Saturday, July 30, 2011

AKHIRNYA PALANIVEL JADI MENTERI

Tahniah kepada MIC.

Hari ini MIC mempunyai 2 jawatan Menteri penuh di dalam Kabinet Najib Razak. Najib mengulangi sejarah bapanya yang memberi 2 tempat di dalam Kabinet kepada pemimpin dari MIC.

G.Palanivel, yang dilihat bukan calun "winnable" di Pilihanraya kecil Hulu Selangor, dipilih oleh bekas presiden MIC Samy Vellu untuk mengemudi MIC selepas beliau.

Sejak dari itu, Palanivel sangat mengharapkan untuk dilantik sebagai Menteri penuh walaupun MIC sudah diwakili oleh S.Subramanian yang kini Menteri Sumber Manusia. Maka hari ini Palanivel bergelar Menteri walaupun bukan seorang Ahli Parlimen yang dipilih.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-mic-dapat-menteri-penuh-ke-2-palanivel-sertai-kabinet/

Sebelum ini digembar-gemburkan oleh segelintir pemimpin Umno yang tidak berjawatan bahawa Najib akan merombak Kabinet untuk memberi tempat kepada mereka.

Mereka tidak seharusnya berputus asa dan kecewa dengan pengumuman hari ini. Walaupun pengumuman hari ini hanya untuk MIC, masa masih ada untuk mereka-mereka ini mendapat tempat di dalam Kabinet.

Tidak mustahil Najib melakukan rombakan lagi dan kali ini melibatkan pemimpin-pemimpin Umno pula agar masing-masing dapat menikmati kerusi empuk sebagai Menteri Kabinet.

Mungkin dua hari sebelum raya, atau mungkin dua hari sebelum perhimpunan agung. Apa pun, mereka harus sabar menanti.

1 comment:

Anonymous said...

macam mana boleh bagi jawatan menteri sedangkan umno hulu selangor anggap beliau tidak perform? apakah pemlihan ini atas dasar merit? atau sekadar nak cukupkan korum untuk mic? agak menyedihkan....