Friday, July 29, 2011

ROSMAH NAFI BELI CINCIN RM24.4 JUTA



FITNAH!


Itulah kata Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, apabila ditanya mengenai dakwaan beliau membeli cincin yang bernilai RM24.4 juta dari syarikat barang kemas Jacob & Co di Amerika Syarikat.


"Ianya satu fitnah. Saya tak ambil kisah perkara remeh seperti ini. Saya mahu menumpukan masa untuk aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat terutamanya menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak." - Rosmah Mansor.


Akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times menyiarkan kenyataan Rosmah ini di sini: http://www.nst.com.my/nst/articles/07pam/Article


Bagaimanapun adalah lebih baik Rosmah turut mengarahkan Jabatan Kastam memperjelaskan dokumen kastam yang mencatat nama beliau berhubung cincin yang bernilai RM24.4 juta.


Sekiranya nama beliau telah disalahgunakan oleh pihak tertentu, tindakan undang-undang perlu diambil untuk membersihkan nama kerajaan, Umno dan BN.

1 comment:

kucing malaya said...

cik kak hoi.jangan nafi sajaja.kalau fitnah ambil tindakan undang-undang.nama suami kak rosmah pun diseret sama.dia PM.kak rosmah isteri sahaja.