Monday, August 23, 2010

KES BUANG BAYI MALUKAN MELAYU

Apakah penyelesaian kepada kes buang bayi?

Tanggungjawab siapa untuk menyelesaikan masalah masyarakat ini?

Kita sudahpun mendengar pelbagai cadangan. Shahrizat Jalil yang seharusnya bertanggungjawab mencari penjelasan ini mencari jalan mudah dengan mengumumkan agar dikenakan hukuman mati kepada ibubapa yang membuang bayi.

Sementara Ketua Menteri Melaka Ali Rustam mengumumkan pembukaan sebuah sekolah bermula bulan depan yang akan dihuni oleh ibu-ibu yang mengandung anak di luar nikah.

Apakah jalan penyelesaiannya? Kita mengharapkan jalan penyelesaiannya datang dari Menteri-Menteri yang mempunyai kaitan mengenai masalah ini.

Di mana Rais Yatim yang bertanggungjawab terhadap stesen radio dan TV dan Jabatan Penerangan dan Komunikasi? Apa idea Jamil Khir sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama? Adakah Shahrizat hanya berharap kepada hukuman mati untuk menyelesaikan masalah ini? Di mana Shabeery Chik yang bertanggungjawab hal-ehwal belia memandangkan kebanyakan yang membuang bayi adalah golongan belia dan muda? Para mufti dan ulama pula lebih berpolitik daripada berdakwah. Kalau berdakwah pun hanya di masjid-masjid yang rata-rata jemaahnya sudah pun mendekati agama.

Bagaimana dengan mereka-mereka yang jarang ke masjid dan menjauhkan diri dari agama?

Kes membuang bayi ini memalukan agama dan Melayu. Malahan Malaysia pun kini menjadi perhatian dunia mengenai isu ini. Lihatlah bagaimana isu ini dilaporkan di seluruh dunia: http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-11050427

No comments: