Tuesday, September 13, 2011

NAJIB: CUKAI GST MUNGKIN SELEPAS PRU-13

Semasa perjumpaan tertutup Umno, Najib Razak, presiden Umno, sering mengingatkan pemimpin-pemimpin di peringkat negeri, bahagian dan cawangan agar tidak menembak kaki sendiri (shooting ourselves in the foot) dalam tindakan dan tingkah laku kita.

Beberapa hari lepas Kementerian Komunikasi di bawah pimpinan Rais Yatim membiarkan kaki kerajaan ditembak apabila industri telekomunikasi mengumumkan akan mengenakan caj servis perkhidmatan kepada pengguna telefon pra-bayar.

Mungkin kita akan merasakan kerajaan sudah belajar dari kesilapan yang lalu memandangkan PRU-13 sudah hampir.

Rupa-rupanya tidak. Hari ini, Najib membuat kenyataan berikut:

"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini. Persoalannya ialah tempoh masa yang sesuai.

"Saya percaya apabila sesuatu sistem diperkenalkan, tidak kira betapa rapi persediaan dilakukan, tetap akan ada kesilapan dan kelemahan dalam pelaksanaan nanti. Apabila tiba masa yang sesuai, dalam masa terdekat, MUNGKIN SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG, KITA AKAN MEMPERKENALKAN GST."
http://www.malaysiakini.com/news/175731

Kita hanya boleh mendoakan agar laporan Malaysiakini ini palsu.

Jika tidak, sekali lagi kita menembak kaki kita sendiri.

Kekadang, kita tertanya-tanya, siapakah sebenarnya yang menasihati Najib selama ini? Adakah ini sebahagian dari nasihat yang mereka berikan?

Monday, September 12, 2011

PANEH MIANG: ISU ROSMAH GLAMOUR KINI ISU NASIONAL

NAJIB LIABILTI BN?

Itulah tajuk yang dipilih rakan blogger Paneh Miang dalam posting terkini beliau.

Paneh Miang menulis akan keresahan rakyat dan persepsi rakyat bahawa negara kini hilang kawalan di bawah pentadbiran Najib Razak.

Paneh Miang turut menyenaraikan isu-isu yang meresahkan rakyat ketika ini.

Jelapang ingin memetik hanya satu isu yang disenaraikan oleh rakan Paneh Miang iaitu isu Rosmah Mansor gila glamer (glamour). Kata Paneh Miang:

"Kes gila glamer Kak Mah bukan lagi isu pembangkang, tetapi dah jadi isu nasional. Pelik juga apabila melihat ramai golongan yang tidak pernah berminat dengan politik sebelum ini pun sibuk berbicara (mengutuk sebenarnya) Rosmah Mansur. Jika Najib sendiri tampak hilang kawalan terhadap isteri sendiri, apatah lagi nak kawal negara ni? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib."

Untuk senarai penuh isu yang menjadi keresahan rakyat, sila layari Paneh Miang di link berikut:
http://paneh.blogspot.com/2011/09/najib-liabiliti-bn.html

Sunday, September 11, 2011

KOH TSU KOON MAHU GERAKAN KELUAR DARI BN

2008, perbalahan di antara Koh Tsu Koon dan bekas Ketua Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail berlarutan sehingga Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan menamatkan hubungan antara Gerakan Pulau Pinang dengan Umno Pulau Pinang.

Perbalahan tersebut juga menampilkan insiden gambar Koh Tsu Koon di koyak oleh penyokong-penyokong Umno Pulau Pinang.

Suatu perkara yang tidak diketahui kita ialah cadangan Koh Tsu Koon kepada Gerakan untuk membawa keluar Gerakan dari BN berikutan insiden mengoyak potrait beliau.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris memetik kenyataan Setiausaha Agung Gerakan Tan Chang Yeow bahawa Koh Tsu Koon memanggil satu mesyuarat pada 2008 dan mencadangkan Gerakan keluar dari BN berikutan insiden berikut. Lihat link ini:
http://www.thesundaily.my/news/137793

Begitulah rapuhnya ikatan dalam BN berikutan keputusan PRU-13 dulu.

Saturday, September 10, 2011

DR MAHATHIR: POPULARITI NAJIB MENURUN

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.

"...tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.

Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan.” - Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara yang disiarkan Astro Awani seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider.
http://www.themalaysianinsider.com/print/bahasa/mahathir-akui-populariti-najib-jatuh-akibat-cara-tangani-bersih-2.0/

Apa signifikannya kenyataan ini? Jelas sekali Dr Mahathir memberi kredibiliti kepada kajian yang dibuat oleh Merdeka Center bahawa populariti Najib menurun adalah satu realiti.

Friday, September 9, 2011

SENYUM KAMBING: CUKAI TELEFON PRABAYAR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan 6.0 peratus ke atas produk tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

"..kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri. "
http://www.malaysiakini.com/news/175358



Thursday, September 8, 2011

CUKAI PERKHIDMATAN TELEFON: RAKYAT MISKIN 6% LAGI

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/9/8/mstar_berita/20110908152844&sec=mstar_berita

Inilah kenyataan yang dibuat oleh industri telekomunikasi hari ini.

Sebenarnya ini keputusan Kerajaan bukan keputusan industri kerana cukai perkhidmatan dimasukkan ke kantung kerajaan dan bukannya dibayar kepada syarikat telekomunikasi.

Sebelum ini Kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap pengguna Astro. Tidak lama selepas itu Astro menaikkan kadar langganannya.

Setelah mendapat desakan dan tentangan dari pengguna, Kerajaan berpura-pura sensitif dengan rakyat apabila Kabinet menolak kenaikan tersebut atas alasan tidak mendapat kelulusan kerajaan.

Beberapa bulan selepas itu, Astro meneruskan tindakan mereka menaikkan kadar langganan dan sehingga hari ini, Rais Yatim dan Kerajaan membisu seribu bahasa walaupun sebelum ini tampak seolah-olah kerajaan begitu sensitif apabila Astro mahu menaikkan kadar bulanannya.

Hari ini, kita dikejutkan dengan cukai perkhidmatan untuk telefon mudah alih pula.

Siapa yang menggunakan telefon pra-bayar ini?

Mereka ialah ratusan ribu pelajar IPTA dan IPTS, peniaga kecil, peruncit, nelayan, petani, peneroka Felda serta makcik dan pakcik di kampung-kampung.

Apakah mesej yang hendak disampaikan kerajaan kepada rakyat dengan keputusan ini?

Mungkin mesejnya kerajaan sudah kering kantungnya sehinggakan terpaksa mengenakan cukai hampir setiap perbelanjaan dalam hidup rakyat.

Sebelum ini Najib Razak mencanangkan cita-cita beliau mahu menjadikan negara ini negara berpendapatan tinggi.

Hari ini, kita tertanya-tanya apa sudah jadi dengan cita-cita itu?

Pendapatan rakyat masih ditakuk lama, malahan hari ini kita miskin 6 peratus lagi.

P/S: Harga minyak kini diparas US$86 setong, apakah kerajaan tidak berminat menurunkan harga RON95?

Wednesday, September 7, 2011

JAMAL ABDILLAH SERTAI UMNO: TAK KISAH DITUDUH CARI PUBLISITI MURAHAN

“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.

“Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum. Saya tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduh saya mahu mencari publisiti murahan kerana saya tahu dan yakin dengan apa yang saya lakukan.”
- Kenyataan Jamal Abdillah ketika menyerahkan borang menyertai Umno di ibupejabat Umno hari ini.
http://umno-online.com/?p=44852

Tuesday, September 6, 2011

AZEEZ RAHIM HERO TANPA BATASAN



Al-Fatihah.

Takziah kepada ibu, ayah, anak-anak dan isteri Allahyarham Norzamfaizul Mohd Nor di atas pemergian beliau.

Ibu dan ayah akan kehilangan seorang anak yang amat dikasihi mereka. Anak-anak dan isteri Allahyarham akan kehilangan seorang ayah dan suami.

Anak-anak Allahyarham terpaksa meneruskan sisa-sisa hidup mereka tanpa belaian kasih sayang dari seorang ayah buat selama-lamanya.

Anak-anak beliau tidak akan mengerti mengapa ayah mereka pergi begitu cepat sekali. Anak-anak beliau tidak akan mengerti kenapa ayah mereka ditembak mati bukan di bumi sendiri.

Ayah dan ibu Allahyarham tidak pernah menyangka bahawa mayat yang terkujur di hadapan mereka Ahad lalu adalah anak mereka yang dikasihi. Hanya Allah swt yang mengetahui akan perasaan seorang ibu dan ayah apabila melihat anak mereka pergi dahulu daripada diri mereka sendiri.

Pemergian beliau tiada gantinya. Duit ringgit bukan gantinya.

Sejak kembalinya ketua misi ke Somalia, Azeez Rahim, ke bumi sendiri bersama satu jenazah, Azeez tak kering gusi ke sana ke mari muncul di kaca-kaca TV dan di dada akhbar bercakap mengenai misi beliau ke Somalia.

Dari RTM, beliau ke Bernama TV. SMS dari beliau disebar luas mewar-warkan akan kemunculan beliau di RTM dan Bernama TV.

Disebalik kesedihan di atas kehilangan Allahyarham, Azeez terus tampil mendabit dada mempromosi diri sebagai hero dari Malaysia di Somalia. Ini lah tabiee orang politik. Tragedi boleh digunakan untuk kepentingan diri.

Nak muntah rasanya menonton temuramah Azeez di RTM dan Bernama TV. Malam tadi, wajah Azeez tampil di TV3 mencabar pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyertai beliau ke Somalia bulan hadapan. Ini bukan isu cabar mencabar. Ini isu di mana silapnya sehingga seorang insan terkorban atas kesilapan diri kita sendiri.

Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut Azeez sehingga hari ini akan kekesalan atas sebarang kesilapan yang mungkin berlaku di Somalia tempoh hari.

Allahyarham, kata Azeez, yang memilih untuk menyertai misi tersebut atas kerelaan diri sendiri.

Allahyarham salah. African Union salah. Kerajaan Somalia salah. Pas salah. DAP salah. Lim Kit Siang salah. Mat Sabu salah. Semua orang salah. Itulah gambaran yang diberikan oleh Azeez sehingga hari ini.

Allahyarham Norzamfaizul telah pergi. Azeez masih berdiri megah dan masih seorang hero. Dan jika diizinkan Allah, tidak mustahil suatu hari nanti Azeez dimartabatkan sebagai Menteri dan tidak mustahil juga sebagai Perdana Menteri.

Sekalipun Azeez dimurahkan rezeki menjadi Perdana Menteri, Jelapang akan mengingati Azeez sebagai Ketua Misi ke Somalia di mana seorang insan bernama Norzamfaizul Mohd Nor pergi meninggalkan ibu, ayah dan anak isteri semata-mata kerana misi Azeez Rahim.

Kepada Azeez, bacalah artikel-artikel berikut. Semuga ianya memberi sedikit kesedaran kepada saudara.

1) Failure to listen cost a life: Comment by MERGAWATI ZULFAKAR - http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/9/6/focus/9434094&sec=focus

2) Somalia Tragedy Can be Avoided - 6 Things To Do - http://www.financetwitter.com/2011/09/somalia-tragedy-can-be-avoided-six-things-to-do.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Financetwitter+%28FinanceTwitter%29

3) A Life is Lost and Thanks to Azeez Rahim. - http://www.mediamsia.blogspot.com/

Saturday, September 3, 2011

KAJIAN MERDEKA CENTER: PERINGATAN AWAL BUAT NAJIB

Apabila Merdeka Center memaparkan hasil kajian terkini populariti Najib Razak merosot, ramai pemimpin Umno mengkritik keputusan tersebut.

Antaranya Rais Yatim yang menyatakan hasil kajian tersebut tidak berasas dan kajian Jabatan Penerangan menunjukkan sokongan kepada Najib amat kukuh.

Tiba-tiba kajian Merdeka Center kali ini tidak berasas. Dahulu apabila Merdeka Center mengeluarkan hasil kajian pada Mei 2010 yang menunjukkan populariti Najib melonjak 72 peratus, ramai yang memuji hasil kajian tersebut.

Betullah kata seorang rakan. Orang politik apabila menduduki peperiksaan, hanya satu keputusan saja yang boleh diterimanya. Iaitu LULUS. Orang politik cukup takut kalau keputusan menunjukkan beliau GAGAL.

Begitu juga dengan kajian politik. Orang politik hanya sanggup mendengar bahawa dirinya popular. Kalau kajian menunjukkan beliau tidak popular, maka kajian tersebut tidak berasas.

Kajian seumpama ini perkara biasa dalam politik dunia. Di Amerika Syarikat, ianya satu panduan dan dianggap suatu petanda penting kecendurangan politik pengundi.

Kajian terkini Gallup di Amerika Syarikat menunjukkan calon Republican Mitt Romney lebih popular dari Presiden Barack Obama. Tetapi tidak pula kedengaran kem Obama mengatakan kajian tersebut tidak berasas.
http://www.gallup.com/poll/149114/Obama-Close-Race-Against-Romney-Perry-Bachmann-Paul.aspx

Di Thailand, sebelum pilihanraya umum diadakan, adik Thaksin, Yingluck Shinawatra merupakan pemimpin yang paling popular dalam kajian politik dan buktinya kini Yingluck dinobatkan sebagai Perdana Menteri Thailand.
http://asiancorrespondent.com/62478/polls-show-yingluck-is-the-most-popular-part-1/

Oleh itu apalah salahnya kita menerima hakikat bahawa populariti Najib kini menurun ke 59 peratus sebagai realiti. http://merdeka.org/v2/index.php?option=com_jotloader&section=files&task=download&cid=91_d9ea48ea39f9ad26ccbbcc6fac156e36&Itemid=68

Apa salahnya kita menerima hasil kajian ini sebagai satu peringatan? Najib perlu ingat, sebelum PRU-12 pada Mac 8, 2008, populariti Abdullah Ahmad Badawi ketika itu lebih tinggi dari beliau tetapi BN kalah di Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutan, Pulau Pinang dan Kelantan.

Pada ketika itu, populariti Pak Lah berada pada tahap 61 peratus, 2 peratus lebih dari populariti Najib pada hari ini. http://www.merdeka.org/media/24-130208.html

Pada tahap populariti Pak Lah berada pada 61 peratus, BN kalah di 6 negeri. Ini realiti. Malahan kalau dibandingkan populariti Najib dan Pak Lah sebelum pilihanraya umum, kedudukan Pak Lah adalah lebih kukuh.

Sebelum PRU-12, populariti Pak Lah di kalangan orang Melayu ialah 76 peratus (Najib ketika ini 69 peratus), Cina 42 peratus (Najib ketika ini 38 peratus) dan India 38 peratus (Najib lebih tinggi dengan 69 peratus).

Oleh itu anggaplah kajian Merdeka Center ini satu peringatan awal buat BN dan Najib bahawa PRU-13 ini bukan mudah buat Kerajaan malahan PRU-13 adalah saat paling genting buat Umno dan BN.

Cerminlah diri dan perbaiki lah segala kelemahan sebelum terlambat. Pasanglah teliga dan bukalah mata seluas-luas dan dengarlah dengup jantung rakyat.

Apakah rungutan rakyat di bawah dan nilailah apakah yang dilakukan selama ini sudah memadai.

Najib kenalah bertanyakan pada diri beliau samada apa yang beliau lakukan selama ini sudah cukup menggembirakan rakyat dan Rosmah Mansor juga perlu bertanyakan pada diri beliau, samada apa yang dilakukan oleh beliau sebagai isteri Perdana Menteri membantu Najib, BN dan Umno.

Terimalah hakikat bahawa kajian Merdeka Center itu sebahagian peringatan awal kepada Perdana Menteri, BN dan Umno.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, August 27, 2011

ABU HASSAN SHARIF BIJAK MENJAGA HATI ISTERI-ISTERI

Terima kasih kepada "Non Lana Bulu" kerana meng"email" gambar ini kepada Jelapang.

Menurut Saudara Non, gambar ini disiarkan di mukasurat 19 Mingguan Malaysia pada 21 Ogos 2011.

Ia mengenai ketibaan Ketua Bahagian Jerlun Abu Hassan Sharif di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar selepas mahkamah rayuan membuat keputusan mengekalkan Abu Hassan sebagai Adun Kota Siputeh berikutan kegagalan beliau menghadiri sidang dewan undangan negeri Kedah.

Menurut Non, gambar ini menggambarkan tahap kewarasan dan kebijaksanaan seorang ahli politik seperti Abu Hassan.

Non mengajukan satu soalan: "Apakah gambar Abu Hassan memeluk dua bini ini membawa kesan positif atau negatif kepada Umno?"

Bagi Jelapang, ia menggambarkan betapa arifnya Abu Hassan menguruskan rumahtangga dan menjaga hati kedua-dua isteri beliau.

Tidak mengapa sekiranya beliau gagalkan melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat kerana tanggungjawab beliau menjaga hati kedua-dua isteri mungkin lebih utama dari menghadiri sidang dewan.

Kata orang, hati isteri-isteri perlu dijaga. Mereka perlu dibelai dan dibuai demi kebahagian rumahtangga.

Tahniah kepada Adun Kota Siputeh.

ISU RASUAH NEGARA SELESAI DENGAN PENGHARAMAN PEMBERIAN HAMPER

Semalam kita ke Kuala Lumpur dan sempat berbuka puasa dengan seorang rakan yang manjalankan perniagaan hamper hari raya.

Kali ini, katanya, perniagaan hampernya malap dek arahan Perkhidmatan Awam untuk menghentikan pemberian hamper kepada kakitangan awam atas alasan untuk menghindar rasuah.

Hari ini pun sebuah akhbar menyiarkan kenyataan SPRM meminta rakyat menghentikan amalan pemberian hamper.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Menurut rakan kita ini, ratusan hamper tersadai di kedai beliau kerana dilarang memasuki bangunan kerajaan disebabkan arahan ini.

Dengan nada yang sinis, rakan kita berkata nampaknya kerajaan telah berjaya mencari formula untuk membanteras rasuah kerana rupa-rupanya pemberian hamper kepada kakitangan kerajaan merupakan punca berlakunya rasuah.

Maka katanya, sekali lagi dengan nada sinis, dalam masa setahun dua ini, negara akan bersih dari rasuah. Tidak akan ada lagi kakitangan kerajaan yang mengamalkan rasuah dan mungkin juga kita tidak lagi memerlukan agensi seperti SPRM.

Katanya lagi, raya dah tak berapa hari saja lagi. Tak tahulah bagaimana dia nak selesaikan lambakan hamper di kedai beliau.

Kalau tak hantar, katanya, pelanggannya tidak akan membayarnya. Hariraya semakin dekat, dia juga perlukan duit untuk berhariraya.

Bagi mereka yang berpangkat besar, katanya, tidak ada masalah. Selalunya hamper dihantar ke rumah. Masalahnya hamper untuk kakitangan rendah yang pangkatnya tidak seberapa.

Sebelum meninggalkan majlis berbuka puasa, saya hulurkan RM70 kepada beliau untuk satu hamper kerana simpati dengan masa depan perniagaan beliau.

Katanya, RM70 itu macam dapat duit raya dan selepas raya beliau kena cari perniagaan lain kerana perniagaan hamper sudah tiada potensi.

Tetapi katanya, beliau redha, kerana negara sudah dapat menyelesaikan punca segala rasuah iaitu pemberian hamper.

Beliau berkata biarlah beliau berkorban perniagaan beliau kerana sudah jemu mendengar ahli-ahli politik mengamalkan rasuah sepertimana tuduhan di dalam isu PKFZ, tuduhan terhadap Ng Yen Yen, bekas-bekas setiausaha sulit Nor Mohamed Yakcop, Azalina Othman Said, Sime Darby, pemberian netbook Kementerian Penerangan dan banyak lagi.

Semuanya angkara hamper.

Friday, August 26, 2011

TIADA KESUDAHAN DALAM ISU CINCIN RM24 JUTA

Jelas sekali isu cincin yang bernilai RM24 juta yang dkatakan dibeli oleh Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, masih segar menjadi topik perbualan.

Kini timbul cabar-mencabar di antara penyokong Rosmah dan pembangkang.

Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, mencabar Badrul Hisham Shaharin, untuk membuat laporan polis terhadap Rosmah mengenai isu cincin ini.

Ada baiknya kita lihat kenyataan berikut mengenai isu cincin ini:

ROSMAH MANSOR: "Ianya satu fitnah. Saya tiada masa untuk perkara-perkara remeh seperti ini"
http://www.nst.com.my/nst/articles/07pam/Article

NAJIB RAZAK: "Saya terperanjat dengan muatan tulisan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali. Apa lagi hal ini menyangkut nama Ketua Kerajaan negara jiran yang mana hubungan kita itu amat penting sekali. Sedangkan cicin itu tidak pernah dipesan oleh beliau (Rosmah), baik untuk dibeli mahupun sebagai bahan pameran peribadi.
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/akhbar-kompas-mohon-maaf-kepada-najib-dan-keluarga.html

ANUAR SHAARI: "Cincin itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan Rosmah sebaliknya, ia dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat oleh Maira Nazarbayev."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Sehingga hari ini, kita masih tertanya-tanya apa cerita sebenar cincin istimewa ini.

Tuesday, August 23, 2011

AL-KISAH TIGA MENTERI

"Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya.

"Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan. "
- Nukilan Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor.
http://www.drkhir.com/2011/08/selamat-hari-raya-maaf-zahir-batin-dan.html

Mustahil Khir Toyo jahil akan politik Umno. Politik Umno ialah politik zero sum game. Kalau kalah, kalah kesemuanya, kalau menang, menang kesemuanya.

Tidak mungkin Khir Toyo tidak tahu. Kalau dah jatuh, pastikan dianya dipijak-pijak. Dalam kes Khir Toyo, nahas beliau cari sendiri.

Sekarang pun orang sedang bercakap mengenai kem Najib Razak dan kem Muhyiddin Yassin. Tiada apa yang memeranjatkan. Sudah menjadi lumrah di dalam Umno bila seseorang pemimpin itu dilihat gagal memimpin akan ada calon baru muncul.
http://barkingmagpie.blogspot.com/2011/08/dangerous-troika-to-get-rid-of-najib-is.html
http://www.rockybru.com.my/2011/08/abang-din-gunning-for-no-1-seat.html

Apa salahnya ada calon baru sebagai opsyen kepada rakyat. Semangat demokrasi perlu disegarkan.

Di Amerika Syarikat, Presidennya di cabar empat tahun sekali. Yang terbaik dan yang berjaya menyakinkan rakyat akan dipilih rakyat tanpa mengira ianya dari parti demokratik atau republikan.

Kepada Khir Toyo, beliau sebenarnya tak perlu kisah sangat dengan pe'el tiga Menteri ini. Tumpukan perhatian untuk mempertahankan diri beliau di mahkamah.

Kalau mahkamah yakin beliau tidak bersalah, tiada apa yang hendak dirisaukan.

Kita faham akan masalah pemimpin-pemimpin Umno Selangor selepas Khir Toyo. Bukan mudah bagi mereka untuk menghidupkan kembali keyakinan rakyat terhadap Umno terutamanya kakitangan kerajaan yang dahulunya merasa terhina apabila dihadiahkan penyapu oleh Khir Toyo.

Begitu juga dengan penganut Hindu di Padang Jawa yang kuil mereka diruntuhkan semasa pentadbiran Khir Toyo.

Khir Toyo tidak perlu sensitif dengan cakap-cakap belakang tiga Menteri ini. Mereka hanya cuba mencari formula terbaik untuk memenangi semula Selangor.

Kalau perlu mengorbankan seekor kambing, apa salahnya sekiranya hadiahnya ialah negeri Selangor kembali ke tangan Umno.

Umno sudah berjasa kepada Khir Toyo, jadi tiada apa yang perlu diungkitkan Khir Toyo lagi.

Tanpa Umno, Khir Toyo akan hanya kekal sebagai Adun biasa sepertimana Adun-Adun lain di Selangor ketika ini.

Sunday, August 21, 2011

ABU HASSAN SHARIF PERLU DIGUGURKAN DALAM PRU-13

"Ini anugerah Allah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.Tiada perkataan lain kecuali syukur apabila mendengar keputusan Mahkamah Rayuan itu." - Abu Hassan Sharif, Adun Kota Siputeh.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Dari segi teknikal, Abu Hassan kekal sebagai Adun Kota Siputeh.

Dari segi fakta, beliau tidak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah seperti yang dikehendaki undang-undang.

Seperti kata seorang blogger, kenapa susah sangat untuk menghadiri persidangan dewan undangan negeri. Ianya bukan diadakan setiap hari. Ada kalanya Dewan Undangan Negeri Kedah hanya bersidang dua hari dalam sesuatu sesi.

Pelbagai spekulasi diperkatakan mengapa Abu Hassan gagal hadir sesi Dewan Undangan Negeri sehinggakan ianya memalukan Umno Kedah.

Lebih memalukan apabila Abu Hassan merupakan Ketua Bahagian Umno Jerlun.

Sebagai pengajaran kepada pemimpin-pemimpin lain, Abu Hassan harus digugurkan dari dipilih sebagai calun untuk PRU-13.

UNGKAPAN MINGGU INI: ROZALI ISMAIL



“Saya tak akan percaya kalau GLC ditutup sebab tolong orang Melayu, begitu juga dengan bank. Orang Melayu pinjam tak banyak, RM50,000, RM100,000 untuk memulakan perniagaan. Jadi, kalau ada bank kata jika peniaga Melayu pinjam, ia akan tutup, itu tidak benar dan tidak akan berlaku." - ROZALI ISMAIL, Ketua Eksekutif Puncak Niaga.





Saturday, August 20, 2011

BLOGGER ROCKY BRU AKAN SERANG NAJIB?

Blog Malaysia Today hari ini memetik satu artikel dari sebuah blog bernama Uppercaise kononnya blogger popular, Rocky Bru, sedang bersiap sedia untuk menyerang Najib Razak.
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/42952-rocky-to-lead-media-onslaught-against-najib

Benar atau tidak dakwaan ini, masa akan menentukan. Blog Uppercaise ini pula memetik sumber dari sebuah blog lain mengenai pelan Rocky Bru ini.
http://uppercaise.wordpress.com/2011/08/20/rocky-to-lead-media-onslaught-against-najib/

Blog Cat Out of The Bag menulis kononnya Rocky Bru sudah mula menyiapkan platform untuk menyerang Najib dengan mempertikaikan beberapa keputusan yang Najib lakukan akhir-akhir ini.
http://catoutofbag.wordpress.com/

Sebenarnya ramai para blogger pro-Kerajaan turut mempertikaikan tindakan Najib dalam beberapa isu. Ini termasuk blogger Another Brick in the Wall, Big Dog dan Sakmongkol.

Kita mempertikaikan apa rasionalnya Najib membenarkan Tony Fernandes memegang saham di dalam MAS dan tindakan beliau mengenepikan Prasarana dalam mengendalikan projek MRT.

Kenapa Najib membisu dalam isu-isu ini? Seharusnya sebagai Perdana Menteri, beliau lah orang pertama harus ke depan menjelaskan isu-isu ini kepada rakyat.

Sebaliknya Najib mengambil sikap membisukan diri. Apa yang kita lihat, Najib memilih topik untuk bercakap.

Yang dinanti-nanti tidak di komen beliau, yang remeh dijadikan topik utama oleh Najib.

Inilah, rasanya, menyebabkan blogger pro-kerajaan kecewa. Kalaulah benar blogger Rocky Bru sedang menyiapkan diri untuk menyerang Najib, percayalah, Najib tidak akan lama di kerusi Perdana Menteri.

Buktinya, lihatlah apa yang berlaku kepada Abdullah Ahmad Badawi. Najib akan ditimpa nasib yang sama seperti Pak Lah. Itu sudah pasti.

Friday, August 19, 2011

MAHFUZ OMAR FITNAH NAJIB LAGI

Najib Razak tidak habis-habis difitnahkan Pakatan Rakyat.

Kali ini beliau difitnahkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Menurut sebuah laman pro-Pakatan Rakyat, Free Malaysia Today, Mahfuz memberitahu bahawa Najib akan mengimpot empat atau lima buah kereta mewah tidak lama lagi dan beliau pasti Najib tidak membanyar duti import yang mencecahkan jutaan ringgit itu.

“Sebagai Menteri Kewangan di mana Jabatan Kastam terletak di bawah kawalseliaannya, saya yakin beliau tidak akan membayar cukai import,” kata Mahfuz.
http://maidoali.wordpress.com/2011/07/14/cincin-dan-gelang-mewah-rosmah-di-mana-rosmah-dapat-duit-mahfuz-omar/

Alangkah baiknya, Najib cepat menangkis fitnah ini sebelum ianya merebak ke akar umbi.

Kami yang di bawah ini dah tak menang tangan menangkis fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Rakyat.

Dah terlalu berat bahu ini memikul. Eloklah Najib turut membantu dengan menangkis serangan dari Mahfuz ini.

Thursday, August 18, 2011

MUHYIDDIN: PEJABAT ZAKAT JANGAN TUNGGU ORANG DATANG

"sebagai contoh wang zakat terkumpul bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjumlah RM275 juta setahun, dana institusi kewangan Islam ini mampu membantu menangani masalah kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar jika diuruskan dengan baik.

"Wang itu boleh dimanfaatkan kepada orang Islam tetapi pengurusan kena proaktif...turun ke bawah, kenal pasti (golongan yang memerlukan). Kalau nak tunggu orang datang, mungkin ada sesetengahnya malu atau segan, lepas tu dia pergi tempat lain atau minta sedekah sedangkan kita ada tabung yang boleh digunakan." - Muhyiddin Yassin.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/18/mstar_berita/20110818100547&sec=mstar_berita

Kita berharap nasihat Muhyiddin ini dihayati oleh Pejabat Zakat.

Kadang-kadang kita muak untuk berurusan dengan institusi agama. Kes perceraian, kes pembahagian harta dan kes pengagihan zakat kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun dek karenah birokrasi.

Ramai yang mengkritik golongan yang lemah yang dipengaruhi oleh gereja. Tetapi punca segala permasalahan ini tidak diselesaikan.

Puncanya ialah ekonomi. Kalau seseorang itu dibelenggu kemiskinan dan kita umat Islam tidak menghulurkan bantuan, sebaliknya pihak gereja mengambil kesempatan, di sinilah bermulanya permasalahan ini.

Semasa krisis ekonomi melanda Indonesia pada 1997-8, ramai anak-anak gadis Islam melimpahi hotel-hotel di ibukota Jakarta untuk melayani pelancong.

Puncanya ialah ekonomi. Semuga pejabat-pejabat zakat menyedari dan mengatasi kelemahan ini.

Wednesday, August 17, 2011

TIADA TINDAKAN KE ATAS AKHBAR STAR OLEH HISHAM

Seperti yang dijangkakan, tiada tindakan keatas akhbar kepunyaan MCA, Star, kerana menyelitkan makanan mengandungi babi di dalam sisipannya berkaitan juadah Ramadhan.

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussien nampak keras.

Katanya beliau tidak berpuashati dengan penjelasan Ketua Pengarang akhbar Star dan menuntut akhbar tersebut memberi penjelasan kepada umat Islam.

Kita memang tidak pernah mengharapkan sebarang tindakan akan diambil oleh Hishammuddin terhadap akhbar tersebut.

Paling kuat ialah kenyataan akhbar yang nampak seolah-olah seorang yang serius tetapi tidak serius. Itulah kualiti pentadbiran hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm

Tuesday, August 16, 2011

PUSAT ZAKAT PERLU TELUS

"Cenderahati Menanti Anda.
Dapatkan cenderahati istimewa setiap kali anda menunaikan zakat di mana-mana kaunter zakat kami."

Itulah antara promosi yang ditawarkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan sepertimana yang tertera di laman webnya.

Turut dipaparkan di laman web PPZ Wilayah Persekutuan ini ialah "Pertandingan Iklan Zakat antara IPT".

Hadiah Pertama RM5,000 beserta trofi dan sijil. Hadiah kedua RM4,000, ketiga RM3,000, keempat RM2,000 dan kelima RM1,000.

Terdapat juga hadiah untuk konsep/skrip terbaik, pengarah terbaik, sinematografi terbaik, penata bunyi terbaik dan suntingan terbaik. Tiap-tiap hadiah bernilai RM500 beserta trofi dan sijil.

Jumlah keseluruhan hadiah ialah RM17,500. Tarikh tutup pertandingan 15 September 2011.
http://www.zakat.com.my/index.php

Seorang rakan yang juga ahli perniagaan baru-baru ini menunjukkan seutas jam tangan yang diterimanya dari sebuah Pusat Zakat sebagai hadiah di atas bayaran zakat perniagaan beliau kepada pusat zakat tersebut.

Kata beliau, lagi besar bayaran zakatnya, lagi istimewa hadiahnya.

Tahun lepas sahaja, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan mengutip lebih RM250 juta dari umat Islam yang menunaikan tanggungjawab mereka iaitu menunaikan zakat.

RM250 juta lebih satu jumlah yang cukup banyak. Pada tahun 2009, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan mengutip hampir RM210 juta. Dua tahun, Pusat Pungutan Zakat Wilayah mengutip hampir setengah bilion dari umat Islam.

Tidak menghairankanlah Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan mampu membuat pertandingan dan menyediakan hadiah istimewa untuk pemberi-pemberi zakat.

Baru-baru ini apabila isu gereja yang membawa umat Islam menganut Kristian timbul, Ustaz Asri Zainul Abidin membangkit isu pengagihan wang-wang zakat di mana-mana pusat-pusat pungutan zakat nampak bersungguh-sungguh mengutip zakat tetapi tidak bersungguh-sungguh menagihkannya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.
http://drmaza.com/home/?p=1534#more-1534

Kita tidak berani membuat sebarang tuduhan terhadap pusat-pusat pungutan zakat. Cuma yang kita perlu tahu ialah apa yang dilakukan dengan wang-wang pungutan ini.

Kita setuju dengan pandangan bahawa pusat-pusat zakat tidak perlu menunjukkan ianya satu institusi yang kaya. Kita juga setuju dengan pandangan bahawa kutipan tahunan yang diterima perlu diagihkan secepat mungkin tanpa disimpan oleh pusat-pusat zakat kecuali untuk tujuan operasi.

Kita betul-betul ingin tahu apa yang dilakukan dengan wang-wang kutipan ini kerana pada zahirnya, sesetengah Jabatan Zakat mempunyai bangunan tinggi-tinggi dan pegawai-pegawainya ada yang stail-stail.

Satu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju Tabung Haji dijadikan tempat orang-orang kaya mengaut keuntungan melalui dividen Tabung Haji yang tinggi.

Akhirnya, Tabung Haji diarahkan menurunkan kadar dividen kerana tanggungjawab Tabung Haji bukanlah untuk mencari keuntungan tetapi menguruskan pemergian umat Islam ke tanah suci Mekah.

Tanggungjawab Jabatan Zakat tidak jauh bezanya dari Tabung Haji. Tetapi akhir-akhir ini kita lihat ada saingan di kalangan Jabatan Zakat untuk berlumba siapa mendapat kutipan yang lebih sehinggakan ada sanggup menyediakan hadiah RM17,500 untuk pertandingan mencipta iklan kutipan zakat. Seperti kata Ustaz Asri, kita tidak nampak Pusat Zakat berlumba-lumba untuk mengagihkan zakat ini.

Wallahualam.

Monday, August 15, 2011

DAIM: NAJIB KUAT KE LUAR NEGERI?

Sana-sini orang bercakap mengenai Daim Zainuddin sekarang ini.

Daim dikenali sebagai seorang Menteri Kewangan yang cukup berkuasa semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiap kenyataan Daim sebagai Menteri Kewangan dikupas oleh penganalisis pasaran saham. Kalau kenyataan Daim dilihat negatif, maka jatuhlah pasaran saham.

Tetapi hari ini, orang bercakap mengenai Daim penilik masa depan politik negara. Hangat diperkatakan mengenai blog Sakmongkol yang banyak menulis mengenai pandangan Daim sejak akhir-akhir ini.
http://sakmongkol.blogspot.com/2011/08/morning-session-with-oracle-of-syed_15.html

Pelbagai andaian dibuat mengenai penulisan blogger Ariff Sabri Abdul Aziz. Ada yang mengatakan Daim bercakap melalui blog Sakmongkol. Tetapi itu tidak penting. Tidak salah kita menyimpulkan bahawa tulisan Ariff Sabri adalah buah fikiran Daim.

Tetapi itu tidak penting. Yang penting ialah kandungan tulisan tersebut.

Hari ini Sakmongkol menulis lagi mengenai Daim dan Najib. Antara yang menarik ialah:
1) BN hanya boleh selesa di Johor, Melaka dan Pahang. Malah di Pahang, BN akan kehilangan beberapa kerusi negeri.
2) Tun Daim pernah menyarankan Najib dan Muhyiddin Yassin turun ke bawah dan dapatkan pandangan akar umbi dan tidak hanya bergantung kepada pandangan Ketua Bahagian.
3) Najib banyak keluar negara daripada menumpukan menyelesaikan isu di bahagian.
4) Umno hilang pengaruh di kalangan pengundi muda. 80 peratus pengundi muda akan menyokong pembangkang di dalam PRU-13.
5) Blogger pro-Umno menambah kebencian pengundi atas pagar terhadap Umno kerana tulisan mereka penuh dengan celaan.
6) Najib lebih berminat mengumumkan projek mega yang belum tentu bila akan dinikmati oleh rakyat. Malahan Daim sendiri tidak faham akan keperluan projek-projek mega ini.
http://sakmongkol.blogspot.com/2011/08/morning-session-with-oracle-of-syed_15.html

Apa yang terkandung di dalam tulisan Sakmongkol ini ada kebenarannya. Semalam ketika Jelapang berada di coffee house Holiday Villa di Alor Setar selepas Terawih, Jelapang bertemu dengan seorang bekas Timbalan Ketua Bahagian.

Beliau menceritakan mengenai perjumpaan di antara Muhyiddin dengan Ketua Bahagian dari bahagian beliau.

Maka Muhyiddin dan Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agong Umno, bertanyakan kepada Ketua Bahagian ini mengenai beliau (bekas Timbalan Ketua Bahagian).

Katanya Ketua Bahagian ini menghentam habis-habisan bekas Ketua Bahagian ini sehingga tiada satu pun yang baik mengenai beliau. Gambaran yang diberikan ialah sekiranya bekas Timbalan Ketua Bahagian ini dipilih bertanding kerusi Parlimen atau Negeri, yang pasti Umno akan kalah.

Begitulah hebatnya hasad dengki di akar umbi. Kalau Najib hanya bergantung kepada pandangan Ketua Bahagian, Umno umpama menanti rebah.

Bagi Ketua-Ketua Bahagian ini, hanya mereka yang layak dipilih sebagai calon. Orang lain tidak layak.

Masalahnya ialah Najib sendiri tidak pernah turun ke bawah untuk mendengar rintihan akar umbi. Tidak tahulah kita apa masalahnya. Apakah Umno mempunyai Presiden yang elit yang tidak tahu turun ke akar umbi?

Ada baiknya Najib menghayati tulisan Sakmongkol yang kita yakin adalah pandangan Daim kerana apa yang diperkatakan ada kebenarannya.

Tidak salah kita bermuhasabah diri dan mengakui kesilapan kita.

Sunday, August 14, 2011

NAJIB PERLU SINGKIR KOH TSU KOON

Tiba-tiba Presiden Gerakan Koh Tsu Koon diserang hebat dari pelbagai arah.

"Yang pastinya Tsu Koon tiada cermin di rumahnya. Dia patut mencerminkan dirinya sendiri mengapa beliau tewas dengan majoriti lebih 10,000 undi. Ianya petanda dari rakyat. Ini bukan bermakna beliau buta tetapi beliau enggan mencermin dan menilai diri beliau sendiri." - Yang di-Pertua Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Kok Ping.
http://www.thesundaily.my/news/110617

"Setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan. Yang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media." - Awang Selamat, Utusan Malaysia.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

Semalam di kaca TV, Ketua Penerangan Umno Reezal Merican juga menghentam Tsu Koon dengan memuji Pak Lah dan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sanggup berundur dan memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin parti.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Zahrain Hashim serta beberapa bekas pemimpin Gerakan turut menggesa Tsu Koon meletakkan jawatan.

Dari dulu lagi kita tahu bahawa Tsu Koon sudah melepasi tarikh luput sebagai pemimpin politik. Cuma yang menghairankan ketika itu ialah kenapa Najib Razak tertarik dengan beliau walaupun beliau kalah dengan teruk sekali di Pulau Pinang dan Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP ketika beliau memimpin Gerakan Pulau Pinang.

Kita juga hairan kenapa Najib begitu ghairah melantik orang yang kalah ke dalam Kabinet beliau. Jika perlantikan Tsu Koon satu kesilapan, baru-baru ini Najib melantik G. Palanivel sebagai Menteri padahal Najib sendiri yang menolak dan menentang cadangan bekas Presiden MIC S.Samy Vellu pada ketika itu yang mahukan Palanivel sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Kita masih ingat pada ketika itu, setiba Najib dari lawatan ke Amerika Syarikat, tanpa sebarang rehat, beliau dan Rosmah Mansor turun ke Hulu Selangor untuk berkempen kerana beliau yakin pilihan beliau mempunyai peluang yang cerah untuk menang.

Pelbagai ugutan di buat oleh MIC yang mahukan Palanivel sebagai calon. Akhirnya MIC menang di Hulu Selangor dan Najib selepas itu dengan bangga mengumumkan keputusan beliau betul dengan meletakkan calon "winnable" K. Kamalanathan di Hulu Selangor. Kesimpulannya Palanivel calon "kalah" bagi Najib.

Tiba-tiba Palanivel dilantik menjadi Menteri. Pada hari yang sama Palanivel diumumkan sebagai Menteri, beliau mengugut Najib dan Barisan Nasional bahawa sekiranya BN membenarkan mana-mana parti kaum India menyertai BN, beliau akan membawa MIC keluar dari BN. Sehingga hari ini kita masih belum mendengar komen Najib mengenai ugutan Palanivel ini.

Begitu juga dengan Koh Tsu Koon dan Shahrizat Jalil.

Ada beberapa kaedah untuk membetulkan kesilapan lalu.

Pertama, Koh Tsu Koon sendiri dengan rela hati meletakkan jawatan sebagai Menteri. Kedua, Najib merombak Kabinet dan mengugurkan Koh Tsu Koon sebagai Menteri.

Gerakan tidak berhak mendapat sebarang jawatan di dalam Kabinet berdasarkan kepada keputusan pilihanraya 2008.

Tetapi mampukah Najib merombak Kabinet beliau sekarang ketika beliau sendiri sudah memukul gendang pilihanraya?

Ketika rakyat bersedia melihat rombakan Kabinet dibuat pada 2010, Najib tidak bertindak. Ketika rakyat memperkatakan mengenai beberapa Menteri perlu digugurkan kerana mereka diselubungi isu yang boleh menjejaskan imej kerajaan, Najib berdiam diri.

Mentimun dan pisau di tangan Najib. Beliau Perdana Menteri. Tiada lagi jawatan yang lebih tinggi dan berkuasa dari seorang Perdana Menteri dan Presiden Umno. Apa yang hendak ditakutkan.

Di zaman Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim di lucutkan jawatan. Musa Hitam dan Daim Zainuddin meletakkan jawatan. Pada satu ketika, Pak Lah tidak berjawatan Kabinet walaupun beliau memenangi jawatan Naib Presiden Umno. Di zaman Pak Lah, beliau gugurkan 7 Menteri termasuk Rafidah Aziz, Jamaluddin Jarjis, Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid dan Tengku Adnan Mansor.

Kita boleh mendesak Koh Tsu Koon meletakkan jawatan. Kita boleh menyerang Koh Tsu Koon sebagai personaliti yang tidak tahu malu dan lebih berminat menyelit muka di celah-celah muka Najib dan Muhyiddin Yassin untuk menggambarkan beliau anak kesayangan Najib.

Tetapi siapa yang memberi jawatan tersebut kepada beliau? Najib! Jika keputusan melantik beliau sebagai Menteri salah, tanggungjawab Najib memperbetulkannya.

Jika beliau gagal menjalankan tugas sebagai Presiden Gerakan, tanggungjawab pemimpin Gerakan menyingkirkan beliau.

Saturday, August 13, 2011

HISHAM (MENTERI AMARAN) KECUT DENGAN AKHBAR STAR

Hari ini akhbar menyiarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussien yang mahu berjumpa sendiri dengan Ketua Pengarang Akhbar Star untuk mendengar penjelasan dari beliau mengenai tindakan akhbar tersebut mengkategorikan hidangan babi sebagai salah satu hidangan untuk bulan Ramadan yang mulia ini.

Hishammuddin juga dilaporkan berkata tidak berpuashati dengan penjelasan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan akhbar Star kepada pegawai-pegawai KDN dan atas sebab itu beliau sendiri mahu berjumpa dengan Ketua Pengarang akhbar tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Apa pun kenyataan Hisham, kita tak yakin beliau akan bertindak tegas kepada akhbar Star kerana sejarah beliau selama ini tidak lebih setakat memberi amaran sehinggakan beliau diberi gelaran "Menteri Amaran".

Kita yakin kesudahan kepada episod ini ialah satu kenyataan di mana "Hisham memberi amaran keras kepada Star".

Bagi sesetengah ahli politik, karier politik mengatasi segala-galanya. Itulah sebabnya kita akan melihat ahli-ahli politik cuba sedaya mungkin menjalinkan hubungan akrab dengan ketua-ketua media kerana mahukan publisiti demi kejayaan politik mereka.

Hisham sudah pasti menyimpan impian untuk menjadi seorang Perdana Menteri suatu hari nanti, tambahan lagi sepupu beliau, Najib Razak, kini sudah bergelar Perdana Menteri.

Beranikah Hisham menggantung akhbar The Star demi kesucian Islam seperti mana yang disarankan oleh Ketua Menteri Melaka Ali Rustam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Apapun alasan yang diberikan Ketua Pengarang Star berhubung isu Ramadan Delights ini tidak dapat diterima oleh umat Islam.

Kita mahu melihat sejauh manakah ketegasan Najib dan sepupunya Hisham. Apakah karier politik lebih besar dari isu kesucian Islam.

Islam dihina hampir setiap hari di negara kita sekarang ini, sesuatu yang tidak pernah kita lihat semasa pentadbiran pemimpin-pemimpin terdahulu.

Sehingga saat ini, kita tidak yakin Hisham akan mengambil apa-apa tindakan terhadap akhbar Star.

Lebih menyedihkan, akhbar Star mengambil sikap endah tak endah isu ini dengan hanya membuat permohonan maaf kecil dua perenggan di muka dalam akhbar tersebut semalam. Begitu hinanya umat Islam di mata akhbar tersebut ketika ini.

Kita lebih merasa terhina kerana Menteri Melayu seperti Hisham masih terkial-kial untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada akhbar ini.

Hisham perlu berhenti bercakap beliau hero mempertahankan Islam kalau beliau takut mengambil tindakan mengantung akhbar the Star.

Sehingga saat ini, Hisham, anak kepada bekas Perdana Menteri, tidak lebih dari hanya Menteri Amaran dalam sejarah politik Umno.

Thursday, August 4, 2011

AZIZ SHAMSUDDIN: TIDAK BENAR KAMI NAK JATUHKAN NAJIB



KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) menafikan laporan bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.




“Saya sama sekali menafikan kenyataan itu. Sebarang bentuk persepsi yang salah harus dibetulkan." - Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Shah Alam.


Penjelasan Aziz ini berpunca dari satu laporan portal pro-pembangkang kononnya Penawar yang dipimpin Aziz akan mendesak Najib melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno berikutan kegagalan beliau menangani Bersih 2.0 dan kontroversi yang melibatkan isteri beliau Rosmah Mansor yang memberi kesan kepada pandangan umum terhadap Umno.

Wednesday, August 3, 2011

UMNO KEDAH MAKIN TENAT

Semasa lawatan ke Kedah baru-baru ini, Najib Razak kelihatan begitu ceria terutamanya semasa menghadiri Kenduri Rakyat di Guar Chempedak.

Di kalangan penyokong Ahmad Bashah Mad Hanipah, Ketua Perhubungan Umno Kedah, Kenduri Rakyat adalah satu kejayaan yang besar.

Kepada Najib, ianya petanda besar Umno akan menawan semula Kedah menerusi Gelombang Merahnya.

Tidak salah mengadakan perhimpunan besar seumpama itu untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada Umno. Lagipun Umno memang terkenal dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk memberi gambaran ianya masih meraih sokongan rakyat.

Pemimpin-pemimpin Umno termasuk Najib dan Timbalan Presidennya Muhyiddin Yassin juga "syok" bila majlis mereka dihadiri ribuan penyokong Umno.

Tetapi adakah kehadiran ini gambaran sebenar Umno sudah pulih di Kedah?

Kita terbaca sebuah artikel di Utusan Malaysia semalam. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0802&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

Antaranya kandungan artikel tersebut:

"Ketika berbual-bual dengan seorang pemimpin UMNO Kedah di Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis mendapati terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ahmad Bashah dan pemimpin parti berkenaan jika mereka mahu menegakkan kembali panji-panji BN di negeri itu.

Perkara yang paling ketara ialah sehingga kini biar pun Kedah sudah jatuh ke tangan pembangkang masih belum ada kesedaran di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO untuk berhenti berpolitik sesama mereka.

Sama ada hendak diakui atau tidak berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, daripada keseluruhan 15 bahagian UMNO di Kedah, 10 daripadanya bermasalah. Ia berpunca daripada politiking sesama sendiri - satu 'penyakit' yang tidak pernah mampu diubati dalam UMNO sejak dulu lagi."

Mungkin akan ada pemimpin UMNO akan menganggap tulisan ini ibarat membuka pekung di dada atau satu rekaan tetapi hakikat tetap hakikat, fakta tetap fakta.

Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu insaf bahawa mereka bukan pemerintah di negeri berkenaan tetapi pembangkang, oleh itu sikap dan tindakan serta semangat perlu berteraskan kepada keazaman untuk merampas kembali negeri itu daripada Pas, PKR dan DAP.

''Masalah utama ialah hendak mencari calon, kita kena akui sampai sekarang belum ada calon yang paling sesuai bagi memenuhi apa yang dipanggil 'calon boleh menang' seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila masalah dalaman di 10 bahagian berkenaan masih juga tidak selesai-selesai, biar pun UMNO sudah jadi pembangkang di Kedah.

Masing-masing masih lagi hendak 'mempromosikan' diri sendiri dan merasakan paling layak untuk menjadi calon, biarpun ada antara mereka yang ditafsirkan, ''umum nama sahaja pun dah kalah.''

Kesudahannya di sesetengah bahagian yang bermasalah ini wujud sekurang-kurangnya enam 'war lord' yang mempunyai pengikut masing-masing iaitu ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri.

Justeru jika salah seorang dipilih sebagai calon belum tentu yang lain akan menyokong sebaliknya akan wujudnya apa yang orang Kedah panggil 'das kaki' atau orang Kelantan kata 'cah keting'.

Saturday, July 30, 2011

AKHIRNYA PALANIVEL JADI MENTERI

Tahniah kepada MIC.

Hari ini MIC mempunyai 2 jawatan Menteri penuh di dalam Kabinet Najib Razak. Najib mengulangi sejarah bapanya yang memberi 2 tempat di dalam Kabinet kepada pemimpin dari MIC.

G.Palanivel, yang dilihat bukan calun "winnable" di Pilihanraya kecil Hulu Selangor, dipilih oleh bekas presiden MIC Samy Vellu untuk mengemudi MIC selepas beliau.

Sejak dari itu, Palanivel sangat mengharapkan untuk dilantik sebagai Menteri penuh walaupun MIC sudah diwakili oleh S.Subramanian yang kini Menteri Sumber Manusia. Maka hari ini Palanivel bergelar Menteri walaupun bukan seorang Ahli Parlimen yang dipilih.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-mic-dapat-menteri-penuh-ke-2-palanivel-sertai-kabinet/

Sebelum ini digembar-gemburkan oleh segelintir pemimpin Umno yang tidak berjawatan bahawa Najib akan merombak Kabinet untuk memberi tempat kepada mereka.

Mereka tidak seharusnya berputus asa dan kecewa dengan pengumuman hari ini. Walaupun pengumuman hari ini hanya untuk MIC, masa masih ada untuk mereka-mereka ini mendapat tempat di dalam Kabinet.

Tidak mustahil Najib melakukan rombakan lagi dan kali ini melibatkan pemimpin-pemimpin Umno pula agar masing-masing dapat menikmati kerusi empuk sebagai Menteri Kabinet.

Mungkin dua hari sebelum raya, atau mungkin dua hari sebelum perhimpunan agung. Apa pun, mereka harus sabar menanti.

Friday, July 29, 2011

ROSMAH NAFI BELI CINCIN RM24.4 JUTA



FITNAH!


Itulah kata Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, apabila ditanya mengenai dakwaan beliau membeli cincin yang bernilai RM24.4 juta dari syarikat barang kemas Jacob & Co di Amerika Syarikat.


"Ianya satu fitnah. Saya tak ambil kisah perkara remeh seperti ini. Saya mahu menumpukan masa untuk aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat terutamanya menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak." - Rosmah Mansor.


Akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times menyiarkan kenyataan Rosmah ini di sini: http://www.nst.com.my/nst/articles/07pam/Article


Bagaimanapun adalah lebih baik Rosmah turut mengarahkan Jabatan Kastam memperjelaskan dokumen kastam yang mencatat nama beliau berhubung cincin yang bernilai RM24.4 juta.


Sekiranya nama beliau telah disalahgunakan oleh pihak tertentu, tindakan undang-undang perlu diambil untuk membersihkan nama kerajaan, Umno dan BN.

Thursday, July 28, 2011

TENGKU RAZALEIGH SERTAI PAKATAN RAKYAT?

Khabar angin bertiup kencang bahawa Tengku Razaleigh Hamzah ditawarkan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ini berikutan tindakan Ku Li menubuhkan sebuah NGO, Angkatan Amanah Merdeka.

Laporan di Utusan hari ini.

KUALA LUMPUR 28 Julai - Pakatan pembangkang telah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang yang baru sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwatnya ketika ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, maklumat itu diperolehinya daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam PKR pagi ini. - Utusan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0728&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm

Wednesday, July 27, 2011

POPULARITI NAJIB MENINGKAT?

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin baru-baru ini memberi gambaran bahawa PRU-13 akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan ini.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/7/25/nation/9167882&sec=nation

Ia memberi gambaran seolah-olah Umno dan parti-parti komponen BN sudah bersedia untuk mendapat mandat baru dari rakyat.

Dengan kata lain, Umno dan BN yakin sekiranya PRU-13 diadakan beberapa bulan ini, ia akan menang.

Mustahil Najib Razak dan Muhyiddin sanggup mengadakan PRU-13 untuk kalah. Kesimpulannya, Najib dan Muhyiddin yakin sekiranya PRU-13 diadakan, BN akan menang.

Persoalannya, benarkah BN akan menang sekiranya pilihanraya umum diadakan akhir tahun ini atau awal tahun hadapan?

Disember tahun lepas, satu kajian oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib turun 3 peratus berbanding 6 bulan sebelumnya. http://www.merdeka.org/
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/poll-shows-najibs-ratings-still-high/

Apakah di dalam suasana politik sekarang populariti Najib akan kembali pulih sehingga Najib dan Muhyiddin yakin akan menang sekiranya pilihanraya diadakan sekarang?

Atau adakah keputusan untuk mengadakan PRU-13 akhir tahun ini atau awal tahun depan adalah satu keputusan untuk memastikan Umno dan BN tidak kalah jika dibandingkan sekiranya PRU diadakan pada 2013?

Terlalu banyak isu untuk menyakinkan kita bahawa populariti Najib akan bertambah baik. Kita mengesyaki populariti Najib akan terus menurun sekiranya kajian dilakukan untuk 6 bulan pertama tahun ini.

Lihatlah saja kajian yang dibuat akhir tahun lepas. 82 peratus rakyat tidak faham apa inisiatif yang dimaksudkan Najib melalui Program Transformasi Ekonomi beliau dan 81 peratus orang Melayu juga tidak faham apa itu ETP sementara 59 peratus masih tidak puashati dengan usaha kerajaan membanteras rasuah.

Kajian ini dilakukan Disember tahun lepas. Bertambah baikkah suasana politik sekarang dengan isu Bersih dan isu cincin RM24 juta?

Yang menghairankan, kenapa Kerajaan menghadapi masalah menangkis isu-isu ini. Lihat blog berikut untuk melihat isu-isu yang kini menjadi buah mulut akar umbi:
http://www.financetwitter.com/2011/07/resign-or-snap-election-for-najib-herere-the-reasons.html

Apakah Umno dan BN sanggup mengharungi PRU-13 tanpa menangkis isu-isu ini?

Atau besar kemungkinan Umno, BN, Najib dan Muhyiddin merasakan isu-isu ini tidak mempunyai sebarang kesan kepada BN dan Umno di dalam PRU akan datang.

Wednesday, July 13, 2011

HIPOKRASI MOHAMAD HASSAN

REMBAU 12 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyelar pertubuhan hak asasi dunia, Amnesty International (AI) yang menggesa Perdana Menteri Britain, David Cameron supaya tidak membentangkan ‘permaidani merah’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Katanya, AI seharusnya ‘menyuluh muka’ mereka dahulu sebelum cuba mengajar orang lain.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0713&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm&arc=hive

Memang menjadi hak Mohamad Hassan mengkritik Amnesty International. Bagi Amnesty International, siapa lah Mohamad Hassan.

Kenyataan Mohamad Hassan ini tidak lebih dari mendapatkan publisiti dengan harapan ianya mendapat perhatian Najib Razak dan Rosmah.

Inilah masalah dengan pemimpin-pemimpin Umno. Tahap hipokritnya begitu tinggi.

Amnesty International beribupejabat di London, ibukota yang sama di mana Mohamad Hassan menghantar RM10 juta melalui pengurup wang untuk membeli rumah di London.

Inilah hipokrasi yang memuakkan rakyat. http://kedahku.blogspot.com/2009/11/mb-negeri-sembilan-rm10-juta-nya.html

Orang cuba mempertahankan pemimpin latarbelakangnya sendiri pun boleh tahu bersih.

Friday, July 1, 2011

MAGERAN

Sepintas lalu, ada baiknya kita mengimbas kembali sejarah MAGERAN.

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei