Showing posts with label tun daim zainuddin. Show all posts
Showing posts with label tun daim zainuddin. Show all posts

Monday, August 13, 2018

ANWAR GELISAH TAKUT TAK JADI PERDANA MENTERI

Image result for anwar ibrahim sombong

NAMPAKnya Anwar Ibrahim BIMBANG takut tak dapat menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam seorang Ahli Parlimen PKR mendedahkan kononnya Tun Daim Zainuddin dan Azmin Ali sedang berkonspirasi untuk memastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri.

Agaknya, itulah sebabnya Anwar dengan kasar mengatakan BENGONG untuk beliau menunggu Ahli Parlimen lain MATI untuk bertanding dan bergelar YB Ahli Parlimen.

Jika dilihat pada SEJARAH, Anwar dah pernah jadi Ahli Parlimen, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Kegagalan menjadi Perdana Menteri adalah salah beliau sendiri. Bacalah kisah-kisah mahkamah melibatkan Anwar untuk mengenali siapa Anwar.

Ketika orang Melayu sibuk menghentam LBGT, elok juga kita teliti latarbelakang sesetengah pemimpin politik kita. Lihat sejarah silam mereka.

Jika Anwar benar-benar mahu menjadi Ahli Parlimen, mintalah anak beliau Nurul Izzah dan isteri beliau Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.

Meminta ahli parlimen PKR yang lain meletakkan jawatan untuk beliau hanya mengundang persepsi bahawa Anwar hanya pentingkan jawatan dan diri.

Lagipun khabarnya, Wan Azizah pun dah naik 'SYOK' jadi Timbalan Perdana Menteri dan dah liat nak letak jawatan sebagai TPM.

Kalau begitu, PKR selepas ini boleh berbangga parti mereka ada bapa, anak dan bini memegang jawatan penting dalam parti dan kerajaan.






Anwar anggap 'bengong' tunggu orang mati untuk bertanding


Diterbitkan 3 hari yang lalu pada 09 August 2018

Oleh Ida Nadirah Ibrahim

PETALING JAYA, 9 Ogos ― Tidak masuk akal menunggu wakil rakyat PKR mati bagi memberi laluan kepadanya bertanding, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau pilihan raya kecil diadakan secara biasa, maknanya saya kena tunggu ahli parlimen matilah.

"Ini pandangan bengong yang saya pernah dengar," kata ketua umum PKR dalam sidang media di sini.

"Tidak pelik bagi mana-mana ahli parlimen menawarkan kerusi kepada saya tetapi janganlah kita doakan orang mati cepat."

Anwar, bekas ketua pembangkang, menjelaskan namun beliau tidak terburu-buru untuk menjadi wakil rakyat.

Beliau dijangka bertanding untuk menyertai barisan penyokong kerajaan di Parlimen sementara menunggu jawatan perdana menteri dikosongkan.

Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka berbuat demikian dalam tempoh beberapa tahun lagi bagi membolehkan bekas anak didiknya untuk memimpin negara.

https://www.projekmm.com/s/1660737/anwar-anggap-bengong-tunggu-orang-mati-untuk-bertanding



Abdullah dakwa Daim penghalang Anwar jadi PM

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2018 11:16 AM

Oleh: SARBAN SINGH
editor@mstar.com.my
SEREMBAN: Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Anwar akan menghadapi masalah mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir Mohamad jika Rafizi Ramli tidak berjaya menangkis Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan presiden PKR dalam pilihan raya parti akan datang.

"Beberapa pihak yang telah menganiaya Anwar sebelum ini berkonspirasi untuk menghalang beliau menjadi Perdana Menteri dan saya secara terbuka akan mengatakan bahawa Tun Daim Zainuddin mempunyai peranan dalam hal ini.

"Sekiranya kita tidak memilih Rafizi (sebagai timbalan presiden), Anwar pastinya akan mempunyai masa yang sukar untuk menjadi Perdana Menteri," katanya semasa berkempen untuk pasukan Rafizi pada Ahad.

Sebelum pilihan raya 9 Mei, pemimpin Pakatan Harapan telah bersetuju bahawa Dr Mahathir akan dijadikan Perdana Menteri jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum.

Mereka juga bersetuju bahawa Anwar, yang baru-baru ini memenangi jawatan presiden PKR apabila menang tanpa bertanding, akan mengambil alih jawatan itu daripada Dr Mahathir.

Walaupun tiada tempoh masa ditetapkan untuk pengambil alihan itu, Dr Mahathir berkata beliau mungkin memimpin dalam tempoh dua tahun atau lebih lama jika rakyat mahukan ini.

Abdullah berkata anggota PKR perlu menyokong bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi bagi memastikan keadilan untuk Anwar kerana ada lagi konspirasi untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

"Kita mesti memastikan bahawa beliau tidak lagi menafikan kedudukan PM.

"Kita perlu mengekalkan janji kita kepada rakyat semasa pembaharuan dan manifesto pilihan raya kita," katanya.

Abdullah berkata tidak ada lagi halangan bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

"Rakyat mahu keadilan dan bimbang masa depan mereka.

"Oleh itu kita harus memastikan tidak ada lagi halangan dalam cara Anwar untuk menjadi PM," katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/13/anwar-tun-daim/

Monday, December 19, 2016

TUN DAIM: ENGINEER TERPAKSA JUAL NASI LEMAK ZAMAN NAJIB

Image result for tun daim

SEMENTARA kita menanti penjelasan dari BOBOI Pak Lah, Brigidier Jeneral Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno, mengenai kenyataan sulit beliau mengenai Najib Razak yang beliau tuduh cuba membayar seorang Arab untuk mengaku menjadi penderma RM2.6 bilion, Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan mencuri perhatian pembaca minggu ini.

Kenyataan Tun Daim ini disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.



SAYA telah diminta berkongsi pandangan mengenai isu struktural yang dihadapi oleh negara kita dan apa yang boleh dilakukan berkaitan dengannya.

Saya amat keberatan untuk menurunkan pemikiran saya dalam bentuk tulisan atau berkongsi pandangan saya dengan masyarakat.

Sejak bersara, saya menjauhkan diri daripada perbincangan terbuka. Saya lebih banyak menghabiskan masa dengan mengembara. Namun keadaan telah berubah dan kita sedang mengalami krisis yang sangat teruk.

Saat ini, jelas terdapat isu struktural jangka panjang yang mungkin memberi kesan kepada hala tuju kita ke arah status negara maju.

Ini termasuklah isu pendidikan, pasaran buruh, dasar fiskal kewangan kerajaan, pertumbuhan inklusif dan kemapanan ekonomi.

Bagaimanapun, apa yang negara kita perlukan pada masa ini adalah usaha untuk menangani perkara yang lebih asas walaupun sukar untuk diselesaikan.
Seperti telah saya katakan berulang kali, apa yang perlu kita tangani sekarang adalah defisit keyakinan yang kronik. Untuk mengatasi defisit itu kita mesti tahu asal-usul permasalahannya.

Terdapat beberapa sebab kita mengalami defisit keyakinan.

Pertama, kekurangan integriti, kejujuran dan keberanian moral. Ketiadaan sifat-sifat moral yang tinggi ini berlaku secara meluas di kalangan elit negara ini, khususnya mereka yang berkuasa.

Image result for najib rm2.6billion
Gejala rasuah yang berleluasa sehingga wang awam boleh dicuri untuk kegunaan persendirian oleh kakitangan awam atau kes kakitangan awam menyembunyikan jumlah wang yang begitu banyak sudah tidak lagi memeranjatkan kita. Seolah-olahnya gejala rasuah yang sistemik telah menyelubungi dan melumpuhkan negara sehingga kita terpaksa menerimanya bulat-bulat.

Hakikatnya, mereka yang korup harus dihukum dan kita tidak patut menunjuk sebarang simpati terhadap mereka.

Namun adakalanya penjenayah yang mempunyai perlindungan politik tidak segera dihadapkan ke muka pengadilan.

Image result for rasuah jabatan air sabah
Dalam kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah misalnya, sudah hampir dua bulan berlalu sejak mereka yang disyaki, dilepaskan melalui ikat jamin. Ini memberi ruang kepada orang ramai untuk terus membuat spekulasi mengenai salah guna sistem pentadbiran.
Image result for rasuah kbs
Demikian juga dengan tuduhan rasuah di Kementerian Belia dan Sukan. Dan siapakah yang boleh menafikan kewujudan kes rasuah berbilion ringgit serta salah guna kuasa sedang berlaku di negara kita?

Agak penting juga untuk diingatkan bahawa kekurangan integriti nasional mempunyai kesan yang sangat buruk. Dan kesannya boleh dirasai melangkaui generasi pada hari ini.

Kajian menunjukkan negara yang dianggap mempunyai kadar rasuah tinggi mengalami kadar pertumbuhan ekonomi lebih rendah berbanding negara yang bersih daripada gejala rasuah, selain menghadapi kesan negatif dalam pertumbuhan ekonomi.

Tiada siapa mahu melabur di negara yang tidak menghormati peraturan perundangannya sendiri.

Ramai yang lupa bahawa punca sesuatu masyarakat atau sesebuah negara itu boleh berjaya ataupun gagal, dan sesuatu tamadun serta empayar agung boleh runtuh adalah disebabkan kekurangan atau ketiadaan integriti.

Oleh itu, untuk menyelesaikan isu-isu struktural ini maka adalah penting jika sifat mulia perlu diwujudkan di peringkat paling atas di kalangan mereka yang berkuasa.

Malah, kelangsungan negara kita dan kejayaannya bergantung kepada keutuhan moral setiap orang, terutama di kalangan mereka yang memimpin.
Image result for kepimpinan najib rosmah
Pemimpin mesti menegakkan tingkah laku berintegriti tinggi, tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka dan tidak mengambil kesempatan atas kedudukan pangkat masing-masing. Mereka yang berkuasa mesti berwaspada dan beringat bahawa menyalahgunakan kuasa adalah satu sifat tidak bermaruah.

Kedua, kekurangan empati dan penggunaan akal logik di kalangan pemimpin memainkan peranan dalam melebarkan lagi jurang keyakinan terhadap mereka.


Related image
Di kala rakyat berasa kesempitan akibat peningkatan kadar gaji yang perlahan, peningkatan kos sara hidup akibat pelupusan subsidi dan nilai mata wang ringgit yang lemah, tidak semena-mena kita mendengar berita bahawa lebih setengah bilion ringgit akan diguna untuk mengubah suai taman di ibu kota.
Ini sangatlah tidak sensitif dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi apabila peruntukan untuk sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan telah dipotong.

Wajarkah memotong peruntukan, tetapi kita menggunakan berjuta-juta duit rakyat untuk menaik taraf sebuah taman? Jika kerajaan betul-betul jujur mengambil berat taman-taman di ibu kota, maka taman seperti di Bukit Kiara sepatutnya sudah lama diwartakan.

Ketiga, kemahiran mengawal dan mengawasi ekonomi negara amat cetek. Kita kononnya berbangga mengatakan “asas-asas ekonomi kita adalah kukuh”, tetapi sebenarnya ekonomi kita dijanakan oleh hutang.

Ini tidak lestari. Hutang kerajaan berserta liabiliti luar jangka telah dengan mudah melampaui had hutang yang ditetapkan.
Untuk belanjawan tahun hadapan sahaja, kita perlu meminjam sehingga 90 peratus bagi membiayai perbelanjaan pembangunan. Bagi setiap RM1 pendapatan yang kita sasarkan untuk dipungut, 98 sen daripadanya terpaksa digunakan untuk perbelanjaan operasi seperti pembayaran gaji, pembayaran faedah hutang dan pemberian subsidi. Sekali lagi diulangi, cara ini sememangnya tidak lestari.

Kadar hutang isi rumah sahaja pun sudah berada pada tahap tertinggi dalam sejarah, malah yang tertinggi di rantau ini. Dengan kurangnya kadar simpanan isi rumah, rakyat pastinya terdedah kepada bahaya kemiskinan.

Sehingga akhir tahun lalu, kadar hutang korporat di luar sektor kewangan juga amat tinggi, iaitu 105 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini adalah lebih tinggi daripada kadar hutang negara sedang pesat membangun.

Begitupun, kita masih mahu berbangga menyatakan bahawa ekonomi kita sedang berkembang, dan bermegah pula apabila presiden baharu Amerika Syarikat dikhabarkan berasa kagum dengan kadar pertumbuhan ekonomi kita. Sedangkan ekonomi Amerika Syarikat sedang menikmati kapasiti penuh dan ini dibuktikan dengan kadar penganggurannya yang berkurangan serta peningkatan kadar gaji.

Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi sahaja tidak cukup. Ia mesti memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Malangnya, meskipun pertumbuhan ekonomi kita adalah positif, angka pengangguran bertambah setiap tahun. Sejak awal tahun lalu, jumlah penganggur meningkat 16 peratus.

Golongan siswazah tidak mempunyai kerja kian membesar di mana hampir satu daripada tiga orang adalah penganggur.
Image result for nasi lemak anak dara
Bahkan ada graduan lulusan kejuruteraan yang terpaksa menjual nasi lemak. Dan kerajaan kita nampaknya berbangga dengan ‘pencapaian’ ini!

Syarikat-syarikat juga tidak mengambil pekerja baru seperti dahulu. Angka jawatan kosong tahun ini adalah yang terendah dalam tempoh sedekad lalu.

Fakta yang diketahui menunjukkan jawatan kosong yang ada pun kebanyakannya untuk pekerjaan separuh mahir ataupun berkemahiran rendah.

Kesannya, jumlah tenaga buruh berkemahiran rendah di negara ini kian bertambah manakala jumlah tenaga kerja mahir semakin berkurangan.

Ini tidak memberi prospek bagus bagi negara yang sedang menuju ke arah berpendapatan tinggi. Adalah sia-sia apabila negara akhirnya mencapai pendapatan tinggi, tetapi majoriti rakyatnya masih berpendapatan rendah.

Hal-hal di atas adalah faktor yang membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan. Jadi apa yang mesti kita lakukan?

Ada dua perkara perlu dibuat. Ada yang mudah dan ada yang sukar.

Pertama, sebuah pasukan pengurusan ekonomi yang baru mestilah ditubuhkan dan diberi mandat untuk memperbetulkan ekonomi yang sudah lesu ini.

Rakyat, berserta dengan pelabur di dalam dan luar negara, mesti mempunyai keyakinan dan kepercayaan ke atas mereka yang menguruskan ekonomi.

Oleh itu, ahli-ahli pasukan ini mestilah terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai kepakaran teknikal yang tinggi, cekap, berintegriti dan berani untuk berkata benar. Mereka yang tidak kompeten dan kurang pandai tidak boleh diberikan tugas ini walau setinggi mana pun kesetiaan mereka kepada ketua.

Kita boleh lihat tahap kebolehan Jawatankuasa Khas Ekonomi yang ditubuhkan pada Ogos tahun lalu. Mereka gagal sama sekali. Kumpulan ini mesti dibubarkan.
Pada masa yang sama, perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kewangan.
Ini adalah contoh tadbir urus yang buruk.

Kedua, dan yang tidak kurang pentingnya, kita mesti berusaha untuk membuang mentaliti feudal, terutama di kalangan mereka yang memegang amanah negara.

Jika seseorang pemimpin sudah melakukan kesalahan atau jenayah, adalah menjadi tanggungjawab orang bawahannya, terutama penjawat awam untuk mengambil tindakan pembetulan; bukannya bekerjasama menutup kesalahan jenayah tersebut.

Perlu diingatkan, ahli politik yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin kerajaan sebenarnya adalah hamba kepada rakyat Mereka hanya diberi mandat dan kuasa oleh rakyat untuk memimpin kerajaan dan memerintah bagi pihak rakyat itu sendiri.

Maka dengan itu, sifat menghormati dan akauntabiliti terhadap rakyat yang telah mengundi mereka adalah ciri paling utama perlu ada di kalangan pemimpin.

Pemimpin bukannya tuhan yang mesti disembah dan dituruti setiap masa. Seruan ini bukanlah baru. Kira-kira setengah abad yang lalu, ahli falsafah dan pakar sosiologi negara, Syed Hussein Al-Attas telah memberi amaran terhadap bahaya ini; “…mereka yang berkuasa …mengharapkan orang bawahan mereka supaya sentiasa setia hinggakan boleh timbulkan konflik dengan etika atau peradaban normal…orang bawahan ini diwajibkan setia dalam apa jua keadaan walaupun keadaan itu melanggar nilai-nilai dan falsafah masyarakat Malaysia.”

Sekali lagi, ini memerlukan integriti dan kejujuran walaupun ia membuatkan seseorang itu berada dalam minoriti. Perdana menteri kita yang pertama pernah berkata “jika anda fikir anda kaya, ada ramai orang yang lebih kaya daripada anda.

Jika anda fikir anda pandai, ada ramai orang yang lebih pandai daripada anda. Jika anda fikir anda adalah jujur, maka anda adalah sebahagian daripada golongan yang sedikit. Maka dalam hal ini, adalah terbaik untuk menjadi sebahagian daripadanya”.

Dalam mendepani rakyat, sama ada berkaitan aspek ekonomi, sosial atau politik, kejujuran adalah prinsip terbaik. Pembohongan hanya akan membawa kepada lebih banyak pembohongan, dan apabila rakyat sudah tidak mempercayai anda, walaupun ketika anda memberitahu yang benar, mereka tetap tidak akan yakin terhadap anda. Anda tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara selagi wujud defisit keyakinan.

Daripada pengalaman saya sewaktu krisis ekonomi 1986 dan 1998, saya lebih terbuka dan jujur terhadap masalah yang dihadapi manakala rakyat pula mempunyai keyakinan untuk memberi kita lebih masa dan ruang agar kita boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Tanpa keyakinan dan sokongan rakyat, penyelesaian isu-isu ekonomi akan menjadi amat sukar, terutama jika isu itu memberi kesan secara langsung kepada mereka.

Dalam erti kata lain, ia adalah satu kerjasama erat di antara yang memerintah dengan dan yang diperintah.

Pembaharuan dalam institusi sedia ada juga diperlukan. Kita mesti ambil semua langkah wajib, termasuklah meminda undang-undang bagi memastikan kebebasan badan kehakiman dan institusi keselamatan tanah air.

Kebebasan bersuara, perbezaan pendapat dan idealogi mestilah dialualukan, bukannya didakwa. Inilah intipati sesuatu demokrasi yang betul-betul terbuka, segar dan berjalan lancar.

Jika kita gagal menggembleng usaha untuk membuat pembaharuan penting seperti dinyatakan di atas bermakna kita akan terbabas dan menjauhi sasaran untuk mencapai kemakmuran. Kita harus berasa bimbang terhadap masa depan yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu kita.


*** Artikel ini disiarkan dalam The Edge, semalam.
Tun Daim Zainuddin,
Bekas Menteri Kewangan



Wednesday, February 10, 2016

KHAIRY DALAM GOLONGAN WAKIL RAKYAT PENGECUT?

Image result for rafidah+mahathir+tengku razaleigh

SEJAK akhir-akhir ini, golongan bekas pemimpin UMNO yang sudah TUA hampir setiap hari berSUARA menegur pemimpin sekarang dan memberi AMARAN kepada generasi muda akan masadepan negara akan GELAP dan menuju KERUNTUHAN jika rakyat tidak BERTINDAK sekarang.

Isnin lepas Tengku Razaleigh bersuara lagi menyalahkan rakyat kerana memilih WAKIL RAKYAT PENGECUT dan menawarkan diri untuk pikul amanah memperbetulkan negara.

Bekas Menteri Rafidah Aziz juga menulis mengenai masadepan negara. 

"SAYA SAYANG PADA UMNO. SAYA SAYANG PADA MALAYSIA. SAYA SENTIASA BERDOA SEMOGA YANG MAHA ESA MENYELAMATKAN NEGARA INI...DAN SUPAYA DAPAT DIWARISI SECARA TIDAK JEJAS....OLIH GENERASI2 AKAN DATANG."- Doa Rafidah menerusi Facebook beliau.

Tun Daim Zainuddin menegur. Tan Sri Sanusi Junid juga menegur.

Tan Sri Sabaruddin juga menegur, tetapi selepas diLANTIK menjadi Pengerusi Amanah Raya Berhad, tiba-tiba semua di dalam negara menjadi OK.

Tun Dr Mahathir Mohamad hampir setiap hari MENGINGATKAN kita negara sedang menuju kehancuran.

Tetapi apakah TEGURAN mereka ini PALSU, hanya mahu menakut-nakutkan kita?

Bekas pemimpin Umno hanya mengira hari kehidupan. WASIAT pun dah siap, cuma nak tambah-tambah sana sedikit, sini sedikit.

Apakah PERINGATAN generasi "post war cohort", "The Baby Boomers" dan "Generation Jones" ini TIDAK BERASAS?

Apakah Generasi X,Y,Z berpuashati dengan keadaan sekarang?

Kalau dilihat pada sikap generasi akan datang seperti Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri Umno Malaysia Mas Ermieyati serta Ketua-Ketua Pemuda Umno dan Ketua-Ketua Puteri, nampaknya NEGARA ini tidak bermasalah.

Khairy sibuk dengan aktiviti sukannya. Ketua Puteri sibuk dengan aktiviti pelancongannya.

Inikah BENTUK negara yang hendak diserahkan kepada generasi XYZ?

Atau mungkin bekas pemimpin - Dr Mahathir, Ku Li, Rafidah, Daim, Sanusi - sudah nyanyuk dengan menuduh negara menuju zaman kegelapan?

Atau Khairy dan Ketua Puteri sekarang tergolong di kalangan WAKIL RAKYAT PENGECUT yang disebutkan oleh Ku Li, pentingkan diri dari masadepan negara?

Walaupun Khairy dilihat tidak setanding - bagaikan langit dengan bumi - jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda sebelum ini seperti Tun Hussein Onn, Saadon Jubir, Harun Idris, Jaafar Albar, Suhaimi Kamaruddind dan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya generasi Khairy mempunyai cita-cita mahukan negara ini diserahkan kepada Generasi XYZ di dalam keadaan baik dan bukan kucar-kacir seperti sekarang.

Tetapi suara Khairy dan pemuda entah kemana.

Bila difikirkan balik, ada benarnya kata-kata Tengku Razaleigh, wakil rakyat sekarang PENGECUT, termasuk Khairy.

Saturday, April 11, 2015

TUN DAIM: MUHYIDDIN YASSIN BOLEH BAWA PERUBAHAN

Image result for tun daim
BEKAS Menteri Kewangan dan Bendahari Umno Tun Daim Zainuddin ditemuramah oleh sebuah portal berita dan berikut ialah pandangan beliau mengenai cara Najib Razak mentadbir negara dan menangani isu.


Rakyat mahu tahu mana pergi duit 1MDB. 1MDB tidak boleh beritahu, kerajaan tidak boleh beritahu. Ini bukan duit sedikit RM10, RM20, ini melibatkan RM42 bilion. Kita mahu dengar apa sebenar yang berlaku.  - Ikuti Wawancara eksklusif Malaysia Gazette bersama bekas penasihat ekonomi negara, Tun Daim Zainuddin yang menyentuh pelbagai isu. 

Tun dilihat banyak mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai isu. Sejak memberi teguran sehingga hari ini, adakah Tun melihat sebarang perubahan?
Tun Daim: Saya cuma beri pandangan. Pandangan yang berbeza. Saya tengok dan apabila saya beri pandangan alternatif. Terima atau tidak mahu terima terpulang kepada kerajaan. Tetapi nampaknya tidak ada perubahan. Kita mendapat feed back daripada rakyat yang tidak puas hati dengan banyak perkara. Banyak masalah sekarang ini.
Bagaimana Tun membuat teguran?
Tun Daim: Dengan menulis surat. Saya memang suka menulis surat sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir. Saya tidak mahu orang tahu tentang pandangan saya kepada kerajaan. Nampaknya tidak ada perubahan dalam kerajaan. Kalau tidak ada perubahan, kita khuatir pada pilihan raya akan datang besar kemungkinan Barisan Nasional (BN) kalah. Itu yang kita khuatir. Tetapi kalau kerajaan tidak mahu membuat perubahan apa kita boleh buat, kita boleh beri pandangan sahaja.
Selain menulis surat dan memberi pandangan menerusi media, adakah Tun pernah bersemuka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak?
Tun Daim: Dulu keraplah. Sejak selepas pilihan raya saya tidak jumpa. Kali terakhir jumpa semasa majlis buka puasa di rumah saya. Selalu saya tulis surat atau bercakap menerusi telefon.
Surat-surat Tun itu dibalas atau tidak?
Tun Daim: Kadang-kadang dibalas, kadang-kadang dijawab melalui telefon. Perdana Menteri pun busy, takpalah sekurang-kurangnya beliau baca.
Bagaimanakah Tun melihat sokongan BN dan UMNO kepada Najib?
Tun Daim: Kalau menjadi Presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. UMNO ini caranya memang begitulah. Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara UMNO. Macam Tunku Abdul Rahman, Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila sampai masanya baru mereka ambil tindakan. Mungkin UMNO masih confident tetapi tidak senang hati sebab- sebab keadaan sekarang. Itulah yang kita takut terlambat.
Ada yang beri pandangan apabila ketua-ketua UMNO berkumpul dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri seolah-olah Najib lemah dan memerlukan sokongan?
Tun Daim: Itu satu tafsiran - kalau kita kuat tidak perlu sokongan. Tetapi daripada maklum balas ketua-ketua bahagian ini datang dan diberi taklimat, tidak ada sesi soal jawab. Kita pun tidak tahu apa ada dalam hati mereka, lagipun tidak sampai 160 orang. Lain-lain yang tidak hadir mungkin ada sebab-sebabnya.
Bagaimana Tun melihat hubungan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Tun Daim: Muhyiddin memang taat setia kepada Najib tetapi baru-baru ini kenyataan mereka memang bercanggah, oleh sebab itu orang membuat 'bacaan' sendiri. Paling ketara tentang 1MDB yang disiasat oleh Jabatan Audit Negara. Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam Kabinet, kenyataan Perdana Menteri dikeluarkan daripada pejabatnya. Muhyiddin pula daripada kenyataannya sendiri, jadi ada perbezaan sebab itu orang lihat ada berbeza pendapat. Yang pentingnya kerajaan sudah menyuruh Jabatan Audit menyiasat 1MDB
.


Saya tidak tahu berapa lama kerana ia pengauditan yang kompleks. Jabatan Audit Negara selalu boleh buat audit semua syarikat-syarikat kerajaan dalam setahun. Kali ini satu syarikat sahaja, patutnya boleh siap dengan cepat tetapi ini complicated sebab berlaku di luar negara. Saksi-saksi mungkin di luar negara, jadi Jabatan Audit perlu fokuscompletely jika mahu membongkarkan semua apa yang berlaku dalam 1MDB.
Dulu orang tidak faham 1MDB, hanya orang di pekan (bandar) yang bercakap tentangnya, sekarang orang kampung pun mula bercakap pasal 1MDB. Ia membabitkan satu jumlah wang yang besar, RM42 bilion.
Apabila kata aset melebihi hutang, patut ok. Kalau betul syarikat ini ok, kita boleh tubuh lebih banyak syarikat seperti ini tetapi saya ingat bila semua cerita 1MDB keluar sukar untuk pertahankan pinjamannya.

Kalau kita hendak perbetulkan dari bagi tahu, ini jangan tulis, itu jangan tulis susahlah. Kesilapan yang berlaku kita perbetulkan. Jabatan Audit Negara memang bebas walaupun di bawah Kementerian Kewangan.
Rakyat mahu tahu mana pergi duit 1MDB. 1MDB tidak boleh beritahu, kerajaan tidak boleh beritahu. Ini bukan duit sedikit RM10, RM20, ini melibatkan RM42 bilion. Kita mahu dengar apa sebenar yang berlaku.
Rakyat mempertikaikan sejauh mana ketelusan Jabatan Audit Negara dalam siasatan itu, sedangkan jabatan itu juga melaporkan kepada Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri juga Menteri Kewangan. Wujud konflik kepercayaan terhadap keputusan siasatan itu?
Tun DaimSebab itu dari dulu saya kata, saya pernah menulis surat mencadangkan Perdana Menteri jangan jadi Menteri Kewangan. Kalau ada masalah macam ini bukan salah Perdana Menteri jika beliau bukan Menteri Kewangan. Tetapi saya tidak tahu mengapa Perdana Menteri mahu juga menjadi Menteri Kewangan, Pak Lah pun macam itu juga. 
Ia akan wujudkan konflik. Kalau Menteri Kewangan bukan kesilapan, dia juga Perdana Menteri, hendak marah tidak boleh, hendak buang tidak boleh. Kalau Menteri Kewangan orang lain, kita boleh ambil tindakan. Ketua Audit Negara memang membuat audit dan akan menyerahkan kepada Kementerian Kewangan. Semasa saya dulu kita terima sahaja. Dia hendak tulis apa, tulislah dan kita terima.
Kalau kita hendak perbetulkan dari bagi tahu, ini jangan tulis, itu jangan tulis susahlah. Kesilapan yang berlaku kita perbetulkan. Jabatan Audit Negara memang bebas walaupun di bawah Kementerian Kewangan.
Sekarang ini memang susahlah sebab Menteri Kewangan adalah penasihat kepada 1MDB. Ini masalah besar. Saya pun tidak tahu, patut beliau fikir sedalam-dalamnya apa yang baik kepada negara.
Perdana Menteri pun sibuk, banyak masa diperlukan untuk memerintah negara, perlu tahu perkara hal ehwal luar negara. Jadi Menteri Kewangan pula jaga kementerian yang besar, terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan, berkaitan dengan wang pula.
Sebab itu dari dulu saya kata, saya pernah menulis surat mencadangkan Perdana Menteri jangan menjadi Menteri Kewangan. Kalau ada masalah macam ini bukan salah Perdana Menteri jika beliau bukan Menteri Kewangan. Tetapi saya tidak tahu mengapa Perdana Menteri mahu juga menjadi Menteri Kewangan, Pak Lah pun macam itu juga. 

Tun ada idea mengapa 1MDB menyimpan wang pelaburannya dari Pulau Cayman di Singapura?
Tun Daim: Kalau kita hendak simpan duit di luar negara, kita ada Labuan Offshore. Kita boleh simpan dolar di Labuan. Mengapa tidak guna Labuan? Kalau tidak guna Labuan bermakna kita tidak percaya dengan sistem perbankan kita. Kalau Menteri Kewangan tidak percaya, siapa hendak percaya? Konflik terlampau banyak. 1MDB beritahu duit itu untuk dilaburkan termasuk dalam IPP, kalau macam itu mengapa simpan duit di luar? Ini soalan-soalan yang tidak dapat dijawab, kita pun heran mengapa soalan tidak dapat dijawab. Cuba telus.
Sebelum ini kata 1MDB tidak pinjam daripada Ananda Krishna, di Parlimen kata pinjam. Apa ni? Kalau sudah buat silap, jangan bohong. Patut terus terang, kalau buat silap kita mengaku kesilapan. Kena perbetulkan kesilapan, bukan cerita-cerita lain. Bila orang korek cerita, sudah jadi masalah kepada kerajaan sebab terbelit sendiri. Kalau rakyat tidak percaya, ini kacau.
Pada pandangan Tun siasatan 1MDB memang mengambil masa?
Tun Daim: Kalau saya kerajaan, saya akan mempercepatkan siasatan, mengembalikan kepercayaan rakyat. Siasatan ini tidak boleh drag on, kalau lama sangat, menghampiri pilihan raya lagi teruk. Rakyat tidak lupa. Kalau kesilapan kecil tidak mengapa. Kerajaan kata tidak bail out (selamatkan) tetapi RM950 juta itu apa tetapi kerajaan kata tidak mahubail out. Kerajaan patut buat keputusan sama ada hendak tutup atau hendak teruskan. Kalau mahu teruskan, macam mana. Kalau hendak tutup lagi senang, cut the losses. Buat keputusan.
Patutkah 1MDB ditutup? 
Tun Daim: Macam kata Tun Mahathir 1MDB tidak perlu pun. Mula-mula kata 1MDB sebagai sovereign fund (dana berdaulat), sekarang kata strategic industry (industri strategik). Kalau strategik industri, IPP sudah diswastakan sejak sekian lama, hartanah, bina rumah high rise ramai yang boleh buat, kerajaan tidak payah buat. Kerajaan tidak patut terlibat dalam perniagaan. Kalau kerajaan terlibat dalam perniagaan inilah masalahnya kerana kerajaan tidak pandai berniaga. Yang teruk apabila Perdana Menteri jadi penasihat, hendak salah siapa? Saya pun tidak setuju Perdana Menteri jadi pengerusi dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC). Sepatutnya GLC yang menjalankan perniagaan patut independent (bebas), apabila Perdana Menteri terlibat susah.

.


Ekoran kegagalan 1MDB, wajarkah kerajaan melihat balik mekanisme penubuhan GLC?
Tun Daim: Itu yang saya tidak faham mengapa wujudkan 1MDB, kita hendak buat sesuatu mesti ada tujuan. Ini tidak ada tujuan. Macam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), kita tubuhkan dulu supaya tengok bisnes strategik agar tidak berlawan dengan sektor swasta. Banyak pelaburan sektor swasta tidak mahu sebab lambat untung.
Khazanah masuk dalam sektor-sektor swasta seperti Proton, Perwaja. Inilah industri strategik. Macam keretapi laju ke Singapura walaupun ia tidak perlu, MRT, sektor swasta tidak akan buat - mahal. Kalau hendak buat rumah tidak payahlah, ramai yang boleh buat.
Betulkah tindakan kerajaan menubuhkan 1MDB?
Tun Daim: Tidak betul, tidak perlu pun. Prinsip kerajaan tidak perlu buat bisnes. Kerajaan perlu wujud persekitaran bisnes untuk peluang pekerjaan dan kutipan cukai. Hendak terbabit bisnes pasal apa? Kerajaan sepatutnya memerintah sahaja.
Apa pandangan Tun jika 1MDB teruskan dengan Tawaran Awam Permulaan (IPO) ?
Tun Daim: Kalau IPO diteruskan, mereka ingat boleh gunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) tetapi DAP siang-siang lagi beritahu kalau gunakan KWSP, KWAP untuk IPO, mereka akan ambil injuksi. Kalau KWSP, KWAP tidak boleh beli, siapa yang hendak beli? Lagi teruk kalau tidak laku. If they take injunction kacau. Mereka kata KWSP duit rakyat, Tabung Haji duit orang Islam untuk tujuan pergi Mekah bukan hendak beli benda-benda tu semua. KWAP untuk golongan pencen pula.

Kalau betul seperti yang didakwa aset 1MDB melebihi hutang bermakna sebarang masalah tidak akan menimbulkan kebimbangan dalam ekonomi negara, bukankah begitu?
Tun Daim: Dalam keadaan sekarang pun, ringgit jatuh. Gabenor Bank Negara katafundamental masih elok. Bila orang tanya saya - saya jawab kalau fundamental bagus tetapi ringgit jatuh mesti ada sebab. Mungkin pasaran tidak percaya, mungkin salah satunya disebabkan 1MDB. Sebab itu ada laporan yang menyatakan Daim menyebut ringgit jatuh sebab 1MDB.
Saya tidak mengatakan demikian, mungkin pasaran tidak percaya kepada kerajaan dan salah satu sebab mungkin disebabkan 1MDB. Selagi pasaran tidak yakin, tidak percaya, ringgit akan lemah. Bagaimana hendak bagi orang percaya kalau asyik bagi jawapan yang tidak betul. Macam mana orang mahu percaya. Kalau asyik beri jawapan salah akan timbul lagi banyak persoalan.
Bermakna pandangan Tun kedudukan ringgit akan mengambil masa untuk pulih, begitukah?
Tun Daim: Fitch Ratings akan menurunkan taraf Malaysia kepada BBB . Lagi teruk sebab kalau hendak buat pinjaman harga (kadar faedah) lebih tinggi.
Saya ingat masalah kita ialah apabila orang Melayu takut mahu soal pemimpin. Masih buta tuli taat setia. Itu tidak boleh, silap. Kalau mereka silap kita kena tegur, itu tanggungjawab rakyat. Pemimpin kena terima kalau teguran itu betul, barulah kita boleh buat kerja dengan baik.
Bukankah pemimpin belum bersedia menerima teguran?
Tun Daim: Tidak, itu memang sifat orang Melayu, taat setia. Sebab itu orang putih suka orang Melayu. Orang putih tahu orang Melayu akan terima pandangan pemimpin dan nasihat mereka. Itu memang sikap orang Melayu.
Bolehkah ekonomi berhadapan dengan hutang 1MDB jika syarikat ini ditutup?
Tun Daim: Kalaulah kita kata 1MDB lingkup  tetapi selagi bank boleh menanganinya, it's ok. Kita pernah melalui beberapa syarikat yang rugi seperti forex, Bank Bumiputera, selagi kita boleh handle, bayar hutang - tidak ada masalah. Cuma kita kena berani menghadapinya tetapi kalau kita asyik sembunyi-sembunyi susahlah. Berbalik kepada ekonomi, sekarang ini hanya ekonomi Amerika yang baik. Eropah, China masih lemah.
Betul pertumbuhan ekonomi Malaysia 5.5 peratus dan tidak ada krisis dari segi pertumbuhan tetapi apakah jaminan kita tidak berada dalam krisis dalam perkara lain sedangkan hutang isi rumah meningkat, hutang negara juga semakin menghampiri had. Rakyat Malaysia masih tidak mampu beli rumah, harga barang naik, orang marah. Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan di Putrajaya pun bukan PR1MA bina tetapi dibina oleh Perbadanan Putrajaya. Inilah kita kata krisis.


Apa pandangan Tun mengenai pelaksanaan GST? 
Tun Daim: Sepatutnya semasa diumumkan terus dilaksanakan. Jangan tunggu 15 bulan, kita bagi orang debat. Cukai adalah rahsia sebenarnya. Ini kita bagi masa, orang berdebatlah. Memang orang tak suka cukai. Tidak pernah bila umum cukai kita tangguhkan pelaksanaannya sebab cukai perkara rahsia.
Saya cuba perkenalkan GST pada tahun 1985 untuk luaskan pendapatan negara supaya tidak bergantung kepada Petronas tapi Tun Mahathir tidak setuju. GST memang tidak popular tetapi sudah lebih 160 negara melaksanakannya.
GST sebenarnya untuk mengenakan cukai kepada orang kaya. Kalau kita tidak mahu bayar (GST) jangan belanja. Yang rakyat mahu tahu, adakah makanan keperluan dikenakan GST atau tidak, kalau tidak kena (cukai) oklah. Ini tidak, cerita benda tidak tentu hala, sekarang kelam-kabut. Not well thought of.

Pada pandangan Tun mengapa jadi begitu?
Tun Daim: Dulu Kabinet kalau mahu buat apa-apa, kita akan panggil kesatuan-kesatuan dulu. Kita terangkan apa yang mahu kita lakukan, bincang, dapat maklum balas, justify. Jadi apabila mereka faham, mereka boleh terima dan menerangkan kepada orang ramai. Sekarang ini saya rasa tidak lagi, kerajaan tidak peduli, sebab itu banyak pemimpin kesatuan beralih kepada parti pembangkang.
Kalau kerajaan selalu berjumpa, berbincang, tidak meminggirkan mereka- percayalah mereka tidak akan menentang kerajaan. Itu baru yang dikatakan kerajaan mendahulukan rakyat. Cuepacs minta naik gaji kerana mereka lihat menteri-menteri pun naik gaji, ahli Parlimen naik gaji.
UMNO menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan, apa komen Tun?
Tun Daim: Dr. Mahathir pernah menulis surat kepada Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1994, dalam surat itu beliau menyatakan mahu  ekonomi rakyat Islam diperkukuhkan dan yang kedua soal keadilan. Ini negara Islam yang berbilang kaum, kalau Islam buat salah dihukum dan bukan Islam buat salah tidak dihukum (hudud). Mana keadilan, tanya Dr. Mahathir. Hudud ini agak complicated . Dalam al-Quran pun lebih banyak diberitahu mengenai keadilan. Malaysia belum sedia sebenarnya. Dalam hukum hudud, kalau mencuri potong tangan.
Kalau semua kaya tidak ada orang yang mahu mencuri, sebab itu penting memperbaikan ekonomi orang Islam. Pandangan saya, UMNO di Kelantan sokong hudud sebab di sana ramai orang Melayu.
Dengan cara itu pembangkang sudah berpecah belah. Itu politik sahaja, nothing to do with agama. DAP tidak mahu kerjasama dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. DAP tahu kalau keluar (pakatan) nanti kalah, kalau terus bersama, masalah.
Apa pun kita kena tengok ending (pengakhirannya) kerana yang penting bagi DAP mahu ke Putrajaya, Pas pun hendak ke Putrajaya, soal ideologi tidak kira. Kalau sampai sana nanti gaduhlah. Terpulang kepada pengundi-pengundi.
Bagi saya yang penting ekonomi, kalau semua baik orang tidak peduli hudud atau tidak hudud. Kita tengok negara yang laksana hudud seperti sebahagian negeri Nigeria ada Boko Haram, Arab Saudi negara Islam, Afghanistan, sebahagian Pakistan ada Taliban. Acheh pula hudud . Di Brunei kita belum dengar pun rakyat kena hukum, negara itu semua percuma.
Cuma masalahnya para pelabur lari, mereka takut. Pelabur Amerika dan Yahudi boikot.
Kalau undang-undang hudud dibaca di Parlimen perlukah sokongan 2/3?
Tun Daim: Tidak payah 2/3, public members bill, ikut majoriti. Besar kemungkinan it goes through dengan sokongan Pas dan UMNO. Setakat ini Najib berdiam kerana tindakan mahkamah, subjudis sebab itulah UMNO diamlah tidak boleh cakap.
Tidakkah sokongan UMNO kepada hudud akan melemahkan UMNO sendiri sebab orang Melayu secara umumnya akan bersama PAS, DAP bersama DAP, UMNO pula ada MCA dan Gerakan? Pada masa sama UMNO perlu jaga hati orang Melayu.
Tun Daim: Apa-apa pun Sabah dan Sarawak tidak akan undi. Sebab ini undi individu. Apa pun tujuan UMNO tujuan sudah tercapai.
Siapakah yang boleh jadi pemimpin pelapis dalam UMNO?
Tun Daim: Kalau dalam UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kalau tidak berpecah-belah.
Adakah Muhyiddin mempunyai ciri-ciri membawa perubahan?
Tun Daim: Muhyiddin boleh bawa perubahan, tetapi kalau dia seorang sahaja, memang tidak boleh menguruskan negara. Seorang pemimpin perlukan pasukan yang pandai, yang ada brain, dan faham tentang negara. Muhyiddin Boleh, tapi kena tahu sejarah negara. Kalau tidak tahu macam mana hendak move forward.
Adakah UMNO dan Barisan Nasional sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang?
Tun Daim: Pilihan raya Permatang Pauh pun tidak bersedia. Patut apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ke dalam, UMNO bersedialah. Patut kena plan sekarang, apa lagi tunggu? Patut sudah pilih calon dan pergi kempen. - MalaysiaGazette