/IPF/Makkal Sakhti: 1,567,000

Sekiranya dakwaan parti-parti ini benar, Barisan Nasional akan dapat lebih 100 peratus sokongan kaum India semasa PRU-13.

Malangnya, dakwaan-dakwaan ini tidak lebih dari hanya sub-plot seperti mana di dalam filem-filem Tamil.

Friday, July 23, 2010

DAP MAHU NYAHKAN MELAYU DARI PULAU PINANG

GEORGE TOWN: The Penang Housing Department is mulling over a move to ban the construction of low-cost units with a built-up area of less than 700 sq ft, said committee member Sim Tze Tzin. (Jabatan Perumahan Pulau Pinang sedang menimbang kemungkinan mengharamkan pembinaan unit-unit rumah kos rendah yang keluasan binaannya kurang dari 700 kaki persegi, kata ahli Jawatankuasanya Sim Tze Tzin)
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/21/nation/6694234&sec=nation

Ini laporan yang dikeluarkan oleh akhbar MCA, Star, Rabu lalu.

Sim Tze Tzin memberi alasan kononnya rumah-rumah kos rendah terutamanya flat akan hanya bertukar menjadi kawasan merempat dan terbiar dan tidak sesuai dihuni.

Kita faham apa niat Sim Tze Tzin. Kita sudah lama dalam politik. Kita bukan budak hingusan.

Kita tahu tujuan Sim Tze Tzin ialah untuk menghalau orang Melayu keluar dari Pulau Pinang. Bila tak ada rumah kos rendah, tak adalah Melayu di Pulau Pinang. Itu niat sebenar Sim Tze Tzin.

Cadangan Sim Tze Tzin bukan perkara baru. Cadangan beliau tiada bezanya dengan tindakan Gerakan semasa Koh Tsu Koon memerintahkan Pulau Pinang. Semasa Koh Tsu Koon, dasar perumahan beliau lebih mirip kepada "menggalakkan" orang Melayu Pulau Pinang meninggalkan pulau dan tinggal di tanah besar dengan membina rumah-rumah berharga murah di tanah besar Pulau Pinang.

Orang Melayu Pulau Pinang tahu niat Koh Tsu Koon. Orang Umno Pulau Pinang pun juga tahu niat Koh Tsu Koon tetapi mereka bising secara diam-diam. Hanya bekas ketua bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail yang berani bangun menghentam Koh Tsu Koon.

Tetapi Ahmad hanya berani selepas Barisan Nasional hilang kuasa di Pulau Pinang, negeri yang dipimpin bekas Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi.

Ini mesej buat Sim. Jangan ingat kami orang Melayu tidak tahu apa yang tersirat disebalik cadangan beliau.

Dengan berkurangnya orang Melayu di Pulau Pinang, mudahlah untuk DAP terus menguasai Pulau Pinang sehingga sekurun lagi.

Cadangan Sim ini akan menjadi kenyataan sekiranya Umno Pulau Pinang terus lemah gemalai dan mementingkan diri sendiri dari memperjuangkan hak bangsa dan agama.

Wednesday, July 21, 2010

PUTERI UMNO MENUJU KEHANCURAN

"Yang penting bagi saya ialah kita kena betulkan Puteri. Saya takut Puteri UMNO dibubarkan. Sebab kalau dia tak main peranan yang signifikan, tidak agresif dan tak jadi safe deposit pada UMNO… tutup ajalah Puteri UMNO. Itu mungkin penyelesaiannya. " - Azalina Othman Said, bekas Ketua Puteri Umno Malaysia.

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Rata-rata di bahagian-bahagian berpendapat Puteri Umno kini meniti hari-hari kehancuran. Puteri Umno hari ini bukan lagi Puteri Umno semasa Azalina atau Noraini Ahmad.

Puteri Umno dahulu digeruni lawan dan menawan, hampir setiap hati pengundi termasuk pemuda parti lawan tertawan.

Malangnya Puteri-Puteri hari ini hampir sama tuanya dengan partinya walaupun usianya masih muda. Kalau ketua-ketua Puteri penawan hati Pemuda, hari ini tidak lagi. Kalau dulu parti lawan gerun melihat Puteri bertemu pengundi, Puteri hari ini sudah hilang seri. Apa tidaknya, mereka tidak lagi bergelar Puteri. Mereka sudah bergelar isteri.

Dulu Puteri tidak bersuami. Kini mereka sudah berpunya. Ada di kalangan suami merasakan beristerikan Puteri bakal membawa rezeki. Maka berpeleseranlah Puteri-Puteri yang bersuami ini ke sana ke mari mencari rezeki buat suami.

Ke sana ke mari projek dikejar untuk si suami. Itulah Puteri Umno hari ini.

Apa yang di katakan Azalina kepada Agenda Daily ada benarnya. Tidak berguna berselindung di sebalik kata-kata. Memang pedih untuk menerima realiti. Tetapi Puteri Umno hari sedang meniti hari-hari terakhirnya.

Kalau nak dihitung di mana salahnya, memang tiada penghujungnya. Adakah satu kesilapan memilih orang Sabah sebagai pemimpinnya? Adakah Puteri ketandusan pemimpinnya? 1001 sebab boleh diteliti.

Rosnah Sirlin dengan caranya, Shahanim Yusof dengan egonya. Yang merana ialah Umno dan pemimpinnya. Selamat Tinggal Puteri.

Tuesday, July 20, 2010

TAHNIAH ZAMBRY & TAHNIAH UMNO PERAK!

"The Perak Government has allocated a 1,012ha piece of land to nine Chinese independent schools here to be developed as a palm oil estate. Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan 1,012 hectare (2,500.7 ekar) tanah kepada 9 sekolah Cina swasta untuk dibangunkan sebagai estet kelapa sawit."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/20/nation/20100720170226&sec=nation

Tahniah Zambry Abdul Kadir dan tahniah Kerajaan Umno di Negeri Perak.

Mungkin selepas ini Umno Perak dan Zambry harus menimbang menyerahkan seluruh Perak kepada MCA sesuai dengan semangat 1Malaysia.

Mungkin juga negeri-negeri Umno yang lain perlu mencontohi Zambry dan Umno Perak dalam memperjuangkan kepentingan sekolah Cina. Mudah-mudahan dengan usaha ini Umno dapat terus menerajui negara dan mempertahankan ketuanan Melayu.

Friday, July 16, 2010

NOR YAKCOP ADA 500 PETI BESI SIMPAN WANG TUNAI?

"Nor Yakcop mempunyai sekurang-kurangnya 500 peti besi mengandungi wang tunai berikutan setiausaha politiknya, Hasbie Satar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menyimpan 48 peti besi mengandungi wang tunai." - Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Ini adalah tuduhan Wee Choo Keong terhadap bekas Menteri Kewangan Ke II (semasa pentadbiran Pak Lah) yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Entah benar, entah tidak.

Tajuk berita Utusan Malaysia hari ini cukup menarik. " PECAT NOR YAKCOP, ZARINAH".
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm

Yang menjadi persoalannya kenapa Najib Razak masih sayangkan Nor Yakcop?

Sudah bermacam tuduhan dilemparkan terhadap Nor Yakcop serta telah mencemarkan nama baik Umno, BN dan Najib.

Tetapi jelas Najib tidak mengendahkan segala tuduhan-tuduhan ini. Alangkah baiknya sekiranya Perdana Menteri sendiri tampil membersihkan nama baik Nor Yakcop, Menteri kesayangan beliau.

MALAYSIA BERTUAH ADA ROSMAH

15 Julai, 2010 14:46 PM
Malaysia Bertuah Ada Rosmah Yang Banyak Idea : Musa Aman

KOTA KINABALU, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia bertuah kerana mempunyai isteri seorang Perdana Menteri yang mempunyai banyak idea dan komitmen tinggi dalam membantu kerajaan memajukan negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Komitmen Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu usaha kerajaan di bawah kepimpinan suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendahulukan rakyat menampakkan hasil dengan pengwujudan program seperti Permata Negara, katanya.

"Kita dapat melihat matlamat program Permata Negara adalah untuk melahirkan modal insan yang menjadi aset paling penting untuk memajukan negara.

"Kita juga perlu terus mendukung usaha Datin Seri Rosmah yang sentiasa prihatin dan memberi perhatian mendalam membela golongan kurang upaya yang merupakan antara rakyat yang perlu didahulukan," katanya ketika merasmikan Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2010 di sini pada Khamis.

Wednesday, July 14, 2010

KHIR TOYO TAK LAYAK LANYAK PEMBANGKANG DI S'GOR

"Mereka sedang mengkayakan kroni-kroni mereka." - Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor.

Itulah antara ungkapan Khir Toyo sebentar tadi semasa Buletin Utama TV3 mengenai isu pasir.

Kita faham strategi Umno untuk merampas semula Selangor ialah dengan menyerang bertubi-tubi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu.

Tetapi biarlah kena caranya. Menampilkan Khir Toyo sebagai watak utama bukan caranya.

Khir Toyo tiada kredibiliti. Khir Toyo lah yang menjadi cemuhan kakitangan Kerajaan Negeri apabila beliau menjadikan penyapu sebagai hadiah kepada YDP Majlis Daerah.

Khir Toyo juga diselubungi dengan skandal mahligainya dan Disneyland.

Kalau Umno betul-betul serius untuk menawan semula Selangor seharusnya muka baru ditonjolkan. Muka baru yang tiada parut Disneyland, tiada parut mahligai indah dan bukan muka penyapu. http://kedahku.blogspot.com/2009/07/khir-toyo-bayar-rm15000-sebulan-untuk.html

Friday, July 9, 2010

HISHAMMUDDIN HUSSEIN SYOK SENDIRI

HISHAMMUDDIN SYOK SENDIRI: Itulah gambaran Nanyang Siang Pau ke atas Hishammuddin Hussein mengenai penurunan kadar jenayah dalam negara.

Berikut ialah ulasan yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina tersebut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia semalam.

Isu akhbar Cina: Menteri terlalu awal gembira — Utusan Malaysia

8 JULAI — Akhbar Nanyang Siang Pao terbitan 4 Julai 2010 menyiarkan artikel yang mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat bahawa beliau berpuas hati dengan penurunan jenayah ragut.

Penulis Koo Lee Fen menyifatkan kenyataan berkenaan menunjukkan Hishammuddin sendiri yang berasa dirinya selamat.

‘‘Bulan lalu, di gereja yang sering saya kunjungi beg tangan seorang rahib diragut. Lengannya ditikam hingga berdarah.

‘‘Ketika membuat laporan polis, polis bertanya kepada mangsa sama ada mahu mengecam penjenayah atau tidak. Kerana tidak mahu timbulkan lebih banyak masalah, mangsa tidak mahu mengecam suspek,’’ katanya.

Lee Fen menambah, berdasarkan sikap polis ketika menyoal mangsa percaya kes berkenaan tidak akan berkesudahan.

‘‘Gereja yang sama pernah dipecah masuk pada waktu siang. Biarpun pihak gereja serahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada pihak polis, sehingga hari ini tidak ada berita diterima.

‘‘Ia berlaku sudah lebih setahun namun tidak dapat dipastikan sama ada kes itu berjaya diselesaikan polis atau tidak,’’ katanya.

Jelas Lee Fen tiga tahun lalu, cermin kenderaan bapa beliau dipecahkan di sebuah taman tasik.

‘‘Pintu kenderaan dipecahkan dan dompet dicuri. Apabila buat laporan polis, anggota yang ambil keterangan beritahu supaya membuat laporan mengenai kehilangan kad pengenalan sahaja sudah cukup.

‘‘Menurut polis itu jika lapor kehilangan barang, pasti susah ditemui,’’ katanya.

Senario berkenaan menyebabkan Lee Fen curiga dengan statistik sebenar jenayah yang dikeluarkan oleh pihak polis.

‘‘Apakah kadar jenayah benar-benar turun atau tidak? Jika polis sendiri tidak mencatat segala kes jenayah yang dilaporkan dengan betul, ini bermakna angka berkenaan adalah palsu. Orang ramai pula tidak dapat membuat soal selidik,’’ katanya.

Jelasnya, beliau pernah ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya pada satu malam kerana terlupa menyalakan lampu besar kenderaan.

‘‘Saya tahu, mengaku salah dan merayu. Polis bersedia untuk pulangkan kad pengenalan serta lesen memandu saya.

‘‘Namun polis itu turut bertanya; “Awak mahu belanja saya minum teh?” Saya mengajak polis itu pergi ke restoran mamak yang berhampiran bersama saya pada masa itu juga. Sudah tentu polis itu tidak berbuat demikian,’’ katanya.

Lee Fen menganggap, keamanan dan keselamatan akan dapat dirasai orang ramai dan ia dapat dilihat dengan jelas. Disiplin anggota polis juga perlu ditingkatkan.

‘‘Saya hanya rakyat biasa, baik atau buruk tahap keselamatan sepatutnya dinilai oleh rakyat sendiri. Biarpun menteri berfikiran positif, tetapi jangan bergembira terlalu awal,’’ katanya.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

**** Beranikah Hishammuddin berhadapan dengan realiti?

Tuesday, July 6, 2010

IDENTITI KSU PALING BERKUASA DIDEDAH

"Pejabat Awang turut menerima panggilan daripada seorang pegawai yang mewakili pihak atasan (bukan menteri atau pemimpin politik). Pegawai itu yang mendapat arahan daripada bosnya mahu tahu siapakah KSU yang dimaksudkan. Pegawai yang sama membayangkan bahawa bosnya tidak senang dengan tulisan itu. Katanya lagi, kesemua KSU kecewa. Sama ada ia benar atau tidak, tidak dapat dipastikan."
http://www.utusanonline.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Awang Selamat Ahad lalu menerima panggilan telefon dari pihak "atasan" yang mahu mengetahui siapa KSU yang dikatakan paling berkuasa.

Saya setuju dengan pendirian Awang Selamat itu. Untuk pengetahuan pihak atasan tersebut, banyak blog yang telah mendedahkan identiti KSU tersebut.

Antaranya Unspinners. Layari blog ini untuk melihat siapa yang dimaksudkan.
Unspinners: http://theunspinners.blogspot.com/2010/07/kisah-sidek-sigaraga-dan-kamaruddin.html
http://theunspinners.blogspot.com/2010/07/ksu-yang-digosip-buat-laporan-polis.html
http://theunspinners.blogspot.com/2010/07/ksu-penyebab-kdn-menjadi-kementerian.html

Thursday, July 1, 2010

KSN, KSU & PEGAWAI JKR PALING BERKUASA

KSU PALING BERKUASA
Satu ruangan pojok di Mingguan Malaysia Ahad lepas menyiarkan sesuatu yang memeranjatkan.

Ianya perihal apa yang dikatakan KSU yang paling berkuasa di dalam perkhidmatan awam.

Antara ungkapan yang digunakan di dalam ruangan pojok tersebut ialah:

"SEBENARNYA sudah lama Awang mahu lontarkan hal ini. Tentang seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian yang dikatakan begitu berkuasa sehingga membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka."

"Malah ada yang membuat dakwaan serius terhadap KSU berkenaan, yang melibatkan soal integriti dan kecelaruan tadbir urus. Khabarnya, jika dibuat undian sulit di kalangan pegawai dan kakitangan semua peringkat di kementerian tersebut apakah wajar KSU itu dikekalkan, keputusannya pasti majoriti mahukan perubahan."

"Malah ada yang mendakwa KSU berkenaan dikatakan bijak memanipulasi keadaan agar segala keputusan sentiasa memihak kepada percaturan beliau."

"Siapakah KSU yang dimaksudkan? Awang tidak bercadang untuk mendedahkan namanya. Awang percaya dengan secebis kisah kecil ini, mungkin ada yang boleh bayangkan siapakah KSU berkenaan? Terserah kepada tafsiran masing-masing."
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Penulis ruangan pojok Mingguan Malaysia ini enggan mendedahkan siapa KSU tersebut. Tetapi kalau dilihat pada komen-komen di dalam blog-blog berikut, mungkin ada yang dapat membuat telahan masing-masing. Baca blog-blog berikut:
Mummy Rokiah: http://mummyrokiah.blogspot.com/2010/06/jawapan-kepada-awang-selamat-ksu-mana.html
Maharaja Blogger: http://maharajablogger.blogspot.com/2010/06/ksn-mesti-siasat-ksu-mana.html

KSN PALING GELISAH

Blogger Another Brick in the Wall menulis mengenai kegelisahan di Putrajaya dan tulisan beliau tertumpu kepada Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan. Antara kata-kata rakan blogger ini:

"Apabila Perdana Menteri menyambung kontrak Sidek setahun lagi kepada 23 Jun 2011, ia telah menimbulkan kegelisahan."

"Pada pandangan kakitangan Kerajaan, Sidek, mengikut persepsi mereka, seorang KSN yang tidak mempunyai prestasi yang baik dan pentadbir yang tidak sensitif."

"Najib seharusnya meniliti dakwaan ini secara serius. Jika tidak beliau akan dimalukan dengan Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya akan datang."
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2010/06/restless-in-putrajaya.html

PEGAWAI TINGGI JKR SUAMI/ISTERI KONTRAKTOR

Ini adalah dakwaan blogger Another Brick in the Wall. Dalam tulisan beliau mengenai Zarinah Anwar dan suami beliau, Azizan Abdul Rahman, yang didakwa sebagai rakan Kalimullah Hassan, Another Brick in the Wall menulis mengenai penglibatan suami Zarinah dengan projek hospital Shah Alam.

Lebih menarik lagi apabila blogger ini menulis perkara berikut:

"Ada lagi maklumat yang perlu kepastian. Terdapat pihak di dalam Sunshine Fleet (kontraktor) dikatakan berkahwin dengan pegawai tinggi di dalam JKR."
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2010/07/filling-missing-pieces-of-mrs-zarinahs.html

Bagi Jelapang, mustahil KSN tidak mengetahui siapa KSU yang paling berkuasa dan siapa pegawai tinggi JKR yang berkahwin dengan kontraktor.

Demi perubahan dan keterbukaan, KSN harus tampil ke hadapan untuk memberi isyarat kepada rakyat dan kakitangan kerajaan bahawa beliau mahu perubahan di dalam perkhidmatan awam dengan tidak melindungi mereka-mereka ini.

Sekiranya KSN enggan, seperti kata blogger Another Brick in the Wall, Perdana Menteri harus memikirkan semula samada perlu atau tidak Sidek terus memegang jawatan KSN.

Wednesday, June 30, 2010

PENGANIAYAAN PEKERJA ASING

"Kontraktor-kontraktor ini lazimnya menghubungi polis untuk menyerbu kawasan pembinaan apabila projek telah pun 95 peratus siap untuk mengelak daripada membayar gaji pekerja Indonesia." - Widyarka Ryananta, Konselor penerangan, sosial dan hal ehwal budaya Indonesia.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/30/nation/6576790&sec=nation

Tidak kah kita merasa malu dengan tingkah laku para kontraktor kita?

Hampir setiap bangunan di Malaysia dalam dekad-dekad terakhir ini dibina oleh rakyat Indonesia termasuk Istana Negara baru yang bernilai RM800 juta.

Kalau benar dakwaan konselor Indonesia ini bahawa kontraktor akan meminta anggota polis menyerbu kawasan pembinaan mereka untuk menangkap pendatang asing untuk mengelak dari membayar gaji, jelas lah ada kontraktor Malaysia yang tidak berhati perut dan sanggup menganiayai golongan marhaen.

Ini termasuklah kontraktor-kontraktor Istana Negara yang baru-baru ini didakwa gagal membayar gaji pekerja selama tiga bulan.

Lebih menyedihkan bila kedengaran dakwaan bahawa ada pihak berkuasa turut terlibat di dalam penganiayaan pekerja asing.

Friday, June 25, 2010

RAMALAN TUN DAIM: PAS TEWAS DI KEDAH, PKR TEWAS DI SELANGOR

Kali terakhir Tun Daim Zainuddin membuat ramalan politik, ianya menjadi realiti.

Sebelum PRU-12, Daim meramalkan BN akan tewas di 5 negeri ianya menjadi kenyataan.

Kali ini, Daim membuat ramalan lagi.

Ramalan beliau:

1) BN akan merampas semula SELANGOR dan KEDAH.

2) DAP akan mengekalkan PULAU PINANG dan Pas mengekalkan KELANTAN.
Ramalan Tun Daim: http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=48291

Tun Daim juga memberi sepatah dua nasihat kepada pucuk pimpinan Umno dan BN. Antaranya:

1) Era di mana kerajaan memberitahu bukan Melayu supaya bersyukur sudah berakhir. Mana-mana kerajaan yang mahu kekal berkuasa perlu berhenti menekan rakyat dengan soalan "Apa lagi yang kamu mahu?"

2) Apa yang rakyat mahu ialah - KERAJAAN YANG BERSIH DAN TIDAK RASUAH dan memperjuangkan kebajikan rakyat miskin.

Memastikan TIADA SALAH LAKU dalam pemberian tender awam.

Meningkatkan keselamatan awam.

Menyediakan tempat tinggal dan infastruktur untuk rakyat.

Pandangan Tun Daim: http://www.sun2surf.com/articlePrint.cfm?id=48404

Tuesday, June 22, 2010

MUSA HITAM GOLONGAN "MATI PUCUK"

Desakan untuk Musa Hitam meletakkan jawatan terus kedengaran.

Kali ini ianya datang dari Ahli Parlimen Bebas Wee Chee Keong. Kata beliau:

"Ahli lembaga pengarah Sime Darby adalah golongan 'mati pucuk' kerana hanya menyedari tentang kerugian apabila ia hampir mencecah RM2 bilion.

"Bagaimana Musa sebelum ini (2007-2009) boleh buat kenyataan ahli lembaga pengarahnya tidak mengetahui tentang kerugian. Ini amat memalukan kerana Sime Darby merupakan syarikat perladangan terbesar di dunia yang sepatutnya menjadi contoh.

"Sehubungan itu, saya ingin mendesak Musa dan keseluruhan ahli lembaga pengarah Sime Darby meletakkan jawatan dengan serta-merta."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

Wee Chee Keong turut mempertikaikan perlantikan Mohd. Bakke Salleh sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby kerana dipercayai bertanggungjawab terhadap kerugian Felda Global Ventures.

Saturday, June 19, 2010

MUSA HITAM DILANDA SINDROM SAYANG KEDUDUKAN & KEBISUAN

Sime Darby yang dipengerusikan Musa Hitam kerugian RM1.63 bilion.
http://www.malaysiakini.com/news/132277

Apabila berita kerugian ini terdedah, Musa dengan senang hati mengumumkan penyingkiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Zubir Murshid dengan mengarahkannya bercuti dari jawatannya.

Desakan demi desakan dibuat supaya Musa dan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya turut bertanggungjawab terhadap salah urus di dalam Sime Darby tetapi Musa dan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya mengambil sikap membisu.

Hari ini Musa didesak lagi. Kali ini datangnya dari sebuah NGO iaitu Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Mohd. Zahid Md. Arip. Kata Zahid:

"ia bukti jelas menunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilanda sindrom sayangkan kedudukan. Disebabkan sindrom tersebut, kerugian Sime Darby akan menjadi satu lipatan sejarah serta simbol kegagalan terbaru Musa di dalam melaksanakan urus tadbir." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Musa akan terus membisu kerana seperti kata Zahid bekas Timbalan Perdana Menteri ini sayangkan jawatan.

Zahid turut mempersoalkan perlantikan Mohd. Bakke Salleh sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby yang baru.

Mohd. Bakke pernah dikaitkan dengan kerugian pelaburan Felda Global Ventures (FGV) di Amerika Syarikat dan Arab Saudi yang dikatakan berjumlah hampir RM250 juta.

Sukar sebenarnya untuk kita memahami sesetengah keputusan kerajaan akhir-akhir ini.

Wednesday, June 16, 2010

SULTAN BRUNEI CERAIKAN AZRINAZ

Istana Brunei mengumumkan sebentar tadi DYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa-adul Khairi Waddin, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, telah menceraikan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar dengan talak satu. Istana Brunei juga mengumumkan Pingat kebesaran Pengiran Isteri Azrinaz ditarik balik.

Untuk menonton pengumuman khas ini sila ke link berikut:
http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094

Tuesday, June 15, 2010

DR MAHATHIR: BUAT PRU-13 SEKARANG

Populariti PM terus kukuh dengan 72% rakyat Malaysia menyatakan mereka puashati dengan prestasi Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam bancian ini, lebih tinggi berbanding dengan 69% yang dicatat pada April 2010. Jika mengikut pecahan kumpulan etnik, bancian tersebut mendapati 77% Melayu, 58% Cina dan 80% India melahirkan rasa puashati dengan prestasi Najib. - Bancian Merdeka Center.
1) http://www.merdeka.org/v2/index.php?option=com_jotloader&section=files&task=download&cid=71_3b8f044921f17618a271703891135b9d&Itemid=68
2) http://www.merdeka.org/v2/index.php?option=com_jotloader&section=files&task=download&cid=70_3b8f044921f17618a271703891135b9d&Itemid=68
3) Merdeka Center: http://www.merdeka.org/

Reaksi yang paling menarik terhadap hasil kajian ini datangnya dari Tun Dr Mahathir Mohamad. Ujar Tun Dr Mahathir:

“Alhamdullilah kalau dia (Najib) terima 72 peratus. Tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka. Yang saya tahu semasa saya menang sehingga dua pertiga kerusi, kedudukan ranking saya 60 peratus saja. Tetapi kalau 72 peratus, kita harap boleh menang lebih daripada dua pertiga lah. Boleh buat sekaranglah." http://wrlr.blogspot.com/2010/06/mahathir-perli-najib.html

Betul kata Tun Dr Mahathir. Sekaranglah masanya untuk mengadakan PRU-13 dan mendapat mandat dua pertiga.

Tetapi adakah kajian yang dibuat oleh Merdeka Center ini tepat? Atau adakah hasil kajian ini hanya bertujuan untuk menyedapkan hati orang tertentu?

Kalau dilihat kepada hasil kajian ini, ianya tidak menggambarkan suasana politik sebenar di akar umbi.

58% Cina menyokong Najib?

Kalau benar, mengapa hanya 20% ++ sahaja pengundi Cina menyokong BN di Hulu Selangor dan mengapa BN kalah di Sibu?

Benarkah 77% orang Melayu menyokong Najib?

Kalau ini benar, maka sokongan Melayu kepada pembangkang merosot teruk. Dalam PRU12, 48.6% pengundi menyokong Pakatan Rakyat dan BN mendapat 51.4% sokongan. Semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, Pakatan Rakyat menambah undinya sebanyak 220 undi.

Seperti kata Tun Dr Mahathir, sekiranya kajian Merdeka Center ini benar, eloklah Najib membuat pilihanraya umum sekarang kerana ini mungkin peluang terbaik untuk mendapat mandat 2/3 seperti kata Tun.

Monday, June 14, 2010

BUNG MOKHTAR: JUDI BOLA BERI KESAN POSITIF PADA EKONOMI NEGARA

Suami Zizie Ezette, Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen dari Kinabatangan, memberi pandangan berikut mengenai lesen judi bola.
"Saya bersetuju dengan tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola kerana ia akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Orang Islam tidak perlu bimbang kerana kerajaan hanya menyediakan platform untuk orang bukan Islam berjudi secara sah dan bukan di pasaran gelap."

Saturday, June 12, 2010

MENTERI KABINET BELI RUMAH RM40 JUTA DI LONDON?

RM40 juta. Itulah nilai sebuah mahligai yang dikatakan dibeli oleh seorang Menteri Kabinet di bawah pentadbiran Najib Tun Abdul Razak.

Siapa beliau? Hanya Another Brick in Wall yang tahu siapa beliau. Di dalam posting beliau, Another Brick in Wall menulis: Terdapat khabar angin mengatakan seorang Menteri dari Malaysia telah membeli sebuah mahligai bernilai £8.5 juta (RM40.63 juta) di Holland Park, London.

Bacalah posting Another Brick in the Wall dengan klik pautan ini: http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2010/06/msian-minister-bought-85-million.html

Friday, June 11, 2010

PERNIKAHAN ZIZIE-BUNG SAH

Mahkamah Tinggi Syariah Jumaat mengesahkan pernikahan anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan pelakon Zizie Izette A Samad mengikut Seksyen 12(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).
(**Jelapang meletakkan posting ini untuk berlaku adil kepada Bung Mukhtar)

Thursday, June 10, 2010

ANTARA DUA DATO'

DI LUCUTKAN GELARAN DATO'

Chua Jui Meng, bekas pemimpin MCA dan kini ahli PKR, hari ini dilucutkan gelaran Dato' oleh Sultan Johor dan sebab musababnya sudah pasti akan menjadi bahan spekulasi.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=505148

MASIH BERGELAR DATO'

Sebuah akhbar Inggeris hari menyiarkan laporan berikut: Sementara menanti sepak mula Piala Dunia esok, polis semalam mengumumkan bahawa mereka telah mengenalpasti empat sindiket judi bolasepak haram yang mempunyai hubungan dengan sindiket yang beroperasi di luarnegara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin berkata sindiket ini diketuai oleh beberapa Dato' yang juga terlibat dengan aktiviti Ah Long dan pengubahan wang haram.

Dato'-Dato' ini telah ditangkap tetapi telah dibebaskan.
http://www.nst.com.my/nst/articles/04fial/Article/

Jelapang: Yang jelas Dato'-Dato' yang dikenalpasti polis sebagai ketua sindiket masih lagi bergelar Dato' sementara Dato' Seri Chua Jui Meng akan hanya dikenali sebagai Chua Jui Meng selepas ini.

Monday, June 7, 2010

HIPOKRASI DALAM ISU JUDI BOLA

7 MEI 2010
AWANG ADEK HUSSIEN, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
"KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram. keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula. Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini."
12 MEI 2010
CHOR CHEE HEUNG, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
"Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan. lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.Syarikat itu pernah menerima lesen tersebut pada 1987 tetapi telah memulangkannya kembali kepada kerajaan pada tahun 1990 kerana pada masa tersebut tidak ramai yang berminat untuk bertaruh. Setelah diteliti, kerajaan telah menimbangkan permohonan ini agar aktiviti perjudian dan pertaruhan haram dapat dikawal dan dipantau pihak berkuasa. Beberapa garis panduan telah diberikan kepada syarikat tersebut untuk dipatuhi antaranya hanya 200 cawangan pusat perjudian di seluruh Semenanjung dibenarkan menganjurkan pertaruhan itu dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.
5 JUN 2010
VINCENT TAN
''Sejak Kementerian Kewangan meluluskan pemberian lesen pertaruhan itu pelbagai dakwaan liar dilemparkan oleh parti pembangkang dan individu, kononnya wang RM525 juta itu akan disogok kepada kerajaan pemerintah dan kakitangan kerajaan. ''Berikutan itu, saya ingin mengumumkan bahawa wang penjualan Ascot Sports kepada Berjaya Corporation (BCorp) akan disumbangkan kepada YBM."
7 JUN 2010
NAJIB TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI
"Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia. Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia."
SIAPA YANG HIPOKRIT?

Sunday, June 6, 2010

INCOME TAX SIASAT ORANG "BESAR"?

"LHDN sedang mengadakan siasatan mengejut terhadap beberapa orang usahawan yang "untouchables" (tidak boleh disentuh) sebelum ini, berikutan kelewatan dalam pembayaran cukai atau cukai terkurang lapor."
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10846

Patric Lim aka Patric Lim "Badawi" dikatakan antara yang disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Agensi-agensi kerajaan, baik SPRM, atau BPR dulu, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis dll sudah lama integritinya dipertikaikan.

Malangnya, agensi-agensi ini tidak pun berminat untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap mereka.