Wednesday, August 3, 2011

UMNO KEDAH MAKIN TENAT

Semasa lawatan ke Kedah baru-baru ini, Najib Razak kelihatan begitu ceria terutamanya semasa menghadiri Kenduri Rakyat di Guar Chempedak.

Di kalangan penyokong Ahmad Bashah Mad Hanipah, Ketua Perhubungan Umno Kedah, Kenduri Rakyat adalah satu kejayaan yang besar.

Kepada Najib, ianya petanda besar Umno akan menawan semula Kedah menerusi Gelombang Merahnya.

Tidak salah mengadakan perhimpunan besar seumpama itu untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada Umno. Lagipun Umno memang terkenal dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk memberi gambaran ianya masih meraih sokongan rakyat.

Pemimpin-pemimpin Umno termasuk Najib dan Timbalan Presidennya Muhyiddin Yassin juga "syok" bila majlis mereka dihadiri ribuan penyokong Umno.

Tetapi adakah kehadiran ini gambaran sebenar Umno sudah pulih di Kedah?

Kita terbaca sebuah artikel di Utusan Malaysia semalam. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0802&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

Antaranya kandungan artikel tersebut:

"Ketika berbual-bual dengan seorang pemimpin UMNO Kedah di Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis mendapati terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ahmad Bashah dan pemimpin parti berkenaan jika mereka mahu menegakkan kembali panji-panji BN di negeri itu.

Perkara yang paling ketara ialah sehingga kini biar pun Kedah sudah jatuh ke tangan pembangkang masih belum ada kesedaran di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO untuk berhenti berpolitik sesama mereka.

Sama ada hendak diakui atau tidak berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, daripada keseluruhan 15 bahagian UMNO di Kedah, 10 daripadanya bermasalah. Ia berpunca daripada politiking sesama sendiri - satu 'penyakit' yang tidak pernah mampu diubati dalam UMNO sejak dulu lagi."

Mungkin akan ada pemimpin UMNO akan menganggap tulisan ini ibarat membuka pekung di dada atau satu rekaan tetapi hakikat tetap hakikat, fakta tetap fakta.

Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu insaf bahawa mereka bukan pemerintah di negeri berkenaan tetapi pembangkang, oleh itu sikap dan tindakan serta semangat perlu berteraskan kepada keazaman untuk merampas kembali negeri itu daripada Pas, PKR dan DAP.

''Masalah utama ialah hendak mencari calon, kita kena akui sampai sekarang belum ada calon yang paling sesuai bagi memenuhi apa yang dipanggil 'calon boleh menang' seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila masalah dalaman di 10 bahagian berkenaan masih juga tidak selesai-selesai, biar pun UMNO sudah jadi pembangkang di Kedah.

Masing-masing masih lagi hendak 'mempromosikan' diri sendiri dan merasakan paling layak untuk menjadi calon, biarpun ada antara mereka yang ditafsirkan, ''umum nama sahaja pun dah kalah.''

Kesudahannya di sesetengah bahagian yang bermasalah ini wujud sekurang-kurangnya enam 'war lord' yang mempunyai pengikut masing-masing iaitu ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri.

Justeru jika salah seorang dipilih sebagai calon belum tentu yang lain akan menyokong sebaliknya akan wujudnya apa yang orang Kedah panggil 'das kaki' atau orang Kelantan kata 'cah keting'.

3 comments:

Anonymous said...

Aku pun kesian kat orang UMNO ni. Penyakit kanser nak jadi calon ni sampai pagi sebelum penamaan calon pun tak selesai. Calon yang tak terpilih tikam belakang. Apasal dia orang marah sangat kalau tak terpilih. Senang je jawapannya. Kalau terpilih, RM masyuuk.Itulah otak sebahagian besar puak-puak UMNO sekarang

Anonymous said...

memang tenat.Jangan salah pada Bashah 100%.Semuanya ini adalah sikap sebilangan besar Ketua bahagian yang terlalu banyak masaalah.Maklumlah naik kerana lambakan wang masa pemilihan hari itu.Bukan kerana ketokohan mereka.Bashah pula dilihat langsung tak mampu menjadi ketua yang berkesan.Pelbagai masaalah dalam umno bahagian yang belum selesai.Puncanya ialah ketua bahagian.Wanita pemuda dan puteri langsung tak berfungsi.Cuma nampakm hebat dengan baju koprat sahaja.UMNO Kedah memang tenat.Mungkin Bashah lulus pun LCE yang rakyat biasa PHD Master dan Degree.Rakyat lebih bijak drp pemimpin.Siapa yg lantik dia ?

Anonymous said...

memang tenat.Jangan salah pada Bashah 100%.Semuanya ini adalah sikap sebilangan besar Ketua bahagian yang terlalu banyak masaalah.Maklumlah naik kerana lambakan wang masa pemilihan hari itu.Bukan kerana ketokohan mereka.Bashah pula dilihat langsung tak mampu menjadi ketua yang berkesan.Pelbagai masaalah dalam umno bahagian yang belum selesai.Puncanya ialah ketua bahagian.Wanita pemuda dan puteri langsung tak berfungsi.Cuma nampakm hebat dengan baju koprat sahaja.UMNO Kedah memang tenat.Mungkin Bashah lulus pun LCE yang rakyat biasa PHD Master dan Degree.Rakyat lebih bijak drp pemimpin.Siapa yg lantik dia ?