Thursday, July 29, 2010

SIAPA SELEPAS LIONG SIK?

Tiada simpati buat Tun Ling Liong Sik. Jenayah tetap jenayah. Tidak ada pengecualian kepada sesiapa termasuk mereka yang bergelar Tun.

Ling Liong Sik mungkin merupakan bekas pemimpin yang bergelar Tun yang pertama yang didakwa di mahkamah atas jenayah penipuan di dalam skandal besar negara, PKFZ, tetapi keputusan untuk mendakwa beliau membuka satu era baru buat politik negara.

Tahniah buat kerajaan dan Najib Razak. Ianya satu langkah pertama yang berani.

Yang salah tetap salah. Tanpa mengira bulu, tanpa mengira latarbelakang dan tanpa mengira ideologi politik, yang didakwa melakukan jenayah perlu dibawa ke muka keadilan.

Imej Najib hari ini pasti meningkat. Tetapi ianya akan meningkat seketika sekira ianya hanya hangat-hangat tahi ayam.

Sudah kedengaran bisikan-bisikan adakah keberanian Najib ini setakat Ling Liong Sik sahaja. Ada nama-nama besar lain yang dikaitkan dengan jenayah terutamanya rasuah.

Adakah mereka juga akan dibawa ke muka keadilan?

Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah tidak sampai 24 jam Najib berlepas ke luarnegara untuk bercuti.

Najib akan bercuti sehingga 10 Ogos atau dengan kata lain ada lagi 11 hari untuk kita melihat samada nama-nama besar lain akan di bawa ke mahkamah.

Ada yang sedang menanti dan mahu melihat samada pihak berkuasa akan mendakwa Ahmad selepas Ah Chong dihadapkan ke mahkamah petang tadi kerana kita kini berada dalam semangat 1Malaysia.

No comments: